Tuesday, May 31, 2011

gifted ke aku?

crapping one more time.haha.please bear with me.okay?

kawan-kawan kat sekolah selalu cakap kat saya cenggini.'keron,ko senanglah,tido-tido pon result gempak gak'.dalam hati saya cakap 'apa kejadahnya ko cakap result aku gempak, physics derek c je'.gempak ke cenggitu?ada jugak yang cakap saya gifted.'gifted ke aku weyh?'.

dari satu sudut lain,memang saya gifted.Allah bagi saya cukup sempurna semua pancaindera.takda satu pun cacat celanya.Alhamdulillah.saya tak buta ataupun tuli mahupun pekak.i'm also gifted with a very loving family beside me.saya juga diberikan peluang untuk menuntut ilmu di sebuah sekolah yang cukup fasiliti nye.memudahkan lagi nak belajar.suasana pun kondusif la jugak.jauh dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan,senang cakap.'dari sudut itu memang aku gifted la kawan,sama je macam korang'.tapi mesti korang akan cakap,'ko baca sekali dah boleh ingat'.yupp,saya tak nafikan kebolehan untuk scan dan ingat yang saya ada.tapi taklah sehebat imam syafie.saya boleh ingat sikit-sikit aje fakta yang telah saya baca tu.then yang lain tu,waktu under pressure je baru je dia nak teringat terutamanya waktu exam.

dari hati saya,
'korang tahu tak,
aku takut...
aku takut aku jadi riak dengan apa yang aku ada sedangkan segalanya milik Allah.
sebab tu aku tak suka korang cakap pasal hal2 gifted ni.
aku takut...sumpah aku takut.
anugerah ni sesungguhnya milik Allah semuanya.'

sorry la semua.tak pasal-pasal kena baca luahan hati insan bernama KHAIRUNNISA AR ALHAN ni.

Sunday, May 29, 2011

Dear Haffiz:Thousand Follower Bloglist


tengah syok-syok blogwalking tadi terjumpa pulak satu segmen  by bro haffiz ni.macam interesting la pulak nak join.saya pilih kategori blog pelajar pilihan.yela...saya kan masih bergelar pelajar kat i-gop ceruk nun.tapi life as a student ni gempak jugak ape.dalam blog pun,mainly saya tulis pasal student life. 

bagi yang teringin nak join sekaki,,,
klik sini...


harissa husna termizi

tak kenal?mehh saya kenalkan.dalam entry sebelum ni saya dah cakap nak kenalkan kawan saya kan?jadi di sini dengan rendah hatinya saya nak memperkenalkan readers semua dengan kawan saya tu.nama penuh dia harissa husna termizi seperti yang saya nyatakan di atas nun.tahun ni umur 17 tahun.single ke tak tanya sendiri kat dia.saya tak campur hal peribadi orang.kalau nak kenal lebih lanjut...klik kat sini atau header bawah ni...


okey readers sekalian, alang-alang saya dah buat entry ni saya nak buat pengumuman ye.dulu-dulu nama blog ni i.am.someone dan nick yang saya guna ialah phoenix.di sini saya nak bagitau, nama blog dan nick saya telah ditukar kepada khairunnisa ar alhan.kalau saya bw,,,saya tinggal jejak kat blog anda kat chatbox tu dengan nama keon alhan.ok?jumpa lagi di lain entry.



Saturday, May 28, 2011

yupp,,,aku budak choral!

well,,,sebab ni nak crapping je,,,ganti nama diri tukar jadi aku sat.

aku memang terkenal sebagai seorang perempuan yang kasar,kayu n so on yang sewaktu dengannya.nak dijadikan cerita tahun lepas aku masuk choral speaking!ya!i'm in the team.perpsepsi biasa semua orang terhadap budak choral speaking ni sudah semestinya gedix tahap extra and badan lentik liok cam kucing.well,satu pun tak de yang kena dengan perangai aku.tapi sebab seronok tengok orang berchoral speaking,aku gagahkan jugak kaki pergi audition tahun lepas.alhamdulillah,aku berjaya masuk team.setelah masuk team n jalani latihan barulah aku tahu betapa seksanya.mak ai, habis sakit pinggang dok lentok sana sini.mulut ni dah kebas nak senyum.tapi kalo tak senyum karang mati aku kena tegur ngan coach.mana idaknya, asal nama aku kena sebut je.KHAIRUNNISA!SMILE!SHOW UR WHITE TEETH!ape ke jadah?!?tapi lama2 aku dah biasa.kadang tu kalau dah penat sangat, pakat bagi senyum palsu aje.dalam team choral tahun lepas cuma ada 6 orang form 4.well,tahun ni kami sume nak spm.oleh sebab kitorang ada 6 orang je, kitorang memang rapat.walaupun hanya aku dan wani budak form 4 lama time 2,,,aku rasa macam takda beza sangat antara kitorang dengan dak form 4 yang lain walaupun diorang form 4 baru.pendek kata kitorang memang boleh ngam lahh,,,

tahun lepas,kitorang automatik pergi kebangsaan...jadi meh kita usha picca kitorang kat pahang tu,,,,

syara,aku,cha,shu,syak


cha


cha,aku,wani,syak,shu

edited....

