Pages

Sunday, September 13, 2015

Asrama: The Good and The Bad

Memandangkan UPSR dah habis, mesti ramai parents dah fikir nak hantar anak masuk asrama mana. SBP ke, MRSM ke, SMKA ke? Aku sendiri produk SBP, duduk asrama 5 tahun. Jadi aku dah rasa pahit manis duduk asrama. Duduk asrama ni, memang best. Aku tak dapat nafikan. Aku waktu nak tinggalkan sekolah lepas habis SPM dulu kemain sendunya. Sedih, sebab banyak kenangan kat situ. Ada je yang memang tak sabar-sabar nak tinggalkan asrama sebab tak tahan dan sebagainya. Itu perkara normal. Haha. Jadi dalam post ni aku nak kongsikan tentang the good and the bad of staying in hostel. 



The Good

1) Independant
This is a given. Tiba-tiba kau tercampak di suatu tempat asing di mana kau kena buat segala benda sendiri. Kena basuh baju sendiri, urus diri sendiri with no parents sedangkan kat rumah semua benda tu mak yang buatkan. Daripada tak reti apa, kau akan belajar sikit-sikit sampai expert la dibuatnya. Aku sampai sekarang kalau lipat baju, saiz kena sama (penangan inspection oii). Lepas tu dorm pun kena jaga sendiri, kebersihan, kekemasan. Kau akan jumpa pelbagai jenis manusia and kau kena handle segala benda yang jadi sendiri. Kalaupun boleh cakap dengan parents through phone and time dorang melawat. That's it. Kau akan melalui fasa hormon change, zaman memberontak remaja tu di kalangan kawan-kawan and kau kena belajar cope dengan semua benda tu sendiri. Semua tu buat kau jadi matang dan independent.

2) Environment study
Kat asrama, semua benda ikut jadual. Masa study kau pun dah ditetapkan. Tinggal nak ikut atau tak je. Waktu study, boleh kata semua bukak buku. Lagi-lagi time nak dekat exam. So kalaupun kau tengah malas macam mana pun, tiba-tiba kau rasa tercabar lantas juga ikut membuka buku. Haha. Lepas tu, cikgu pulak rajin buat extra class no extra payment, mind you. That's just how dedicated they are. So tak payah susah-susah nak kelas tuisyen ke apa. And asrama biasanya kat remote area, so suasana study tu kondusif. 

3) Fokus
Kat asrama takde segala benda seperti internet and whatnot. Less entertainment, more pengisian rohani. Disebabkan takde benda yang buat lari fokus, your life is almost all about studying. So it's good. Study become your primary focus. Dengan bantuan dari cikgu-cikgu lagi. Lepas tu banyak kawan-kawan yang kau boleh refer. Dan satu lagi, memandangkan semua budak jenis yang akan study gak macam mana pun, so kau boleh stay fokus untuk belajar.

4) Rapat dengan cikgu
I dare say this is not something that daily school student can easily get. Cikgu-cikgu la yang jadi parents kau waktu kat asrama. It's good to be close cikgu ni. Kau boleh refer cikgu. Cikgu-cikgu pun selalu ada je kat bilik guru kalau nak one on one punya lesson sekali-sekala.

5) Friendship
Bila kau jauh dari family and yang ada dengan kau adalah kawan-kawan kau, by default kau akan rapat gila dengan kawan. Kongsi cerita dengan kawan. Buat memori dengan kawan-kawan. I dare say kawan-kawan aku yang kat Igop adalah kawan yang aku paling treasure sampai sekarang. Even mak abah aku suka and suruh aku jangan lost contact dengan dorang. Even aku tak selalu contact korang, know that you guys sentiasa kemas dalam ingatan aku. Segala benda best/bengong kita buat selalu je buat aku sengih sorang-sorang bila ingat balik. Kawan kelas, kawan dorm, akak dorm, adik dorm, semua aku treasure. Seriously, rindu tu tak payah cakap lah.

