Pages

Showing posts with label my point of view. Show all posts
Showing posts with label my point of view. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

Perihal VAPE


VAPE is..

...OKAY IF and ONLY IF!
You're trying to find alternative of smoking (an effort to stop smoking). Quit smoking is not easy. Aku faham betul. Bapak aku smoker. Banyak kali dia try stop tapi memang bukan senang. Tapi makin lama makin kurang. Jadi aku faham je kalau smoker cari altenatif as rokok is really harmful while vape is less harmful. It is still harmful. Please lah. Wap air tak wap air.

...NOT OKAY IF,
You're vaping because of TREND sedangkan rokok pun tak pernah sentuh. Aku tak faham betul orang yang jenis ikut sangat trend ni sampai trend gila babi bodoh pun nak ikut. Ko ngek ke apa? Tak reti beza baik buruk ke macam mana? Kalau pun curious, ko try sekali cukuplah. Yang sampai kat kedai makan nak vape, dalam kereta nak vape, dalam public transport nak vape sampaikan ada orang buat kedai vape. Aku cukup-cukup tak faham. Okay people, know this.. not ALL trend are to be followed. Be wise. Don't you ever venture to something that will bring no good to you. Lagi-lagi yang siap bawak bahana.

You spend too much money on it. Siap ada perisa la, mode la, jenama bukan main banyak. Seriously, just stahpppp it. If you're trying to stop smoking, if you vape, kurangkan la kuantiti. Jangan nak dilayan beli benda bukan-bukan. Yang tak pernah smoke tu tak rasa ke kau buang duit weyh dengan segala benda vape? Membazir. Baik la spend duit tu dengan perkara berfaedah. Guna untuk makan ke, simpan untuk travel ke. Laho berbaloi.

You do it in public. You know what, as much as people hate people who smoke in public, it is the same dengan yang vape in public. For God's sake, if you want to do your thing, don't do it in public. Walaupun kau rasa bau asap vape kau yang berkepul-kepul tu wangi, kau ingat orang lain suka? Kau kata takde effect? Kalau orang asma effect jugak woi! (-.-)' . Kalau kau rasa orang lain tengok kau sebagai cool, oh no no no.. You're not AT ALL! Seriously.

Ni aku tak paham. Ape ke jadahnya time wedding ko nak amek gambor tengah vape. Orang tengok woi! Ko ingat semua orang suka. Apa pandangan orang pada parents ko apa semua. 

Call me kolot but a lady shouldn't vape by all means! Unless again, you're trying to stop smoking. Tak manis weyh. Aku yang perangai macam jantan ni pun tak teringin nak vape. Aku tak paham macam mana yang ayu-ayu ni boleh terjebak. Kau dah kenapa. Muka elok manis, lawa, bertudung sekali vape. Potong woi imej awak. Vape is vape, tudung is tudung? Here is my jawapan. Tudung is not only a piece of kain. Patutnya pakai tudung/hijab, laku tu kena jaga sekali. Kena ada sifat malu. Tapi kau dengan tak malunya vape, depan-depan orang ramai? What's that? Aku tak kata laku aku elok. I have a LONGGGG way to go too. So, let's together improve?
 

Okay ladies.. This is not cool.. at all. 

Langkah terbaiknya, hentikanlah woi. Merokok ke, vape ke, semua tak bawak faedah pun. Bawak bala lagi ada. Penyakit, duit melayang. Tinggalkan lah. Usaha lah macam mana pun. Kalau nak quit smoke, pakai nicotine patch, kunyah gula-gula getah, banyak lagi cari. If you need help, seek for help. 

Wednesday, June 17, 2015

ESCAPE PLAN

Sem lepas, aku dengan Husna (roommate) got stressed out that we planned an escape plan. Lepas tu time tu pulak aku baru terbaca pasal SEA Games Singapore 2015. Then, 'eureka'! Memandangkan aku ni peminat sukan, aku memang dah lama nak pergi tengok opening any kejohanan sukan yang besar macam tu. And Husna pun layan je nak pergi plus dia technical-freak and boleh lah tengok technical aspect of the opening ceremony. Jadinya kitorang pun beli lah tiket flight and tiket opening ceremony apa semua. Time beli ni, aku tak bagitau pun lagi kat parents aku. Sebabnya aku tahu, kalau bagitau awal-awal sebelum pergi confirm tak lepas ni. Keji betul perangai. Time beli tu tak silap aku sebelum study week. Kira macam this escape plan adalah untuk hilang stress final, stress kerja and jadi pembakar semangat untuk sem baru. Lol. Padahal the opening is during week 3 of the this semester.

Sambung cerita.

Lepas tu, time balik cuti sem, aku pun bercutilah. Husna dah sibuk ingatkan aku bagitau parents aku and buat pasport. Aku punya nervous nak bagitau tu tak payah cakap lah weyh. Sebabnya, memang dari kecik mak abah aku tak biasakan anak-anak dia berjalan dengan kawan merata-rata. Pergi ke mana pun dorang la hantarkan. Cumanya waktu duduk asrama adalah aku pergi outing ke Ipoh macam tu. Tapi tu dorang tak kisah sangatlah. Sebab berjalan ramai-ramai. Pakai pulak baju sekolah. Selamat la sikit. Lagipun time tu, Malaysia tak banyak sangat masalah-masalah jenayah ni.

Masuk uni, aku dah pandai la nak berjalan dengan kawan. Ye lah, ada member yang ada kereta, setakat pergi Ipoh tu dah jadi benda biasa. Cuma sekarang dah jarang lah. Dah tua, banyak kerja nak buat. Banyak hal nak fikir daripada asyik fikir berjimba je. Aku ingat satu time tu aku pergi rumah Micha dengan Husna and Anas. Aku gerak naik train from Ipoh to Seremban lepas tu dorang pickup aku kat situ and gerak ke Johor. Masalah dia is, time tak tally. Aku dah sampai kat train station tu boleh pulak minah ngan mamat sengal dua orang tu sesat entah ke mana. Sepanjang aku tunggu kat train station tu, setiap 10 minutes mak aku call nak check up on me. Walaupun kadang tu rasa macam tak nak angkat hahahaha, tapi faham la mak aku punya risau tu. Sebabnya, aku tak pernah pun berjalan jauh macam tu sekali. Sorang pulak tu. Itu lah kali pertama aku lepas nak berjalan jauh macam tu,

Sebab tu lah bila ada kawan ajak travel ke mana-mana, aku ni payah nak ikut. Satu nak lepas permission parents tu payah ya Rabbi. Another reason, it's hard to admit this one sebab kinda a bitter truth for me hahahah aku sendiri ni bukan berani sangat nak berjalan kat tempat orang. Pada aku traveller ni kena jenis berani kental tak tahu malu sikit. Tapi aku ni berani hal tertentu je. Tapi bila kat tempat asing dengan orang asing, aku akan automatik jadi timid. Self confidence aku bukannya tinggi sangat. Contoh; aku rela lagi bungee jumping daripada nak kena redah tempat penuh dengan stranger, kena cakap dengan stranger. This is a part of me that I wish I can change.

Amboi, lari kemain dah topik aku. Haha.

Jadinya, dah nak dekat habis cuti baru aku gitau bapak aku. Cara aku gitau, Abah.... Cha nak kena buat pasport. Bapak aku jawab Ha, dah kenapa nak buat pasport? Ada aktiviti uni ke? Aku pun berhuhu lah. Mula lah keluar suara gedik mintak penampar dan memberi explanation. Seriously, kalau tak sebab aku dah beli tiket apa semua, takde maknanya aku dapat pergi. Hahahaha. Langkah keji berjaya. Maaf mak abah. Nak merasa jalan tempat orang. Hehehehehe.