yang kat bawah yang kena dush tu dah macam adek kitorang,,,syazwan,,,
one of the  4 boys in the team

sebenarnya pertandingan choral ni dijadualkan bulan 6 tapi tetiba diawalkan pada bulan 5.kitorang hanya sempat berlatih dalam tiga minggu!!!dan persembahan pertama kitorang depan public ialah waktu pertandingan tu.tak ke GILAK namanya?walaupun begitu kitorang manage to do our best.walaupun tak menang, kitorang tetap bersyukur sebab dapat buat yang terbaik.

tahun lepas,kitorang dapat jemputan buat persembahan waktu anugerah nilam.sumpahh enjoy gila persembahan tu sebab kitorang makin matang dalam buat persembahan.tapi sayang,waktu tu aku tak bawak cam untuk capture that moment.

then tahun ni, kitorang banyak buat persembahan kat sekolah pulak.waktu HAC dan waktu orang indon datang baru2 ni.waktu HAC tu segan gila sebab ada guys yang kutuk aku.sapa lagi kalo bukan anak pak cik bahar yang muka mintak sepak tu.aku bagi sebijik karang,lebam bijik mata satgi.mana taknya, tak pernah aku menggediX depan diorang tetiba la aku kena buat gedix-gedix depan diorang.mak SHIIIIGAN!!!yang waktu depan orang indon tu lagi aku segan.pak rajiman ar,,,gelak2 pulak!senang cakap tahun ni memang tahun malu gediX bagi aku.nasib dah form 5.haha.lepas ni aku tak mao dah buat persembahan.form 5 yang len pun sama.sume pakat nak bersara.kami nak spm weyh....apa-apapun aku tetap sayang choral team!

                                               

ni kawan aku,nama dia cha.mesti tertanya tanya sapa dia lah budak comel ni.tunggu entry seterusnya ye...

Friday, May 27, 2011

assalamualaikum semua!!!!

rasa macam dah lama gila tak update blog.dah ada sarang labah2 dah ni.cuak kot.haha.setelah dua minggu dihabiskan dengan penuh sabar dab tekun kat sbpi gopeng kat ceruk nun, akhirnya hari ni balik rumah untuk cuti dua minggu.rasa macam nak lompat tinggi2 je ni.dua minggu ni akan ku habiskan dengan aktiviti 'berfaedah' seperti tidur tak ingat dunia n tengok tv sampai lewat malam.tidur dah banyak burn dah kat sekolah.asek tidur lambat je.kat rumah ni lah masa nak balas dendam nak tidur.berteman bantal yang gebu tu,,,tilam empuk lagi.hua...bestnya.

hari tu lepas exam,hari jumaat buat kerja gila.tengok tv kat bilik rehat dari pukul 9 mlm sampai kol 2-3 pagi(oops kantoi buat jahat) and then tido je dekat bilik tv.gila syok.dahla sejuk.esoknya pulak continue buat kerja gila.tengok crta hindustan pulak.bhoothnath.tengah2 tengok tu pulak senang sangatlah ayor mata nak keluar.cerita tu pun dan2 sedih bebeno.habis kena perli ngan kawan je pasal ngobak.gila segan.senang cerita,2 hari tu muka kitoranglah kat bilik tv 2.dak2 junior pun pelik tengok form 5 tak sedar diri nak exam spm tahun ni macam kitorang.

tapi apa salahnya nak enjoy sekali-sekala kan?lepas tension sebab exam cam hampeh kali ni.bahagian sbpsk memang nak mencabar otak kali ni.gila rasa nak pecah kepala hotak.sebulan exam.soklan tahap apa punya entah.enough crapping.batery lappy dah nak abes.malaslah nak cekau charger.jumpa dalam entry seterusnya...until then...love u all readers.buat blogger yang masih bersekolah macam saya,,,happy holiday!!!

Sunday, May 1, 2011

ciri-ciri lelaki idaman saya

1.beriman dan beramal soleh


rasanya semua orang nak seseorang yang soleh untuk jadi pasangan hidup, right?begitu juga dengan saya.dalam ayat 26 surah an-Nur telah dinyatakan bahawa "...vile women are for vile men and vile men are for vile women.Good women are for good men;such are innocent of that which people say:For them is pardon and a bountiful provision..."saya sebenarnya rasa tak cukup layak untuk mendapatkan seorang lelaki yang soleh sebagai teman hidup sedangkan diri ni tak cukup baik untuk itu.i just don't deserve it.but we must always remember that the only constant is change so what do i learn is,,,it is never late for me to change towards a better woman.