6) Disiplin
Isnin to Jumaat is school during the day (till afternoon) then zohor and lunch; then prep petang; then asar and riadah; then makan malam and maghrib; then prep malam and isya' then you go to basuh baju/iron baju/sambung study or straight to sleep. Jadual dah ada tinggal nak kena ikut. Ini disiplin. Hari Sabtu and Ahad lengang la sikit takde jadual tapi selalu kena settlekan laundry, outing dan sebagainya. Hari Ahad pun ada inspection. Lepas tu banyak peraturan yang kau kena ikut. Ini ajar kau jadi orang yang ikut peraturan.

The Bad

1) Quite distant dengan family
Yang ni bukanlah semua. Tapi boleh kata budak yang duduk asrama lagi-lagi yang daripada Form 1 lagi rapat dengan kawan daripada family. Sebabnya dah biasa berkongsi dengan kawan lagi daripada dengan family so benda tu normal lah. Tapi ada je kawan-kawan aku yang still rapat gila dengan family and hari-hari kol parents update semua benda. Aku pulak jenis jarang kol sebab aku ni kurang reti nak bercerita pasal kehidupan aku. Lepas tu membawak perangai tu sampai ke univerisiti. Lol. 

2) Once going out to real world, kalau tak jaga diri rosak
 Yes kat asrama semua benda terjaga, tapi bila keluar je masuk universiti banyak dugaannya. Segala anasir macam TV and internet ni kalau tak berjaga, hanyut weyh. Lepas tu, sebab kat luar mana ada jadual fix kalau tak pandai bahagi masa payah. Sebenarnya, bila orang kata budak asrama lagi senang adapt bila masuk universiti ni adalah part jauh dari family and hidup sendiri2 je bagi aku. Banyak aspect lain, kelebihan tu boleh kata void. Haha.

3) Psikologikal aspect
No scientific theory intended. Tapi pada aku, dalam stage teenagers, hormon tak stabil, emosi berterabur pada aku parents main peranan penting. Tapi duduk asrama, jauh so payah nak cerita kat parents kalau apa-apa.

4) KUAT TIDUR!  
 Seriously, most of budak asrama kuat tidur, I don't even know why.


Saturday, September 12, 2015

Perihal VAPE


VAPE is..

...OKAY IF and ONLY IF!
You're trying to find alternative of smoking (an effort to stop smoking). Quit smoking is not easy. Aku faham betul. Bapak aku smoker. Banyak kali dia try stop tapi memang bukan senang. Tapi makin lama makin kurang. Jadi aku faham je kalau smoker cari altenatif as rokok is really harmful while vape is less harmful. It is still harmful. Please lah. Wap air tak wap air.

...NOT OKAY IF,
You're vaping because of TREND sedangkan rokok pun tak pernah sentuh. Aku tak faham betul orang yang jenis ikut sangat trend ni sampai trend gila babi bodoh pun nak ikut. Ko ngek ke apa? Tak reti beza baik buruk ke macam mana? Kalau pun curious, ko try sekali cukuplah. Yang sampai kat kedai makan nak vape, dalam kereta nak vape, dalam public transport nak vape sampaikan ada orang buat kedai vape. Aku cukup-cukup tak faham. Okay people, know this.. not ALL trend are to be followed. Be wise. Don't you ever venture to something that will bring no good to you. Lagi-lagi yang siap bawak bahana.

You spend too much money on it. Siap ada perisa la, mode la, jenama bukan main banyak. Seriously, just stahpppp it. If you're trying to stop smoking, if you vape, kurangkan la kuantiti. Jangan nak dilayan beli benda bukan-bukan. Yang tak pernah smoke tu tak rasa ke kau buang duit weyh dengan segala benda vape? Membazir. Baik la spend duit tu dengan perkara berfaedah. Guna untuk makan ke, simpan untuk travel ke. Laho berbaloi.

You do it in public. You know what, as much as people hate people who smoke in public, it is the same dengan yang vape in public. For God's sake, if you want to do your thing, don't do it in public. Walaupun kau rasa bau asap vape kau yang berkepul-kepul tu wangi, kau ingat orang lain suka? Kau kata takde effect? Kalau orang asma effect jugak woi! (-.-)' . Kalau kau rasa orang lain tengok kau sebagai cool, oh no no no.. You're not AT ALL! Seriously.

