Pages

Friday, November 7, 2014

Failed Miserably

Assalamualaikum!

You see, last month, I bravely taken up Cabaran 30 Hari and boy, did I made it? Sheeshhh. I failed, miserably. Why is it doesn't sound so shocking? Meyhh. Me and commitment never made a good pair. We're the biggest enemy instead. Haha. I'm not going to give any reason here because no matter how good does it sound, it will still sound like an excuse. And I don't like giving excuses. Ngeh. 

What's new in my life today? Not much really. Still with makan, tidur, movies repeat kinda routine. And you know what? My Delboo meragam. Ish. Dia tak nak connect dengan wifi, y'know. I'm soooo pissed off but what to do. Fortunately, we have this Acer merah lappy at home. What should I call it anyway? Bosan betul takde nama panggil laptop je. Ceyh. 

Oh yeah, I think I'm going to add something to my routine. Some drill, hehe. Too keep fit. Now I'm just so unfit. Gila kau berlari tak sampai 5 minit dah semput, apa cerita bro?

Ha! Lupaaaa! Aku beli 10 buah novel baru masa Ahad lepas. I'm sooo happy. Berhabis RM 200 jugak lah on novel. Eh he. Aku beli dekat Kedai Buku 1 Malaysia. Seriously, kalau nak beli novel mohon ke sana. Potongan harga dia dalam RM 2-4 jugaklah. Pada pembaca novel kira hardcore macam aku, kira berbaloi-baloi la tu. Tapi novel Melayu je lah yang aku usha. Aku tak reti baca novel omputeh meyh.. Now, my Hlovate collection, ada 3 je lagi buah nak lengkapkan. 

Ah sudahlah tu sampai sini nak merapu pun. Nanti bila Delboo dah tak mogok dengan wifi, I'll update more frequently, okey? And maybe complete that darn challenge tu. Drop it, Keon. Yang tu, kalau tiba-tiba angin monsun rajin gua datang baru gua sentuh balik. 

Till then, bye-bye!

Friday, October 24, 2014

Thursday, October 23, 2014

[Cabaran 30 Hari] #23 Things That I Miss

I miss being the old me. Old me means aku zaman sekolah dulu. Because that 'me' is way better than who I am right now.

Sepatutnya, manusia ni makin lama dia jadi makin baik, tapi aku lain pulak jadinya. Aku rindu tarbiah zaman sekolah. Tapi aku yang sekarang usahanya tak jugak ke arah tu. Sebab aku sendiri tahu, kita mana boleh tunggu je benda datang pada kita, kita kena usaha jugak ke arah tu. Bukan aku tak nak, malah aku rindu semua tu. Tapi aku sendiri tak tahu apa benda yang hold aku. Bila aku tengok sahabat-sahabat sekolah aku yang makin lama makin sejuk mata memandang, makin solehah makin baik, you don't have any idea how sayu I feel. Aku rasa macam tertinggal. Aku rasa macam rendah diri dengan diorang. Kadang-kadang aku ada je rasa nak whatsapp diorang, nak bercerita, nak spill how I feel, tapi entahlah. Mungkin sebab aku ni memang jenis bukan bercerita dengan orang pasal benda-benda berkenaan feeling aku tiba-tiba macam tu. Aku sangat rindu bi'ah yang penuh ilmu macam tu. Aku tak rasa aku ada tu sekarang. Mungkin sebab tu dada aku rasa kosong tapi berat. Sarat dengan emosi yang entah apa-apa. Sebab tak ada pengisian. Aku sedar semua ni. Tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak cari will power nak ubah semua ni dan menuju ke arah yang baik.

Aku rindu jugak aku yang penuh impian dan passion dulu. Aku memang jenis yang passionate dengan impian aku. Aku bukan jenis yang impian pasang main-main je. Aku akan buat research tentang apa yang aku nak. Aku akan buat perancangan dan aku akan berusaha ke arah itu. Tapi lepas je apa yang aku rancang time sekolah menengah terkubur di tengah jalan, aku jadi manusia yang lebih suka follow the  flow. To be honest, aku tak suka macam tu. Sebab aku perlu goal supaya aku lebih rasa driven. Aku memang jenis yang kena ada goal. Sebab tu lah aku rasa aku jadi clueless dengan apa yang aku nak sekarang. Bila dah meningkat dewasa ni, banyak benda yang nak kena fikir before aku set goal. Jadi aku macam fed-up sikit. Nevertheless, aku berjaya sort that thing out benda tu not long time ago. Sekarang aku ada goal. Cumanya, kali ni banyak onak duri sikit lah. Haha. Tapi aku fikir satu je. Dalam hidup ni, memang lah penuh cabaran. You cannot expect the world to be indah je sentiasa.

I know, I shouldn't write something like this publicly, but hey, ada pulak lah yang baca blog ni kan? That's why dekat sini aku lebih terbuka. Dan aku memang lebih senang bercerita dengan menulis macam ni daripada nak bercakap ke apa.

Hari Jubah UTP

Tahun ni, ramai di antara senior Medtech aku convo. Perasaan tu bercampur baur lah. Happy sebab tengok diorang happy dah berjaya. Sedih jugak sebab lepas ni konfem payah nak jumpa diorang. Makanya, Convocation UTP memang satu event yang aku tak boleh nak miss walaupun tengah cuti sem sekarang ni. So, aku pun turun lah on 18th Oct sebab Convo is on the next day.

Malam 18th Oct tu of course la pergi keluar makan sama-sama dengan Medtechians. Mula-mula plan nak lepak dekat ConvoFest je tapi sebab Raimi mengada-ngada haha gerak makan kat Medan S.I. tu. Oleh kerana memang nak jumpa Raimi pun sebab dah lama tak jumpa senior sorang tu sebab dia tak rajin macam Amir datang melawat adik-adik kat UTP haha. Sebelum gerak pergi makan, pergi beli wrapper bunga dulu untuk bunga yang telah dibeli di Tanah Tinggi Cameron. Bhaha.

Sampai Medan, tengok abam-abam akak-akak dah makan. Kitorang order lepas tu menyembang.

Meja 1

Meja 2

Meja 3

Fast forward. Dinner habis. Lepas balik dari dinner, aku gerak ConvoFest sebab nak beli kura-kura lampu. Haha. Gigih gila boleh tak. Dah lepak kejap dekat ConvoFest, sesi mapley pulak kat Farouk. Oleh kerana tak sempat nak gosip lama dengan Faris time dinner, haruslah menyambung gosip dengan bos ku itu dekat mapley. Boleh tahan lama mapley sampai dorang dah masuk topik yang aku tak boleh nak brain lalu terus mengantuk. Balik UTP, sesi menggubah bunga pula dilaksanakan.

Pada Hari Jubah
Malam sebelum tu, Raimi dah rekrut aku jadi PA dia aka flower girl tak bertauliah dengan Ipin. So dah set nak turun pukul 7.15 a.m.. Walaupun tak cukup tido, nasib la bangun jugak. Bangun-bangun, siap-siap, aku ingat aku dah lambat dah. Sekali aku turun, ceyt, Raimi baru nak turun, Ipin baru bangun. Geraklah dulu dengan Raimi pergi tengok the grads beratur sebab nak pergi jumpa sorang-sorang Medtechian yang grad. Sampai dekat blok 19, jumpa Amir. First jumpa Kak Iman, Kak Dayah, Kak Anis, Kak Aishah and Kak Iqah. Lepas tu gerak from course to course. Tak ingat dah urutan sebab ramai kot yang convo. Lebih 10. Semput mak nak mengingatinya.


Kak Aishah-Raimi-Kak Anis-Kak Iman

Aku-Kak Aishah-Amir-Raimi-Kak Anis-Kak Iman-Kak Iqah

Arif-Kak Aishah-Kak Anis

Kak Dayah (ex-housemate)-Kak Chaol

Aku-Kak Chaol-Amir-Raimi-Ipin

Kak Diera (ex-housemate)-Kak Nina

Amir-Raimi-Herman-Ipin

Lobot

Dah dorang masuk Chancellor Hall tu, kitorang dah kebuluran macam apa je. Jadinya pergi makan dulu dekat RTM. Ikut Raimi, Amir dengan Ipin dah macam Amazing Race ko paham tak? Aku dah la lapar tak makan. Dorang pulak jalan macam tak reti bahasa penat je.

Dah habis sarapan gerak balik bilik dulu. Aku, Husna, Micha dengan Ida gerak pergi beli barang kejap. Sampai tengah hari jugak la lastnya. Balik UTP, wrap hadiah, lepas tu kelam-kabut aku nak gerak CH. Sampai je CH, tengok Raimi tengah beli bunga dengan Kak Shahirah and Amir. Lepas tu, aku, Husna, Kak Shahirah, Amir and Raimi bergeraklah ke hulu ke hilir cari the grads nak bagi bunga.

Usop-Ajun

Kak Chaol

Kak Shahirah-Husna-Aku-Usop-Kak Anis-Kak Aishah-Raimi-Amir-Olel-Wafiy-Satria

Amir-Raimi-Kak Anis-Kak Iman-Kak Aishah-Aku-Husna-Micha

Micha-Husna-Aku-Kak Aishah-Azrul-Lobot-Kak Anis-Raimi-Amir-Pisyek

Husna-Kak Shahirah-Aku-Kak Salwa-Kak Iman-Raimi-Amir-Satria-Olel-Wafiy

Tun M nak balik dah.

Lastnya berjaya jugak mencari semua orang walaupun onak berliku kemain tau. Berpeluh-peluh aku. Dah macam mandi peluh katekoo. Dah la aku pakai thin knit sweater warna hitam. Boleh tahan bangang sebenarnya pilihan baju aku. Lol.

Dah setel bagi hadiah tu, kitorang lepak tunggu convo sesi petang sebab nak greet Acap, Kak Nadiah and Ayin. Sesi petang tak ramai pun.

