Sejuk perut mak yang mengandungkan dia 👏 pic.twitter.com/pwZe1bbo5p
— Masha (@mashashaary) November 16, 2015
Post ni dah lama ada dalam draft aku. Aku tak dapat recall apa aku niatkan untuk tulis pada waktu tu tapi bila tengok balik post ni sekarang buat aku rasa macam... a total loser? Haha. *insert bitter laugh*.Funny how my young self was so naive. Aku ingat lagi masa sekolah rendah (maybe also sekolah menengah), I think that all I need to do is study diligently, masuk universiti, get a degree, land a job and balas balik jasa parents.
Now that I am at that phase, I laughed at my innocent thought back then. Who would have thought finding a job is this hard. Dan aku masih pun belum habis merungkaikan fikiran aku yang berserabut memikirkan tentang kehidupan dan masa depan.
Aku masih lagi hidup macam biawak hidup perabiskan beras dekat rumah. Makan pakai mak abah tanggung. Aku sebenarnya sangat sangat malu. Aku nak jadi anak yang boleh diharapkan but lol, I laughed again at my incompentency.
Kerja sambilan? Aku dah lama sebenarnya nak cari kerja sambilan tapi aku tak tahu kenapa, aku rasa susah. Padahal dalam plan hidup aku lepas grad, aku memang nak merasa kerja sambilan sebab nak merasa semua tu. Aku nak ada pengalaman tu. Tapi, sekali lagi, entah mengapa.
Laju pulak aku menulis kali ni. Aku dah lama tak menulis and rasa macam kekok cuba menulis balik.
Aku tak tahu apa yang aku takutkan, tapi aku takut. Hidup aku sekarang penuh uncertainty dan pemboleh ubah nya banyak sangat. Langkah yang bagaimana lah yang aku harus ambil sebenarnya.
Aku selalu berserabut sorang-sorang lepas tu end up tak boleh tidur haha. It's taking a toll on my body and mental, I'm tired seriously. Aku tak reti macam mana nak discuss heart to heart dengan parents aku sebab this topic is starting to be my sore spot, kalau salah step, aku terasa sensorang.
Dan sebenarnya, aku dah pernah cerita dekat close friends, but I don't know, maybe otak aku pelik sangat dorang pun tak paham haha.
Hari ni aku menulis pasal ni pun sebab terjumpa post ni dalam draft. Bukak balik that tweet and my heart ache? Of course, that guy is so sweet and what not but when can I do so to my parents pulak? Not necessarily beli kereta mahal-mahal pun, kalau aku dapat tolong dorang bayar bil api air pun aku happy dah kot buat masa sekarang.
Why is growing up so hard? Hahaha. I really need to step up my game, right? I don't know if anybody will read this to be honest. But if you do, please pray for me too. Thank you :)