Monday, October 24, 2016

Future?

Growing up, I've always dream of getting the A-list career and earn a lot of money and live in kemewahan. Tapi bila aku dah hampir nak grad ni, all I can think of is actually to land a decent career that will allow me to continuously improving myself while earning just enough to make the end meet. Why? I really want a hassle free life in which I only compete with myself to be better and pada masa yang sama boleh berbakti pada orang. Aku nak satu keje yang mana mengajar aku jadi selfless as weird as that sound.

Aku membesar dalam hidup yang sangat sederhana. Abah keje biasa-biasa. Gaji biasa-biasa. Mak tambah pendapatan by menjahit and jual bahulu. And aku selalu rasa dah besar nanti aku nak kerja yang gaji besar sebab boleh beli je apa-apa yang aku nak sebab dari kecik aku dah terbiasa kalau nak beli barang ke apa kena fikir dulu pasal bajet apa semua sebab aku paham je keadaan kewangan keluarga sendiri. And sebenarnya sampai sekarang aku amazed dengan bapak aku sebab aku wonder macam mana he make all the end meet eventhough sometimes there's loose knot somewhere sikit-sikit but still, kitorang cukup je apa semua keperluan.

Tapi bila dah besar, aku dah hilang sebenarnya dah tak minat dengan benda materialistik macam tu. I don't have the hots for car (I actually only plan to buy Saga and use it till it goes kaput bila dah keje nanti), or branded clothes (people who know me know I actually still have and wear cloth from 7 years ago, LOL). So pada aku, aku nak kerja yang boleh provide aku cukup untuk tampung bills, tax, food and transportation je. Aku tak nak kerja yang gaji tinggi tapi end up aku tak boleh nak enjoy kerja tu.

During my internship, I saw what passion does to your work performance. Kalau someone doesn't have enough enthusiasm pada kerja dia possibility nak kerja sambil lewa tu adalah tinggi. Plus, benda ni kait pulak dengan tanggungjawab and amanah kan. So landing a job is not as easy as it seems. Ada banyak benda lagi yang nak kena fikir. Tambah lagi, aku ada satu lagi persoalan yang aku ada sejak intern yang aku tak terjawab-jawab lagi, what keep people going on their job. Minus the money part. Aku masih lagi mencari jawapan untuk ini. Aku rasa bila aku dapat jawapan untuk ni banyak benda dalam hidup aku untuk masa akan datang akan terjawab jugak.

Buat masa sekarang, plan aku hanyalah untuk melalui apa yang muncul sehari-hari sehabis baik. Lagi lebih kurang 2 bulan setengah nak grad jadinya aku masih ada masa (kot?).

Saturday, January 2, 2016

Hello 2016

Dah masuk 2016. 

2015 yang baru saja berlalu was eventful. I owe myself a blogpost on 2015 wrap up. Tapi entahlah bila akan siap. Selagi tak ada mood yang betul untuk menulis takkan jadi punya. Haha.

Aku tak nak letak apa-apa azam spesifik untuk 2016. I just wanna go through this year with courage and good spirit. I also hope that I can change for better. 

First quarter of 2016 will be me completing the second part of the internship; the internship project. I hope that I can gather all the strength and knowledge I need to complete the project successfully. I wanna score more than 3.50 GPA for this one. I NEED TO!!! 

After the internship, ehemmmm... I am planning for holiday. Huhuhu. Itinerary planning  is such a pain in the ass btw. I am really excited for this one for sure. But sometime, I hesitated. Why? I feel like bringing my family for holiday in Malaysia instead. After some contemplating, I promise myself that once I am working real work I mean, not internship I will bring my family for holiday. 

This year should be the last year of me being a student (mungkin sampai awal 2017 kot) but the point is, I'm going to be a final year student after I finish my internship. Besides graduating successfully and happily, I hope to spend quality time with my friends during the final year in UTP because after that, memang semua akan bersepah-sepah and it will become hard to spend time together.

Most importantly, I wanna spend more time with my family. Since I entered boarding school from Form 1, I always feel somehow disconnected from my family. I prefer spending time with friends and share stories with them. That, continues after I enter UTP. However, I am very thankful that during the first half of my internship, for some reason, I feel close to them. 

There's a lot of thing that I anticipate in 2016. 

Hope that this year will be great. 

Bismillah. 2016. Let's get started.

 
The cover page of my yet-to-be-printed planner. You can even see the guide there. HAHAHA.

Monday, November 2, 2015

Towards A Feminine Me?