Acap #teamfanclubacap

Kak Nadiah

Dah dorang masuk dalam CH, kitorang blah cari makanan. Lepas makan, Raimi, Kak Salwa and Pisyek berangkat pulang. Tinggallah aku, Husna, Amir dan Micha meneruskan misi bagi hadiah untuk sesi petang. Dah habis makan, Amir belanja Tutti Frutti. Ngehhh. :D Tengah kitorang nak membeli kat Tutti Frutti tu, Micha kol kata dorang dah nak keluar. Tak ke sikit punya gelabah kitorang dibuatnya? Jadinya, kitorang beli laju-laju lepas tu gerak balik UTP. Sekali sampai UTP tak habis pun lagi. Bhahaha. Sesi petang tak semencabar sesi pagi. Kitorang jumpa Ayin and Acap dalam CH je. Lepas tu macam biasa la amek gambar apa semua.

Gambar dalam CH takde sape pulak upload jadinya tak dapat mencilok. Haha. Btw, gambar semua ni diambil dari Yusuf Iskandar Wahyu Salam aka Usop dan Kak Anis. :)

Tahun depan tak tahu siapa yang nak buat macam ni ie cari sorang-sorang. Walaupun macam benda remeh je, tapi bak kata Raimi and Amir, nanti ko dah Convo ko tahu lah. Bila fikir balik, ye jugak. Baru rasa dorang dihargai. Gittew. Aku rasa macam kena turun sebab ramai insan-insan yang banyak ajar aku convo tahun depan. Rasa macam tak best lak kalau tak pergi.

Kepada akak-akak abam-abam yang dah grad sekalian, 
Thank you for all the ilmu that you guys have shared with us juniors. Kami akan rindu kalian. Datanglah jenguk kami di UTP tau! Mohon open table sekali. Ngeh. Serius sayang kat korang! Kehadiran kalian dalam hidup ini membawa seribu makna ecewah. All the best for your future undertaking. Moga Allah permudahkan segala urusan korang. Semoga rajin berusaha! Semoga berjaya dalam apa jua yang korang akan buat lepas ni. Jangan mudah putus asa. Doakan kitorang adik-adik ni berjaya jugak tau! And jangan lupa datang Convo kitorang nanti oke! Haha. Hat ni gurau, sebab bak kata Ajun "Kitorang dah ada life memasing dah time korang convo". Kenanglah kami adik-adik yang comel ini dalam doa kalian! 

Yang benar, 
Keon @ Nisa @ Runi :D

Monday, October 13, 2014

[Cabaran 30 Hari] #13 Hobby?

Assalamualaikum! Holaaa! Lama tak nampak kat sini, ehh? Hampeh sungguh diri ini. Cabaran 30 Hari sudah diabaikan selama 10 hari. Ko nampak tak masalah aku nak kekal konsisten. Kacau sikit je momentum hancur terus. Anyway, aku skip dulu 10 hari. Tajuk hari ke-13 adalah Hobby? Yang sebelum-sebelum ni nanti aku cover balik kemudian oke? Hehe. 

To be honest, aku bukan jenis manusia yang ada constant hobby except sleeping and eating, tak pernah berubah. Hobi aku basically berubah ikut masa dan mood. Ko ingat tak zaman kanak-kanak dimana bila cikgu tanya apakah hobi anda dan dalam fikiran anda berfikir, patutkah aku menjawab hobi saya adalah mengumpul setem, cikgu. I can never understand why collecting setem is so popular as a hobby back then. So bosan la aiyoo.

Hobi aku yang paling tetap setakat ni adalah baca novel. I read all kind of novel la boleh cakap. Tapi aku tak baca novel inggeris.. Sebab, entah, I just couldn't bring myself to read English novel. Mungkin sebab tu bukan first language aku. Walaupun novel Melayu banyak klise cerita cinta kawin paksa bagai, aku rela. Lagipun, now we have publishers like Lejen Press and Buku Fixi yang keluarkan novel-novel yang langsung tak klise, so yeah, I'm in good hand.

Aku suka jugak menulis. Saja-saja je lah tapi. Pernah try buat zine. Manage to complete one with my friends. Pernah berniat nak go big tulis novel tapi itu dah berkubur sebab aku realize yang I don't really have the talent to write. So lebih baik aku support dengan baca buku yang orang lain tulis. I still write during my free time though. Just for fun and spilling my feelings into words. :)

Dulu, waktu zaman kanak-kanak aku, playing outside was my utmost hobby. Tak kisah la main apapun, tapi aku memang suka main. Sweat is like my bestfriend back then. Now, bye-bye the old me, hi to the lazy bump me. Ceyh.

Aku rasa hobi aku yang masih tak bertukar sampai sekarang is tengok TV la kot. I have this relationship with TV, you know. I love em. Aku tak kisah pun tengok rancangan apa. Aku bedal je. Asal rasa boleh masuk dan no nonsense, I'm all good. Hehe. Bezanya sekarang frequency aku tengok TV dan kurang and aku lebih attach pada Delboo, my beloved laptop. Dengan adanya Internet, Delboo has become my TV now. Movies, drama series, TV shows.. you name it!

