Monday, November 26, 2012

DUNIA

Bila urusan dunia itu melelahkan,
Aku terasa ingin berehat sebentar.

Dan bila hal dunia itu meresahkan,
Aku terasa ingin lari dari segalanya.

Dan bila kerja dunia itu melemaskan,
Aku terasa ingin menjauh darinya.

Dan bila segalanya terasa begitu serabut.
Aku terasa ingin terbang ke awan, tinggal semua.

Namun hakikatnya,
Aku tak boleh.
Aku tak boleh tinggalkan.
Semua itu tanggungjawab yang aku perlu pikul.
Amanah itu amanah.
Tak kiralah keadaan itu segenting mana.


Saturday, November 24, 2012

Lupa

Kita memang sering lupa. Kita semua memang sering alpa.


Friday, November 23, 2012

CARA

Semua orang tengah kecoh pasal isu boikot memboikot ni sekarang. Dan kini aku berasa terpanggil untuk memberikan pandangan aku pula. *ayat skematik elektronik tak boleh blah tui tui*

Pertamanya, ingin aku nyatakan yang ini pandangan aku, dari sudut pandangan depan belakang tepi kiri kanan aku. So, kalau bercanggah dengan korang tu, tak bermakna aku betul dan tak bermakna korang punya pulak betul. Everybody have their own opinion from their perspective and have a little respect for that. If you don't agree with someone's opinion, janganlah dok bom bam sana berkelahi, the difference is for us to tackle with discussion, a calm one. Bukannya berkelahi macam budak-budak tak cukup umur. Grow up everybody. Bukan setakat badan je kena besar, tapi minda tu minda! cuba jadi matang!

*Okey panjang pulak lah intro aku -.-'*

Masuk kepada parking lot topik perbincangan kita kembali. *Pengerusi Forum Remaja Hal Ehwal Dunia. Ehh*

Pada aku, beza antara kita memberi respon pada isu ini adalah CARA. Cara berfikir, cara bertindak dan cara kita menilai diri kita sendiri sebenarnya.

Cara berfikir
"Apa rasional boikot-boikot ni?" 
"Macam mana pulak boikot ni boleh bantu our brothers and sisters in Gaza?"
"Tak ke boikot ni affect our people jugak? All those yang kerja dekat McDonalds?"
"Apa lagi yang boleh kita buat selain daripada boikot?"

I'm not quite sure what other questions that may come out in our mind. These is what can I list right now. *a littleeeee bit blur hari ni (sebenarnya hari-hari. heh.)*

Oh yeah, people thinking are different. Again. Memanglah difference yang mencorakkan dunia :)

Cara bertindak
Ada yang rasa dia mampu boikot. Maka dia boikot. Dia rasa tak ada dah benda lain yang dia boleh tolong. Jadi dia tolong dengan cara memboikot. Sekurang-kurangnya dia dah usaha betul?

Ada yang rasa, aku mampu sedekah duit untuk orang-orang di sana, maka dia sedekah duit.

Sesetengah yang lainnya pula, menghantar doa kepada saudara-saudara di sana sebagai satu usaha membantu mereka yang mempertahankan bumi anbiya' itu.

Satu je yang aku dapat kata kat sini, bertindak semampu kita, berusaha lebih keras daripada upaya kita untuk membantu mereka.

Dan sebagai seorang manusia yang hidup bermasyarakat, sila sila dan SILA hormati cara orang. tak perlu rasanya nak bash bash orang yang nak boikot. sebab dia rasa dia mampu tolong macam tu. dan yang memboikot tak perlu lah nak kutuk orang yang tak boikot pulak janganlah pandang yang tak boikot tu dengan pandangan keji pulak. Mungkin mereka rasa ada cara lain yang mereka boleh bantu saudara-saudara kita di Gaza itu.

Satu yang kita sama-sama WAJIB buat adalah, DOA DOA dan TERUS BERDOA untuk mereka. untuk keamanan di sana. sudah terlalu lama bumi anbiya' itu dicemari dengan aniaya ZIONIS laknatullah.

Cara kita menilai diri sendiri
Macam mana aku boleh tolong? Apa yang mampu aku buat? Apa yang mampu aku sumbangkan? Apa aku nak jawab depan Allah kalau Allah tanya apa yang aku buat untuk tolong rakyat di sana?

