Tuesday, August 25, 2015

M.E.D.T.E.C.H

Amaran: This is going to be a very long post. Well, I know, nobody cares. Haha. 

Aku rasa aku tak pernah bercerita panjang lebar tentang MEDTECH kat dalam blog ni. Tapi dalam post ni, aku nak cerita. Tak lah semuanya tapi sebahagian besarnya. Kalau aku cukup rajin. Haha. Aku masuk kelab ni waktu February 2012. Direkrut oleh Arai. (That we later found out yang kitorang satu-satunya batch yang direkrut atas talian bukannya interview. Dalam erti kata lain, recruitment haram. Hahaha.). Aku jatuh minat dengan MEDTECH waktu MAS and of course during Media Briefing. Waktu tu yang jadi presenter Acap dengan Afnan.

Aku start aktif dalam MEDTECH tak lama lepas rekrut. Kot. Tapi time tu takde la tunjuk perangai tak semegah main redah ke apa. Innocent gitu. Tak caya tanya senior-senior time tu. Lol. Aku start dengan join KakiPhoto, Design Class lepas tu buat coverage MTB Jamboree. That was the first event coverage I've ever done. Sports lak tu. Tapi best, pengalaman baru. Time tu aku ikut Kak Nina. Kak Nina sangat baik, sangat penyabar nak ajar. Aku ni bebal sikit ye harap maklum.

Hye Icha, ingat tak masa ni? Cerita bangun pagi buta lepas tu kena naik kereta dengan Amir ngan Celat.

Lepas daripada tu, aku join MAS May 2012. Time tu, malu-malu lagi. Sebab time tu yang paling muda aku, Mia and Syakirah. Aku bukan nak perasan like seriously, tapi sebab kitorang je yang baru, perhatian tu lebih la sikit. Bila perhatian tu lebih, maka banyaklah lagi komen pedas. Time tu aku buat video You Raise Me Up. Aku ingat lagi komen Azrul sampai sekarang "Tak best lah. Buat balik." Nasib baiklah aku ni bangsa tak cepat terasa tapi yang tu menusuk dia sampai ke lubuk hati paling dalam. Peh peh peh. Gitu. Tapi time tu Faiz dengan Raimi ada nearby, dorang acah-acah cool down kan sikit lah. Haha.

My very first IMF shooting.

Hye Mia! Ingat tak ni? This is soooo old already.

Azrul, one of the senior paling aku respect.

Zharif-Usop-Yus. Usop, aku rindu kau, takde ko kitorang takde abang yang nak layan kitorang dah :'( Yus, all the best internship!

Kemudian, aku kena jadi secretary untuk MEDTECH Appreciation Night 2012. Aku buat je keje aku. Time tu Ipin Project Manager. Ya Allah, bekerja dengan mamat tu, kesabaran kena setinggi gunung. Kalau tak memang sama ada ko rasa nak quit ataupun ko rasa nak bagi flying kick sedas kat dia. Alhamdulillah, past through that dengan bantuan committee lain and HICOM time tu. And boleh kata event tu berjaya lah jugak. Kot.
My very first App Night. MEDTECH App Night 2012.
The organizing committee.
 Lepas je daripada App Night tu ada AGM. Aku lepak-lepak je lah sebab aku muda lagi mana lah tau mende pape. Baru Foundation 2nd Sem. Sekali ada dapat message, tawaran untuk bertanding jawatan SU 2. I was like, what on earth...... Aku takde apa-apa basic in management. Leadership pun time sekolah ada lah sikit. But it was nothing like this. MEDTECH is an establish club in UTP. Amanah sangat berat, I tell ya. Fikir punya fikir, tanya Kak Aishah itu ini, aku buat decision, okay aku try. Dalam otak aku, takkan adanya yang nak undi aku. Aku baru je lagi dalam MEDTECH ni. Oh boy, I was never so wrong. Haha. Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang undi aku.

HICOM 2012/2013. Tapi tak lengkap. Aku tak jumpa gambar time AGM hahaha.
Masa aku jadi SU 2 lah aku tahu segala inside and out pasal MEDTECH. Rentak MEDTECH macam mana. Apa masalah, apa progress. Dah namanya SU. Kalau tak tahu memang mintak penampar. Aku kerja bawah banyak bos. (Faris, Lobot, Ipin, Azril) dan aku sangat bersyukur sebab aku ada Kak Tirah sebagai partner SU aku. Kak Tirah banyak tolong aku. Dengan bos-bos yang semua kaki buli tu pun aku banyak belajar. Daripada zero sampailah documentation jadi mainan aku. Bukan pasal documentation je, yang penting pasal jadi HICOM ni is ko ada orang-orang bawah yang ko kena jaga. Ko kena plan macam mana nak develop. Macam-macam. Pening kepala weyh buat semua benda ni. Tak tipu. Ada satu tahap yang aku rasa aku nak tinggal semua. Tapi tak boleh sebab aku dah sayang. Aku beruntung dan sangat bersyukur sebab rakan-rakan HICOM time aku dah faham perangai sorang-sorang. Agak-agak stress, tak boleh nak carry, mintak rehat. Nasib baik jugak ada Emzek. We used to have a lot of fruitful discussion session. Remember? Sorry dah tak buat benda tu dengan ko sekarang. Lepas je aku turun, aku jadi committee biasa. Jadi committee biasa ni syok. Keje boleh enjoy suka-suka. Hahaha. Takde stress jiwa raga apa semua.