Selain tu, aku jugak suka berangan dan berkarok. Fuyooo nothing beats karok. Karok adalah masa yang ko nak rasa konfiden je suara ko sedap padahal sikit lagi nak sama macam katak.

Writing this post, I actually hope that I will someday write this post differently. Macam, my hobby? Ohh, it's jogging, exercising, reading, studying, TRAVELLING. Things that will benefit me la basically. Sekarang ni benefit jugak la, tapi I want it to be better than that. Let's pray that things will get better than now, aye?

Sunday, October 5, 2014

[Cabaran 30 Hari] #5 My Favorite Personality

Malas nak bermukaddimah. 

Dato' Siti Nurhaliza

Pada aku, sebagai seorang personaliti ada tiga benda vital. Satu, bakat. Dua, attitude dan tiga, usaha. Dan pada aku, Siti ada tiga-tiga ni. Aku memang suka dia daripada kecik so aku memang ikut la perkembangan walaupun bukan secara closely I've got sleeping and TV watching to do remember? 

Seriously, what's not to love about Siti? Humble, sopan, strong will power and most importantly, that voice of her's. Sedap la weyh! Aku paling suka bila Siti bawak lagu irama tradisional sebab aku rasa suara dia sesuai dengan lagu macam tu. Bukan semua orang punya suara yang sesuai bawak lagu macam tu okay! 

Dan, walaupun dia bukan any uni grads, tapi dia berjaya bangunkan apa yang dia ada sekarang. So aku kagum. Instead of bergantung solely pada nyanyian, I'm glad that she's into business. Dan paling aku suka is that, dia tak terlibat dengan skandal-skandal liar. Gosip tu biasalah. For me, she's one of the 'cleanest' artist in Malaysia. 





Vivy Yusof 

Sebenarnya, aku ada satu stigma pada anak orang kaya yang dorang ni tak buat apa-apa lepas tu dapat warisi harta mak ayah dorang. Lepas tu manja. But hey, after reading her blog Proudduck, aku termalu sendiri. Sebab ternyata, aku stereotyping orang berdasarkan apa yang aku tengok dalam TV, baca dalam novel. Wadehek! Aku kagum bila baca mana mana dia start FashionValet daripada kosong, sifir, ling, ZERO! sampai macam mana FV berkembang sekarang. Walaupun aku tak pernah shop kat situ, I occasionally window-online-shopping saja-saja. 

She's witty, humble and sweet. Dan aku paling perasan yang dia sangat care dengan orang di sekeliling dia. Her style? Effortless sangat weyh. Dia boleh pull off even the simplest cloth and it turn out so beautiful. Apatah lagi yang tak simple. 

Ada satu lagi yang aku respect pasal Vivy Yusof ni. Bila baca, her blog post yang pasal self-improvement, aku selalu rasa inspired. Macam mana dia seorang yang berjaya pun tak pernah jemu nak improve, aku yang sikit punya loser ni dare nak duduk dia gini? Ceyh. 





Actually ada lagi personaliti-personaliti yang aku suka. Tapi, hehe, malas malas malas nak menaip dah. 


Saturday, October 4, 2014

[Cabaran 30 Hari] #4 My Favorite TV Shows

For this post, my favorite TV shows. Sebenarnya taste aku on TV shows ni quite simple. Normally, aku suka medic and action/investigation/kepolisian macam tu.


For medic drama series, dah jarang sikit aku tengok for some reasons. Tapi zaman aku layan dulu aku suka tengok Grey's Anatomy, Private Practice, House and A Gifted Man. Medic series ni, pada aku main highlight dia adalah ilmu perubatan yang kau boleh dapat sedikit sebanyak daripada tengok series tu. I don't know about anybody else, but my curiosity sometimes is just too much for me to even handle it. Bila ada medical term yang digunakan, I will end up google-ing for it. Tapi masalah dia, bila baca, tak paham. LOL. Maybe it is just not my thang, you know. Just like if a doctor google about batu or whatnot, he/she'll probably react just like me. "What on Earth is this..that.." Totally clueless but at least, baca la dapat pengetahuan sikit-sikit. Back to the series I mention, of all that, yang paling aku suka is A Gifted Man la kot. Sebab, series tu pendek, ada one season je. Series with too much season require a lots of commitment to even follow the series, I can't even.. Ish.. You see, I'm busy of sleeping. :P Oh ya, Emergency Couple pun best jugak. Cumanya, banyak sangat pasal cinta la when I actually want to see more of medic thingy. Aku nak tengok Doctors Stranger pulak lepas ni. Syakirah kata best.