2.muka macam ashraf muslim



gila demand!actually saya tak kisah sangat pasal look.hensem ke tak hensem.even waktu sekolah ni drpd 4-5 guy yang saya admire, hanya sorang je yang masuk kategori hensem.yang len yang saya minat tu bese2 je.(gatal gak sya ek).tak de lah demand sangat sampai muka pun nak macam ahraf muslim yang over hensem tu.saya tak cantik untuk lelaki yang kategori hensem cenggitu.bagi saya asal kemas cukup.tak serabai.tapi yang pasti saya sangat suka dengan lelaki yang ada innocent look.

*kadang saya wonder,,,kalau kita dah rasa yang ashraf muslim tu hensem gila...nabi yusof tu hensem mcm mne la ye?

3.own a Ferrari or Lamborghini


tak de maknanya saya nak jatuh hati dengan lelaki macam ni.haha.bagi saya, orang yang pakai kete terlebih mewah ni nak show off je(not all oke).selain tu, buat rugi duit je pakai kete macam tu...muat masuk dua orang je.tak convenient langsung.bagi saya cukuplah kalau dia own kete bese2 je.asal boleh jalan sudah, dan yang penting boleh bawak lebih daripada dua orang.

4.understanding


bagi saya, amat penting untuk dapat seseorang yang memahami kita untuk jadi pasangan hidup supaya nanti periuk belanga dalam rumah tak jadi kapal terbang kawalan jauh.melayang sana sini atau takdelah mortar meletup sana sini sesaja.jika pasangan tu memahami kalau ada masalah boleh la dibawak berbincang,,,selesai elok2...kalau tak,,,asal bergaduh aje,,,"i nak merajuk, i nak balik rumah mak i...u nak hantar ke tak?kalau tak i jalan kaki" cliche sungguh.

5.tak banyak cakap sangat but not pendiam


oleh kerana saya ni dah cukup banyak cakap, i prefer a guy who are lot more quiet from me.tapi seriously, saya tak suka sangat dengan lelaki yang pendiam gila-gila.macam sorang budak laki kelas saya tu, kalau dia tak de dalam kelas tu rasa tak de effect langsung.sebab?if he's there sekalipun, rasa macam takde.pendek kata, i want a guy who has his on effect on me.biar kalau dia takde, i feel it.kalau banyak cakap sangat pulak rasa macam nak bagi pelempang,,,bcoz bagi saya la,,,lelaki yang banyak cakap ni lagi teruk daripada perempuan yang memang originally banyak mulut.orang lelaki yang banyak cakap ni mulutnya lagi laser daripada perempuan.

6.atheletics


i don't know why but for me sportsmen are hot.(amek,,,kan dah klua ayat gatai merenyam).oleh kerana dah minat sangat tengok sports inilah padahnya.sebagai contoh, bryan nickson lomas.he is just HOT.sebab lain saya suka sportsmen...dulu2 saya teringin nak jadi sportsgirl, tapi nak buat macam mana, tak cukup berbakat.huhu.sedeyh betul.

7. ...


i don't know what is the exact word for this.but i want a guy who make me feel that i'm special.the one that make me go dup-dap-dup-dap or lup-dup-lup-dup in biology.the one that turn my leg to jelly.the one that make me feel awkward when he look at me...so do you all have the exact for this?if u do...please.......tell me...

8.bertanggungjawab


sifat ni langsung tak boleh dinafikan kepentingannya.jikalau seseorang lelaki yang menjadi ketua keluarga tu tak bertanggungjawab, memang hancur berderailah rumahtangga.dia mestilah bukan saja bertanggungjawab kepada saya(err...yucks???) but also to his parents, his job and also himself for sure.

9.loving


seorang lelaki yang penuh kasih sayang tak semestinya hari2 bagi bunga or whatsoever.cukuplah kalau dia pandai ekpresi kasih sayang dengan cara dia sendiri.bcoz seriously, saya lemah betul bab2 expressi perasaan ni.

10.supportive


pasangan hidup mestilah seorang yang supportive so that kita akan dapat kind of motivation untuk buat sesuatu.saya bercita-cita nak jadi seorang pilot and if i'm able to achieve that i seriously need a man that understand my career and support me for what i'm doing.kalau dia tak paham dan support kerja saya, seriously saya akan rasa kecewa and down gila.

okay, enough crapping.i'm only 17 and now i'm writing bout all these???(can't understand myself).but for me, it i not wrong to dream but it is wrong if we didn't strive to achieve it.apa salahnya kan?kadang2 je pun.bukan selalu.tapi sian readers yang terpaksa layan saya merepek meraban bout my dream guy.apa yang saya harapkan, satu hari nanti saya akan jumpa the guy that have all these qualities.kekadang saya tertanya-tanya, sempat ke saya nak sambung belajar,capai cita2, kahwin dan bina keluarga sendiri sedangkan dunia ni daj terlalu tua.sempat ke saya nak alami alam itu sedangkan tanda2 kiamat tu dah banyak terlihat.SEMPAT KE???