Aku buat pasport on 30 May 2015. Nak pergi Singapore nya on 5th June. Ko nampak tak betapa last minutenya. Buat pasport ni aku ingat rumit sangat. Rupanya senang je. Officer yang jaga kaunter time aku buat pasport tu hensem. Sekian. Oke tu selingan. Dah buat pasport, kitorang chill je. Buat macam biasa. Sebabnya, sebelum pergi tu ada dah start sem baru kat UTP. 2 weeks.

Cerita aku kat sana nanti lah lain kali aku sambung. Lain kali tu entahlah bila. Biasalah. Pemalas sikit. Haha. Tapi sebelum aku tutup entry ni, terima lah pesanan penaja:

Pada anak-anak gadis di luar sana yang macam aku susah nak lepas pergi mana-mana,
Percayalah cakap aku, our parents have a solid reason to worry over us. Memang dunia sekarang ni gila. Aku ni je yang terover degil nak jugak pergi. Hehehe.
Tapi tak payah risau la, by the time our parents know that we ARE ready, yakin kita boleh survive dengan selamat, takde sebab untuk dorang tak lepaskan. Macam aku ni, maybe parents aku sendiri tahu yang aku ni takdelah berani mana tapi acah-acah berani, lepas tu tak berapa pandai nak bawa diri then sebab tu lah dorang tak lepaskan.
Anyway, kalau lah korang macam aku yang berjaya jugak terlepas sekali, pandai-pandai la jaga diri. Jaga kepercayaan yang parents dah bagi.

Oke.Dah.Bye.

Saturday, April 4, 2015

Random Thoughts dalam Bas

Tadi, dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah aku terfikir. Umur aku dah 21 tahun, but I'm still such a nuisance pada mak abah aku. Masih manja. Masih terlalu bergantung. My parents, at my age now, masing-masing dah keluar dari rumah and berdikari sendiri. Heck, my mom already married to my dad pun time umur 21. Abah aku time 21 entah berapa tempat kerja, jenis kerja dia lalui.

Aku rasa sangat spoilt. Aku umur macam ni, duit tak cukup merengek kat abah lagi. Ma-lu. 

And ini buat aku teringat jugak satu tweet yang pernah jadi kontreversi. Kaitan dia aku pun tak tau nak cerita macam mana. Yang pastinya dia ter-interrelated dalam kepala otak aku.    


Aku waktu first-first aku baca tweet ni, aku rasa panas berapi semacam je. Amboi sesedap rasa nak bahasakan orang beruk. Lama-lama aku fikir, "Haha. Minah ni tak pernah rasa hidup susah. Lahir-lahir dapat tilam emas kot". Senang cerita belum nampak "dunia". Bukan semua hidup mewah mampu beli kereta. Believe me, that parents pun tak nak la sebenarnya biar anak dia berpanas macam tu. Tapi nak buat macam mana. That's what they have to live with. Bukan semua family terus hidup senang. Banyak yang bertatih-tatih bab-bab kewangan ni. 

Aku faham sangat family yang terpaksa bertatih-tatih slow-slow bab kewangan ni. Sebab family aku macam tu. Tapi pada aku parents aku sangat awesome. Abah aku ada daya survival yang sangat tinggi even I wondered till now macam mana abah aku survive. Aku ingat lagi time duduk dekat Mambang Diawan, kat situ banyak lombong, so whenever the money's short, our menus will be ikan talapia yang dijala kat lombong, kangkung, paku pakis, cendawan or whatever sayur yang boleh dapat kat kebun kitorang dulu or tepi parit/sungai. Aku suka gila time tu. Serious best. Mak aku pulak, skill memasak, menjahit even bertukang pun boleh. Haha. Dapat kat aku, habuk pun tada. Sampai la sekarang, nak kata senang tu tidaklah tapi cukuplah apa adanya. Keperluan semua cukup, kemahuan pun ada je yang dapat. Pendek kata, bahagia je. Ngeh ngeh ngeh. 

Aku respect mak aku sebab stick to my dad through thick and thin. Susah and senang. To be honest, if I choose to marry one day, aku tak nak orang yang well-established. Sebab part grow together, susah and senang bersama tu takde. Lol. Why am I even writing about this?

Seriously, lahir dalam family yang bertatih-tatih bab kewangan ni jadikan aku manusia yang bersyukur apa yang ada. Tapi tak bererti tak strive for better. Abah aku tak hantar aku belajar tinggi-tinggi untuk duduk di takuk yang sama. Itu aku sedar. Satu lagi, aku belajar, instead of mendesak parents nak itu ini, kalau agak-agak benda tu kemahuan diri sendiri, kumpul duit beli sendiri. Aku paling pantang kalau anak yang mendesak parents beli itu ini sedangkan tahu parents punya economic state macam mana. Like hello, kau dah kenapa? Anak-anak kena faham yang parents banyak lagi benda nak kena fikir. Lagi-lagi sekarang, dengan kos sara hidup yang makin meningkatnya. Perbelanjaan banyak.

Satu lagi aku nak sentuh is, keberkatan rezeki. Ada je orang yang gaji RM 1000++ boleh hidup selesa. Tapi bukan kat KL la kot. Tempat lain haha. Benda ni berkait dengan keberkatan rezeki. Fikir la balik kenapa kalau ada orang gaji tinggi tapi tak cukup-cukup? Kenapa ada orang gaji tak banyak boleh hidup selesa dan tenang? Aku selalu dengar from ceramah/tazkirah, salah satu cara nak raih keberkatan ni dengan sedekah. And remember to give to parents also. 

Oke dah bye. 

Saturday, October 4, 2014

[Cabaran 30 Hari] #4 My Favorite TV Shows

For this post, my favorite TV shows. Sebenarnya taste aku on TV shows ni quite simple. Normally, aku suka medic and action/investigation/kepolisian macam tu.


For medic drama series, dah jarang sikit aku tengok for some reasons. Tapi zaman aku layan dulu aku suka tengok Grey's Anatomy, Private Practice, House and A Gifted Man. Medic series ni, pada aku main highlight dia adalah ilmu perubatan yang kau boleh dapat sedikit sebanyak daripada tengok series tu. I don't know about anybody else, but my curiosity sometimes is just too much for me to even handle it. Bila ada medical term yang digunakan, I will end up google-ing for it. Tapi masalah dia, bila baca, tak paham. LOL. Maybe it is just not my thang, you know. Just like if a doctor google about batu or whatnot, he/she'll probably react just like me. "What on Earth is this..that.." Totally clueless but at least, baca la dapat pengetahuan sikit-sikit. Back to the series I mention, of all that, yang paling aku suka is A Gifted Man la kot. Sebab, series tu pendek, ada one season je. Series with too much season require a lots of commitment to even follow the series, I can't even.. Ish.. You see, I'm busy of sleeping. :P Oh ya, Emergency Couple pun best jugak. Cumanya, banyak sangat pasal cinta la when I actually want to see more of medic thingy. Aku nak tengok Doctors Stranger pulak lepas ni. Syakirah kata best.





Kalau siri kepolisian/action/investigation pulak.. Aiyoo. A lot to mention. Hawaii Five-O (Steve is freaking hot, Danno is super anxious and funny), CSI (paling suka yang Las Vegas punya), NCIS, Criminal Minds, Sherlock, Blue Bloods, Brooklyn-99 (this one is hilarious I tell ya!)  and Gerak Khas ehhhhhh to start with. Waktu aku kecik-kecik dulu, sampai to the extend that I actually dreamed of being a secret agent kot. You know, with that all black suit, holding gun and stuff so bengong la I know. And you have no idea how much do I wonder of what does a gunshot feels like till now extra bengong ya I know. Cerita yang konsep macam ni yang best dia is the plot. Macam mana plot dia boleh sangat-sangat neat. Aku sangat wonder macam mana dorang boleh come up with that kind of story. Kadang-kadang yang sangat tak tercapai dek akal la weyh. Saiko betul. 


Ada satu lagi yang aku suka, The Voice. Oh my God! Seriously, what is more hilarious than the coach fighting over the contestant? Adam Levine is such a jerk, that competitive guy. Haha. Tapi bila masuk part yang dorang tak yah gaduh-gaduh dah kurang sikit menarik dia. Lol. 



Ehemm. Tolonglah any producer buat cerita pasal geologist! There's none of it as I google for it for many times already!!! 

Wednesday, September 24, 2014

Attachment

I don't know kenapa aku tak suka rasa terlalu attach to people. Attachment buat aku rasa insecure for that person that we are attached to can simply leave us macam tu je if dia nak or kalau keadaan mendesak. Aite? Maybe that's why aku lebih senang sendiri dalam banyak hal dan lebih senang simpan sendiri banyak hal jugak.

Bila aku kata aku tak suka attachment, tak bermakna aku take people around me for granted if I ever did that, I give you permission to smack my head. Cumanya aku lebih suka kalau kurangkan dependency aku pada dorang. I do depend on my family, who doesn't? Am I attached to them? Yes of course, I'm human come on lah. Do I need friends? Kalau kau berani kata kau tak perlu, mai la sini aku nak cepuk sikit. Tapi tak tau lah pulak kalau ada orang yang betul-betul mampu. Aku? Yup, aku perlu kawan. But then, macam aku mention tadi, aku cuba kurangkan dependency pada orang. Sebab pada akhirnya, dalam hidup ni, orang datang dan pergi atas banyak sebab. So I don't want to be to attach to someone sampai aku tak boleh hidup kalau diorang tak ada. That will hurt so much.

Kadang aku rasa macam selfish semacam je thought aku ni. It's just me being protective to myself. Tapi kan, macam yang aku cakap tadi, orang datang dan pergi kan? So, do appreciate the time that we have with them. Make them feel appreciated. Sebab sekurang-kurangnya, kalau takdir memisahkan, kau dah manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. God give you time and chance, you make the best of it. Be it with family, friends, colleague atau sesiapalah yang ada di sekeliling kita. Be the beautiful memory of someone, bukan bad memory. :)

In the end, attachment to God is far more beautiful for He can never turn you down or leave you. Manusia macam kita ni je yang selalu lupa pada dia. Se-la-lu. Terutamanya aku. Haih. Tapi the lovely thing about relationship with God ni, alahaiii, sayangnya Dia pada hamba Dia, melimpah ruah.

You guys had no idea what I feel while writing this entry. Headshot diri sendiri banyak kali sangat tau T_T

Off topic sikit.

***

Do you know how to make Gmail prompt you if you forget to attach? Dalam e-mail korang pastikan tulis antara phrase ni:
  • "I have attached",
  • "I've attached",
  • "I have included",
  • "I've included",
  • "see the attached" or
  • "attached file"
So apabila korang lupa nak attach dia akan kuar pop out tanya "hang lupa nak attach file ka?". I actually forget what exactly does it say, but you got what I mean lah.

Source: http://email.about.com/od/gmailtips/qt/How_to_Get_a_Forgotten_Attachment_Reminder_in_Gmail.htm

Thursday, September 18, 2014

A Gifted Man

The picture above is not mine. 

I came across this TV series time tengok TV tengah-tengah malam that one day. Aired on TV2. Lepas tu aku pun search la nak tengok the rest of the episodes. Aku suka cerita ni sebab; satu: Michael Holt is cool, dua: lots and lotsa medical term that make me google-d them. Dah lama dah sebenarnya cerita ni, 2011-2012 punya series. Ada 16 episodes and only one season. Then this series was stopped already. I don't get it, though. Cerita ni best kot! 

Basically, cerita ni pasal a great neuro-surgeon, Dr Michael Holt buang the 'l' and you may call him, Dr Michael Hot. Gedikness don't stop on Beto's post. Ish. Ada la jalan cerita dia. Tapi oleh kerana itu bukan motif utama post ni, malas aku nak ulas panjang lebar. 

Ada satu episod dalam series ni, when ada sorang doktor ni, tanya kat Dr Holt, 
You figure out 'em yet? referring to the brain. He's a GREAT neuro-surgeon, remember?

He answered;
You know, every time I think I do, I realize, I'm just a beginner.

Membuatkan aku teringat bahawa sesungguhnya pengetahuan manusia dalam segala hal dalam dunia ni terhad. Banyak lagi yang menjadi rahsia yang mana pemegangnya adalah Allah S.W.T. He and He alone have all the knowledge about everything! Rahsia kejadian. Rahsia alam. Rahsia segalanya. Dan yang sudah lepas; past, yang terjadi sekarang; present dan yang akan terjadi pada saat dan detik seterusnya; future.. semuanya ada dalam pengetahuanNya. Betapa ilmu yang kita ada tak sampai setitik pun nak dibandingkan dengan ilmuNya. Betapa kita ni kerdil. Jadi tang mana yang kita boleh berlagak pandai, berlagak tahu.

Selalu kan, kita dengar orang cakap 'Makin banyak aku belajar, makin aku rasa banyak yang aku tak tahu'. Selalu kan? I feel that, all the time. Apatah lagi, learning geology, bila dibongkar, makin banyak persoalan. Aku rasa setiap profesion macam tu, anyway.

Jangan pernah kita rasa kita dah cukup pandai. We never are! Never stop learning. Belajar memang penat, even I get tired of it. Tapi belajar ada banyak cara apa. Kalau belajar formally semedang memang lah penat.

Jadi, marilah menuntut ilmu. Ada ilmu, jangan jadi manusia bongkak pulak. Remember, we are not that knowledgeable. There's so much thing yet to be discovered!

p/s: Boleh tengok A Gifted Man ni kat sini--> http://primewire.ag/tv-2727983-A-Gifted-Man

Wednesday, September 17, 2014

Beto Kusyairy the Charmer

This post is going to sound/feel/look/be so full of gedikness. So for those who are allergic to gedikness you can always scroll down for post with zero gedikness well at least I think they are.

Beto Kusyairy, he's not that handsome. He's a lil bit cute before my eyes. I don't know about yours. But on top of that, I think he's a charmer. Warned you, gedikness. He has his own way to attract you to keep on watching. But apparently, my mom doesn't agree with me. Mak aku kata dia control macho la siot. Tapi nak buat macam mana, he is macho. Again, gedikness. Sebenarnya, aku suka tengok lakonan dia. Aku start suka lakonan dia dalam Selagi Masih Ada. Lepas tu, dalam Kashaf Imani pulak.




Dia selalu dapat watak yang kenaaaa jeeee dengan dia. Or he is simply berbakat. I think it's the latter one.

And latest, aku suka lakonan dia dalam CEO and P.I. Different characters, different personality, but he nailed both. In CEO, such carefree and kalau bak kata Fazira, setiap kali dia buat muka yang satu tu, he's simply comel. Bhahaha. Gedikness, I told ya already! But really, dia pandai gila bawak character tu boleh tak?

Dalam P.I. yang baru ini, he nailed it again, guys! Come on, siapa tak tengok lagi cerita tu mohon tengok, oke! Seriously best best best!


Tapi yang paling aku suka sebenarnya lakonan Beto dalam Aku, Dia dan Tong Sampah. Maafkan tajuk drama yang seperti novel itu tapi cerita dia best oke.


Dalam each drama/filem, dia bawak karakter dengan bagus, pada aku.. and dia tak pernah fail add dia punya own style. Watch lakonan dia dalam drama/filem yang berbeza, you'll get what I mean. Kudos to you, Mr. Beto! And all the best in your future undertakings! Writing like he's reading. Ngeh.

He's married btw, so girls out there, cry now. Bhahaha. Kiddin'. I don't like him to that extend. Aku memang simply suka lakonan dia je. #deadseriousIswear


Note: All pictures/posters are not mine. I google-d, download (explained the bad quality hehe) and post them here. :)

Sunday, August 10, 2014

Random Thoughts on Sunday Morning

Aku tiba-tiba rasa macam nak menaip. Sebab aku dah tak tahu nak ekspresikan apa yang aku rasa macam mana sebenarnya.

Aku rasa macam banyak sangat benda yang bermain dalam kepala hotak aku sekarang ni. Tapi aku tak tahu apa dia yang buat aku rasa berat sampai macam ni sekali. Dengan final yang tinggal kurang daripada sebulan je lagi, dengan kerja-kerja sebagai seorang student yang serius tak nampak penghujung dia, dengan kerja-kerja event yang patut boleh settle awal tapi tak tahu apa sebenarnya yang jadi pada produktiviti kerja aku sekarang ni. Macam ke tahap zero.

Sampai satu tahap, aku berfikir, kenapa aku memilih jalan ni? Adakah lagi passion dan keikhlasan hati aku melalui tahun-tahun yang berbaki kat UTP? Aku tahu rasa ni temporary. Sebab aku pernah je rasa macam ni before. Exactly time macam ni jugak. Time dah nak dekat cuti empat bulan. Mungkin terlalu penat bergelumang dengan dunia sebagai student uni mungkin. Mungkin.

Ada jugak aku fikir, cuti empat bulan nanti aku nak buat apa. Yang pasti aku tak nak cuti empat bulan aku kali ni sia-sia macam cuti empat bulan yang lepas. SANGAT SIA-SIA. Paling tidak pun, kalau ditakdirkan aku tak kerja jugak kali ni, aku nak jadikan paling kurang jadi cuti yang produktif dan refreshing.

Tak lupa jugak aku dok fikir, ke mana hala tuju aku lepas ni? I know it seem to early. I have 2 more years to complete my degree. But it scare the hell out of me bila even dah nak habis 2nd year ni pun aku masih blur dengan hala tuju aku lepas ni. Ke mana? Aku jadi macam ni bila zaman sekolah dulu, aku seorang manusia yang penuh dengan motivasi, passion dan goal. Walaupun tak seberapa pun yang tercapainya. Tapi at least bukan macam sekarang yang dah macam manusia hilang arah tujuan. Aku dok terfikir, lepas degree nak kerja ke? Second degree pulak ke? Or master ke? Tapi bila fikir balik, malasnya nak belajar formally macam tu. Aku nak cari pengalaman. Ada jugak bisik-bisik hati aku untuk teruskan kejar cita-cita as askar. Well, setakat ni itulah yang paling kuat.

Pada akhirnya, hidup aku yang masih kabur hala tuju ni, insyaAllah kalau dipanjangkan umur, panjanglah lagi perjalanannya. Kalau dah ditentukan Allah umur pendek, mati awal la jugak? Tak gitu? Tapi aku tak nak lah mati dalam keadaan sia-sia. Dah punya lama Allah bagi pinjam nyawa. Aku harap husnul khatimah lah. Tapi bila memikirkan yang dosa aku yang lebih banyak dari pepasir kat tepi pantai tu, takut lah aku. Macam mana nak menghadap sang Pencipta?

Oleh kerana yang tahu  perancangan untuk aku hanyalah Allah, aku rasa aku patut follow the flow je. Merancang tetap merancang. Cita-cita tetap cita-cita. Impian tetap impian. Usaha tetap usaha. Tetapi pada akhirnya, semuanya Allah yang tentukan sebab Dia lah yang maha tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dah dia yang cipta kan? Kita ni sebagai yang diciptakan tak patut menyoal itu ini pun. Apa hak kita?

Yang aku tahu, aku kena sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Moga Allah terus beri aku kekuatan.

Anyway, wish me luck for my final exam. And then of me go for cutiempatbulan! Yeeeehaaa.

Sunday, 10/8/14, 2.55 a.m.. *what's sleep? pffftttt*

Monday, July 21, 2014

Look Up!


So much of "social" media, huh? 

It's true what he said.. We spent so much time on the screen, making 'virtual' friends, bersosial di alam maya, when we had REAL people around us that we can mingle around, talk and share. 

Memang tak salah guna teknologi. There's many advantages that we cannot deny. Yelah, dunia di hujung jari ni memang memudahkan banyak kerja. Contohnya; only shopping BHAHAHAHA. But, like all things in this world, bila excessive use=disadvantage.

Sometimes we really need a break from all those gadget.

Tapi aku paling kesian tengok budak-budak zaman sekarang. When we dulu-dulu, at their age, sibuk dok berkecah main pasir panjat pokok buat buas sana-sini, they're playing with their gadget. Not even socializing dengan kawan seusia dorang. Soooo rugiii. 
I'm far from being a mom *ohmai this sound so wrong but you get what I mean right?* but I really disagree dengan parents yang bagi gajet kat anak  untuk elak anak dorang from being nakal. Well for me, oh come on, kids are kids. They are suppose to be curious and playful. Aku tak tahu orang lain, tapi aku sangat tidak kisah bila tengok budak-budak lari-lari kat kedai makan ke shopping mall ke, buat bising ke.. They're just being a kid. *tapi kalau yang sampai tak terkawal langsung tu lain cerita. Haha* But again, aku macam takde hak sikit nak ckp pasal didikan anak ni. First, aku BUKAN mak orang. Second, aku pun perangai tak semegah macam budak-budak. Haha.

In a nutshell *essay sangat tau*,
Lessen use of gadget! Make effort to socialize with REAL people, REAL world. Even though it is hard. Haha.
*bercakap kepada diri sendiri*

Saturday, June 21, 2014

Birthday: A Reflection

Dah 20 tahun. :O
Dah masuk dua-puluh-an.
Dah dewasa. Eh yeke?

Berapa jauh lagi dari mencapai kejayaan di dunia?
Berapa jauh lagi nak gapai cita-cita?
Berapa jauh lagi nak menapak?

Kalau aku mati, husnul khatimah kah?
Dah 20 tahun kot hidup. Dah 20 tahun Allah bagi peluang untuk abdikan diri beribadat pada Dia, berbakti pada agama, berbakti pada ibu apa. Takat mana aku lunaskan tanggungjawab aku sebagai hamba Dia, umat Nabi Muhammad, anak, kakak, adik, kawan dan seorang Muslim? 

Apa yang aku dah buat selama dua-puluh-tahun?

Berapa banyak yang sia-sia. Berapa banyak yang dihitung sebagai pahala dan berapa pulak ditakrifkan sebagai dosa?

Kau tahu kenapa aku tak sanggup berlebihan sambut hari lahir?

Sebab sepatutnya, hari lahir mengingatkan kita kepada mati. 

Ustaz matrik waktu bagi ceramah kat sekolah dulu, dia kata, makin tua, maknanya apa? makin kuranglah masa kita di atas muka bumi. 

Maka, manakah layaknya kita terlalu bergembira di hari yang sepatutnya kita mengingati mati. Hari yang patutnya kita duduk refleksi diri.

Ini sekadar pandangan aku. Aku tak kata sambut birthday salah. LANGSUNG tak. 

Cumanya bukankah elok kalau kita dapat reflek sikit diri. Aite?

The best birthday present selama aku hidup, adalah satu keratan akhbar, artikel tentang 10 Muharram dari abah. Sebab kalau ikutkan tarikh Islam, birthday aku 10 Muharram. 


Sunday, May 11, 2014

Izinkan Aku

Izinkan aku bercakap soal hati.
Jarang ni aku nak bercakap soal hati yang selama ini memang jadi rahsia hati aku semata.
Aku ada satu persepsi tentang gossip, yang pada aku maknanya; berita yang tidak ada benarnya.
Oke aku bagi spesifik la lagi, gossip tentang lelaki dan wanita, atau mungkin bahasa lainnya bagi kita-kita ini, skandal.

Satu, hati itu bukan untuk disua-sua pada sesiapa sahaja.
Dua, hati itu bukan untuk disepak merata-rata.
Tiga, hati untuk bukan untuk disua-sepak sesedap rasa.

Maksud aku, apabila hati seseorang itu bukan pada seseorang yang disebar disua-sepak sesedap rasa tu, kenapa kau nak sua hati dia pada orang tu?
Sedangkan memang pada awal dasarnya, hati dia memang bukan untuk orang tu?
Sebab pada aku, perasaan yang hadir dalam hati itu betapa indah dan sucinya.
Dan apabila disua-sepak pada hati yang bukan tempat jatuhnya, macam.. errr.. out of place nya, awkwardnya, bangangnya.. sebab hati memang sudah ternyata memang bukan jatuh pada dia.
Sebab hati itu pada aku, biarlah disua dengan senang hatinya pada tempat ia jatuh dengan indahnya.


Faham tak aku cuba cakap apa? Hahahaha.

Monday, March 3, 2014

Always a Daddy’s Little Girl.

Dahulu-nya, aku pernah musykil apabila ramai yang berkata, aku mahu suami yang lakunya persis bapa aku. Sungguh aku tak faham.

Sampai suatu tahap aku pelik, why would we want the second dad in our life? Tapi itu sebelum aku keluar dari kepompong rumah dan melihat pelbagai laku manusia bernama lelaki. Yang baik, yang jelik tak kurang juga yang aneh.

Kebanyakan dari mereka menggambarkan yang aku bukan orangnya yang bakal mengangkat kamu kalau kamu jatuh, membetulkan kamu kalau kamu salah. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yang kebanyakan daripada lelaki yang aku jumpa masa kini memberi gambaran aku mahu cinta tapi tidak bersedia memegang tanggungjawab. You had no balls, maybe? Maybe I’m just unfortunate not to meet the nice kind of guy but who are you trying to kid? There ain’t many good men nowadays, they’re limited species.

My statement sounded so biased aye?

Yeah, aku mengakui juga.. Perempuan juga sudah jarang kita nampak yang terjaga. Bukan anak dara pingitan yang pastinya. Tapi gadis-gadis bukan pingitan ini tetap menginginkan figura yang berperwatakan a keeper like her daddy.

Istimewa-nya seorang ayah, dia mampu buat kita tertawa dengan lawak-nya yang tak berapa nak lucu. Dia mampu buat kita rasa selamat hanya dengan berdiri di samping kita.

Anehnya cinta seorang ayah, membuatkan anak gadisnya sentiasa rasa terjaga. Rasa ada yang ambil kisah walaupun para ayah tak pernah trang tang tang tunjuk pun kasih sayang dan cinta dia.

Hebatnya aura seorang lelaki bergelar bapa, ketegasannya buat anak gadisnya rasa ada yang kisah untuk tegur bila apa yang dilakukan itu salah.




Pada akhirnya, semua gadis pernah berkata ‘I want to marry you when I’m older, daddy’ sebelum kita tahu apa2. 

Oh Abah, I want to be your little girl FOREVER!

Tuesday, April 23, 2013

definisi dan hasilnya

sebagaimana kita mendefinisi kehidupan, begitulah kita akan menghidupkannya. sebab tu, pada awalnya, definisi itu yang penting untuk kita set bagi betul-betul dulu.
pada aku, lepas kita define something right --> membawa kepada niat yang betul juga.

contoh yang pertama, bagaimana kita mendefinisi kehidupan.
hidup biar ada makna. pada aku. makna yang bagaimana itu, biar kita yang memaknakan masing-masing. kalau nak senang, boleh rujuk ayat surah az-Zariyat ayat 56. Allah dah bagitahu dah kat kita, kenapa Dia cipta kita. jadi itu definisi pertama kehidupan. masa kita di dunia yang dipinjamkan Allah supaya kita beribadat padaNya. simple. macam mana kita melaksanakan tu, terpulang pada individu. aku sendiri pun selalu lalai. definisi kedua, ketiga dan seterusnya itu, mohon fikir sendiri.
nak highlight satu benda, pada aku ayat 'ko ni takde life betullah' ni macam... tak patut. aku pernah kena ayat ni. sebab, aku tak tengok runningman. bhahaha. kelakar tak kelakar jugaklah. poor gila how you define life itself. tak tengok runningman takde life, tak pergi event itu, takde life, tak pergi tengok movie takde life? :O ohmaiiii. seriously, you define life macam tu. that is not life meyhhh, itu FUN namanya. sesungguhnya, aku memang bukan seorang yang FUN, tapi aku dengar jugaklah lagu FUN kekadang tu. *takde kaitan*

contoh yang kedua, bagaimana kita definisikan cool.
sebenarnya, ini yang membawa aku menulis entry ini. melihat keadaan anak muda di malaysia sekarang. 
soalan:
gangster tu cool ke?
mohon jawab wahai anak muda. mohon dijawab. malu nak dijerit ke seluruh dunia, jeritkan saja dalam jiwa kamu sendiri. 
aku pelik, sekarang ni, banyak sangat masalah gangster. sana sini. tersebar kat internet sampai. haish. mana punca dia? MANA?

pendapat aku, salah satu punca adalah kebanjiran filem-filem/drama-drama gangster dalam industri perfileman kat Malaysia ni. AKU TAK FAHAM KENAPA??? takde ke genre lain. oke fine, nak buat filem AKSI sangat kan? bergaduh look so cool kan? *pehhh bunyi ayat macam RAGE je. tukar tone balik*  pasal benda-benda macam ni lahh mentaliti anak muda makin jatuh. makin bodoh. sebab disajikan pun dengan cerita-cerita macam ni. 
penggiat filem kata, 'sudah ini yang jadi pilihan penonton masa kini'. silakanlah mengikut. silakan. silakan buat sehingga malaysia ini jadi negara yang penuh dengan gangster. sila.
lagi mereka kata 'sepatutnya ibu bapa lah yang beritahu, mana yang baik dan buruk pada anak-anak, supaya mereka dapat pengajaran dari cerita itu' 'sepatutnya juga remaja sudah boleh membeza baik dan buruk'. memang itu yang sepatutnya. masalahnya, ibu bapa masa kini bukan ada duapuluhempatjam untuk mengawasi anak-anak tengok cerita apa, baca bahan bacaan yang bagaimana, berkawan dengan orang yang seperti apa. masalahnya juga, anak-anak muda zaman ini terlalu amat suka mencuba. sampai benda bukan-bukan pun dicuba-try oleh mereka. jiwa muda darah bergelegak mereka kata. masih mahu mencuba. yang dicuba itu pula membawa kemana-mana. 

sebab lain, didikan dari rumah dan sekolah.
firstly, rumah. aku tak dapat nafikan, sekarang ni zaman mak ayah kerja untuk menampung kehidupan. ya, masa di rumah terhad. memang. tapi jadikan setiap masa di rumah itu sendiri masa yang berkualiti. masa di mana anak-anak dididik seperti yang seharusnya. satu yang orang selalu lupa, kesediaan menjadi ibu bapa itu sendiri. aku tak mampu nak elaborate panjang-panjang yang ni. sebab aku pun tak berapa nak tahu. cuma ini sepatutnya dijadikan highlight pada abam-abam dan akak-akak yang sudah bercinta dan berniat mahu mendirikan rumah tangga. oke, outta from this point, aku memang tak cukup umur nak eloborate yang ni. -.-'

second, sekolah. aku tak tahu mana hilangnya rasa hormat seorang anak murid pada gurunya zaman la. oke lah, aku mengaku, kadang tu memang aku ada mengutuk cikgu *aku memang budak nakal pun. harap maklum* tapi bila cikgu marah, aku senyap. aku dengar. aku takkan membalas. laku yang sama aku lakukan pada mak abah aku. sebab cikgu ibarat mak abah bila kat sekolah. kena hormat. sekarang, sampai cikgu pun takut nak marah anak murid. bila dimarah, cikgu dimarahnya balik. bila dirotan, balik diadu, ibu bapa pulak serang. aku ingat lagi abah cakap kat cikgu aku 'kalau nakal ni cikgu, cikgu rotan je. saya izinkan'. sampai gitu sekali. sebab abah aku tahu, takkanlah cikgu nak marah kalau tak bersebab.

eyhhh dari definisi aku pergi elaborate punca pula. #facepalm . oke secara mudahnya, definisi salah ---> jadi punca ---> masalah yang berkenaan ---> nak fix, kena fix definisi dulu ---> bila dah ubah, automatis, niat dan mentaliti jugak akan di'fix' kan.

abah aku dulu, warder penjara pulau jerejak. pernah juga jadi warder pusat pemulihan dadah/akhlak di jelebu zaman muda-muda dia. dia pernah jumpa banyak gangster. banyak. di penjara sana tu. di pusat sana tu. kat penjara, ko nak tunjuk gangster? HAHA. memang tak payah. warder lagi gangster daripada engko. ko nak buat hal? ko nak demand? ko nak buat pasal? tu haaa, cota makan dia. tu pun kalau cota je, kira minum petang buat alas perut je kiranya. nak rasa lebih, sila. 

ini sekadar dari pandangan mata aku. takde kena mengena dengan sesiapa. daripada apa yang aku lihat, inilah dianya.

Thursday, March 28, 2013

liar

jangan engkau biarkan matamu liar di jalanan
nanti ada sahaja salah orang yang kau nampak
lepas tu mulalah mulut terbuka
kalau terbuka tu, setakat nganga je, tak apa.
kalau keluar umpatan? macam mana kau nak cari orang tu mintak maaf.
dosa dengan Tuhan, boleh mohon ampun dari Dia, terus.
dosa dengan manusia, kena mintak maaf dari orang tu jua.
kalau selalu jumpa, tak apa.
kalau kau nampak dia sekali tu je, dah mengata, tak ke naya?

you don't even have the right to judge people as you like in the very first place.

ingat tu je.
katakan, kau lihat seorang itu mukanya masam sahaja.
lepas tu kau simpulkan, 'kerek seyh budak tu, tak reti senyum ke?'
mana tahu dia simpan masalah yang menimbun dalam dada dia.
mana tahu kepala dia tengah sesak dengan hal dunia yang  meresahkan.
kau tak tahu.
jadi jangan judge orang sesuka hati engkau.
sebab kau tak tahu.
orang yang tak tahu, tapi mulutnya bercakap aje ni, double bodoh namanya.
sebab, tak tahu tu dah bodoh dah, tapi bercakap macam tahu tu, tak ke double bodoh namanya?

jangan engkau biarkan matamu liar di jalanan.
kelak ada sahaja kecantikan/ketampanan yang tidak halal buat kamu menjadi tatapan mata.
kalau pandang sekilas tu tak apa lah jugak.
apa orang kata, pandangan pertama tu rezeki.
ini sampai ternganga apa cerita?
ha.. kan aku dah kata.
TUTOP MULUT TU TUTOP! haha

lagi pulak kalau sampai bukak cerita.
'ohh kau tahu tak, dia tu macam tu.. dia tu macam ni..'
oh mannn. talking bad about people is such a no-no..
come on.
as much as you hate people talking bad about you, you should know that people feel the same too.
common sense kawan.

tapi aku tak kata lah pulak jalan tu tunduk, tutup mata.
ceyt, jangan pakai alasan bodoh tu please.
jangan biar mata meliar, dengan sila jalan tutup mata tu besar bezanya.
perkara utama yang perlu anda tahu,
bezakan yang mana halal, mana yang haram. mana yang benar, mana yang salah.
bercerita tentang orang mungkin memberi keseronokan, tapi ingat, nak mintak maaf nanti macam mana tu?

peringatan ini, untuk diri aku sendiri, yang kadang terlalu lancang berbicara perihal orang lain. moga jadi peringatan pada kamu-kamu yang lain yang mahu berfikir jua. :)



Friday, March 15, 2013

Palit-palit dosa

Apa yang kau banggakan
Saat kau kotorkan apa yang suci

Apa yang kau mahukan?
Kebanggaan?
Banggakah bila orang lihat kekotoran yang engkau tunjukkan.
?

Hairan aku dibuatnya.
Melihat karenah manusia yang pelik-pelik semuanya.

Hendak aku biarkan, terasa macam hipokrit.
Hendak aku tegur pula, iman sendiri belum kuat rasanya.

Akhirnya, aku doa sahaja.
Moga Allah tunjuk pada engkau-engkau semua.

Anugerah Allah yang satu itu suci. Jangan kau cemari dengan kekotoran yang didorong hawa nafsu serakah engkau.

P/S: aku bukan sempurna. Aku juga pendosa. Peringatan ini peringatan untuk aku dan kamu-kamu yang befikir jua.

Wednesday, March 6, 2013

Keputusan

Lama rasanya aku tak mengetuk papan kekunci aku di sini. Sehinggalah sebentar tadi. Dah lama juga tak menulis panjang.

Okey. In this post, aku nak bagi tips buat adik-adik yang bakal mendapat keputusan SPM. Mesti semua pakat cuak pasal result dah ni. Aku tahu. Aku pun pernah rasa. Dapat pulak stok adik-adik yang seronok tengok aku meroyan marah-marah sebab depa dok usik aku bagi tambah cuak pasal result. Haha. Takpelah. Itu jadi kenangan.

1) Lagi beberapa minggu nak dapat result.
Hati memang gundah gulana macam ombak kat laut. Ya. Aku tahu. Ikhtiar yang tinggal cuma doa dan terus doa.

2) Time nak amek result
First, Tak kiralah result korang bagus ke, teruk ke. Peluk cium mak pak hangpa. Jujur aku tak buat. Lepas tu sekarang baru nak terkilan. Terima kasih kat dorang. Tanpa depa hang tak kemana.

Second, jumpa semua cikgu yang ada kat sekolah, kalau hangpa lepak lama la kat sekolah. Kalau macam aku, bapak aku kalut nak balik sebab kerja, sebagai anak aku faham dah pasal tu. Jadi, aku jumpa la, cikgu mana yang ada kat dalam dewan. Lepas tu, gagah jugak lah pergi bilik guru jumpa dengan cikgu yang mengajar sat. Ucap terima kasih na adik-adik. Tak susah pun. Kalau rajin dan mampu, buat macam Ajlaa, bagi buah tangan untuk cikgu-cikgu sekali.

Third, happy-happy dengan kengkawan. Kawan yang result ekselen, ucap tahniah. Kawan yang tak dapat result baguih, hangpa tolong cool down kan. Bagi kata-kata semangat Kata kawan susah senang, duka gembira.

Fourth, jumpa sat junior-junior kesayangan, bagi kata semangat.

3) Hala tuju lepas SPM
Ni yang paling penting. Coretan kisah aku, dah aku tulis kat sini ---> HARAPAN
Pertama --> Research
Cari tahu tentang course yang mungkin nak diambil. Prospek kerjaya, universiti yang tawarkan dan sebagainya.

Second --> Minat
Korang mesti tahu sendiri apa minat korang ye dak? So timbang aspek ni pulak.

Third --> Perbincangan
Bincang habis-habis dengan parents korang macam mana. Apa pendapat dorang tentang course pilihan korang. Dorang setuju ke tak. Ingat, restu mak ayah tu penting. KALAU minat korang bertentang dengan parents, kat sini, kesabaran amat perlu. First, dengar mak ayah korang cakap apa. Kenapa dorang tak suka, apa rasional dia, lepas tu kenapa pulak dorang rasa course pilihan dorang lebih baik. Okey. Lepas tu cerna dulu elok-elok.

Sekarang, timbang tara pulak dengan minat korang. Kenapa aku nak course ni, apa rasionalnya, kenapa aku rasa course ni terbaik untuk aku? To tell you the truth, susah nak yakinkan parents ni, so what you must do is RESEARCH! yakinkan mak ayah korang, korang tahu apa yang korang buat/pilih.

Lepas tu, dok bincang balik. *Tahu, kadang tu memang rasa tak larat nak menjebakkan diri dalam perbincangan*

InsyaAllah lepas tu, korang boleh nampak apa yang betul untuk jalan korang. Kalau tak dapek jugak...

Fourth --> Istikharah
Kembalikan segalanya pada Sang Pengatur. Mohon petunjuk dari Dia sebab Dia tahu apa yang baik untuk kita. Korang kena ingat, istikharah ni bukan takat mimpi je petunjuk dia. Gerak hati pun boleh jadi petunjuk.

Fifth --> Decide
Decision is in your hand. To be honest, your decision costs you your whole life. No kidding.

4) Dah masuk Uni
Kalau tak minat, tanamkan. Kalau minat, tambahkan rasa tu.

Masuk U, jalan hidup korang, kena tentukan sendiri. Takde siapa nak suruh kau buat itu dan ini. Tentukan peraturan itu dan ini.
Masuk U, kena pandai cari kawan. Senang aku cakap, kawan biar dengan yang saling mengingatkan.
Masuk U, kena jaga hati, jaga jiwa, jaga ibadat dan juga jaga IMAN. sebab dugaan kat U dengan sekolah tak sama.
Masuk U, jangan jadi pemalas, lecturer tak macam cikgu yang akan ajar satu-satu bagi kita faham, dorang kadang tu lagi laju dari shikansen.
Masuk U, jangan lupa diri. Ingat bumi mana kau pijak.
Masuk U, jangan pernah lupa pada mak ayah. Tanpa pengorbanan dorang, tak ke mana korang. Tak ke mana.
Masuk U, kena pandai urus kewangan. Jangan nak boros. Mak ayah kau, tak patut kau susahkan.
Masuk U, kena pandai cari inisiatif sendiri cari ilmu, lecturer tak sogok semua kat kau. Jangan sesekali amalkan spoon feeding lagi.
Masuk U, kena pandai urus masa. Jangan kelam kelibut nak buat assignments just when lecturer suruh hantar. Practice presentation hanya bila tinggal setengah jam nak present.
Masuk U, bagi matang jiwa. Matang tu tak datang segedebuk. Kau kena latih sikit-sikit.
Masuk U, kena asah soft skill. Supaya nanti time nak kerja, habuk pun kau tak tahu.

Ini je lah kot. Aku tak boleh nak kata banyak, sebab aku pun baru je masuk dunia asing ni. Yang penting, hati mau kuat! Peringatan ni sekaligus peringatan untuk aku jugak sebenarnya.

Okey adik-adik. Good luck untuk hari anda!

p/s: aku sendiri tak paham kenapa aku mencampur-adukkan slanga bahasa dalam entry ni.

Sunday, February 17, 2013

Bodoh

Sampai bila nak bergaduh?
Sampai negara ni hancur?
BODOH!

Sampai bila nak saling fitnah?
Sampai langit runtuh tanda amarah Tuhan?
BODOH!

Sampai bila nak tegakkan benang yang basah?
Sampai kebenaran terbogel sendiri?
BODOH!

Sampai bila nak menyeksa?
Sampai semua orang mati?
BODOH!

Sampai bila harus kami tahan permainan ini?
Sampai kiamat?
BODOH!

Friday, November 23, 2012

CARA

Semua orang tengah kecoh pasal isu boikot memboikot ni sekarang. Dan kini aku berasa terpanggil untuk memberikan pandangan aku pula. *ayat skematik elektronik tak boleh blah tui tui*

Pertamanya, ingin aku nyatakan yang ini pandangan aku, dari sudut pandangan depan belakang tepi kiri kanan aku. So, kalau bercanggah dengan korang tu, tak bermakna aku betul dan tak bermakna korang punya pulak betul. Everybody have their own opinion from their perspective and have a little respect for that. If you don't agree with someone's opinion, janganlah dok bom bam sana berkelahi, the difference is for us to tackle with discussion, a calm one. Bukannya berkelahi macam budak-budak tak cukup umur. Grow up everybody. Bukan setakat badan je kena besar, tapi minda tu minda! cuba jadi matang!

*Okey panjang pulak lah intro aku -.-'*

Masuk kepada parking lot topik perbincangan kita kembali. *Pengerusi Forum Remaja Hal Ehwal Dunia. Ehh*

Pada aku, beza antara kita memberi respon pada isu ini adalah CARA. Cara berfikir, cara bertindak dan cara kita menilai diri kita sendiri sebenarnya.

Cara berfikir
"Apa rasional boikot-boikot ni?" 
"Macam mana pulak boikot ni boleh bantu our brothers and sisters in Gaza?"
"Tak ke boikot ni affect our people jugak? All those yang kerja dekat McDonalds?"
"Apa lagi yang boleh kita buat selain daripada boikot?"

I'm not quite sure what other questions that may come out in our mind. These is what can I list right now. *a littleeeee bit blur hari ni (sebenarnya hari-hari. heh.)*

Oh yeah, people thinking are different. Again. Memanglah difference yang mencorakkan dunia :)

Cara bertindak
Ada yang rasa dia mampu boikot. Maka dia boikot. Dia rasa tak ada dah benda lain yang dia boleh tolong. Jadi dia tolong dengan cara memboikot. Sekurang-kurangnya dia dah usaha betul?

Ada yang rasa, aku mampu sedekah duit untuk orang-orang di sana, maka dia sedekah duit.

Sesetengah yang lainnya pula, menghantar doa kepada saudara-saudara di sana sebagai satu usaha membantu mereka yang mempertahankan bumi anbiya' itu.

Satu je yang aku dapat kata kat sini, bertindak semampu kita, berusaha lebih keras daripada upaya kita untuk membantu mereka.

Dan sebagai seorang manusia yang hidup bermasyarakat, sila sila dan SILA hormati cara orang. tak perlu rasanya nak bash bash orang yang nak boikot. sebab dia rasa dia mampu tolong macam tu. dan yang memboikot tak perlu lah nak kutuk orang yang tak boikot pulak janganlah pandang yang tak boikot tu dengan pandangan keji pulak. Mungkin mereka rasa ada cara lain yang mereka boleh bantu saudara-saudara kita di Gaza itu.

Satu yang kita sama-sama WAJIB buat adalah, DOA DOA dan TERUS BERDOA untuk mereka. untuk keamanan di sana. sudah terlalu lama bumi anbiya' itu dicemari dengan aniaya ZIONIS laknatullah.

Cara kita menilai diri sendiri
Macam mana aku boleh tolong? Apa yang mampu aku buat? Apa yang mampu aku sumbangkan? Apa aku nak jawab depan Allah kalau Allah tanya apa yang aku buat untuk tolong rakyat di sana?

Kalau rasa mampu, kirim lah wang ke sana.
Kalau rasa mampu berjuang di tanah anbiya' itu dan kau punya kepakaran, joinlah misi keamanan. sekarang ni dah ada banyak sangat channel.
Kalau rasa mampu boikot, boikot. Tapi bukan McD je sebenarnya produk yahudi. Ada banyak lagi. Kalau rasa mampu, mujahadahlah diri dengan menghindari produk-produk itu.

Paling last sekali ni, aku tak mau tulis kalau,
KENA berdoa untuk mereka di sana. DOA lah untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Kalau tahu, baca qunut nazilah. Kalau tak tahu belajar. *Aku ni pun tak mula lagi hafal :'( Yukkkk kita sama-sama!)

Aku sendiri sedang mencabar kemampuan aku. Boikot McD is not really a problem for me sebab aku baru je makan McD dalam 7 kali. Yeahhh aku boleh kira okeyyy. Sebab bapak aku memang tak biasakan fast food dari kecik.

Jom kita buat apa yang kita MAMPU. dan ingat. kita BOLEH CABAR kemampuan kita!

#PrayForGaza.




I was like this when i watch this video -----> :O

Saturday, September 29, 2012

Takut

Manusia tanpa perasaan macam patung.
Allah kurnia perasaan supaya kita dapat salurkan pada channel yang betul.

Gembira pabila mendapat nikmat.
Sedih pabila terkena musibah.
Marah pabila melihat kemungkaran.
and so on so forth. (masaklah aku kalau nak state satu-satu. :P)

Well, in this entry, apa yang aku nak stress kan ialah rasa takut.

TAKUT!
takut ni akan membuat kita lari dari benda yang ditakuti betul?
sebagai contoh, jika kita terserempak dengan harimau yang ada gigi taring panjang yang garang tu..huuuu..takut angat..(oke gedik overload).apa reaksi kita atas ketakutan tu?
LARI bukan.kalau tak lari memang dah kategori bangang la tu.harimau ganas kot.and atas sebab apa kita lari?kita TAKUT betul?

tetapi kawan-kawan,
bezanya jika kita takutkan ALLAH SWT, pencipta kita yang memiliki sekian alam yang fana ini.
apa yang perlu kita buat kalau kita betul-betul takutkan ALLAH?lari?

TIDAK!

kita akan berusaha mendekatkan diri padaNya benar?
indah tak menjadi hamba kepadaNya?
berbeza kan takut dengan pencipta bukan pada ciptaanNya?

aku bersyukur hari ini, aku masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM.
maka ya ALLAH, kekalkanlah rahmat yang ada padaku ini sementelah aku tak mampu berdiri di dunia ini tanpa rahmat dan kasih sayangMU ya RABBI.

dan ingatlah wahai sahabat sekalian,
takutlah pada pencipta kita.hidup kita di dunia hanya sementara dan tak lain hanyalah tempat mencari bekalan supaya hidup kita di akhirat kelak yang bahagia selamanya.

wallahua'lam.


Wednesday, September 26, 2012

MINAT

ceritanya, aku kini sedang cuba memupuk minat membaca dalam diri aku yang malas tahap petala kelapan ni.

sebenarnya, slogan 'bangsa membaca, bangsa berjaya' yang suatu ketika dulu diuar-uarkan secara gila-gila oleh kerajaan. tapi sejauh mana rakyat mengambil peduli pasal ni.

macam dulu, waktu program ni tengah hot kan ada program NADI ILMU AMALAN MEMBACA aka NILAM tu kan? (aku rasa sampai sekarang pun ada). aku bukannya ambil peduli sangat pun, kalau buat pun sebab nak penuhi requirement yang cikgu letak(scumbag mind), then that's it. lagipun ulasan buku yang aku buat tu, bukannya betul pun(sebab aku tak baca pun.sekian)

kita tengok bangsa-bangsa yang kini berjaya sebagai contoh. bangsa JEPUN. kawan aku cerita waktu dia pergi jepun, dalam train penuh ngan orang yang sedang membaca. waktu tunggu kenderaan awan pun membaca, kat dalam TOILET pun nak baca(ni aku tak berapa berkenan sangat lah -.-') .kat Malaysia, 'hadoii.pening kepala lah baca lam vehicle'. HAHA.

sebenarnya, ada banyak lagi contoh yang aku boleh bagi.

aku tak berniat nak kata semua Malaysian macam tu, aku ada seorang ustaz time sekolah dulu yang aku tabik kerana suka yang amat membaca. ilmu dia tak payah cakap la kan. mindblowing~

jadi, langkah yang aku cuba ambil kini ialah letak buku dalam bag aku yang aku usung kemana-mana itu supaya bila terdetik hati nak membaca boleh ku capai naskhah itu.

faedah membaca banyak kan?jadi kenapa kita tak nak rebut?

nampak tak manusia ni suka mensia-sia kan masa yang ada?

sedangkan waktu senggang yang kononnya tak boleh buat apa tu boleh diisi dengan membaca.ditambah pulak lagi dengan segala teknologi yang ada.

sebenarnya, ruang untuk memberi alasan itu tiada.zero.najwa latif.sifar.

MARILAH KITA JADI BANGSA MEMBACA (gaya rosmah.kbye)

satu kelebihan membaca, bahasa korang takkan jadi tunggang langgang macam aku tulis dalam entry ni(haha).

other than that, of course boleh menambah ilmu di dada.kita mesti ingat, ilmu yang kita tahu ni pun, tak sampai setitis pun air di lautan kalau nak diumpamakan.

rasanya itu je lah kot hujah hamba pada hari ini.mohon mengundur diri.

wallahua'lam