Kalau rasa mampu, kirim lah wang ke sana.
Kalau rasa mampu berjuang di tanah anbiya' itu dan kau punya kepakaran, joinlah misi keamanan. sekarang ni dah ada banyak sangat channel.
Kalau rasa mampu boikot, boikot. Tapi bukan McD je sebenarnya produk yahudi. Ada banyak lagi. Kalau rasa mampu, mujahadahlah diri dengan menghindari produk-produk itu.

Paling last sekali ni, aku tak mau tulis kalau,
KENA berdoa untuk mereka di sana. DOA lah untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Kalau tahu, baca qunut nazilah. Kalau tak tahu belajar. *Aku ni pun tak mula lagi hafal :'( Yukkkk kita sama-sama!)

Aku sendiri sedang mencabar kemampuan aku. Boikot McD is not really a problem for me sebab aku baru je makan McD dalam 7 kali. Yeahhh aku boleh kira okeyyy. Sebab bapak aku memang tak biasakan fast food dari kecik.

Jom kita buat apa yang kita MAMPU. dan ingat. kita BOLEH CABAR kemampuan kita!

#PrayForGaza.




I was like this when i watch this video -----> :O

Tuesday, November 20, 2012

Realiti

Dekat dorm,
Ada lipas. Semua orang jerit. Semua orang lari. Semua orang gelabah. Ada jugak yang sampai nak menangis. Maka aku keliru, macam mana aku nak react ni? Lepas tu, semua pandang aku dengan muka cuak tu then kata 'Nisa, tolong bunuh lipas tu CEPAT!'. Aku apa lagi, capai penyapu katok je lah lipas tu.

Realitinya, aku nak ikut jerit sekali, tapi kalau dah semua buat macam tu lepas tu buat muka mengharap suruh aku bunuhkan lipas tu apa yang aku boleh buat?

Dekat lobi sekolah,
Tengok TV. Time tu tiba-tiba hujan lebat. Dah lama dah ni, masa tu tengah tengok cerita Nur Kasih. Biasalah budak asrama kan. Tengok ramai-ramai kat block academic sebab kat asrama TV rosak. Haduii. Biarpun hujan lebat gagahkan juga pergi sekolah nak tengok. Lepas tu, tengah tengok DUMM. petir. then, TUPP black out satu sekolah. *macam tu ke bunyi black out?*. Girls yang lain dah gelabah. Aku pun sebenarnya. Lepas tu, semua cakap 'Keron aku takutt. Jom lahh balik' .Lepas tu paut lengan aku. Aku pun jalanlah dengan pautan-pautan kat lengan tu tuju balik asrama.

Realitinya, aku takut. Tapi diorang-diorang dah cukup takut untuk 'orang seperti aku' ikut takut sekali. Apa yang mampu aku buat. Teruskan.

Dekat kelas,
Kerja sekolah tak siap. Ada jugak lah yang lain pun tak siap. Tapi yang perempuan aku sorang je. *selalunya*. Dan aku cuak. Gelabah. Takut. Tapi semua orang kata, 'Relaxnya ko Keron'. Woii. Dalam hati aku, cuak dah rasa macam apa kau tahu! *Well, dalam hati je lah aku cakap* Jadi, apa yang aku buat adalah menyelesaikan segalanya dengan tenang *walaupun dalam hati berombak* 

Realitinya, aku rasa nak menjerit, meraung, menangis je macam girls lain buat kalau dah tension sangat. Tapi 'orang seperti aku' bukan begitu. Orang seperti aku bertindak setenang mana yang boleh.

Hakikatnya, aku jadi berani bukan sebab aku memang berani. Tapi aku beranikan diri sebab orang lihat aku sebagai orang yang berani hanya kerana kelakuan aku yang kasar. Kalau aku ikut jadi penakut, siapa yang konon nak jadi saviour? *kekeke*

Hakikatnya, aku tak setenang itu. Tapi aku tenangkan hati aku sebab orang lihat aku sebegitu. Kalau aku ikut gelabah, siapa pulak yang cikgu nak marah sebab kerja tak siap. *Ehh?*

Dan hakikatnya sifat itu bukan sifat semulajadi yang ada dalam diri aku, tapi kerana aku pupuk. 

Aku pupuk sebab aku tahu aku perlu. Dan yang pastinya kali ini bukan kerana orang lihat aku sebegitu tetapi sebab aku tahu aku tak sanggup hidup sebagai seorang yang penakut dan gelabah.

