Tuesday, November 20, 2012

Nasihat

Pertamanya, jawab soalan-soalan ini.

1) Adakah kau seorang Muslim?
2) Adakah kau seorang Mukmin?
3) Adakah kau seorang yang a'alim?
4) Adakah kau tahu persis segala firman Allah dalam al-Furqan?
5) Adakah engkau seorang yang faham benar hadis Rasulullah?
6) Sudah cukupkah ilmu di dada engkau?
7) Sudah sempurnakan dirimu sebagai seorang Islam?
8) Sudah sempurnakah solatmu? Ibadah-ibadah lain?
9) Sudahkah engkau siap untuk mati?

Jawapan kepada soalan-soalan ini, jawablah dengan hati, jawablah supaya kita tahu siapa kita, supaya kita sedar di mana darjat kita.

Dan aku pasti, setiap daripada kita pernah berasa, 'Layakkah aku memberi nasihat pada orang lain, sedangkan aku sendiri masih lagi tidak sempurna?'

Permasalahannya, adakah manusia biasa seperti kita yang sempurna? Jawabnya, TIDAK! Kita tidak perlu menunggu diri kita ini sudah a'alim barulah kita boleh menegur khilaf orang lain. Kerana hakikatnya manusia itu sifatnya mudah lalai dan kita amat perlu pada nasihat, peringatan. Kadang-kadang orang yang berilmu itu sendiri lebih senang menjauh daripada landasan kerana ketahuilah, godaan pada mereka-mereka ini lebih kuat.

'Kalau orang yang kita nasihat tu balas balik, ingat kau baik sangat?!?'

Well, you have done what you can! You have done what you have to do! You have done your responsibility as a good Muslim. You have done amar ma'ruf nahi mungkar. Isn't it good enough?

Ketahuilah, dimaki dicaci itu memang lumrah kalau kita ni di medan dakwah. Biarlah duri tu menusuk hati sekalipun kat dunia, kat akhirat tu lebih utama. Nak ganjaran dari Allah kan kat akhirat nanti?

Aku tulis ini supaya aku sendiri memotivasikan diri aku untuk menjalankan perintahNya. Jangan pernah takut memberi nasihat, teguran, peringatan pada orang lain.

Dan jangan pernah lupa untuk perbaiki diri sendiri juga. Moga apa yang kita beri pada orang, tempiasnya ada jugak lah pada kita kan. insyaAllah.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Selalulah ingat ayat ni supaya kita tak lupa apabila kita nasihatkan orang kita sendiri perlu juga berusaha memperbaiki diri sendiri.

Wallahua'lam.

No comments: