Pages

Friday, February 22, 2013

Si buta itu

[Keon]
si buta itu. di 'pandangan'nya. hitam. pekat. tapi hati dia cerah. bikin dia selalu ceria tak gundah.

[Kamil]
dia ceria dan gembira kerana x perlu lihat perangai najis makhluk bernama manusia

[Keon]
ya. dunia yang kini terpalit cela. haih si buta. bertepuk tangan lah kamu.

[Kamil]
bukan salah dunia..dan bukan juga salah si buta..dunia terpalit cela..salah siapa??? manusia?? atau syaitan??

[Keon]
salah manusia yang mudah digoda. salah manusia yang tak reti beza. baik dan buruk langkah yang diatur.

[Kamil]
haha..ya satu konklusi telah tercipta..atau mungkin salah hati..hati yg mudah digoda..dgn kuasa,harta, dan nikmat dunia

[Keon]
entahlah. pokoknya semua berkait. semua.

[Kamil]
ya..dan pokoknya...Tuhan itu ada

[Keon]
dan hanya pada Dia, kita mohon ditetapkan hati. moga tak goyah sepanjang perjalanan ini.

[Kamil]
moga kita kukuh berpegang pada tali-taliNya

[Keon]
amin ya rabbal alamin. :')

**sekadar conversation aku dan kawan aku di twitter**

Thursday, February 21, 2013

Sedang cuba bertabah

Allah.
Kenapa segalanya terasa begitu menyesakkan.
Aku tak tahu sama ada aku mampu atau tidak untuk melalui semua ini.
Dugaan yang Kau hulur ini, rasanya pedih sekali.

Namun aku tahu, Kau tak akan uji aku lebih daripada apa yang mampu aku tanggung.

Allah.
Aku mohon kekuatan.
Supaya pasak aku kekal teguh.
Supaya dugaan ini bisa ku tempuh.

Andai aku rebah, ya Rabbi.
Aku mohon kekuatan agar aku bisa kembali berdiri dan berlari.

Allah.
Pedih hati aku. Parahnya luka di hati aku. Patahnya semangat aku. Longgarnya pasak aku. Biarlah hanya Kau yang tahu.

Sebab aku tahu, Kau lah sebaik-baik pemberi pertolongan.

Janganlah Kau bolak-balikkan hati aku untuk berpaut pada dahan yang reput, ya Allah.

**Catatan ini, daripada seorang hamba kepada Tuhannya.
Catatan yang aku nukilkan untuk aku raih secebis kekuatan.
Di saat hal dunia terasa merasahkan.**

Tuesday, February 19, 2013

Jerangkap samar

Takut.
Cuak.
Takut, cuak terkena jerangkap samar dunia.
Jalan itu macam benar.
Jalan itu macam indah.
Hakikatnya, selangkah aku atur.
Nescaya hancur berkecai jasad aku dek jerangkap samar itu.

Sunday, February 17, 2013

Bodoh

Sampai bila nak bergaduh?
Sampai negara ni hancur?
BODOH!

Sampai bila nak saling fitnah?
Sampai langit runtuh tanda amarah Tuhan?
BODOH!

Sampai bila nak tegakkan benang yang basah?
Sampai kebenaran terbogel sendiri?
BODOH!

Sampai bila nak menyeksa?
Sampai semua orang mati?
BODOH!

Sampai bila harus kami tahan permainan ini?
Sampai kiamat?
BODOH!

Saturday, February 16, 2013

Jangan

Jangan kau uji sabar aku.
Sebab sabar aku nipis.
Nanti kau yang sakit.
Sakit menanggung kata pedih dari aku.

Jangan kau uji sabar aku.
Sebab kau belum kenal 'aku' lagi.
Kau belum kenal baran aku lagi.

Sebelum kau mampu tahan caci maki.
Sebelum kau mampu terima marah baran.
Sebelum kau mampu tahan tangis kau sebab kata kasar aku.

Jangan kau uji sabar aku.
Jangan.

Monday, February 11, 2013

Ujian

Allah bagi ujian supaya kita tak leka.
Allah bagi ujian supaya kita sedar apa yang kita punya.
Allah bagi ujian supaya kita tahu yang di dunia ni sifatnya sementara.
Ujian takkan berhenti kunjung hidup kita. Mohon pada Allah, beri kekuatan untuk melepasi. Mohon juga diberi kesabaran untuk kekal berdiri.
Andai jatuh, bangkit.
Biarpun perit, cuba.
Andai tak mampu, rehat sebentar dan cuba kembali.
Bila dah berdiri, jangan lupa diri.
Ingat apa yang pernah dilalui.

Saturday, February 9, 2013

Persepsi

Orang boleh kata, aku brutal.
Tapi orang tak tahu apa dalam hati aku.

Orang boleh kata, aku taiko.
Tapi itu sekadar laku aku.

Orang boleh kata, aku tak matang.
Tapi apa yang aku tunjukkan selalu bertentang dengan minda.

Orang boleh kata, aku heartless.
Tapi perlu ke aku nak tunjuk apa yang jadi dalam hati aku.

Orang boleh kata, aku kasar.
Tapi kasar-kasar aku, aku tak ganggu orang.