Pages

Tuesday, September 16, 2014

Cuti Empat Bulan

For those yang wonder kenapa lama gila cuti sem sampai empat bulan..  Well, that people, is the doing of UTP trimester system. Kudos to UTP. Dan Tuhan saja yang tahu perasaanku *nyanyi* bila cuti sem aku tak sama dengan orang lain. Ish. Nak ajak berjalan ke hape pun payah. Stress tau mak jah macam ni.

But never mind that. Apa makna cuti empat bulan? Maksud dia aku ada empat bulan untuk dimanfaatkan. Yang mana aku tak tahu lagi nak manfaatkan macam mana. Aku tak nak jadi macam cuti before ni. Empat bulan tu habis dengan makan tido tv internet and other boring stuff. Heh.

Permulaan cuti empat bulan aku kali ni dah aku mulakan dengan berjimba dekat Sunway Lagoon. Lepas tu aku tak tahu nak buat apa dah. Haha. Nak travel memanjang je memang tak lah. Satu; duit takde bro.. Dua; nak berjalan kena melalui mahkamah tinggi maharaja dan maharani dulu. Hehe. Tiga; aku pun takdelah berani mana nak berjalan merayap sana-sini jauh-jauh pun. Dalam Malaysia aku tahan lagi.

So apa yang nak dibuat ni weyh?

Yang ada dalam list aku setakat ni sebenarnya banyak. Tapi yang paling penting aku nak kerja. Sebab, duit la bro. Kalau nak harap duit mara je memang tak hidup aku time 3rd year nanti. Yuran makin lama makin mahal. Mara bukan tambah duit ikut yuran sem. Rate flat kan. Tapi itu salah aku sendiri la. Gatal pergi overspent satu time tu. Habis spoil aku punya financial. Heh. -.-'

Kedua, aku nak setelkan jugak satu projek zine aku yang tertangguh itu. Ish ish ish. Lama betul tertangguh. Dan aku ada hutang puisi dengan Sofia dengan Nizam. Hat ni berat. Aku dah lama betul tak tulis any kind of puisi. Aku tak reti pun sebenarnya weyh. Selalu tu acah-acah deep je. Tapi takpe, itu bisa diusahakan.

Next, aku ada target nak habiskan at least 3 buku geology related yang aku download kat SINI. Nak kata geologist berjaya katanya. -.-' Oke tetiba cuak teringat pasal result final.

Haaa satu lagi yang penting, marilah kita berusaha untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. <--- maha sosahhhh weyh misi yang ni

And the list goes on. Banyak sebenarnya yang ada dalam list aku. Bercita-cita tinggi memang pandai sungguh. Nak mencapainya pemalas lebih. Tapi takpe, kita cuba sedaya upaya. Selagi termampu. Ecewahh. Masih bercita-cita tinggi. Ko kena paham, Khairunnisa yang sorang ni MEMANG macam ni.

Kita tengok je nanti lepas habis cuti ni aku berjaya ke tidak. Jyeahh.

No comments: