Pages

Thursday, January 5, 2012

ayu raudhah dan aaron aziz jadi pilihan!

well, dua artis yang aku sebut di atas selalu jadi pilihan jayakan cerita yang diadaptasi dari novel kan?

kalau yang perempuan, ayu raudhah.masuk cerita gemersik kalbu yang baru bermula semalam dalam slot akasia kat tv3 tu, dah 3 cerita la dia jayakan.
  • dari mata arissa-daripada novel kau sayangku.
  • kau laksana bulan-daripada novel kau laksana bulan juga
  • gemersik kalbu-juga daripada novel gemersik kalbu
usha picca sikit,

dari mata arisa


kau laksana bulan


gemersik kalbu

apa yang ada eh pada ayu raudhah ni?sampaikan 3 cerita based on novel watak dapat kat dia.tapi pada aku, dia sesuai sebab wajah gadis melayu dia tu.iye lah, sedia al-maklum kan, dalam novel, heroin selalu dibayangkan sebagai gadis melayu terakhir yang lemah lembut dan bersuara lunak.sesuailah dengan dia ni kan.jadi tak dapat dinafikanlah yang dia memang layak bawak watak-watak ni.

on the other hand, aaron aziz jadi pilihan jadi hero.dia ni memang aku tak tau nak describe apa.serius lelaki idaman malaya.dengan badan cenggitu.memang hot lah kan?macam mana lah isteri dia boleh tahan eh?tengok laki berlakon cenggitu?ahh,lantaklah,rumahtangga orang tak payah kacau.betul tak?

well, abang ajiz(as said by bocil in maharaja lawak mega final.haha.) dah berlakon 1 drama bersiri n 1 filem adaptasi novel which is:
  • nora elena-from the novel kasih yang suci
  • ombak rindu-from ombak rindu

dua-dua nya hit.yang filem memang pecah panggung, yang drama best rating.cayalah abang ajiz.n cayalah bocil,tak pernah rasanya aku dengar orang panggil aaron gitu.kau buat.mmg cute lah bocil.okey, lari topik sudah.

kita usha sikit picca.


ombak rindu scene
teringat lagi MLM
suka tengok muka dia bila diusik
haha
kelakar kot


nora elena
this drama is really a hit
mak cik-mak cik semua jatuh cinta ngan seth
nasib baik aku kat sekolah
tak boleh tengok selalu

gambar2 di atas
aku google aje!
bukan hak aku!

actually, bila baca novel aku selalu bayangkan ashraf muslim jadi heronye(ape ke jadah?),but seriously, he has the look.kalau yang perempuan, macam bertukar-tukar je bayangan aku ni.tapi aku tak lah sampai tahap kemaruk bayangkan diri sendiri.(okey, ada la jugak kadang-kadang) tapi selalunya watak perempuan ni ubah ikut karakter,kalau pan asia aku suka bygkan juliana evans kalau perempuan melayu terakhir sari yanti.apasal?aku pun tak tahu ma.satu lagi pelakon lelaki yang aku rasa sesuai sangat untuk dibayangkan, yang berlakon cerita roda2 KL tu.entah apa nama dia pun aku tak ingat.tp yang paling muda belia dalam tu pun dia lah.

p/s:bicara hati didramakan?cerita tu, best gila.tapi ada satu part tu dalam bab 40 something tu aku boleh kategorikan 18 SG kot.tapi tak tahulah dia buat real ke tak kan?baru je start tayang kan?satu lagi, teringin tengok cerita andai itu takdirnya n cinta kau dan aku di'drama' or filemkan.mesti best gila.novel siti rosmizah memang superb!



