Pages

Wednesday, February 29, 2012

PEMENANG HAPPY FACES CONTEST

TAMAT SUDAH!!!!!

pada 1 februari hingga 24 februari yang lalu, capt keon alhan dan rakan blogger merangkap schoolmatenya.oh daus telah mengadakan satu contest yang bernaung di bawah nama HAPPY FACES CONTEST.

okey,stop berita...

kini setelah 24 hari mencari gambar yang HAPPY, aku dan daus telah memilih 5 gambar yang HAPPY! daripada 80 contestants yang layak bertanding sebab ada lagi tiga tu terlambat daripada tarikh tutup...
kitorang pilih pun time kitorang happy tau...kat teluk batik lagi...haha...itu cerita kemudian...

kembali kepada debaran sebentar tadi,
siapakah yang berjaya membawa pulang hadiah untuk contest aku dengan oh daus ni ye?

dengan ini diumumkan...

PEMENANG TEMPAT PERTAMA



PEMENANG TEMPAT KEDUA



PEMENANG TEMPAT KETIGA



PEMENANG TEMPAT KEEMPAT



PEMENANG TEMPAT KELIMA



kenapa kami memilih gambar-gambar ni?
let picture tell the story!

bagi yang tak menang,gambar korang serius semua superb ohsem n gojes...tapi apa nak buat, kami hanya boleh memilih 5 pemenang saja.jadi untuk 5 tu,menurut pandangan mata kami,ini yang kami tengok super osem HAPPY!.bukan yang korang punya tak happy,kami juga cari gambar yang punya story.bak kata kawan aku,moment weyh,moment!

kepada semua winner sila emel kan:
nama penuh
alamat
contact no

ke 
khairunnisa_alhan94@hotmail.com

sebelum 7 mac ini!


Friday, February 24, 2012

maaf,aku dan dia bukan sengaja!


maafkan aku dan daus.

kami berdua terpaksa menamatkan HAPPY FACES CONTEST BY CAPT KEON ALHAN & OH DAUS lebih awal iaitu 24 FEB 2012 jam 2359 which is tengah malam ni!sebab musababnya?esok dan lusa aku dan kawan-kawan buat gathering di teluk batik(aww...i rindu gle ngan u ouls*okey ini gedik*).jadi aku dan daus ni pun join gak.aku dengan dia bolehlah buat penilaian di situ sambil-sambil HAPPY2 ngan sahabat-sahabat tercinta.secara tak langsung aku bolah jugak mintak pandangan diorang.betul tak?jadi korang bolehlah berdoa dengan penuh tawaduk dan khusyuk dari sekarang.korang mintaklah dilembutkan hati kengkawan aku tu.hati aku memang lembut dah.*sila muntah*okey,jangan layan kegedikan aku sekarang ni.haha.tetibe je over gediX.aku rasa excited nak pilih winner dari gambar-gambar hebad!jadi lepas aku balik dari teluk batik tu maknanya dah ada winner.tapi adakah aku akan umumkan exactly lepas aku balik?ohh,tidak jawapannya...nanti(fahamkan kenapa hurup besar?) korang usha dekat blog OH DAUS untuk tahu bila tarikh umum.and of course,boleh juga  usha page

Peles!TcRewPC untuk tahu tarikh umum pemenang contest HAPPY2 ni...

Happy Faces Contest by Capt.Keon Alhan and Oh Daus

INI ENTRY MELEKAT(gam dah tak boleh pakai!)

YEAH!Akhirnya setelah dah nak masuk  setahun lebih  blogging,ni first time aku nak buat contest.okey,skip the long intro.dalam contest ni,aku nak lihat wajah HAPPY korang.untuk contest kali ni aku bergabung dengan kawan aku,mr daus.korang bolehlah check out blog dia.picit sini




syarat-syarat:

1-buat satu entry dengan tajuk Contest Happy Faces by Capt.Keon Alhan and Oh Daus
2-tempek banner yang tak berapa nak cun tu kat entry korang dan link kan terus ke entry contest ni
3-letak satu gambar tak kira korang sorang-sorang ataupun beramai-ramai yang ada HAPPY FACE/s kat    
   situ.
4-cerita sikit tentang gambar tu.jangan buat karangan macam dalam exam tu pulak.penat aku nak baca nanti.
5-tinggalkan link entry anda dalam ruangan komen entry ni.
6-sila tag sekurang-kurangnya tiga rakan anda dan pastikan diorang tahu ye.
7-sebagai yuran contest, korang kena lah follow blog Capt Keon Alhan ni n Oh Daus juga serta like page ini Peles!TcRewPC....bukan  apa,senang korang nak tahu kitorang update nnti...
8-contest ni akan berlangsung daripada 1 FEB 2012  hingga  29 FEB 2012 pd jam 2359

mudahkan syarat-syaratnya.aku tak nak le susahkan korang.ye dak?


aspek penilaian:
si penilai ialah aku dan daus.mungkin juga aku akan tanya pendapat cikgu fotografi kat sekolah aku.jangan risau,aku akan cuba berlaku adil seadil-adilnya pada semua.