Kalau siri kepolisian/action/investigation pulak.. Aiyoo. A lot to mention. Hawaii Five-O (Steve is freaking hot, Danno is super anxious and funny), CSI (paling suka yang Las Vegas punya), NCIS, Criminal Minds, Sherlock, Blue Bloods, Brooklyn-99 (this one is hilarious I tell ya!)  and Gerak Khas ehhhhhh to start with. Waktu aku kecik-kecik dulu, sampai to the extend that I actually dreamed of being a secret agent kot. You know, with that all black suit, holding gun and stuff so bengong la I know. And you have no idea how much do I wonder of what does a gunshot feels like till now extra bengong ya I know. Cerita yang konsep macam ni yang best dia is the plot. Macam mana plot dia boleh sangat-sangat neat. Aku sangat wonder macam mana dorang boleh come up with that kind of story. Kadang-kadang yang sangat tak tercapai dek akal la weyh. Saiko betul. 


Ada satu lagi yang aku suka, The Voice. Oh my God! Seriously, what is more hilarious than the coach fighting over the contestant? Adam Levine is such a jerk, that competitive guy. Haha. Tapi bila masuk part yang dorang tak yah gaduh-gaduh dah kurang sikit menarik dia. Lol. 



Ehemm. Tolonglah any producer buat cerita pasal geologist! There's none of it as I google for it for many times already!!! 

Friday, October 3, 2014

[Cabaran 30 Hari] #3 My Favorite Athlete

Aku memang minat tengok sports. So haruslah ada atlet favorite ye dak? Sukan yang aku suka tengok antaranya diving, hoki, badminton gimnastik and ada lah few yang lain. So here is few athlete yang aku suka.

Bryan Nickson Lomas -- Diving
Walaupun Bryan dah bersara dah pun dari sukan diving ni, aku masih favor dia berbanding divers Malaysia yang lain. Selain Pandelela, aku rasa dia lah divers yang berjaya. Aku still ingat waktu Olympic Athens 2004, he's still 14 back then tapi dia hampir-hampir jadi finalis. Acara favorite dia 10m platform and aku paling suka bila dia buat armstand. Super awesome! Aku terkejut gila waktu mula-mula tahu dia dah retire dulu. But he retire to focus on his study, so understood sebenarnya. Banyak lagi atlet yang buat keputusan nak retire for that reason. Ye lah, secara realitinya, semua orang tahu yang atlet ni career span dia tak lama. Lagi-lagi diving.. 25 macam tu dah kira tua. Bryan tahun ni dah 24 tahun dah. Sekarang ni, he's into coaching pulak. Untuk negeri Selangor kalau tak silap.

Gambar bukan milik aku. Tuan punya nya tu hah seperti tertara kat watermark kat gambar tu.

Datuk Nicol Ann David -- Squash
Rasanya wanita besi berusia 31 tahun yang berasal dari Pulau Pinang ni tak perlu diperkenalkan lagi kot. World No 1 ni kalau tak kenal memang mintak sepak. She's the Malaysian sweetheart,come on lah. Achievement tak payah cerita, bersusun-susun. She's consistent. Called the smiling assassin, she's so quick in the court. Seriously kalau Olympic ada squash mesti Malaysia dah ada pingat emas. Haha. Sebenarnya, beliau ni tak based in Malaysia pun tapi kat Amsterdam. Kalau ko baca http://www.nytimes.com/2014/09/19/sports/nicol-david-seeks-5th-asian-games-gold-medal.html?_r= ko paham la kenapa. So far, aku tak pernah dengar pulak lagi ura-ura nak retire ke apa. Cuma realitinya, kalau dah masuk 30 tu, dah menuju ke hujung-hujung karier dah la. Lagi-lagi sukan fast paced macam ni. Harapnya, by the time she retire, Malaysia dah produce more 'Nicol Ann David'. Hat ni website yang Nicol founded http://squashstars.com/


Gambar bukan milik aku.


Josiah Ng -- Cycling Track
Yang ni tak payah cerita la kenapa aku minat dia kat sini. Mohon tengok ini http://cobaltchloride.blogspot.com/2014/09/congratulations-josiah.html dan ini http://cobaltchloride.blogspot.com/2014/09/cheer-up-josiah.html . Latest aku baca kat fb dia bila orang tanya whether after this dia akan continue ke macam mana, he said that thing kena re-evaluate dengan coach whether he's still relevant untuk membawa cabaran Malaysia ke Olympic Rio de Janeiro 2016. Personally, aku nak sangat dia still go for that Olympic before he settles for good from this sport. Tapi apa nak dibuek, kita tunggu je lah apa keputusan lastnya. Kalau nak ikut perkembangan dia boleh usha https://www.facebook.com/josiahcyclist . 



Josiah and his wife, Kim Ong

Swag sangat. Haha.

