Read this useful tips from this guy. If you're curious of the difference between CV and resume, you can read about it here http://theundercoverrecruiter.com/cv-vs-resume-difference-and-when-use-which/ or here http://jobsearch.about.com/cs/curriculumvitae/f/cvresume.htm
Showing posts with label career. Show all posts
Showing posts with label career. Show all posts
Monday, August 11, 2014
[ADAB PERMOHONAN KERJA - MELALUI E-MEL]
Read this useful tips from this guy. If you're curious of the difference between CV and resume, you can read about it here http://theundercoverrecruiter.com/cv-vs-resume-difference-and-when-use-which/ or here http://jobsearch.about.com/cs/curriculumvitae/f/cvresume.htm
Sunday, August 10, 2014
Random Thoughts on Sunday Morning
Aku tiba-tiba rasa macam nak menaip. Sebab aku dah tak tahu nak ekspresikan apa yang aku rasa macam mana sebenarnya.
Aku rasa macam banyak sangat benda yang bermain dalam kepala hotak aku sekarang ni. Tapi aku tak tahu apa dia yang buat aku rasa berat sampai macam ni sekali. Dengan final yang tinggal kurang daripada sebulan je lagi, dengan kerja-kerja sebagai seorang student yang serius tak nampak penghujung dia, dengan kerja-kerja event yang patut boleh settle awal tapi tak tahu apa sebenarnya yang jadi pada produktiviti kerja aku sekarang ni. Macam ke tahap zero.
Sampai satu tahap, aku berfikir, kenapa aku memilih jalan ni? Adakah lagi passion dan keikhlasan hati aku melalui tahun-tahun yang berbaki kat UTP? Aku tahu rasa ni temporary. Sebab aku pernah je rasa macam ni before. Exactly time macam ni jugak. Time dah nak dekat cuti empat bulan. Mungkin terlalu penat bergelumang dengan dunia sebagai student uni mungkin. Mungkin.
Ada jugak aku fikir, cuti empat bulan nanti aku nak buat apa. Yang pasti aku tak nak cuti empat bulan aku kali ni sia-sia macam cuti empat bulan yang lepas. SANGAT SIA-SIA. Paling tidak pun, kalau ditakdirkan aku tak kerja jugak kali ni, aku nak jadikan paling kurang jadi cuti yang produktif dan refreshing.
Tak lupa jugak aku dok fikir, ke mana hala tuju aku lepas ni? I know it seem to early. I have 2 more years to complete my degree. But it scare the hell out of me bila even dah nak habis 2nd year ni pun aku masih blur dengan hala tuju aku lepas ni. Ke mana? Aku jadi macam ni bila zaman sekolah dulu, aku seorang manusia yang penuh dengan motivasi, passion dan goal. Walaupun tak seberapa pun yang tercapainya. Tapi at least bukan macam sekarang yang dah macam manusia hilang arah tujuan. Aku dok terfikir, lepas degree nak kerja ke? Second degree pulak ke? Or master ke? Tapi bila fikir balik, malasnya nak belajar formally macam tu. Aku nak cari pengalaman. Ada jugak bisik-bisik hati aku untuk teruskan kejar cita-cita as askar. Well, setakat ni itulah yang paling kuat.
Pada akhirnya, hidup aku yang masih kabur hala tuju ni, insyaAllah kalau dipanjangkan umur, panjanglah lagi perjalanannya. Kalau dah ditentukan Allah umur pendek, mati awal la jugak? Tak gitu? Tapi aku tak nak lah mati dalam keadaan sia-sia. Dah punya lama Allah bagi pinjam nyawa. Aku harap husnul khatimah lah. Tapi bila memikirkan yang dosa aku yang lebih banyak dari pepasir kat tepi pantai tu, takut lah aku. Macam mana nak menghadap sang Pencipta?
Oleh kerana yang tahu perancangan untuk aku hanyalah Allah, aku rasa aku patut follow the flow je. Merancang tetap merancang. Cita-cita tetap cita-cita. Impian tetap impian. Usaha tetap usaha. Tetapi pada akhirnya, semuanya Allah yang tentukan sebab Dia lah yang maha tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dah dia yang cipta kan? Kita ni sebagai yang diciptakan tak patut menyoal itu ini pun. Apa hak kita?