1-kegembiraan di wajah dalam gambar tu
2-ayat cinta korang

HADIAH:

hadiah akan diberi kepada 5 pemenang(confirmed)


Sunday, February 12, 2012

my 465th follower!

apasal aku pilih 465?lantaklah Blog Aku Bukan Blog Bapak Kau.eh takdelah.jangan marah.mehh sini aku cerita kenapa aku pilih angka ni.waktu aku tomei2 kat SK Methodist (ACS) Kampar dulu ada sorang bestfriend tau.itu nombor pangkal nombor telefon rumah dia iaitu 05-465**** .walaupun sekarang aku dah jarang contact dengan dia aku ingat lagi tau no telefon rumah dia.iyelah,zaman aku sekolah rendah dulu,mana ada bebudak yang pegang henpon.nak tipon parents after tuisyen kat sekolah pun guna public.sekarang?mak ai...darjah satu pun dah pandai main henpon dah.dasat sungguh budak-budak sekarang(macam aku besar sangat je)

wah,panjang terlebih pulak intro aku.sudah2.mari kita berkenalan dengan follower bertuah.beliau adalah......jeng...jeng...jeng...


ya itulah dia...


one more coincidence
nama kawan aku tu SYAHIRAH gak kot
huhu  
(^_^)

pada aku blog SYAHIRAH ZAINI ni simple but nice n *ringan* juga
aku pun tak suka sangat bukak blog yang serabut 

oleh kerana ni 1st time aku bukak blog beliau aku pun tak tahu nak komen lebih-lebih pasal content blog beliau.

mana boleh judge kalau kita tak kenal kan?

jadi aku dengan gagahnya bacalah dua tiga entry terbarunya...aku suka cara penulisan yang 'light' sebab kepala aku dah BERAT dengan pre-calculus sekarang ni.

hua!
sir sam,help me please!(okey lari tajuk.sila kejar balik)

korang pun rajin-rajinlah gi terjah blog beliau.tak rugi.best lagi ada.

Wednesday, February 8, 2012

kekasih hatiku,mr google

bajet macam mr google sayang kat aku je title entry aku tu kan?sila abaikan title tu sebab aku nak ajar korang semua cara terbaik untuk search maklumat menggunakan search engine.tak kiralah kekasih aku tu ke ataupun search engine yang lain.

firstly ingat tiga perkataan ni.
AND NOT OR
apa kena mengena?tunggu dulu...
mari kita tengok gambar untuk kenalpasti perbezaan...






nampak tak perbezaan?
kalau tak nampak klik untuk tumbesaran mengejut...
words2 yang aku tambah tu telah mengecilkan jumlah carian tu kan?
nak tahu rahsianya?

bagi quotation mark tu aku tak pasti sangat apa fungsinya
tapi tengoklah apa kesannya...
daripada 229 juta hasil carian dah jadi 3.75 juta je...
kan senang sikit kerja korang...
belum cukup lagi???
itulah gunanya tiga perkataan tadi

AND NOT OR

their function is:
AND-to lessen your search
(kira macam korang limitkan lah...macam dalam gambar tu,korang limit untuk malaysia je)

NOT-to specify your search
(macam dalam gambar tu,specify untuk perak sahaja)

OR-to expand your search
(yang ni aku tak bagi contoh...korang cekidout sendiri keyh)

hasilnya...hanya 5 hasil carian...senang la korang nak cek satu persatu kan?


Saturday, February 4, 2012

carilah!

tidak kiralah sejahat mana kita atau sejahil mana kita dalam kehidupan,jangan pernah kita nafikan yang ada satu sudut hati kita yang inginkan perubahan menuju kebaikan.jujurnya telah ku temui ruang itu di hati ini,namun aku tiada kekuatan untuk melakukan perubahan.aku masih belum cukup kuat.aku sendiri buntu.bagaimana caranya untuk aku raih secebis kekuatan.

p/s:entry ini sekadar luahan hati untuk ku raih sedikit kelegaan...