People around me has been bugging me to wear more feminine cloth, behaving more like a lady and such.

This is my honest answer to them, I really want to, guys. I'm just waiting for the right time i.e. gathering courage. Changes are never easy to make. For me at least.
Aku tak nak sebab aku nak penuhi expectation orang aku berubah. Aku nak berubah sebab AKU nak berubah. Only by doing that, aku takkan hidup dalam regret.

Karakter kasar aku ni bukan baru dalam diri aku. Dah sebati. Aku rasa selamat behave macam ni, somehow.

Dah intern ni ramai expect aku pakai and behave more like a lady. Lol. Aku pergi kerja pakai jeans, tshirt, tudung. Balik habis berkecah kena habuk apa semua. There's no chance lah nak pakai ayu-ayu ke apa.

Dalam kereta, aku cerita kat parents yang budak-budak ni dok tanya, "Keon handbag mana" lalu aku reply, "Haha hotak ko". Lepas tu abah cakap, "Tak payah hotak-hotak kan orang. Nanti kamu akan pakai jugak". I was like.. Oke fine. Abah pun.. Cries a river.

Let the time and situation change me. For better. Bila tu tak tahu. Haha.

Monday, October 19, 2015

The Internship #1

Assalamualaikum semua! Ecewah, sapa gaya ada orang baca je seorang Khairunnisa ni. Aku sekarang tengah melalui satu fasa dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar iaitu, Internship. Oleh sebab blog ni dah macam dokumentasi hidup aku, aku nak mula dari proses awal-awal lagi.

Flachback... 3rd year 2nd semester...
Next semester is the internship. GPA and CGPA last semester tidak begitu memberansangkan dan aku sudah mula risau, sebenarnya teramat risau sebab sem ni aku dah kena cari tempat intern by hook or by crook. Last semester ingatkan nak start call company, dah kumpul dah pun segala mak nenek contact no. and e-mail apa semua tapi aku tak tahu kenapa lastnya aku tak start contact pun. 

Akhir semester lepas dah siap ambil gambar untuk CV thanks Razi! Jasamu dikenang! :) . Sem ni tinggal nak buat CV je. Buat CV adalah susah, sekian terima kasih. Tips-tips buat CV aku tak berani nak bagi, tak layak haha. Sila Google and cari artikel-artikel yang bagus. Ada belambak. Satu yang aku boleh bagi adalah, kau mintak la contoh-contoh dari senior. Boleh buat sebagai rujukan. Cari yang satu course. Senang sikit. 

Awal semester, CSIMAL dah panggil untuk briefing. Sebab aku pernah fail satu subjek, aku dah cuak takut credit hour aku tak cukup untuk pergi intern. Turn out aku punya oke je. Alhamdulillah. First briefing ni macam tak ada apa-apa sangat pun bagi aku. Dorang cerita la pasal cover letter apa semua. Kena isi Personal Data Information (PDI) -- yang ni penting. Sila take note ye UTP-ian yang nak intern. Part MoU company tu sila buat research dulu sebelum ko pilih. Jangan buat kesilapan bangang macam aku. Haha. 

After 1st briefing, you will be given the cover letter provided kau lepas semua requirement. Kalau kau rasa ada yang kau tak lepas, boleh buat permohonan. Jangan tangguh-tangguh buat benda ni. Karang tak pasal-pasal kau intern lambat. Lepas dah dapat cover letter, kau dah boleh start hantar e-mail/contact companies. 

Note: Sebenarnya kau dah boleh start call company dari 3rd year 1st semester or 3rd year 2nd semester before dapat cover letter lagi. Risik-risik dulu time kau nak intern tu ada opening ke tak dan sebagainya. Cerita la kau tak dapat cover letter lagi and call nak tanya-tanya. Pandai-pandai kau la nak susun ayat macam mana. Takkan itu pun nak kena ajar. 

Part memohon ni kau kena banyak bersabar dan berdoa. Lepas kau dah hantar e-mail, follow-up la. Call ke apa ke. Kalau tak kadang-kadang dia tak pandang pun. Kena gigih, kena sabar. Cari sebanyak mungkin possible company. Share la dengan kawan-kawan kau jugak company list tu. Sharing is caring. :)

Masuk tengah semester, dah start dah classmates kena call apa semua. Ada yang dah dapat. Jangan cemburu. Be happy for them. Ingat satu benda ni, rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Masa kau akan tiba. Percaya dan terus usaha.