Ni aku tak paham. Ape ke jadahnya time wedding ko nak amek gambor tengah vape. Orang tengok woi! Ko ingat semua orang suka. Apa pandangan orang pada parents ko apa semua. 

Call me kolot but a lady shouldn't vape by all means! Unless again, you're trying to stop smoking. Tak manis weyh. Aku yang perangai macam jantan ni pun tak teringin nak vape. Aku tak paham macam mana yang ayu-ayu ni boleh terjebak. Kau dah kenapa. Muka elok manis, lawa, bertudung sekali vape. Potong woi imej awak. Vape is vape, tudung is tudung? Here is my jawapan. Tudung is not only a piece of kain. Patutnya pakai tudung/hijab, laku tu kena jaga sekali. Kena ada sifat malu. Tapi kau dengan tak malunya vape, depan-depan orang ramai? What's that? Aku tak kata laku aku elok. I have a LONGGGG way to go too. So, let's together improve?
 

Okay ladies.. This is not cool.. at all. 

Langkah terbaiknya, hentikanlah woi. Merokok ke, vape ke, semua tak bawak faedah pun. Bawak bala lagi ada. Penyakit, duit melayang. Tinggalkan lah. Usaha lah macam mana pun. Kalau nak quit smoke, pakai nicotine patch, kunyah gula-gula getah, banyak lagi cari. If you need help, seek for help. 

Friday, September 11, 2015

Once You Go In....

...you can never go out? What is it, people? There's many answer to this but one of it is... K-wave. Korean wave. Aku tak refer pada K-Pop sahaja sebab bukan K-Pop je yang ada. 

Pada orang yang dah kenal aku lama mungkin tahu yang before ni aku tak pernah suka malah agak skeptikal when it comes to those K-thing. For K-Drama not quite la sebab memang dah lama ada drama korea tayang kat TV and as TV is my long time bestfriend, I've watched quite a few drama series even before internet goes viral in Malaysia. Tapi aku tak berapa layan K-Drama pun. Kecuali cerita tu tak klise. Contoh Liar Game. Anyway, cerita Korea yang crime related still have a long way to go. Aku tengok You're All Surrounded and I was like; that drama doesn't even come close to Hawaii Five O and what not. I'm an action drama junkie y'know. Drama Korea ni sama je klise dengan drama melayu ko paham tak? Orang tak bising sebab hero hensem heroin cantik je. (-.-)'

Aku allergic betul dengan lagu K-Pop dulu weyh. Tapi roommate aku selalu pasang. Lepas tu dalam rumah tu boleh kata semua layan aku je yang allergic. So, aku selalu buat bodoh je. Cerita dia, aku balik cuti empat bulan kat rumah. Lepas tu, lagu-lagu K-Pop ni dia punya catchy lain macam ko paham. Dia ada hook. Lepas tu balik rumah aku cari lagu dorang selalu pasang. Sebab terngiang kat telinga. Saja la nak dengar. Bermula dari tu, goddamit, aku start dig. Aku ni jenis kalau bukak Youtube selalu je tengok bahagian komen. Lepas tu mula lah cari kemenda dorang bebel kat komen tu. Lekat pulak kat lagu lain. Adeyh.

  
This is the exact video dorang selalu pasang. Tang come back home, come back home tu terngiang kot kat telinga. Ceyt. Aku suka 2NE1 ni. Unik. Vibe lain macam. Sayang dorang tengah hiatus sebab kes Park Bom.

Tapi ada benda yang jadi kriteria group yang aku dengar, STRICTLY NO LIP-SYNCING DURING LIVE PERFORMANCE. And aku tak suka group tergedik-gedik, sexy nak mampus lepas tu suara macam nak terkucil ataupun muka jambu menari kemas tapi suara hampeh. Setakat dance je neat. Aku nak dengar kau nyanyi, bukan nak tengok kau menari ataupun setakat tengok muka kau hahaha. Satu lagi, aku akan cari translation lagu tu. Kalau bukan-bukan tahap kau merapu apa ni setannn memang aku tak dengar dah la lepas tu. Lirik merapu = no good. So yang menepati kriteria aku biasanya group/singer dari YG. Yang paling aku suka of course 2NE1 and BigBang. YG is one of SK entertainment company. They've produced good artist, I tell ya. and they're unique too (tapi dorang ni aku tengok macam illuminati sikit aku tengok haha). Not your typical idol groups punya type lah. Kalau yang selain dari YG, aku suka Ailee, Mamamoo, Spica. Their vocals are no joke. Especially Ailee. Aku suka artist yang ada vibe, ada stage presence/command and suara kenalah sedap. Aku tak kisah muka ko sehensem mana pun kalau suara tak sedap boleh jalan.


 
BigBang ni baru jugak sebenarnya aku start dengar. Selepas 2NE1 la yang pastinya. And waktu MADE promotion dorang ni. Dorang ni punya aura atas stage is no joke man. If other group stick with the damn choreo they just go out there and kill it. They own the stage!

   
Ailee ni vocal dia power baq anggg. Sedap gila woii suara dia. Ko tengok dia naik roller coaster sambil menyanyi pun sedap lagi dah apa cerita? Haha.  
 
Aku beralih pada variety show. Aku mula-mula start tengok variety show Korea ni tajuk dia "Dad, Where Are You Going?". Lepas tu The Return of Superman. Dua-dua cerita apak budak jaga anaknya, tanpa emaknya selama beberapa hari. Sebabnya aku suka tengok budak-budak. Keletah dorang cute nak mampus. Lagi-lagi triplet dalam TROS tu. Aku rasa nak picit-picit hoii pipi si Minguk tu. Dah kenapa tembam nak mampus. Ku tampo satgi. Lepas tu, kalau dah namanya tengok kat Kshowonline tu, ada la cadangan kat tepi-tepi tu. Aku ni curiosity tahap melampau ko paham tak? Mulalah aku try tengok itu ini. Tapi variety show, aku tak layan banyak. Aku ikut TROS, Running Man (kalau best aku tengok) and paling latest 2 Days, 1 Night (yang ni best). Tapi aku baru jumpa Law of Jungle. Hat ni power. Ala-ala Survivor sikit.  So aku suka.

 
Tell me how not to go crazy over these three? Comel sangattttt. 

Lepas tu, aku terjumpa Unpretty Rapstar. Dari situ aku minat K-Hiphop. Dorang punya hiphop industry is quite good. The legends like MFBTY (Tasha, JK, Bizzy) is f*cking dope. Try give their songs a listen. Seriously best. Hiphop ni aku tak explore banyak pun not planning to pun. Aku selalu dengar MFBTY, AOMG artist, Epik High and other YG stuff haha je.

 
 This is their new song by the way :)

  
 

Nak dig dorang ni kena gigih sikit. Kena usha drunken tiger, t (tasha), the movement crew. Their old stuffs is dope. Dorang punya stage presence pun best. They know how to make the crowd go crazy. Their new songs is awesome too! Try listen to Angel.
 
Macam mana aku layan Korea pun, sampai sekarang aku tak faham pasal certain mentality dorang.
Yang paling aku tak faham is, dorang punya definition of beautiful and handsome. Kadang-kadang tu bukan diorang nak sangat plastic surgery tapi sebab persepsi masyarakat dorang kena buat. Kat Malaysia ni at least, kalau kau tak lawa/hensem sekali pun, ko still boleh hidup dengan tenang cari kerja apa semua. Dorang sampai tahap kalau tak nampak presentable kerja pun tak dapat. Dah apa cerita? Dorang punya definisi lawa dah la sama je. Muka bentuk V, mata double eyelid, putih, kaki macam ranting. Kau nak tengok manusia ke patung?Yang lelaki tak payah cakap la. Muka jambu mengalahkan perempuan. Ada yang suka, tapi aku tak. Aku lebih suka rupa yang manly. Ini kadang aku rasa, kalau aku jentik boleh terbang gamaknya.

