Saturday, December 31, 2016

A Farewell Note

I planned to post this on facebook but it gots too long that I decided to put this post up on blog instead. 

This is going to be one hell of a karangan. But who cares, once in a while kot. It's not everyday that you're graduating haha (even it's unofficial) 

Going to UTP is something I didn't even plan. Waktu isi permohonan dulu memang dengan niat nak dapat pengalaman interview sebab tahu nak masuk UTP ada interview apa semua. Then, tiba-tiba dapat. Hahaha. Dah la daftar like after 2 or 3 weeks tah lepas SPM. Lol. Orang lain tengah seronok bersuka ria aku dah kena pegi register masuk u. Waktu check dapat ke tak tu, and tengok-tengok dapat tu, macam-macam berlegar kat minda aku. Oke ke tak geoscience ni. Duit yuran dah la mahal nokharom. Lepas tu aku pulak target nak masuk UPNM or asasi UM. Long story short, lastnya aku pegi gak. Sebenarnya waktu daftar UTP tu aku masih lagi dengan minda budak sekolah. Aku skema gila waktu MAS aku rasa. Even after MAS tu aku ingat lagi aku turun surau kat v2 tu nak solat. Rupanya tak payah pun, bukannya asrama wajib turun jemaah ke apa. 

 Foundie, aku dah rasa susah. 4 bulan cramp benda yang kat sekolah ko mungkin belajar dalam 3 tahun? and repeat that for the freaking sem. Hectic nak mampus. Bukan nak berbangga, but I'm dubbed as one of the 'pandai' one la time sekolah sebab tido-tido pun skor (takdelah skor mana pun padahal), tapi masuk u, that mentality tak boleh bawak bro. Macam mana genius pun, you have to put certain amt of effort. And sebab aku bawak mentality sekolah la aku punya prestasi kat u macam errrr... and when I realize, it's late already.. T_T Then aku pulak join MEDTECH lagi, busy dengan event apa semua (oh my life as a secretary). Budak foundie lain busy berseronok, aku dok bergelumang dengan documentation dengan MOM. Cerita pasal MEDTECH ni sampai bila tak habis. Haha. Aku ingat lagi dilema aku nak masuk UPNM wak tu 2nd sem founide hahahah. (Mak, orang oke je ni bukan bersedih tak dapat masuk oke). In the end, I choose to stay in UTP and though sometimes, I look back and ponder pasal ni, in the end, manusia merancang but Allah know best. 

Bagi aku masuk cerita pasal geoscience dan batu rangers. I always got this question when people ask me aku amek course apa 'Geoscience? Belajar apa ek?'. My answer will be this 'We study rocks'. Memang betul pun. Aku mula-mula serious cakap aku tak minat sangat pun course ni. Cumanya, bila dah makin lama, ko rasa makin fascinating. Bila ko tengok batu, macam-macam run dalam otak. Aku paling suka PG ni satu je. I can be myself. I'm no ayu person. I wear jeans and tee on daily basis (with my tudung bawal hitam/blue black, of course). And aku rasa fit dengan nature aku. And don't forget all those fieldtrip aka free vacation around Semenanjung. Hahaha. East Coast fieldtrip paling seronok berjalan. Satu yang tak best is bila cakap pasal peluang kerja sebab ONG sekarang tengah teruk. But nevermind, aku tak kisah sangat sebab aku nak target masuk ONG pun macam tenggelam timbul je possibility sebab pointer cukup makan hahahha. 

 The first tribute will be for my Abah and Mak, ucapan terima kasih takkan pernah cukup untuk balas segala yang mak dengan abah sacrifice untuk besarkan orang dengan adik beradik lain. Abah Mak tak pernah lokek bab-bab duit untuk belajar. Orang mintak maap orang punya result kat UTP tak macam mak abah harapkan. Orang mintak maap jugak, orang rasa kat u ni orang tak cukup kuat usaha belajar. And to Mak, stop feeling gulity for the fact that I didn't go to UPNM. It just happen and whatever it is, Allah dah kata memang orang kat sini. And I don't mind kalau Ayip nak masuk sana pun. In fact, I'll be happy sebab at least walaupun orang tak masuk sana, ada adik orang yang masuk sana.

During the five years in UTP, terlalu banyak kenangan untuk dikira dan terlalu banyak manusia yang aku jatuh sayang (that sound so geliiii.. takpe Keon, once in a while..) 

To Husna Anira , Amirah Izzati, Norhanisah Rahmat , Nurhanie Syakirah , Amira Syahida Mohd Shah daripada aku seorang manusia yang memang tak reti cakap pasal feeling jadi manusia yang bercerita bila dengan korang. (I use to channel that part of me thru writing haha. Sebab tu bila dah mula bercerita dengan korang aku dah jarang blogging). To the rest of Jojoboboyut, you guys have been a very big part of my life in UTP. Banyak sangat kenangan, banyak sangat cerita kita semua hadap sama-sama. To Fatin Azhar , Nana Farhana and Nurin Abz . Aku tak ingat macam mana kita end-up berempat (well add Noor Solehin and Hariz Asnawi into the equation for countless courseworks (aku seriously lost count berapa assignment buat dengan korang semua)). Tanpa korang, aku akan selamanya jadi lone ranger dalam batu rangers. Haha. Thank you guys for everything! Walaupun aku dipaksa pakai baju wanita dan bermekap oleh anda, aku redhakan :P . Thanks for bearing with me Fatin, Nana and Nurin! Sorry aku selalu clueless bab-bab cerita korang. Haha. Kalau aku pegi KL aku roger korang eyh Nana, Nurin! And sebab Bun dengan Hariz selalu bahan aku pasal askar lately (ni semua salah Fatin), salute! Tanpa korang, entah macam mana aku nak survive degree ni woi!

To the rest of Batu Rangers, sorry I am one of those insignificant classmates yang nampak muka time kelas je (itupun kalau pergi hahahahahhahah) and lepas tu terus lesap balik bilik. Sorry jarang gila spend time dengan korang kecuali time fieldtrip je. And semoga kelas kita semua perform dapat kerja mantopp mantopp semuanya. 

 To the beloved seniors of MEDTECH, seperti mana aku thanks korang time korang punya convo, nak thanks gak kat sini sebab you guys are the one who were (and still are) always there to guide us, the juniors during our early days in MEDTECH. I will forever treasure all the memories and knowledge you guys shared with us. Kak Tirah, Kak Shahirah, Kak Nina, Kak Farahin, Fariz, Lobot, Ipin, Azrul, Pau, Arai, Celat, Nanan, Am, Kak Yana, Faiz, Mahsyar, Ajun, Mamu, Nizam, Raihan, Paan and tak terlist weyh semua tapi insyaAllah aku ingat selagi mana Allah bagi pinjam memori. Segala ilmu yang anda semua share, thank you. And Abang Khaibad toooo! (Me and Husna is missing your motivational talk a lott) To the juniors, thank you for everything and jaga MEDTECH elok2. To our beloved dongsaeng (u know who you are), jaga diri elok2. Jaga korang punya study, jaga MEDTECH.