Dekat-dekat akhir semester akan ada second briefing. Pada aku yang ni penting. Especially yang tak dapat placement lagi macam aku hari tu. Dia ada terangkan pasal logbook la, report duty apa semua. So pentinglah. 

Kalau kena interview mohon prepare elok-elok. Tips interview berlambak kat internet. Tinggal nak atau tak nak usaha cari je. Kalau kena phone interview, hahaha. Good luck! Sebab aku kena hari tu tetiba je nak ready pun tak sempat. Phone interview ni aku ada kena tiga kali. Kali pertama hampeh, yang kedua oke sikit, yang ketiga oke lah jugak. Yang pentingnya kau kena yakin dan tenang je jawab apa dia tanya. Tak payah nervous sangat sebabnya bukannya dia nampak kau pun. 

Kalau dah dapat offer, ada step lagi ye yang nak kena ikut. Jangan happy-happy lepas tu offer letter dari company tu pun kau tak amek. 

1st: Offer letter from company. Settle agreement (kalau ada)
2nd: Send to CSIMAL, get letter of indemnity.
3rd: Insurance during internship -- contact SSSD
4th: Daftar intern kat prism. 
5th: Berambus lah kau pergi intern

Ada setengah orang tak reti nak decide bila offer masuk. Sebab jobscope tak kena dengan course, sebab takde allowance dan sebagainya. Bila masuk hal ni, fikir la baik-baik. Kau sendiri tahu situasi kau macam mana dan kau je yang boleh decide sebenarnya. Satu benda, jangan biar offer letter hanging lama-lama sampai dorang tak tahu kau ni nak accept ke reject sebenarnya. Nanti kau susahkan dorang punya proses pulak. Kang tetiba kau reject last minute lepas tu dorang takde masa nak cari replacement kau. Lepas tu nama kau and universiti buruk. Padan muka. Kalau korang nak reject, satu benda yang boleh korang buat adalah recommend nama classmates korang. Elakkan tarik diri lepas dah accept. Proses dia leceh. Nanti kau kena maki sia-sia je. Sebab tu sebelum buat keputusan nak accept/reject fikir bagi habis dulu.

Rasanya part before ni je lah. Dah settle semua tu dah boleh berambus pergi intern. Oh ya lupa, sila tanya SV ada nak kena lapor diri pakai baju apa pukul berapa. Jangan nanti kau pakai baju kurung tetiba dekat lab. Aku hari tu sipi je nak pakai baju kurung. Padahal tempat kerja style kena pakai safety shoes apa semua siap. 


Off you go to The Internship...
Intern UTP ada dua part. Training then project. Each part is 14 weeks. First day intern adalah sangat mendebarkan sebab kau tak tahu apa nak expect. Haha. Lepas tu 1st week is the memisang week. Biasalah tu. Biasakan diri dengan environment kerja dan sebagainya. Untuk bagi tips, macam tak layak lagi. Nantilah tunggu aku sambung cerita di The Intership part seterusnya. Okebye.

Sunday, September 13, 2015

Asrama: The Good and The Bad

Memandangkan UPSR dah habis, mesti ramai parents dah fikir nak hantar anak masuk asrama mana. SBP ke, MRSM ke, SMKA ke? Aku sendiri produk SBP, duduk asrama 5 tahun. Jadi aku dah rasa pahit manis duduk asrama. Duduk asrama ni, memang best. Aku tak dapat nafikan. Aku waktu nak tinggalkan sekolah lepas habis SPM dulu kemain sendunya. Sedih, sebab banyak kenangan kat situ. Ada je yang memang tak sabar-sabar nak tinggalkan asrama sebab tak tahan dan sebagainya. Itu perkara normal. Haha. Jadi dalam post ni aku nak kongsikan tentang the good and the bad of staying in hostel. 



The Good

1) Independant
This is a given. Tiba-tiba kau tercampak di suatu tempat asing di mana kau kena buat segala benda sendiri. Kena basuh baju sendiri, urus diri sendiri with no parents sedangkan kat rumah semua benda tu mak yang buatkan. Daripada tak reti apa, kau akan belajar sikit-sikit sampai expert la dibuatnya. Aku sampai sekarang kalau lipat baju, saiz kena sama (penangan inspection oii). Lepas tu dorm pun kena jaga sendiri, kebersihan, kekemasan. Kau akan jumpa pelbagai jenis manusia and kau kena handle segala benda yang jadi sendiri. Kalaupun boleh cakap dengan parents through phone and time dorang melawat. That's it. Kau akan melalui fasa hormon change, zaman memberontak remaja tu di kalangan kawan-kawan and kau kena belajar cope dengan semua benda tu sendiri. Semua tu buat kau jadi matang dan independent.