Suasana dalam MEDTECH
Nak bercerita tentang suasana MEDTECH yang dah banyak berubah sikit. Aku ni boleh kata batch transition. Cara ajar keras pernah kena, lembut pun ada. Waktu aku mula-mula masuk dulu, cara dia tegas. Ko buat silap, mengaku, kena marah lepas tu belajar dari kesilapan. IMPROVE. Aku suka je cara ni sebab aku memang jenis keras hati batu sikit. Jadi cara ni berkesan kat aku. And aku pun boleh terima je cara ni. Sekarang ni lain dah. Cara marah-marah ni tak boleh nak aplikasi sangat. Adik-adik banyak manja hahaha. Generation gap disitu. Tapi itu satu perubahan yang kita kena live with lah. Start ubah sikit-skit cara nak menegur. Cara nak mengajar. Cara nak manage. Semua lain.

Kenapa aku sayang MEDTECH?
Ada banyak sebab. Tapi sebab paling utama is, dorang family aku kat UTP ni. Aku bukan jenis boleh rapat dengan semua orang. Sampai ke hari ni aku masih awkward dengan sesetengah budak kelas aku. Tapi dengan budak MEDTECH aku boleh jadi diri aku sendiri dan dorang terima je seadanya. Kan kan kan? Lepas tu, time MAS lah paling nampak family sangat hahahaha. Lepak kat bilik jubah edit video sampai Subuh. Kejut budak-budak ni bangun Subuh walaupun ya Tuhan liat sungguh sekor-sekor nak bangun. Sampai aku rasa nak simbah air. Boleh kenal perangai sorang-sorang sebab tak mampu lahai kalau nak cover setiap masa pun. Dah berapa lama ha bertapa kat bilik jubah tu. Keluar sama-sama, makan sama-sama, bersukan sama-sama. Kalau takde dorang, aku memang keje bertapa kat bilik je lah tak buat apa-apa. Banyak lagi moment-moment best dengan dorang ni sampai tak mampu lah aku nak list.












Apa je yang aku belajar dalam MEDTECH?
Banyak. Management, secretarial skill, PR, communication, videography, photography. You name it.


Ucapan untuk senior-senior.
Akak-akak, abam-abam yang banyakkkk sangat mengajar sampai tak terkira ha, terima kasih. Seriously, sangat rindu zaman kitorang ni adik-adik and ada orang yang nak tegur kitorang kalau buat salah, ajar itu ini. Sekarang kitorang pulak yang ada adik-adik.

Ni je yang tinggal paling senior daripada kitorang sekarang ni. Haha.

Pesanan kat adik-adik. 
Adik-adik yang disayangi sekalian. Jaga MEDTECH elok-elok. Sayang MEDTECH. Improve MEDTECH. Banyak lagi yang boleh diimprove daripada keadaan sekarang. Mana yang korang rasa tak elok korang nampak pada kitorang, jangan diambil. Yang elok, ambil lah. Mohon maaf kalau ada silap dan salah, buat korang terasa hati apa semua.
Adik-adik 95. Korang, lepas ni korang yang kena jaga adik-adik. Tengok-tengokkan dorang. Tolong dorang. Ajar dorang. Kitorang tahu korang boleh bawak MEDTECH. Yakin dengan diri korang, team korang. Pada masa yang sama, jangan lupa bonding dengan adik-adik kala korang jaga bonding dengan team korang. Sayang korang hoi!

Sebab aku dah janji dengan kau Noks, nah ni ucapan: Ko lah adik paling overly attached ngan kitorang. Lol. Ko jaga diri elok-elok. Jangan nak emosi selalu sangat. Adik-adik tengokkan. Ko mungkin adik kitorang, tapi ko abang pada yang adik-adik. Jangan selalu main left group.. eyhh. Hahaha. Oke gurau. Good luck in your studies. Macam mana susah pun you have God to turn to. You have us, your maks maks kalau ko nak mengadu pun.  Jaga diri. Jaga study. Jaga MEDTECH oke.
Adik-adik 96. Hye korang! Korang ni sungguhlah banyak jenis perangai. Tapi korang banyak potential. Kembangkan potential korang tu. Belajar banyak-banyak. Dah boleh dah korang venture masuk management lak sikit-sikit. Korang ni serius adik-adik paling comel yang aku pernah jumpa. Hahahaha. Lepas ni korang pulak akan ada adik-adik, aku harap you guys know what you guys should do by then. Jaga team korang oke. Jangan ada yang main lari-lari.
 And lastly, Dear Jojos...

Kita dah banyak hadap pelbagai benda sama-sama. Serius aku bersyukur aku ada korang. Terima kasih untuk segala benda. Aku harap kita semua berjaya. Yang nak intern, happy internship. Yang nak balik dari intern, selamat menempuh final year. Yang final year sorang tu, all the best untuk masa kat UTP yang berbaki.


I LOVE YOU GUYS!!!!
Gaya aku post macam dah nak grad, padahal baru nak pergi intern. Tapi lama gila tu nak tinggal korang. Mesti hakak rindu korang nanti T_T. Jaga diri elok-elok oke. Jaga study elok-elok. Jaga MEDTECH elok-elok. :D


        

lagu ni untuk korang. :D