Thursday, July 24, 2014

15 Types of Clients and How to Handle Them Properly [Infographic]




source:

I've only deal with a client once and man, it takes a lot of patience. The client is the type 1 btw. It sure take one hella of a patience of mine. Kau tahu tak kesabaran aku ni sikit punya nipis. That time, the only thing that I kept telling myself is, She's a client. She's always right. Be patient a lil bit more. Hold your anger back. 

That is one of my valuable experience that I have. Tu baru satu meyh. I don't know how those people yang hari-hari kerja berurusan dengan client yang karenah sure macam-macam. Sooooo penat. 


Wednesday, July 23, 2014

One weird hobby of mine; doing online fun quiz

Online quiz is super fun. Even though it is insanely ridiculous sometimes, but heh, who cares? It's for fun only.

Contoh website yang aku selalu gi nak buat quiz merapu tapi best and kelako abadi kadang-kadang tu adalah ni; http://www.playbuzz.com/ , http://www.seventeen.com/fun/quizzes/free-teenage-personality-quizzes http://www.teen.com/category/quizzes-personality-trivia-teen-girls/ . Hat ni kalau aku boring, ni lah kerja part time. Tengah-tengah study, biasalah, mengada-ngada. Bukannya boleh fokus memanjang. Ni lah yang dibuat nak hilangkan boring.

Well, ada jugak quiz yang tak berapa nak fun like personality test. Tapi it does help to actually discover who you are as a person. So when you know, macam mana diri kau sebenarnya, bolehlah bantu nak improve mana yang boleh. It's not totally betul pun kadang tu, ada je yang macam menyimpang sikit analisis dia tapi dorang buat tu pun based on average daripada their research kan? So semua manusia lain-lain perangainya. But sometimes, it can also be crazily accurate that it get scaryyyy sometimes. Haha. Contoh personality test yang aku dah buat and result dia macam, errrr, kenapa ini macam sangat aku.. lol. are these; http://www.16personalities.com/free-personality-test and this one http://richardstep.com/dope-personality-type-quiz/dope-bird-4-personality-types-test-questions-online-version/ .

Tapi ada satu this simple test i found at aan's blog http://liveitlively.blogspot.com/2014/02/personality-test-pick-door.html#.U863JfmSw1I


So I chose no 4, and oh man, kenapa sama sangat. haha.

DOOR No 4.
You are an old soul that can be slightly dramatic. You are a very artistic person that loves to express yourself through writing, music, art or some kind of expression. You are a dichotomy; for you can be very open and friendly, yet closed and deeply private. You often have your guard up, keeping your thoughts and troubles to yourself. Although you might think that nobody will truly understand you, if you allow yourself to open up and share your feelings, you will feel so much better. Deep down you are not aright with any imperfections and you feel the need to come across as “the rock” in any group situation. Know that people are willing to share their feelings with you and want you to share your feelings with them.

So kalau korang boring-boring tak tahu nak buat apa, pergilah membuang masa dengan buat online quiz. :P

Monday, July 21, 2014

Look Up!


So much of "social" media, huh? 

It's true what he said.. We spent so much time on the screen, making 'virtual' friends, bersosial di alam maya, when we had REAL people around us that we can mingle around, talk and share. 

Memang tak salah guna teknologi. There's many advantages that we cannot deny. Yelah, dunia di hujung jari ni memang memudahkan banyak kerja. Contohnya; only shopping BHAHAHAHA. But, like all things in this world, bila excessive use=disadvantage.

Sometimes we really need a break from all those gadget.

Tapi aku paling kesian tengok budak-budak zaman sekarang. When we dulu-dulu, at their age, sibuk dok berkecah main pasir panjat pokok buat buas sana-sini, they're playing with their gadget. Not even socializing dengan kawan seusia dorang. Soooo rugiii. 
I'm far from being a mom *ohmai this sound so wrong but you get what I mean right?* but I really disagree dengan parents yang bagi gajet kat anak  untuk elak anak dorang from being nakal. Well for me, oh come on, kids are kids. They are suppose to be curious and playful. Aku tak tahu orang lain, tapi aku sangat tidak kisah bila tengok budak-budak lari-lari kat kedai makan ke shopping mall ke, buat bising ke.. They're just being a kid. *tapi kalau yang sampai tak terkawal langsung tu lain cerita. Haha* But again, aku macam takde hak sikit nak ckp pasal didikan anak ni. First, aku BUKAN mak orang. Second, aku pun perangai tak semegah macam budak-budak. Haha.

