Pages

Sunday, May 11, 2014

Izinkan Aku

Izinkan aku bercakap soal hati.
Jarang ni aku nak bercakap soal hati yang selama ini memang jadi rahsia hati aku semata.
Aku ada satu persepsi tentang gossip, yang pada aku maknanya; berita yang tidak ada benarnya.
Oke aku bagi spesifik la lagi, gossip tentang lelaki dan wanita, atau mungkin bahasa lainnya bagi kita-kita ini, skandal.

Satu, hati itu bukan untuk disua-sua pada sesiapa sahaja.
Dua, hati itu bukan untuk disepak merata-rata.
Tiga, hati untuk bukan untuk disua-sepak sesedap rasa.

Maksud aku, apabila hati seseorang itu bukan pada seseorang yang disebar disua-sepak sesedap rasa tu, kenapa kau nak sua hati dia pada orang tu?
Sedangkan memang pada awal dasarnya, hati dia memang bukan untuk orang tu?
Sebab pada aku, perasaan yang hadir dalam hati itu betapa indah dan sucinya.
Dan apabila disua-sepak pada hati yang bukan tempat jatuhnya, macam.. errr.. out of place nya, awkwardnya, bangangnya.. sebab hati memang sudah ternyata memang bukan jatuh pada dia.
Sebab hati itu pada aku, biarlah disua dengan senang hatinya pada tempat ia jatuh dengan indahnya.


Faham tak aku cuba cakap apa? Hahahaha.