Gambar dari Facebook Josiah Ng 


Malaysian Speedy Tigers -- Hoki
Sebab banyak sangat atlet hoki yang aku minat, aku bantai satu team terus. Pada aku, berbanding bola sepak, hoki lebih promising. Melihatkan persembahan di Sukan Asia Incheon 2014, aku boleh kata team play dah makin bagus. Seriously dah lebih baik. Kalau before ni adalah few time yang bila aku tengok aku rasa nak baling kasut dekat TV, sekarang dah oke lah sikit. Hantaran pun kemas. Jarang la jugak kena pintas dek team lawan. Kalau tengok, skuad hoki ni seimbang, ada junior yang berbakat macam Faiz Helmi Jalo, Shahril Saabah, Firhan Ashaari, Fitri Saari. Ada senior yang cukup berpengalaman macam Azlan Misron, Razie Rahim, Jidin, Super Awesome S. Kumar  dll. Oke ni tibah sangat, tapi aku rindu kehadiran mendiang Chua Boon Huat atas padang dengan team Msia. That dude, was awesome! Walaupun sekadar menamatkan saingan Asian Games di tangga keempat, aku harap lepas ni takde lah dok tukar-tukar jurulatih lagi ke apa supaya skuad ni lebih mantap and hopefully, dapatlah melayakkan diri ke Olympic 2016 nanti. Go Speedy Tigers!!!



Gambar dari Utusan


Ada lagi few athlete yang aku suka tapi aku dah malas beno ni ha nak menaip. Sampai di sini sahaja. Peace yo!

 

Thursday, October 2, 2014

[Cabaran 30 Hari] #2 What Am I Doing Now?

Exactly nothing. I'm on my 4-months-break now and so far I've done nothing. If you count watching TV, surfing the internet, sleeping and eating as something I don't know lah pulak kan. So far, the plan to work seems errr quite far from my reach.

And the zine project progress, zero. Haven't start working on that. Reading geology books, belum lagi. Print pun belum, ceyt. Exercise? Dalam mimpi lah. Harom tak. Tengok Incheon Asian Games kemain semangat. Bhahaha. Face it, I'm a lazy bump.

Conclusion: I'm feeling so much like a loser right now, tbh. Let see if the conditions gets better in the remaining 3 and 1/2 month.

I wanna make this cuti a productive and refreshing one and looking at how's thing going right now, I feel like smacking my head on the wall. Waaaaaaa. But I still have time. Yeah, still got plenty of time. Come on, Khairunnisa.. Come on!

Wednesday, October 1, 2014

[Cabaran 30 Hari] #1 Brief Intro -- Khairunnisa Ar Alhan



Khairunnisa Binti Ar Alhan.
Sebaik-baik wanita maksudnya. But looking at the current condition, uhuk huk huk,  Way far from that. Called as 'Cha' by family (only family can call me that pur-lease), Keron by the awesome Krikikers (only!), Keon and Nisa adalah yang paling common. Runi as called by Azrul, Pau, Raimi and Usop. Aku ingat orang yang mana panggil aku by what name, so kadang-kadang bila orang tukar-tukar panggil aku konfius (aku yang konfius ko paham tak? haha).

I'm already 20 (gila kau aku dah masuk 20-an :O). But to be honest, I don't act like one. Still very immature inside. Not something that I'm proud of seriously. 

I was born, brought up, get my formal education, mostly in Perak and I'M PROUD!

Timeline formal education:
1- Tabika KEMAS Kg. Tersusun Bt. Karang, Kampar, Perak (2000)
2- SK Kapar, Klang, Selangor (2001-2002)
3- SK Methodist (ACS) Kampar, Perak (2003-2006)
4- SBPI Gopeng, Perak (2007-2011)
5- Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak (2012-Now)

Cannot lie though, it does feel like I live like katak bawah tempurung. Haha. 

Currently pursuing my degree in Petroleum Geoscience at Universiti Teknologi PETRONAS. So basically, I see batu like A LOT and I get fascinated by it. LOL. 

Enjoy reading novels, WATCHING sports (but I didn't no much sport, not anymore) and of course BLOGGING. Started blogging sebab asalnya ikut Kinah dengan Zul. Form 4 time tu. Awal-awal tu memang aku tulis post-post untuk mengabadikan kenangan dengan 4 Kindigaden yang super awesome. 

Bermimpi nak jadi pilot tapi macam jauh semacam dah aku nak kejar impian tu. Now, aku nak pursue dream aku satu lagi, jadi askar. Call me weird, but I love the feeling when you wear uniform. It just feel different. But of course, this one, only after I finish my degree. :)

So here it is. Brief intro about me. :)

Tuesday, September 30, 2014

Cabaran 30 Hari

Aku ada terbaca kat few blogs pasal Cabaran 30 Hari ni. Basically dia ada satu list of post yang kau kena update setiap hari. As a boost to write every single day, I would like to take up this 30 days challenge. Apa? Slowpoke? Kesahh pulak aku. :P Ehee. But here's the twist, I want to make up my own topics. So here is the topics that I will write on starting tomorrow, 1st October 2014.