TABAH

Buat sahabatku Izni,

Sahabat,
Kalau aku kata aku faham perasaan kau, maka aku bohong. Sebab aku tak pernah lalui apa yang kau lalui, maka aku tidak tahu persis apa yang kau rasa.

Tapi sahabat,
Aku mampu kata aku rasa tempiasnya. Begitu sekali dugaan yang kau tempuh. Aku tahu kau kuat orangnya, dan aku harap kau terus kuat.

Percayalah sahabat,
Aku dan sahabat-sahabat yang lain semua di belakang kau. Mana yang boleh kami bantu insyaAllah sedaya upaya kami bantu.

Sahabat,
Aku tahu kau mesti sedih sekarang dan aku tahu rasa itu takkan pernah hilang sekalipun namun

La Takhaf Wa La Tahzan, Innallahamaana !!!

Semoga kau dapat lalui saat-saat getir ini dengan penuh ketabahan KAWAN,SAHABAT dan TEMANKU

Ingatlah, kau tak pernah sendiri. :')

Dan aku tujukan lagu ini buatmu sahabatku! Aku sayang kau. Kitorang semua sayang kau.

Nasihat

Pertamanya, jawab soalan-soalan ini.

1) Adakah kau seorang Muslim?
2) Adakah kau seorang Mukmin?
3) Adakah kau seorang yang a'alim?
4) Adakah kau tahu persis segala firman Allah dalam al-Furqan?
5) Adakah engkau seorang yang faham benar hadis Rasulullah?
6) Sudah cukupkah ilmu di dada engkau?
7) Sudah sempurnakan dirimu sebagai seorang Islam?
8) Sudah sempurnakah solatmu? Ibadah-ibadah lain?
9) Sudahkah engkau siap untuk mati?

Jawapan kepada soalan-soalan ini, jawablah dengan hati, jawablah supaya kita tahu siapa kita, supaya kita sedar di mana darjat kita.

Dan aku pasti, setiap daripada kita pernah berasa, 'Layakkah aku memberi nasihat pada orang lain, sedangkan aku sendiri masih lagi tidak sempurna?'

Permasalahannya, adakah manusia biasa seperti kita yang sempurna? Jawabnya, TIDAK! Kita tidak perlu menunggu diri kita ini sudah a'alim barulah kita boleh menegur khilaf orang lain. Kerana hakikatnya manusia itu sifatnya mudah lalai dan kita amat perlu pada nasihat, peringatan. Kadang-kadang orang yang berilmu itu sendiri lebih senang menjauh daripada landasan kerana ketahuilah, godaan pada mereka-mereka ini lebih kuat.

'Kalau orang yang kita nasihat tu balas balik, ingat kau baik sangat?!?'

Well, you have done what you can! You have done what you have to do! You have done your responsibility as a good Muslim. You have done amar ma'ruf nahi mungkar. Isn't it good enough?

Ketahuilah, dimaki dicaci itu memang lumrah kalau kita ni di medan dakwah. Biarlah duri tu menusuk hati sekalipun kat dunia, kat akhirat tu lebih utama. Nak ganjaran dari Allah kan kat akhirat nanti?

Aku tulis ini supaya aku sendiri memotivasikan diri aku untuk menjalankan perintahNya. Jangan pernah takut memberi nasihat, teguran, peringatan pada orang lain.

Dan jangan pernah lupa untuk perbaiki diri sendiri juga. Moga apa yang kita beri pada orang, tempiasnya ada jugak lah pada kita kan. insyaAllah.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Selalulah ingat ayat ni supaya kita tak lupa apabila kita nasihatkan orang kita sendiri perlu juga berusaha memperbaiki diri sendiri.

Wallahua'lam.