In a nutshell *essay sangat tau*,
Lessen use of gadget! Make effort to socialize with REAL people, REAL world. Even though it is hard. Haha.
*bercakap kepada diri sendiri*

Sentap Berkilo-kilo

At-Taubah, Ayat 38

Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Sentap. Berkilo-kilo. Enough said.

Thursday, July 17, 2014

Geo Field Camp - Part 1

Sebelum Fieldcamp. 

Aku balik rumah sebab minggu tu ada ESTCON. ESTCON tu apa? Satu conference dianjurkan UTP dimana boleh dikatakan semua lecturer UTP involve. Apa makna dia? Kebahagiaan sebab tak ada kelas. Aku balik daripada hari Rabu (4 June sampai 8 June). Lama tak lama? Haha. Bahagia dia tak terkira oke. Sebelum balik UTP aku dok merengek kat abah kata, budak-budak senior cakap ada pacat lintah apa semua. Aku ni bukan tak biasa kena. Selalu je time kecik-kecik ikut abah pegi dusun, kena je. Time mandi kat Sungai Perak kat kampung mak tu pun ada je belambak. Takde lah aku takut. Tapi geli kot. Abah pun cakap, nanti dia beli Baygon. 

Lepas tu sampai UTP on 8 June tu aku dah kelam kabut. Sampai dah malam. Lepas tu dengan nak jumpa budak department CyberGen aku nak brief pasal task apekebenda yang dorang kena setelkan sepanjang aku fieldcamp. Kalau tak maulah aku pergi fieldcamp dengan hati tak tenang asyik dok teringat kerja event tak siap-siap lagi. Nampak tak aku ni dah terhantuk baru nak terngadah? Esok nak pergi fieldcamp, hari sebelumnya tu baru reti nak kalut. 

Aku sampai UTP time tu dalam pukul 8 lebih. Lepas tu aku dok la pikir, cukup ke barang aku nak gerak fieldcamp ni. Dengan track bottom ada 2 helai je. Dengan kasut getah takde. Kusut gila aku sebab time tu, budak-budak ni semua pergi KakiPhoto. Aku pun contact la Azfar. Ya Allah syukur gila sebab memang Azfar pun nak cari barang. Azfar lagi kesian la daripada aku. At least aku balik rumah tu nak berjimba. Malam tu actually dia baru balik daripada Vietnam kot. Lepas tu terus kusut nak fikir fieldcamp. Haha. *I was so sengal to only think about the pacats and lintahs time kat rumah. Kalau aku fiikir pasal track bottom tak ke awal lagi dah boleh setel. luls.*

Kitorang pegi Sakan beli kasut getah, lepas tu nak pegi Billion cari track bottom. Sekali dah tutup. Lepas tu nampak Hari-Hari bukak lagi, kitorang serbu jap walaupun sebenarnya dorang memang dah nak tutup dah pun. Time tu, lampu kat tingkat atas tu dah ala-ala candle light dinner. Aku pun apa lagi, main harung je lah amek tiga helai. Aku ni stail tak kisah sikit besar gedabak ke apa seluar. Kalau ketat nak mampus aku kisah. Gila kau. Payah nak bernapas. 

Apasal nak kena ada kasut getah? Haaa, fieldcamp ni awal-awal lagi kitorang dah diberitahu akan redah sungai bagai. So kalau kau bantai pakai kasut sukan tu memang harapan lah nak kering cepat. Haha. 

Time ni aku dok la berwassep dengan Micha. Dorang nak buat Farewell Party la lebih kurang untuk Azrin. Budak tu nak kuar UTP sebab sambung medik. Good luck dear sister! Aku cadangnya memang nak ikutlah. Sebab aku memang ada cakap kat dia, nanti sebelum dia keluar, kitorang spend time la sesama makan-makan ke apa. Sekali kelam kabut da hidup aku. 

Dah habis jumpa budak-budak ni, ada lah 15 minit je aku jumpa. Aku ni jenis yang kalau conduct meeting nak cepat je habis. Janji objektif meeting nak update apa semua tu tercapai. Tak payah nak bersembang panjang sangat. Buang masa je. Aku ni busy tau. BHAHAHA. *menipu pandai*.

Habis je jumpa budak-budak ni, aku dok wassep Micha balik, tanya kat dia korang dah gerak ke pegi farewell Azrin. So dorang kata dah. Aku pun memang dah redha lah. Takde rezeki nampaknya nak jumpa budak tu. 

Kemain panjang cerita sampingan aku padahal nak cerita pasal persiapan fieldcamp aku je.

Oke sambung pasal persiapan. Dah sampai bilik daripada meeting aku tu, aku pun nak mengemas la barang-barang aku. Aku pun tak tahu kenapa, setiap kali nak pergi fieldtrip malam tu mesti aku tak boleh tidur. Lagi-lagi fieldtrip yang lama. Tapi nak mengemas mestiiii selaluuu je takde mood. Macam berat je nak pergi. Tapi masalah dia, selagi tak kemas tu lagi lah aku tak boleh tidur. Dah terbiasa kemas barang sehari sebelum pergi mana-mana. Ajaran bapak aku lah tu. Sebab kalau hari nak bertolak baru nak berkemas memang lambat la cerita dia. Lambat=menyusahkan orang. Ada reti?

Dapat je mood aku terus start berkemas. Memandangkan fieldcamp nya sampai seminggu, aku bawak la baju banyak sikit. Dengan fikir nak redah sungai nya apa nya lagi, memang silap besar la kalau bawak sikit je baju. Mula tu, aku packing barang aku dalam backpack. Sebab rasa macam nak bawak backpack. Acah-acah backpackers katekoo. Oke tak. Sebenarnya aku dok fikir macam senang kalau bawak backpack. Boleh sumbat je barang. Seriously, walaupun nampak macam kecik je, boleh main sumbat-sumbat banyak benda kot. Dengan seterika hanger semua aku hangkut. Over tak Mak Jah?

Sekali aku cuba angkat, ya Rabbi beratnya. Rasa nak patah pinggang aku. Sungguh la aku rasa tak mampu nak membawaknya. Lalu aku pun meminjam bagasi Husna. Pakai bagasi pergi fieldCAMP. Kau hado? Nan hado kan? :P Ala sebenarnya kitorang bukannya kira macam camping sangat pun. Memang lecturer dah cakap duduk tempat ala-ala asrama. Zaman-zaman senior sebelum kitorang ye lah duduk dalam khemah betul hah. Kitorang ni kira beruntung la jugak. Kot. *act sebab dah lama tak camping, last pun time sekolah. So aku fikir kalau dapat macam camping betul ni sedap jugak*.

Aku kemas barang apa semua, dah siap pun dah nak dekat Subuh. So memang aku fikir lastnya aku tidur dalam bas je lah. Kitorang pagi 9 June tu kena berkumpul pukul 7.30 kat V2 Cafe. Aku pun terkedek-kedeklah bergerak ke sana. 

TO-BE-CONTINUED....

Tuesday, July 15, 2014

#PrayForGaza



#PrayForGaza
Goosebump all the way dengar lagu ni. Goosebump all the way when reading about Briged Al-Qassam.
Palestine will be FREE one day!

Atas setiap darah yang Zionis laknatullah tumpahkan, atas setiap nyawa orang yang tidak berdosa yang mereka korbankan, they'll PAY one day.


Pada yang masih kurang jelas pasal Briged Al Qassam ni boleh baca kat sini
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2014/07/briged-al-qassam-untuk-dummies.html

Aku pun dulu mana tahu, baca kat blog APG ni lah.

Komitmen

Reading up the oldddd blog posts buat aku rasa macam nak live up this blog again like I used to do before. Zaman sekolah and zaman foundation dulu.

Kenapa aku boleh rasa macam ni? Sebab bila aku baca balik blog post lama-lama, I feel that, I'm growing. Memang nampak jelas kot beza zaman-zaman hingus meleleh dengan sekarang. Tak percaya pergi tengok blog post lama-lama aku. Ya Allah, tak matang sungguh.

And yang best satu lagi is aku dapat rekod event-event best dalam hidup aku dalam bentuk tulisan dan gambar yang aku dok post tu. Sooo seronok bila baca balik. Aku boleh bantai gelak sorang-sorang kot.

Actually, aku pernah je melalui zaman blogging yang aku memang tengah gila menaip habis semua benda merapu aku tulis. Pernah je sampai terlintas nak kejar traffic blog sampai ke sana-sini blogwalking meninggalkan jejak BHAHAHHA *kemain kau ye Keon*.

Tapi bila dah berlalu zaman tu *aku ni excited nya kejappp je*, aku memang post entry kat sini apabila aku rasa nak bercerita, bila aku rasa, oke ini aku kena tulis. I wanna remember this thing.

Lepas tu aku lalui zaman aku tengah gila poetry. *lol sangat* tapi act yang tu sampai sekarang ah cuma takdelah tiap masa dan ketika aku nak berpuisi bagai. Biar kena dengan tempat orang kata.

Dan bila makin lamaaaa lagiii, aku rasa malasnyaaa lahaiii apatah lagi dah start ada twitter.

Tapi macam aku cakap kat atas tu, bila aku baca balik entry lama-lama, aku memang rasa nak jadikan balik blog ni tempat rambling. Orang nak baca, suka hati lah. Kalau tak ada, lagi sedap ai nak merapu hokkeh.

Sebab, aku nak tengok, aku nak aku boleh reflect how much wiser that I grow from yesterday.. *ecewahh kemain kau jahh*

Jadi marilah meletakkan update blog dengan kisah hidup sendiri sebagai komitmen dalam hidup aku. Wahahaha.

p/s: blog aku bukan blog kau. #tibahtak ?

Monday, July 14, 2014

Guess What?

Alhamdulillah! I managed to sleep train myself last weekend haha. Now bio-clock is doing fine. So the next task for me is to keep this momentum up. Don't want to undergo more sleep training after this, no? Haha. My body and skin are perfectly happy too, I can feel that! *wink*

Harapnya dapatlah kekal mendisiplinkan diri sendiri. Amin!

Oh btw, I google-ed on how to have a productive weekend also. You know, I also want to improve my productivity. Yelah, along with normal bio-clock, come 12 hours long daytime that you can manfaatkan. Apatah lagi weekend. Kalau jadi burung hantu, actually tak banyak benda pun boleh buat plus memudaratkan kesihatan la lagi satu kan. So here is what I found:


Yang paling pada aku kat sini is planning. And boleh je nak amik few of the point to make our weekdays count too. Pandai-pandai le memikio macam mana ye.

Friday, July 11, 2014

How to Fix Your Sleeping Schedule

As I mention in the previous post, I've been having problem in fixing my sleeping schedule. Jadi aku pun buat la some reading. *ecewah padahal tanya kat pakcik google je*. So jumpa la few article on how to fix your sleeping schedule. Dalam banyak-banyak artikel tu, aku rasa yang macam paling boleh la kot nak try ikut is this one. --> http://www.wikihow.com/Fix-Your-Sleeping-Schedule

It is quite easy tapi kena sangatlah mendisiplinkan diri sendiri. Wahaha. That is so damn hard, you know. But no harm to try. Daripada terus stress sebab bio-clock ikut burung hantu. Tak salah lah kita mencuba. *wink*

Fixing your sleeping schedule step by step.

1. Wake up at the same time each morning. Set your alarm clock for the same time. This includes weekends, especially when you are first working on your sleep patterns.

2. Eat a healthy breakfast. Fix yourself a good breakfast. If you're pressed for time, munch on something quick but healthy, such as fruit, instead of donuts or other sugary junk foods.

3. Don't overdo the coffee or caffeinated tea. Replace your second cup of caffeine with cold water, a decaf option, or another beverage.

4. Eat healthy snacks during the day and avoid a lot of sugar. You’ll get a quick energy boost from sugary foods, but snacks like peanut butter on crackers, baby carrots, celery, fruit and yogurt will give you a better and longer-lasting energy boost.

5. Only take short naps. Try to keep naps to 30 minutes or less. Or you can just close your eyes and relax in a chair for 10 minutes.

6. Help your body to prepare for sleep. Melatonin is your body's naturally occurring hormone that helps regulate your sleep cycles. It is controlled by light exposure. Help your body cue up the melatonin correctly:
  • During the day, try to spend time outside, if possible. Keep your home or workplace sunny or brightly lit. Don't wear sunglasses in the morning.
  • In the evening, try not to watch TV or read from backlit electronic devices, like desktop or tablet computers. The light from TVs and computers can lessen melatonin production, and the programs and websites can stimulate your mind, which will make it harder for you to sleep. Try reading a book, listening to audio books or music, or doing relaxation exercises.
7. Go to sleep at the same time every night. Again, this includes weekends (sorry, party animals).

Credit: http://www.wikihow.com/Fix-Your-Sleeping-Schedule

Mission to fix bio-clock, start tonight! Let's see whether I can manage or not. Teheeee.

Sleeping Schedule - All Messed Up!

Well hello there blog readers! Dah lama tak merapu meraban kat sini. Hangpa rindu dak? *acah-acah anwaq hadi. acah-acah ada orang baca blog haku. puih.*

Malas nak intro panjang bagai or any mukaddimah whatevs. Sebab dah lama tak merapu kat sini aku pun dah tak ingat macam mana nak bermukaddimah sebelum masuk ke motif utama menulis entry. *or did i just give the mukaddimah dah pun? ceyt*

So, my sleeping schedule dah macam musang. Like really macam musang. Kalau dulu, macam mana messed up pun, at least I will sleep jugak even tido pukul 3 pagi. But now, darn it, I can only sleep after Subuh. And then tak la mention pukul berapa aku bangun tapi rasanya dah boleh agak la kan? *malu ai*

The thing abt having tonggang terbalik sleeping pattern ni, is aku asyik ter'tuang' kelas when sebenarnya aku takde niat langsung kot nak ponteng. Lepas tu bangun je dari tidur, oh no, hari ni punya kelas dah habis dah pun. Frustration. 

What's more this is the holy month, Ramadhan. Sleeping too long during day time dah la makhruh. Lagi la aku frust. Nak betul-betul hidupkan Ramadhan pun lagilah ke laut. Too much frustration. 

And more thing is of course la kesihatan. Oh mai. Seriously my skin become so dull. I maybe don't care much about my outfit or whatnot, but I really do care about my skin. Sebab kulit aku sensitif nya, ya Rabbi. Kulit kau jadi kusam kot. Haish. More frustration there. Not to mention rasa badan kau yang sangat tak fresh apabila bangun dari tidur siang yang panjang. Tidur siang yang lama is not refreshing I tell ya. Kalau setakat kau nak power nap memang bagus. Tapi kalau tidur siang after berjaga malam tak tidur-tidur, seriously sangat tidak bagus.

Bukan tak pernah nak betulkan sleeping pattern. I loss count on how many times I tried dah pun. Kalaupun dah betul then kejap je dah messed up balik. Habis tonggang terbalik hidup aku. Penat kot jadi burung hantu ni. Like seriously penat. Dah tu macam mana tak penat dah kalau melanggar fitrah kau sendiri yang sah-sah Allah kata siang untuk bekerja malam untuk tidur, berehat?

Kadang-kadang tu bila aku buat kerja, I feel so sleepy dah, lepas tu naik atas katil, pooomm segar. Like hello. Katil is not the place to sleep and meja study tu lagi mengantukkan. 

Tapi bila dah lepas Subuh or nearing to Subuh baru terasa mengantuk and katil is like 'Come to me. Let's sleep. Aku sangat empuk, kan? Marilah tidur..' -.-'

Aku tak tahu apa masalah sebenarnya kat sini. Insomnia, yes I got that. Memang dah lama dah pun. Tapi at least dulu dalam pukul 3 I'll sleep already. This time, after Subuh baru tidur. OMG like seriously lah my bio-clock! 

Aku sampai rasa nak amek sleeping pill kot nak bagi tidur. Nasib baik takde sleeping pill dalam simpanan and aku masih waras lagi la. Takde la pulak nak amek any ubat w/o doctor's prescription. Gila kau cari nahas? Aku last makan Panadol pun time Form 3. Oke tu cerita lain. 

Oke sebenarnya aku dah habis merapu meraban. Dan aku masih belum lagi dapat cari macam mana aku nak betulkan sleeping pattern/sleeping schedule/bio-clock aku. 

Kalaulah ada yang baca blog aku *cenggeli pulak*, and you happen to know any ways to fix  sleeping pattern/sleeping schedule/bio-clock, please let me know. Just drop comment oke. *wink*