Wednesday, January 4, 2012

yeay!!!!

yeay yang pertama,
aku sangat seronok.kerana blog aku dah ber'header'tapi bukan aku yang buat sendiri.dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada yang membuatnya.

cik 'DOUBLE A' yang sangat cute!(bodek)
she ask for keeping her real identity a secret.however,she has a blog and it is so interesting.she love to give her opinion.bukan merepek macam aku.haha.just click here for a very cosy flight to her station.buckle up okey?

yeay yang kedua,
hari ni adik-adik aku semua pergi ke sekolah.AYUH KEMBALI KE SEKOLAH!jadi akulah ratu di rumah ini.hahahaha*gelak jahat*suka-suki hati aku nak blogging ke, fb ke, tengok tv ke.diorang kan jauh nun di sekolah.pendek kata, segala peralatan elektronik kat rumah ni akulah yang conquer.

tapi yang tak berapa nak yeay nye,
aku takde sesiapa nak buli.sedihnyewwwww*gaya anwar hadi*kalau tak suka-suki je aku suruh mintak tolong diorang amek itu ini.(aku kakak yang jahat kan?)

satu lagi yang tak berapa nak yeay,
diorang balik sekolah mesti nak tengok cerita nada cinta tu.menyampah betul!aku nak tengok gemersik kalbu.hua!clash waktu setengah jam.mau tak terlepas adegan romantik nanti.sedihnyewwww *sekali lagi*

rasanya dah puas aku membebel.cuba korang semua nasihatkan diri aku ni jadi kakak yang baik sikit.mana tahu boleh terkesan di hati aku ni.hehe*gelak mengharap*

p/s:orang kata apa?wordless wednesday?nampaknya tidak bagiku hari ni.banyak pulak idea aku nak membebel hari ni.


Tuesday, January 3, 2012

aku rindu!

aku rindu dengan sahabat-sahabatku.aku rindu dengan guru-guruku.aku rindu dengan sekolah.haha.i have so many picture.tak taw nak masukkan yang mana.jadi enjoylah gambar-gambar yang aku pilih ni eh?


di dataran ilmu
baring tengok langit la konon
takde sesiapa pun kat blok akademik waktu ni
melainkan kitorang aje.

lagi picca kami


dengan salah seorang kawan baik aku
teya,,,
sayang la kat ko.
yang ni kat surau.


star gazing jadi moon gazing je.
takde bintang waktu ni.
haha
di dataran ilmu jugak.

di dataran ilmu ini
kami berjanji
sahabat selamanya!

outing kat jusco ipoh
bowling, game, karok
haha
seronok!


belum selesai spm.
tapi dah selamat enjoy outing


pengambaran selepas spm paper last
pada tanggal 13/12/11
Quran Sunnah 2-4.30 ptg

tanah rebak pun jadi,

my favret pic of all
chantek kan view gopeng


di court volley


di dataran ilmu
lps hntr buku teks


it's not goodbye after all actually
aku tak sanggup nak cakap goodbye
jumpa korang lagi nanti
kalau panjang umur dimurahkan rezeki.

ada lagi,,,


goodbye school life
takde dah countdown es-pi-em

bergambar depan aspura
bangga habis!

kami no longer terkurung kat i-gop
tapi rindu la pulak


sangat bajet cute!
sekali lagi


haha
lenggok kami serupa
sebab kami satu dorm
walaupun bukan semua satu kepala
kami tetap ceria sentiasa

kami gadis-gadis hot!
aha!
picca with ilyia!
aku dah macam kat uk!

credit to:beeka,teya n ilyia for the picca!

terima kasih korang,untuk semua memori indah yang aku ada ni.selagi Allah tak tarik ingatan aku, aku akan ingat segalanya.gelak tawa, tangis hiba kita sebagai sahabat.indah kan persahabatan kita?jangan lupakan aku ye sahabat?nanti kalau kita jumpa kat mana-mana tegurlah.kalaulah korang tengok aku ni dah lain macam, korang tegur aku eh.ingatkan aku apa yang aku lupa.aku dah biasa ada korang untuk ingatkan aku tentang segalanya.aku takut aku tersasar jalan dalam dunia yang mencabar ni.aku takut!sekuat mana pun aku mencuba jadi seorang yang tabah, takkan aku mampu berjalan atas dunia ni tanpa nasihat korang.