2) Environment study
Kat asrama, semua benda ikut jadual. Masa study kau pun dah ditetapkan. Tinggal nak ikut atau tak je. Waktu study, boleh kata semua bukak buku. Lagi-lagi time nak dekat exam. So kalaupun kau tengah malas macam mana pun, tiba-tiba kau rasa tercabar lantas juga ikut membuka buku. Haha. Lepas tu, cikgu pulak rajin buat extra class no extra payment, mind you. That's just how dedicated they are. So tak payah susah-susah nak kelas tuisyen ke apa. And asrama biasanya kat remote area, so suasana study tu kondusif. 

3) Fokus
Kat asrama takde segala benda seperti internet and whatnot. Less entertainment, more pengisian rohani. Disebabkan takde benda yang buat lari fokus, your life is almost all about studying. So it's good. Study become your primary focus. Dengan bantuan dari cikgu-cikgu lagi. Lepas tu banyak kawan-kawan yang kau boleh refer. Dan satu lagi, memandangkan semua budak jenis yang akan study gak macam mana pun, so kau boleh stay fokus untuk belajar.

4) Rapat dengan cikgu
I dare say this is not something that daily school student can easily get. Cikgu-cikgu la yang jadi parents kau waktu kat asrama. It's good to be close cikgu ni. Kau boleh refer cikgu. Cikgu-cikgu pun selalu ada je kat bilik guru kalau nak one on one punya lesson sekali-sekala.

5) Friendship
Bila kau jauh dari family and yang ada dengan kau adalah kawan-kawan kau, by default kau akan rapat gila dengan kawan. Kongsi cerita dengan kawan. Buat memori dengan kawan-kawan. I dare say kawan-kawan aku yang kat Igop adalah kawan yang aku paling treasure sampai sekarang. Even mak abah aku suka and suruh aku jangan lost contact dengan dorang. Even aku tak selalu contact korang, know that you guys sentiasa kemas dalam ingatan aku. Segala benda best/bengong kita buat selalu je buat aku sengih sorang-sorang bila ingat balik. Kawan kelas, kawan dorm, akak dorm, adik dorm, semua aku treasure. Seriously, rindu tu tak payah cakap lah.

6) Disiplin
Isnin to Jumaat is school during the day (till afternoon) then zohor and lunch; then prep petang; then asar and riadah; then makan malam and maghrib; then prep malam and isya' then you go to basuh baju/iron baju/sambung study or straight to sleep. Jadual dah ada tinggal nak kena ikut. Ini disiplin. Hari Sabtu and Ahad lengang la sikit takde jadual tapi selalu kena settlekan laundry, outing dan sebagainya. Hari Ahad pun ada inspection. Lepas tu banyak peraturan yang kau kena ikut. Ini ajar kau jadi orang yang ikut peraturan.

The Bad

1) Quite distant dengan family
Yang ni bukanlah semua. Tapi boleh kata budak yang duduk asrama lagi-lagi yang daripada Form 1 lagi rapat dengan kawan daripada family. Sebabnya dah biasa berkongsi dengan kawan lagi daripada dengan family so benda tu normal lah. Tapi ada je kawan-kawan aku yang still rapat gila dengan family and hari-hari kol parents update semua benda. Aku pulak jenis jarang kol sebab aku ni kurang reti nak bercerita pasal kehidupan aku. Lepas tu membawak perangai tu sampai ke univerisiti. Lol. 

2) Once going out to real world, kalau tak jaga diri rosak
 Yes kat asrama semua benda terjaga, tapi bila keluar je masuk universiti banyak dugaannya. Segala anasir macam TV and internet ni kalau tak berjaga, hanyut weyh. Lepas tu, sebab kat luar mana ada jadual fix kalau tak pandai bahagi masa payah. Sebenarnya, bila orang kata budak asrama lagi senang adapt bila masuk universiti ni adalah part jauh dari family and hidup sendiri2 je bagi aku. Banyak aspect lain, kelebihan tu boleh kata void. Haha.

3) Psikologikal aspect
No scientific theory intended. Tapi pada aku, dalam stage teenagers, hormon tak stabil, emosi berterabur pada aku parents main peranan penting. Tapi duduk asrama, jauh so payah nak cerita kat parents kalau apa-apa.

4) KUAT TIDUR!  
 Seriously, most of budak asrama kuat tidur, I don't even know why.