Wednesday, June 17, 2015

ESCAPE PLAN

Sem lepas, aku dengan Husna (roommate) got stressed out that we planned an escape plan. Lepas tu time tu pulak aku baru terbaca pasal SEA Games Singapore 2015. Then, 'eureka'! Memandangkan aku ni peminat sukan, aku memang dah lama nak pergi tengok opening any kejohanan sukan yang besar macam tu. And Husna pun layan je nak pergi plus dia technical-freak and boleh lah tengok technical aspect of the opening ceremony. Jadinya kitorang pun beli lah tiket flight and tiket opening ceremony apa semua. Time beli ni, aku tak bagitau pun lagi kat parents aku. Sebabnya aku tahu, kalau bagitau awal-awal sebelum pergi confirm tak lepas ni. Keji betul perangai. Time beli tu tak silap aku sebelum study week. Kira macam this escape plan adalah untuk hilang stress final, stress kerja and jadi pembakar semangat untuk sem baru. Lol. Padahal the opening is during week 3 of the this semester.

Sambung cerita.

Lepas tu, time balik cuti sem, aku pun bercutilah. Husna dah sibuk ingatkan aku bagitau parents aku and buat pasport. Aku punya nervous nak bagitau tu tak payah cakap lah weyh. Sebabnya, memang dari kecik mak abah aku tak biasakan anak-anak dia berjalan dengan kawan merata-rata. Pergi ke mana pun dorang la hantarkan. Cumanya waktu duduk asrama adalah aku pergi outing ke Ipoh macam tu. Tapi tu dorang tak kisah sangatlah. Sebab berjalan ramai-ramai. Pakai pulak baju sekolah. Selamat la sikit. Lagipun time tu, Malaysia tak banyak sangat masalah-masalah jenayah ni.

Masuk uni, aku dah pandai la nak berjalan dengan kawan. Ye lah, ada member yang ada kereta, setakat pergi Ipoh tu dah jadi benda biasa. Cuma sekarang dah jarang lah. Dah tua, banyak kerja nak buat. Banyak hal nak fikir daripada asyik fikir berjimba je. Aku ingat satu time tu aku pergi rumah Micha dengan Husna and Anas. Aku gerak naik train from Ipoh to Seremban lepas tu dorang pickup aku kat situ and gerak ke Johor. Masalah dia is, time tak tally. Aku dah sampai kat train station tu boleh pulak minah ngan mamat sengal dua orang tu sesat entah ke mana. Sepanjang aku tunggu kat train station tu, setiap 10 minutes mak aku call nak check up on me. Walaupun kadang tu rasa macam tak nak angkat hahahaha, tapi faham la mak aku punya risau tu. Sebabnya, aku tak pernah pun berjalan jauh macam tu sekali. Sorang pulak tu. Itu lah kali pertama aku lepas nak berjalan jauh macam tu,

Sebab tu lah bila ada kawan ajak travel ke mana-mana, aku ni payah nak ikut. Satu nak lepas permission parents tu payah ya Rabbi. Another reason, it's hard to admit this one sebab kinda a bitter truth for me hahahah aku sendiri ni bukan berani sangat nak berjalan kat tempat orang. Pada aku traveller ni kena jenis berani kental tak tahu malu sikit. Tapi aku ni berani hal tertentu je. Tapi bila kat tempat asing dengan orang asing, aku akan automatik jadi timid. Self confidence aku bukannya tinggi sangat. Contoh; aku rela lagi bungee jumping daripada nak kena redah tempat penuh dengan stranger, kena cakap dengan stranger. This is a part of me that I wish I can change.

Amboi, lari kemain dah topik aku. Haha.

Jadinya, dah nak dekat habis cuti baru aku gitau bapak aku. Cara aku gitau, Abah.... Cha nak kena buat pasport. Bapak aku jawab Ha, dah kenapa nak buat pasport? Ada aktiviti uni ke? Aku pun berhuhu lah. Mula lah keluar suara gedik mintak penampar dan memberi explanation. Seriously, kalau tak sebab aku dah beli tiket apa semua, takde maknanya aku dapat pergi. Hahahaha. Langkah keji berjaya. Maaf mak abah. Nak merasa jalan tempat orang. Hehehehehe.

Aku buat pasport on 30 May 2015. Nak pergi Singapore nya on 5th June. Ko nampak tak betapa last minutenya. Buat pasport ni aku ingat rumit sangat. Rupanya senang je. Officer yang jaga kaunter time aku buat pasport tu hensem. Sekian. Oke tu selingan. Dah buat pasport, kitorang chill je. Buat macam biasa. Sebabnya, sebelum pergi tu ada dah start sem baru kat UTP. 2 weeks.

Cerita aku kat sana nanti lah lain kali aku sambung. Lain kali tu entahlah bila. Biasalah. Pemalas sikit. Haha. Tapi sebelum aku tutup entry ni, terima lah pesanan penaja:

Pada anak-anak gadis di luar sana yang macam aku susah nak lepas pergi mana-mana,
Percayalah cakap aku, our parents have a solid reason to worry over us. Memang dunia sekarang ni gila. Aku ni je yang terover degil nak jugak pergi. Hehehe.
Tapi tak payah risau la, by the time our parents know that we ARE ready, yakin kita boleh survive dengan selamat, takde sebab untuk dorang tak lepaskan. Macam aku ni, maybe parents aku sendiri tahu yang aku ni takdelah berani mana tapi acah-acah berani, lepas tu tak berapa pandai nak bawa diri then sebab tu lah dorang tak lepaskan.
Anyway, kalau lah korang macam aku yang berjaya jugak terlepas sekali, pandai-pandai la jaga diri. Jaga kepercayaan yang parents dah bagi.

Oke.Dah.Bye.