#1 Brief Intro -- Khairunnisa Ar Alhan
#2 What Am I Doing Now?
#3 My Favorite Athlete
#4 My Favorite TV Shows
#5 My Favorite Personality
#6 Perception on Social Media
#7 A Confession
#8 Skincare that Suits Me
#9 Best Memory during School Days
#10 Used-to-be-my Ambitions
#11 Quotes that Gets Me Every Time
#12 Sports that I Love to Watch
#13 Hobby?
#14 Why Military?
#15 Books that I Love
#16 Mischief Managed!
#17 Type of People that Attract/Annoy Me
#18 Dreams that're Still Dreams
#19 Assets that I Would Like to Own.
#20 My Favorite Blogs
#21 The Awesome Childhood
#22 My Favorite Online Shopping Website
#23 Things that I Miss
#24 Describe Happiness :D
#25 Sumber Motivasi
#26 Rocks, My Love
#27 My Chrome Bookmark Manager
#28 Bila Habis Belajar?
#29 Perancangan Masa Depan
#30 Penghabisan -- Antara Mimpi dan Realiti


Let's hope that I'll manage to complete this challenge successfully will ya? Janganlah berkuburan tak bernisan tengah jalan pulak. Heh.

Thursday, September 25, 2014

Congratulations, Josiah!!!

So today is Men's Keirin event for Incheon 2014 Asian Games. As I mention in this post, I'm a fan of Josiah Ng teheee so of course today is an exciting day for me! So you can imagine how nervous I am to see what's happening during First Round Heat 3. Gila kau tak nervous. And can you imagine how excited I am to know that he can compete in Repechages Heat 1. Lepas tu menang pulak first place in that repechages. Tak ke meloncat kegembiraan haku dibuatnya. He then moved into finals after placed 2nd place in Second Round Heat 1 behind Japan's Watanabe.



Post by Josiah Ng.



Haa kau lepas tu time Final lagi macam beruk aku dibuatnya. Nervous kemain sampai jantung aku berdegup lebih laju daripada biasa. Over tak mak jah? Aku wonder apa taktik yang Josiah dengan Azizul akan guna. So after race tu habis, aku punyalah sedih kemain, sebab Josiah placed 4th kalau ikutkan. Sangat sedih oke. Lepas tu dapat tahu Azizul relegated sebab yang honestly aku pun tak paham (noob betul aku bab rules in cycling heh), Josiah dapat bronze for Malaysia. Yeay!



I feel sorry for Azizul, seriously. Tapi mungkin bukan rezeki dia kali ini. Jangan putus asa Azizul! There's more to come!

But I also can't help but feel so happyyyyy sebab Josiah naik podium! Am sooo proud and happy for you. You deserved this one. Esp seeing how you react to situations earlier today. May you have a great career ahead! Rio de Janeiro 2016 Olympics is next! And kau tengok sikit post fb dia yang last tu, punyalah friendly and appreciative. Mana aku tak makin minat? Haha.

Haaa alang-alang dah macam buat post ni untuk track cylist kan..

Ucapan tahniah Fatehah Mustapa atas pencapaian anda! Memang membanggakan! Women power weyh! Fatehah ni memang ada future yang cerah dalam track cycling. We sure do hope to see more success for you in the future Fatehah!

And to Edrus Yunos, for all that you have done for Malaysia, thank you! And may you have a great coaching career ahead! Semoga dapat melahirkan lebih ramai pelumba berbakat untuk Malaysia.

And hat ni untuk Ju Pha, we hope to see you bloom! So all the best!

And here's to Mr John Beasley, you see, Proton is not that bad, huh? Ehee. But on the other note, thank you. Sepanjang skuad Malaysia bawah dia lah, skuad berbasikal trek negara berkembang pesat ecewah..

Ha dah tamat dedikasi aku kat skuad berbasikal trek negara. Lepas ni kalau aku rajin aku buat post highlight Incheon 2014 (dari mata aku).

Tanyalah :P

Aku selalu baca ask.fm orang. Sebab... seronok.. Aku rasa yang kau boleh tahu sedikit sebanyak tentang personaliti orang tu dengan cara dia jawab soalan. So, aku juga occasionally tanya soalan. Ni namanya mengantoikan diri sendiri haku yang tanya soalan but hey, aku nak share jugak. Sebab aku suka jawapan dorang. And nope, I don't have ask.fm :P

***

pernah tak kau terfikir, lepas kau mati nanti kau akan diingati sebagai apa? ataupun, pemergian ditangisi atau disorak? ataupun, "will there ever be somebody who'll miss me"?

Pernah, and selalu. Tapi, ada org selalu ingatkan aku,"ape yg patut kita risaukan lepas mati, bukannya pangkat, harta, recognition, etc...tapi, amal ibadah kita. Cukup ke amal kita tu nak berjumpa Allah kat akhirat nanti?", wallahualam

Tak ke headshot berdas-das kat muka?

 ***

Yang ni bukan aku yang 'tanya'? haha. But the reply was tha bomb! Kalau kau kenal adik junior sekolah aku ni macam mana punya solehah, kau akan tahu kenapa aku sangat amazed dengan jawapan dia.

awk perempuan baik.sye doakan awak dapat jodoh yg baik juge ^-^

semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya yang tidak kamu ketahui.

