Thursday, July 17, 2014

Geo Field Camp - Part 1

Sebelum Fieldcamp. 

Aku balik rumah sebab minggu tu ada ESTCON. ESTCON tu apa? Satu conference dianjurkan UTP dimana boleh dikatakan semua lecturer UTP involve. Apa makna dia? Kebahagiaan sebab tak ada kelas. Aku balik daripada hari Rabu (4 June sampai 8 June). Lama tak lama? Haha. Bahagia dia tak terkira oke. Sebelum balik UTP aku dok merengek kat abah kata, budak-budak senior cakap ada pacat lintah apa semua. Aku ni bukan tak biasa kena. Selalu je time kecik-kecik ikut abah pegi dusun, kena je. Time mandi kat Sungai Perak kat kampung mak tu pun ada je belambak. Takde lah aku takut. Tapi geli kot. Abah pun cakap, nanti dia beli Baygon. 

Lepas tu sampai UTP on 8 June tu aku dah kelam kabut. Sampai dah malam. Lepas tu dengan nak jumpa budak department CyberGen aku nak brief pasal task apekebenda yang dorang kena setelkan sepanjang aku fieldcamp. Kalau tak maulah aku pergi fieldcamp dengan hati tak tenang asyik dok teringat kerja event tak siap-siap lagi. Nampak tak aku ni dah terhantuk baru nak terngadah? Esok nak pergi fieldcamp, hari sebelumnya tu baru reti nak kalut. 

Aku sampai UTP time tu dalam pukul 8 lebih. Lepas tu aku dok la pikir, cukup ke barang aku nak gerak fieldcamp ni. Dengan track bottom ada 2 helai je. Dengan kasut getah takde. Kusut gila aku sebab time tu, budak-budak ni semua pergi KakiPhoto. Aku pun contact la Azfar. Ya Allah syukur gila sebab memang Azfar pun nak cari barang. Azfar lagi kesian la daripada aku. At least aku balik rumah tu nak berjimba. Malam tu actually dia baru balik daripada Vietnam kot. Lepas tu terus kusut nak fikir fieldcamp. Haha. *I was so sengal to only think about the pacats and lintahs time kat rumah. Kalau aku fiikir pasal track bottom tak ke awal lagi dah boleh setel. luls.*

Kitorang pegi Sakan beli kasut getah, lepas tu nak pegi Billion cari track bottom. Sekali dah tutup. Lepas tu nampak Hari-Hari bukak lagi, kitorang serbu jap walaupun sebenarnya dorang memang dah nak tutup dah pun. Time tu, lampu kat tingkat atas tu dah ala-ala candle light dinner. Aku pun apa lagi, main harung je lah amek tiga helai. Aku ni stail tak kisah sikit besar gedabak ke apa seluar. Kalau ketat nak mampus aku kisah. Gila kau. Payah nak bernapas. 

Apasal nak kena ada kasut getah? Haaa, fieldcamp ni awal-awal lagi kitorang dah diberitahu akan redah sungai bagai. So kalau kau bantai pakai kasut sukan tu memang harapan lah nak kering cepat. Haha. 

Time ni aku dok la berwassep dengan Micha. Dorang nak buat Farewell Party la lebih kurang untuk Azrin. Budak tu nak kuar UTP sebab sambung medik. Good luck dear sister! Aku cadangnya memang nak ikutlah. Sebab aku memang ada cakap kat dia, nanti sebelum dia keluar, kitorang spend time la sesama makan-makan ke apa. Sekali kelam kabut da hidup aku. 

Dah habis jumpa budak-budak ni, ada lah 15 minit je aku jumpa. Aku ni jenis yang kalau conduct meeting nak cepat je habis. Janji objektif meeting nak update apa semua tu tercapai. Tak payah nak bersembang panjang sangat. Buang masa je. Aku ni busy tau. BHAHAHA. *menipu pandai*.

Habis je jumpa budak-budak ni, aku dok wassep Micha balik, tanya kat dia korang dah gerak ke pegi farewell Azrin. So dorang kata dah. Aku pun memang dah redha lah. Takde rezeki nampaknya nak jumpa budak tu. 

Kemain panjang cerita sampingan aku padahal nak cerita pasal persiapan fieldcamp aku je.

Oke sambung pasal persiapan. Dah sampai bilik daripada meeting aku tu, aku pun nak mengemas la barang-barang aku. Aku pun tak tahu kenapa, setiap kali nak pergi fieldtrip malam tu mesti aku tak boleh tidur. Lagi-lagi fieldtrip yang lama. Tapi nak mengemas mestiiii selaluuu je takde mood. Macam berat je nak pergi. Tapi masalah dia, selagi tak kemas tu lagi lah aku tak boleh tidur. Dah terbiasa kemas barang sehari sebelum pergi mana-mana. Ajaran bapak aku lah tu. Sebab kalau hari nak bertolak baru nak berkemas memang lambat la cerita dia. Lambat=menyusahkan orang. Ada reti?

Dapat je mood aku terus start berkemas. Memandangkan fieldcamp nya sampai seminggu, aku bawak la baju banyak sikit. Dengan fikir nak redah sungai nya apa nya lagi, memang silap besar la kalau bawak sikit je baju. Mula tu, aku packing barang aku dalam backpack. Sebab rasa macam nak bawak backpack. Acah-acah backpackers katekoo. Oke tak. Sebenarnya aku dok fikir macam senang kalau bawak backpack. Boleh sumbat je barang. Seriously, walaupun nampak macam kecik je, boleh main sumbat-sumbat banyak benda kot. Dengan seterika hanger semua aku hangkut. Over tak Mak Jah?

Sekali aku cuba angkat, ya Rabbi beratnya. Rasa nak patah pinggang aku. Sungguh la aku rasa tak mampu nak membawaknya. Lalu aku pun meminjam bagasi Husna. Pakai bagasi pergi fieldCAMP. Kau hado? Nan hado kan? :P Ala sebenarnya kitorang bukannya kira macam camping sangat pun. Memang lecturer dah cakap duduk tempat ala-ala asrama. Zaman-zaman senior sebelum kitorang ye lah duduk dalam khemah betul hah. Kitorang ni kira beruntung la jugak. Kot. *act sebab dah lama tak camping, last pun time sekolah. So aku fikir kalau dapat macam camping betul ni sedap jugak*.

Aku kemas barang apa semua, dah siap pun dah nak dekat Subuh. So memang aku fikir lastnya aku tidur dalam bas je lah. Kitorang pagi 9 June tu kena berkumpul pukul 7.30 kat V2 Cafe. Aku pun terkedek-kedeklah bergerak ke sana. 

TO-BE-CONTINUED....

No comments: