Thursday, April 9, 2015

Beauty

Awesome rendition of Miley Cyrus' Wrecking Ball by London Grammar.



Then we've got Sada Borneo.



Let's root for these guys, shall we!

Saturday, April 4, 2015

Random Thoughts dalam Bas

Tadi, dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah aku terfikir. Umur aku dah 21 tahun, but I'm still such a nuisance pada mak abah aku. Masih manja. Masih terlalu bergantung. My parents, at my age now, masing-masing dah keluar dari rumah and berdikari sendiri. Heck, my mom already married to my dad pun time umur 21. Abah aku time 21 entah berapa tempat kerja, jenis kerja dia lalui.

Aku rasa sangat spoilt. Aku umur macam ni, duit tak cukup merengek kat abah lagi. Ma-lu. 

And ini buat aku teringat jugak satu tweet yang pernah jadi kontreversi. Kaitan dia aku pun tak tau nak cerita macam mana. Yang pastinya dia ter-interrelated dalam kepala otak aku.    


Aku waktu first-first aku baca tweet ni, aku rasa panas berapi semacam je. Amboi sesedap rasa nak bahasakan orang beruk. Lama-lama aku fikir, "Haha. Minah ni tak pernah rasa hidup susah. Lahir-lahir dapat tilam emas kot". Senang cerita belum nampak "dunia". Bukan semua hidup mewah mampu beli kereta. Believe me, that parents pun tak nak la sebenarnya biar anak dia berpanas macam tu. Tapi nak buat macam mana. That's what they have to live with. Bukan semua family terus hidup senang. Banyak yang bertatih-tatih bab-bab kewangan ni. 

Aku faham sangat family yang terpaksa bertatih-tatih slow-slow bab kewangan ni. Sebab family aku macam tu. Tapi pada aku parents aku sangat awesome. Abah aku ada daya survival yang sangat tinggi even I wondered till now macam mana abah aku survive. Aku ingat lagi time duduk dekat Mambang Diawan, kat situ banyak lombong, so whenever the money's short, our menus will be ikan talapia yang dijala kat lombong, kangkung, paku pakis, cendawan or whatever sayur yang boleh dapat kat kebun kitorang dulu or tepi parit/sungai. Aku suka gila time tu. Serious best. Mak aku pulak, skill memasak, menjahit even bertukang pun boleh. Haha. Dapat kat aku, habuk pun tada. Sampai la sekarang, nak kata senang tu tidaklah tapi cukuplah apa adanya. Keperluan semua cukup, kemahuan pun ada je yang dapat. Pendek kata, bahagia je. Ngeh ngeh ngeh. 

Aku respect mak aku sebab stick to my dad through thick and thin. Susah and senang. To be honest, if I choose to marry one day, aku tak nak orang yang well-established. Sebab part grow together, susah and senang bersama tu takde. Lol. Why am I even writing about this?

Seriously, lahir dalam family yang bertatih-tatih bab kewangan ni jadikan aku manusia yang bersyukur apa yang ada. Tapi tak bererti tak strive for better. Abah aku tak hantar aku belajar tinggi-tinggi untuk duduk di takuk yang sama. Itu aku sedar. Satu lagi, aku belajar, instead of mendesak parents nak itu ini, kalau agak-agak benda tu kemahuan diri sendiri, kumpul duit beli sendiri. Aku paling pantang kalau anak yang mendesak parents beli itu ini sedangkan tahu parents punya economic state macam mana. Like hello, kau dah kenapa? Anak-anak kena faham yang parents banyak lagi benda nak kena fikir. Lagi-lagi sekarang, dengan kos sara hidup yang makin meningkatnya. Perbelanjaan banyak.

Satu lagi aku nak sentuh is, keberkatan rezeki. Ada je orang yang gaji RM 1000++ boleh hidup selesa. Tapi bukan kat KL la kot. Tempat lain haha. Benda ni berkait dengan keberkatan rezeki. Fikir la balik kenapa kalau ada orang gaji tinggi tapi tak cukup-cukup? Kenapa ada orang gaji tak banyak boleh hidup selesa dan tenang? Aku selalu dengar from ceramah/tazkirah, salah satu cara nak raih keberkatan ni dengan sedekah. And remember to give to parents also. 

Oke dah bye.