Yang aku tahu, aku kena sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Moga Allah terus beri aku kekuatan.
Anyway, wish me luck for my final exam. And then of me go for cutiempatbulan! Yeeeehaaa.
Sunday, 10/8/14, 2.55 a.m.. *what's sleep? pffftttt*

Thursday, July 24, 2014
15 Types of Clients and How to Handle Them Properly [Infographic]
source:
I've only deal with a client once and man, it takes a lot of patience. The client is the type 1 btw. It sure take one hella of a patience of mine. Kau tahu tak kesabaran aku ni sikit punya nipis. That time, the only thing that I kept telling myself is, She's a client. She's always right. Be patient a lil bit more. Hold your anger back.
That is one of my valuable experience that I have. Tu baru satu meyh. I don't know how those people yang hari-hari kerja berurusan dengan client yang karenah sure macam-macam. Sooooo penat.
Thursday, November 8, 2012
Harapan
Suatu ketika dahulu, harapan aku adalah ingin menjadi seorang juruterbang *yang berdedikasi*. Aku tidak peduli sama ada juruterbang komersial ataupun juruterbang tentera asalkan aku dapat terbang tinggi menerjah awan di atas sana. Dengan semangat yang setinggi gunung *kinabalu*, berbekalkan harapan yang sebesar gajah *apakah?*, aku selalu membuat kajian tentang kerjaya itu. Tidak lupa juga, aku selalu mencari maklumat di Internet tentang perjalanan untuk menjadi seorang juruterbang supaya aku dapat mencapainya suatu hari nanti. Minat aku semakin bertambah apabila sebuah sekolah penerbangan mengadakan sesi ceramah di sekolah aku. *berkobar-kobar bak hang* Apa yang disampaikan membuatkan segalanya nampak mudah. Perjalanan menjadi seorang juruterbang nampak begitu senang. Namun, hakikatnya bukan semudah yang disangkakan. Kerana minat yang mendalam itu jugalah, aku tidak pernah lupa mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan kerjaya idaman ku ini. Pun begitu, segala-galanya mengecewakan hati aku. 'Permintaan yang kurang, lambakan kadet juruterbang, industri hanya akan berkembang dalam 10-20 tahun lagi' *berdasarkan apa yang aku bacalah* Lastnya, aku tinggalkan cita-cita aku *dalam arkib hidup aku* dan move on pada cita-cita seterusnya.
Setelah aku tinggalkan cita-cita aku dan bercadang untuk membuka lembaran baru, kerjaya beruniform aka askar menjadi pilihan aku. Sebab yang paling utama adalah aku sukakan uniform. Ketahuilah, lain perasaannya apabila aku menyarung uniform ke tubuhku *yang slim.kbye* Semangat yang disalurkan itu, lain benar rasanya. Lalu, dengan harapan setinggi gunung *everest* sewaktu mengisi borang UPU, aku memilih UPNM sebagai pilihan pertama aku. Dan pada yang sama juga, aku menghantar permohonan untuk kemasukan Januari ke UTP.
aku rindu ini!
Seusai SPM, aku berehat *dengan tidur, makan, tidur, makan, tv, tidur, makan, tv....*selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku mendapat panggilan untuk EduCamp UTP *nama poyo, padahal maksudnya interview, Heh* Dengan berat hati, aku pergi, setelah mendengar nasihat dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa aku. Sejujurnya, aku jalani interview dengan sambil lewa dengan harapan aku tidak akan mendapat tawaran masuk ke UTP *sebab nak cuti lama lagi la huiiii*.
Dua minggu kemudiannya, masa untuk menyemak keputusan permohonan masuk ke UTP untuk kemasukan Januari. Bismillahirrahmanirrahim *dalam hati ni, tolonglah jangan dapat, TOLONGLAH* . Laman UTP Prism aku layari. Semak keputusan. Tahniah. Anda Berjaya. *dalam hati, why oh why???*. Saatnya memberitahu kepada ayahanda dan bonda tercinta. 'Abah, Cha dapat UTP tu'. Terasa mudah pula meluahkan patah-patah kata itu. Namun gelora di hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Sekilas, aku tahu, abahku suka jika aku pergi. Begitu juga dengan emak. Saat jiwa berperang dengan logik akal, kepada Allah jua lah aku serahkan segalanya. Solat istikharah aku laksanakan. Berperang hati ini saat menunggu petunjuk dari Ilahi. Sungguhnya, bukan dari mimpi aku diberi jawapan tapu gerak hati yang mengkhabarkan.
Hatiku berat mengatakan, ' Penuhi harapan mak dan abah'.
Setelah mengambil keputusan, aku pun melangkah dengan penuh semangat ke UTP *semangat sangattttt*
Selesai satu semester yang memakan masa 4 bulan, boleh aku katakan yang aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di universiti ini. Maka aku terus tabahkan hati, meski kadangkala, hati merusuh *sebab banyak keje -.-'*. Aku didik hati ini perlahan-lahan menerima cara belajar di sini *yang pace dia laju macam Shikansen. Tak tipuuuuu*
kat dalam lab chemistry
Di pertengahan semester Januari, di mana aku sedang sibuk menjalankan persiapan untuk ujian *test okey test* dan juga temuduga biasiswa Petronas . Aku menyemak keputusan permohonan ke UPNM yang sudah keluar *kan nak masuk situ kena interview, tu pasal lah awal*
ALLAH. Sekali lagi hati aku yang rapuh *bak biskut* diduga.
TAHNIAH. Aku sesungguhnya gembira kerana inilah harapan aku. inilah cita-cita aku. inilah impian aku. Namun sekali lagi hati ini tersentap, tarikh mula temuduga sama dengan tarikh aku akan menjalani ujian bertulis untuk biasiswa Petronas. Hati sudah mula berbelah bahagi *to thousand parts* semula.
Aku hubungi abah. Menceritakan tentang tawaran ini. Dan juga pertindihan jadual. Di hujung talian dia mengatakan, 'Cha fikirlah sendiri. It's your life. Decision is in your hand'. Saat itu, hatiku jadi semakin lemah kerana di hujung talian, meskipun tidak dizahirkan dengan kata-kata, aku dapat menangkap harapan seorang ayah supaya aku kekal disini.
Maka, aku lupakan UPNM. *babai sweetie*
Setelah habis beberapa ujian *test okey test* dan temuduga itu, aku keluar ke KFC bersama teman-teman. Di saat keriangan, aku mendapat satu SMS yang mengejutkan. UPNM PANGGIL BUAT KALI KEDUA! Terus aku hubungi abah untuk berbincang dengannya. Sekali lagi, aku menangkap nada yang membuahkan harapan yang sama. Aku tabahkan hati.
Esoknya, aku mendapat panggilan pula dari pihak UPNM. Luluh hati ini sekali lagi. Lantas aku capai telefon semula dan mendail nombor abah. Sekali lagi aku meluahkan rasa. Buntu *Tak tahu nak pilih yang mana*
Akhirnya, sekali lagi aku melepaskan peluang itu. SEKALI LAGI!
Saatnya keputusan biasiswa Petronas dikeluarkan. Dengan penuh harapan laman itu aku buka.
MAAF.
Melihat perkataan itu sahaja hatiku hancur luluh. Mulalah timbul dalam hatiku, 'Baik aku pergi interview UPNM, masuk sana elaun 1000 sebulan. Tak susahkan mak abah.' Namun aku pantas beristighfar. Perancangan Allah itu maha Sempurna. Tidak lama kemudian pula *adalah sebulan kot*, permohonan UPU pula keluar. Allah. Dapat pula salah satu universiti terkemuka di Malaysia iaitu UM untuk mengambil Asasi Sains. Namun kali ini, tidaklah terasa rapuh benar, kerana hatiku memang bukan untuk bidang itu. Maka aku lepaskan dengan redha.
'MARA bukak permohonan lah weyh' kata kawanku. Maka dengan hati yang mengharap *dan berkecai-kecai into million, might be trillion pieces tu* , aku memohon EduLoan.
Seterusnya, menyelesaikan segala urusan permhonan. Peperiksaan akhir menanti. Aku jawab dengan penuh teliti *ceyhhh..poyo sangat*. Selepas itu, cuti selama 5 hari aku manfaatkan sebaiknya *dengan tidur...tidur... dan tidurr di rumah*. Aku harus pulang awal kerana sudah memilih untuk membantu di dalam Minggu Aluan Siswa.
Semasa TOT, keputusan MARA pula keluar. Alhamdulillah. Aku berjaya mendapat EduLoan itu. Lalu aku teruskan hidup di UTP sehingga sekarang.
Alhamdulillah, aku kini di semester akhir untuk Foundation *gaya cakap macam dah final year, ceyhhhhh*.
Aku akan terus berjuang di sini untuk menghidupkan harapan mak abah aku untuk melihat anak-anaknya berjaya. Sehingga aku genggam segulung ijazah *yang ternyata lebih hot daripada Aaron Aziz mahupun Zed Zaidi. tetttt.*
Tujuan aku berkongsi kisah aku di dalam entry yang serba panjang ini, adalah untuk menyampaikan, apabila kita mengikut pilihan ibu bapa, Allah akan bantu kita. InsyaAllah. Aku di sini untuk menyalakan harapan mak abah yang semakin lama menjadi harapan aku jua.*aku nak cakap, aku dah sayang la kat UTP :P*
Namun, kadangkala, kita perlu untuk menegakkan pilihan kita andainya kita rasa pilihan kita itu baik dan lebih sesuai untuk diri kita.
Pun begitu, untuk menghidupkan harapan aku pula, aku bertekad untuk menyertai kelab menembak dan kelab penerbangan setelah aku bekerja nanti. Tak lupa juga, aku hendak mengikuti latihan askar Wataniah.*nak pakai uniform, nak kawad, nak fit kan balik badan, sekarang lari sikit je, semput. heh.*
Moga harapan aku dan harapan ibu bapa aku jadi nyata, menyala dan terus menyala.
P/S: aku happy gila ni. sebab budak bukan sebarang budak aka nub dah kembali! jyeahhhh! mai ramai ramai kita pukul beliauuuu!
Thursday, December 9, 2010
~underwriter~
this career are rarely exposed to ppl.that's why this career is kinda not very popular among us.but this career is really important to insurance company n some other organisation.i found that this career EXIST when reading DARA.com.this career is quite interesting.but you need to know how to socialise well with ppl bcoz u will always meet ppl.'
there are few type of underwriting...
go to this link if u want to know more about underwriting
# this is what i think bout this career from my reading...actual my differ...
there are few type of underwriting...
go to this link if u want to know more about underwriting
# this is what i think bout this career from my reading...actual my differ...
Monday, December 6, 2010
~commercial pilot/pharmacist/chemical engineer/AME~
i'm in a big dilema now.seriously don't know how to decide.my biggest passion is on commercial pilot.but there are few circumstances that i have to consider.
1)my height still didn't reach the required height
2)the study cost is extremely big
3)my parents didn't like it
4)i do think i will be short-sighted soon because of the computer and i study in unsuitable condition.
*know more about pilot job by clicking the links below
>information about CPL
>more information about pilot
>M'sia Flying Academy
>phoenix east aviation inc.
>kl international flying academy
>asia pasific flight traning
pharmacist...i don't know how on earth is this career come to my mind.actually it started when i start to love chemistry.well,here i would like to thank mr mior,who only taught me one chapter of the syllabus but he able to attract my interest to chemistry.thanx to you mr mior.i would remember you forever.well,however this is my second choice of career.
chemical engineer...started to think of this career since the Engagement Session with minor scholar organised petronas at universiti teknologi petronas.this is one of the critical course right now.
AME or Aircraft Maintenance Engineer
i start to now this career when reading coursesNow.and it attract me because it kinda have connection with the first choice of mine,pilot.

Subscribe to:
Posts (Atom)