Wednesday, December 28, 2011

sedang mencuba,,,

apa yang aku tengah cuba buat ye?kalau nak tahu mesti janji yang korang semua tak gelak bila aku dah bagi tahu tau.sekarang ni, sempena aku tanam anggur lepas spm ni, aku try tulis novel.haha.aku yang gelak sendiri.bajet puitis habis.padahal amatur tahap bayi je.tapi wish me luck okay?at least, terisi jugak cuti yang lama gila ni.nak berblogging susah sikit.as the berukband meragam.ni pun pinjam beruk abang.mana boleh guna lama-lama.harta orang kan.kalau meragam jugak susah aku nanti.kena dengar lecture pulak.ah,sudah-sudahlah merepek.

tadi setelah lama tak berblogwalking,aku melawat beberapa blog.fuhh,,,sekarang ni dahsyat ye dunia blog.blog semua chantek-chantek.terasa blog aku ni simple bebeno.tapi memandangkan aku memang tak berapa nak kreatif hias-menghias blog ni,aku hias dengan entry je lah ye.

p/s:bukan mudah nak tulis novel rupanya.n this has nothing to do with this entry,i don't like fasha sandha in peah gosip.tak jadi labun peghoknye.ingat senang ke yong nak labun peghok.susah wei.

Monday, December 19, 2011

merindui penjara itu!

sewaktu aku di dalam tempat yang kupanggil penjara itu seringkali mulutku ini melafaz kata-kata benci.tempat ni macam tut lahh.itulah.inilah.rules ketat lah.pentadbir kuat berleterlah.pendek kata macam-macam lah mulut tak comel aku ni cakap.tapi kini aku merindui tempat itu.sungguh!aku tak bohong!tempat tu dah banyak mendidik aku.jadi insan yang lebih baik.kat penjara tu jugak lah aku jumpa sahabat-sahabat sejati aku.sahabat-sahabat ini yang sudah mula kurindui.segalanya tentang mereka.hilai tawa dan gurau senda.hanya Allah yang mengerti perasaan aku ni.kat tempat tu jugaklah aku menuntut ilmu dari cikgu yang bagus-bagus semuanya.waktu sekolah dulu selalu mengumpat cikgu itu ini.maklumlah tak puas hati dasar sekolah.kononya aku yang betul.padahal sebaliknya.baru kini aku sedar semua tu.kat sekolah semuanya tak setuju.MAAFKAN SAYA YE CIKGU!banayk gila salah aku ngan cikgu-cikgu.baru sekarang sedar.hehe.hampeh betul diriku ini!

buat guru-guruku yang disayangi,
sesungguhnya saya menyayangi kalian.takkan dilupakan segala jasa dan budi yang ditaburkan.tak mampu saya nak balas.tapi cikgu insya-Allah saya akan balas dengan kesungguhan saya menuntut ilmu di menara gading nanti cikgu.cikgu doakan anak murid cikgu ni berjaya ye.dan tak lupa juga kawan-kawan yang lain.yang paling penting,,,SAYA MINTAK MAAP BANYAK-BANYAK CIKGU!

buat sahabatku yang dirindui,
AKU RINDU KAT KORANG!jumpa bulan 3 waktu amek result nanti.AKU SAYANG KAT KORANG.jangan lupa aku.kalau tak jumpa nanti aku cubit!hehe.maafkan aku jika ada hati yang aku guris selama persahabatn kita.

buat adik-adik,
jaga sekolah baik-baik.jangan buat benda bukan-bukan,jadikan sekolah kita lagi baik daripada apa yang kitorang buat.kitorang akui kitorang bukan senior yang baik.ketahuilah,kitorang tak berpeluang sebenarnya nak kenali korang dengan mendalam.apa-apapun kitorang tetap sayang.buat bakal pemimpin sekolah,jaga imej korang supaya orang respect.jangan korang jadi pengawas rule breaker macam senior korang yang seorang ni.tak de gunanya tunjuk belabg!paling penting,jaga adab dalam surau.nanti akak datang tengok surau kita tu bising lagi ke tidak.hehe.jangan hina makanan walaupun tak sedap macam mana pun makanan kat dm tu.al mulk dengan ma'thurat pastikan on okey adek2.akak sebenarnya rasa bersalah sebab batch kitorang yang gagal teruskan tradisi tu.moga ku n kb jd ketua yang georgous!CHAIYOK!

SATU LAGI,
kalahkan dua sekolah sbp yang berdekatan kita tu tau.rsenye korang taukan sekolah ape.hehe.