Lepas tu, aku tak paham. Tak ke girl group dorang tu rasa macam dorang tu sex toy? This may sound harsh but it is what I think. Kadang tu dah macam buat tarian apa je. Dia ada sexy yang classy, ada yang slutty. Yang slutty tu aku macam err. Tak perlu kot sampai macam tu sekali. Focus more on your talent. Not on selling your body. Aku pernah baca satu komen kat Youtube ni. Orang Korea ni asal ko tak dedah upper body ko tak dikira slutty. Your leg suka hatilah nak expose banyak mana pun. And I was like, what theee. For them, that is fan service. Aku tak mengerti tapi itu culture dorang so bio je lah. Peduli pulak aku.

Next is, their entertainment in life. Aku usha ni melalui drama/variety show je lah. Yang aku perasan dorang punya budaya berhibur/berseronok is over the top. Drinking is like their culture. Noraebang (Karok) is normal. Satu je yang terlintas kat fikiran aku, bila tidak hidup dengan panduan, dengan agama, hidup jadi kosong. So dorang isi dengan hiburan dorang semua tu. Sebab tu entertainment industry dorang besar macam tu sekali.

Tapi ada jugak benda yang kau boleh belajar sebenarnya daripada Korea ni. Satu, dorang hormat orang tua. The way the speak, the way they act in front of elder patut lah dicontohi. Hormat. Tapi aku tak paham pasal seniority. Beza setahun pun macam apa je. Kalau kat Msia ni elok je beraku-kau kalau beza setahun. Dengan stranger pun greet formally. So pada aku itu satu benda yang boleh dicontohi.

Second, dilligent. Pada yang tak tengok segala benda Korea ni tak tahu. Kalau yang group K-Pop tu dorang debut bukan macam tu je. Dorang punya training tu lain macam. Selagi tak okey selagi tu training lah kau sampai pengsan. Lagi-lagi kalau duduk bawah YG hahahaha. Lepas debut pun, dorang punya training tu stull kaw-kaw. Mostly sebab dance dorang lah. Kalau macam BigBang apa semua tu sebab lagu. CEO YG tu kemain cerewetnya pasal lagu. Dorang training lak banyak yang dari kecik. So part ni boleh amek. Dari segi usaha tanpa mengenal erti lelah dari usia kecik lagi. Group2 idol ni pulak, jadual dorang tu bukan ada rehat kadang-kadang tu. Perform, naik van, travel, turun, perform... repeat. So bukan senang nak senang. Tapi atas stage senyum sambil perform kena jugak.

Third, dorang appreciate dan bangga dengan culture dorang. Kalau tak macam mana dorang boleh go around the globe sekarang hanya dengan promoting drama/songs/variety shows using their own languange. Dan budaya dorang hormat orang, bow apa semua tu dorang tunjuk dalam apa yang dorang broadcast. Ko tengok la sekarag berapa ramai cuba belajar bahasa Korea, tulisan Korea, nak pergi travel Korea dan sebagainya.

Fourth, family orientism. Dorang ni yang aku perasan macam family oriented. Ini berdasarkan aku observe dalam TROS je lah. Tak tahu lah the country as a whole pulak. But you take what's good from what you watch in the show lah kan? TROS tu kau boleh amek banyak parenting tips. Parents should watch that one. Tapi actually most of Asian country is family oriented more than Western country pun.

Banyaknya aku membebel hooiiii. Aku sebenarnya tengah kurangkan jugak menatang Korea ni. Especially dengar lagu K-Pop. Lol. Lagi-lagi lagu-lagu merapu. Dia walaupun bahasa kita tak paham, dia somehow meresap gak. Sama lah konsepnya bila baca Quran. Kan kadang tak paham, tapi meresap je rasa tenangnya tu. Lirik tah pape lagu K-Pop tu pun walaupun tak paham tapi dengar dia meresap in soul in a bad way. Get what I mean? Sebab tu remember to check the translation kalau ko rasa lagu tu macam errr lain macam. Aku dah start runsing dengan diri sendiri sebab asyik dengar, ko paham? Tapi variety payah kot aku nak kurangkan. Uhuk3. Aku dah ter'hook' pulak dengan 2 Days, 1 Night tu. Haha. Oke sampai disini sahaja bebelan kali ini. Bye-bye!