Thursday, November 8, 2012

Harapan

Suatu ketika dahulu, harapan aku adalah ingin menjadi seorang juruterbang *yang berdedikasi*. Aku tidak peduli sama ada juruterbang komersial ataupun juruterbang tentera asalkan aku dapat terbang tinggi menerjah awan di atas sana. Dengan semangat yang setinggi gunung *kinabalu*, berbekalkan harapan yang sebesar gajah *apakah?*, aku selalu membuat kajian tentang kerjaya itu. Tidak lupa juga, aku selalu mencari maklumat di Internet tentang perjalanan untuk menjadi seorang juruterbang supaya aku dapat mencapainya suatu hari nanti. Minat aku semakin bertambah apabila sebuah sekolah penerbangan mengadakan sesi ceramah di sekolah aku. *berkobar-kobar bak hang* Apa yang disampaikan membuatkan segalanya nampak mudah. Perjalanan menjadi seorang juruterbang nampak begitu senang. Namun, hakikatnya bukan semudah yang disangkakan. Kerana minat yang mendalam itu jugalah, aku tidak pernah lupa mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan kerjaya idaman ku ini. Pun begitu, segala-galanya mengecewakan  hati aku. 'Permintaan yang kurang, lambakan kadet juruterbang, industri hanya akan berkembang dalam 10-20 tahun lagi' *berdasarkan apa yang aku bacalah* Lastnya, aku tinggalkan cita-cita aku *dalam arkib hidup aku* dan move on pada cita-cita seterusnya.

Setelah aku tinggalkan cita-cita aku dan bercadang untuk membuka lembaran baru, kerjaya beruniform aka askar menjadi pilihan aku. Sebab yang paling utama adalah aku sukakan uniform. Ketahuilah, lain perasaannya apabila aku menyarung uniform ke tubuhku *yang slim.kbye* Semangat yang disalurkan itu, lain benar rasanya. Lalu, dengan harapan setinggi gunung *everest* sewaktu mengisi borang UPU, aku memilih UPNM sebagai pilihan pertama aku. Dan pada yang sama juga, aku menghantar permohonan untuk kemasukan Januari ke UTP.


aku rindu ini!

Seusai SPM, aku berehat *dengan tidur, makan, tidur, makan, tv, tidur, makan, tv....*selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku mendapat panggilan untuk EduCamp UTP *nama poyo, padahal maksudnya interview, Heh* Dengan berat hati, aku pergi, setelah mendengar nasihat dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa aku. Sejujurnya, aku jalani interview dengan sambil lewa dengan harapan aku tidak akan mendapat tawaran masuk ke UTP *sebab nak cuti lama lagi la huiiii*.

Dua minggu kemudiannya, masa untuk menyemak keputusan permohonan masuk ke UTP untuk kemasukan Januari. Bismillahirrahmanirrahim *dalam hati ni, tolonglah jangan dapat, TOLONGLAH* . Laman UTP Prism aku layari. Semak keputusan. Tahniah. Anda Berjaya. *dalam hati, why oh why???*. Saatnya memberitahu kepada ayahanda dan bonda tercinta. 'Abah, Cha dapat UTP tu'. Terasa mudah pula meluahkan patah-patah kata itu. Namun gelora di hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Sekilas, aku tahu, abahku suka jika aku pergi. Begitu juga dengan emak. Saat jiwa berperang dengan logik akal, kepada Allah jua lah aku serahkan segalanya. Solat istikharah aku laksanakan. Berperang hati ini saat menunggu petunjuk dari Ilahi. Sungguhnya, bukan dari mimpi aku diberi jawapan tapu gerak hati yang mengkhabarkan.

Hatiku berat mengatakan, ' Penuhi harapan mak dan abah'.

Setelah mengambil keputusan, aku pun melangkah dengan penuh semangat ke UTP *semangat sangattttt* 

Selesai satu semester yang memakan masa 4 bulan, boleh aku katakan yang aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di universiti ini. Maka aku terus tabahkan hati, meski kadangkala, hati merusuh *sebab banyak keje -.-'*. Aku didik hati ini perlahan-lahan menerima cara belajar di sini *yang pace dia laju macam Shikansen. Tak tipuuuuu*


kat dalam lab chemistry


Di pertengahan semester Januari, di mana aku sedang sibuk menjalankan persiapan untuk ujian *test okey test* dan juga temuduga biasiswa Petronas . Aku menyemak keputusan permohonan ke UPNM yang sudah keluar *kan nak masuk situ kena interview, tu pasal lah awal* 

ALLAH. Sekali lagi hati aku yang rapuh *bak biskut* diduga.

TAHNIAH. Aku sesungguhnya gembira kerana inilah harapan aku. inilah cita-cita aku. inilah impian aku. Namun sekali lagi hati ini tersentap, tarikh mula temuduga sama dengan tarikh aku akan menjalani ujian bertulis untuk biasiswa Petronas. Hati sudah mula berbelah bahagi *to thousand parts* semula.

Aku hubungi abah. Menceritakan tentang tawaran ini. Dan juga pertindihan jadual. Di hujung talian dia mengatakan, 'Cha fikirlah sendiri. It's your life. Decision is in your hand'. Saat itu, hatiku jadi semakin lemah kerana di hujung talian, meskipun tidak dizahirkan dengan kata-kata, aku dapat menangkap harapan seorang ayah supaya aku kekal disini.

Maka, aku lupakan UPNM. *babai sweetie*

Setelah habis beberapa ujian *test okey test* dan temuduga itu, aku keluar ke KFC bersama teman-teman. Di saat keriangan, aku mendapat satu SMS yang mengejutkan. UPNM PANGGIL BUAT KALI KEDUA! Terus aku hubungi abah untuk berbincang dengannya. Sekali lagi, aku menangkap nada yang membuahkan harapan yang sama. Aku tabahkan hati.

Esoknya, aku mendapat panggilan pula dari pihak UPNM. Luluh hati ini sekali lagi. Lantas aku capai telefon semula dan mendail nombor abah. Sekali lagi aku meluahkan rasa. Buntu *Tak tahu nak pilih  yang mana*

Akhirnya, sekali lagi aku melepaskan peluang itu. SEKALI LAGI!

Saatnya keputusan biasiswa Petronas dikeluarkan. Dengan penuh harapan laman itu aku buka. 

MAAF.

Melihat perkataan itu sahaja hatiku hancur luluh. Mulalah timbul dalam hatiku, 'Baik aku pergi interview UPNM, masuk sana elaun 1000 sebulan. Tak susahkan mak abah.' Namun aku pantas beristighfar. Perancangan Allah itu maha Sempurna. Tidak lama kemudian pula *adalah sebulan kot*, permohonan UPU pula keluar. Allah. Dapat pula salah satu universiti terkemuka di Malaysia iaitu UM untuk mengambil Asasi Sains. Namun kali ini, tidaklah terasa rapuh benar, kerana hatiku memang bukan untuk bidang itu. Maka aku lepaskan dengan redha.

'MARA bukak permohonan lah weyh' kata kawanku. Maka dengan hati yang mengharap *dan berkecai-kecai into million, might be trillion pieces tu* , aku memohon EduLoan.

Seterusnya, menyelesaikan segala urusan permhonan. Peperiksaan akhir menanti. Aku jawab dengan penuh teliti *ceyhhh..poyo sangat*. Selepas itu, cuti selama 5 hari aku manfaatkan sebaiknya *dengan tidur...tidur... dan tidurr di rumah*. Aku harus pulang awal kerana sudah memilih untuk membantu di dalam Minggu Aluan Siswa. 

Semasa TOT, keputusan MARA pula keluar. Alhamdulillah. Aku berjaya mendapat EduLoan itu. Lalu aku teruskan hidup di UTP sehingga sekarang. 

Alhamdulillah, aku kini di semester akhir untuk Foundation *gaya cakap macam dah final year, ceyhhhhh*.

Aku akan terus berjuang di sini untuk menghidupkan harapan mak abah aku untuk melihat anak-anaknya berjaya. Sehingga aku genggam segulung ijazah *yang ternyata lebih hot daripada Aaron Aziz mahupun Zed Zaidi. tetttt.* 

Tujuan aku berkongsi kisah aku di dalam entry yang serba panjang ini, adalah untuk menyampaikan, apabila kita mengikut pilihan ibu bapa, Allah akan bantu kita. InsyaAllah. Aku di sini untuk menyalakan harapan mak abah yang semakin lama menjadi harapan aku jua.*aku nak cakap, aku dah sayang la kat UTP :P*

Namun, kadangkala, kita perlu untuk menegakkan pilihan kita andainya kita rasa pilihan kita itu baik dan lebih sesuai untuk diri kita.

Pun begitu, untuk menghidupkan harapan aku pula, aku bertekad untuk menyertai kelab menembak dan kelab penerbangan setelah  aku bekerja nanti. Tak lupa juga, aku hendak mengikuti latihan askar Wataniah.*nak pakai uniform, nak kawad, nak fit kan balik badan, sekarang lari sikit je, semput. heh.*

Moga harapan aku dan harapan ibu bapa aku jadi nyata, menyala dan terus menyala.


P/S: aku happy gila ni. sebab budak bukan sebarang budak aka nub dah kembali! jyeahhhh! mai ramai ramai kita pukul beliauuuu!