And aku doakan kau dapat lelaki soleh sebagai jodoh terbaik untuk kau dik. Because you deserve it! :')

***
Yang ni pun bukan aku tanya. Lol. Tapi aku suka jawapan dia and amek point dia cuma gantikan geologist la doktor tu. Haha.

The way you study till you can be a successful doctor?
To be a very sucessful doctor is still a journey for me, not yet there. To be successful student is to have the right attitude. Make yourself teachable, approachable and ready to ne inspired by others who are better than you. One trick I've learnt so far is to ask the right question instead of just giving the right answer. For me, learning does not happen between you and your notes and books, learning came from every aspects of your senses. Mingle around with succesful people, learn from them. It makes you a better doctor rather than a book doctor. Speak about it, listen about it, see everything related to it, taste the greatness of it and feel the values in it. A good doctor is not the one with the highest qualifications nor the one with mountain-high ego, a good doctor is the one with smiles always which makes people feel easy, safe and healthy when they are with them. On top of that, success is not as simple as achieving, only consider yourself successful when you can start giving and contributing. Regards

Wednesday, September 24, 2014

Humans of New York -- HONY

Have you guys heard of HONY? If you haven't check it out yet, sila tengok sekarang jugak! I bet you'll love it as much as I am. 

Of course, pictures tell a thousand words. But hey, bila dikorek lagi banyak cerita. There's so many stories I've read here that move me. One tip from me, read the comments too if you want more stories! Seronok baca komen kat sini, sebab the positivity. Well most of the time. Kadang-kadang ada jugak komen tak best tapi jaranglah boleh kata. 

Just click the picture below, read the posts, and just enjoy it.  



Attachment

I don't know kenapa aku tak suka rasa terlalu attach to people. Attachment buat aku rasa insecure for that person that we are attached to can simply leave us macam tu je if dia nak or kalau keadaan mendesak. Aite? Maybe that's why aku lebih senang sendiri dalam banyak hal dan lebih senang simpan sendiri banyak hal jugak.

Bila aku kata aku tak suka attachment, tak bermakna aku take people around me for granted if I ever did that, I give you permission to smack my head. Cumanya aku lebih suka kalau kurangkan dependency aku pada dorang. I do depend on my family, who doesn't? Am I attached to them? Yes of course, I'm human come on lah. Do I need friends? Kalau kau berani kata kau tak perlu, mai la sini aku nak cepuk sikit. Tapi tak tau lah pulak kalau ada orang yang betul-betul mampu. Aku? Yup, aku perlu kawan. But then, macam aku mention tadi, aku cuba kurangkan dependency pada orang. Sebab pada akhirnya, dalam hidup ni, orang datang dan pergi atas banyak sebab. So I don't want to be to attach to someone sampai aku tak boleh hidup kalau diorang tak ada. That will hurt so much.

Kadang aku rasa macam selfish semacam je thought aku ni. It's just me being protective to myself. Tapi kan, macam yang aku cakap tadi, orang datang dan pergi kan? So, do appreciate the time that we have with them. Make them feel appreciated. Sebab sekurang-kurangnya, kalau takdir memisahkan, kau dah manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya. God give you time and chance, you make the best of it. Be it with family, friends, colleague atau sesiapalah yang ada di sekeliling kita. Be the beautiful memory of someone, bukan bad memory. :)

In the end, attachment to God is far more beautiful for He can never turn you down or leave you. Manusia macam kita ni je yang selalu lupa pada dia. Se-la-lu. Terutamanya aku. Haih. Tapi the lovely thing about relationship with God ni, alahaiii, sayangnya Dia pada hamba Dia, melimpah ruah.

You guys had no idea what I feel while writing this entry. Headshot diri sendiri banyak kali sangat tau T_T

Off topic sikit.

***

Do you know how to make Gmail prompt you if you forget to attach? Dalam e-mail korang pastikan tulis antara phrase ni:
  • "I have attached",
  • "I've attached",
  • "I have included",
  • "I've included",
  • "see the attached" or
  • "attached file"
So apabila korang lupa nak attach dia akan kuar pop out tanya "hang lupa nak attach file ka?". I actually forget what exactly does it say, but you got what I mean lah.

Source: http://email.about.com/od/gmailtips/qt/How_to_Get_a_Forgotten_Attachment_Reminder_in_Gmail.htm

Tuesday, September 23, 2014

Touchy

"When I was in school I used to fear my father, heck all my siblings did. But now I have grown into an adult, and my father is what you may categorize as a senior citizen now. After some years living overseas, on the first moment I saw him at the airport I was surprised. This person who I used to fear so much as a kid appeared so small in front of me, it flashed in my mind that he looked fragile and vulnerable. I was taller than him, and it was also the first time I realized that his hair was turning grey. He was also more timid in character than I ever remember. Somehow someway on that moment, it ached inside of me and I felt so bad for thinking badly of my own father. Now I just want him to be happy and to be able to lead this last episode of his life without having to worry too much about his grown-up kids. I never told him that I love him, never had the “right” opportunity to do so, but I pray someday I will have that moment and be courageous enough to say to my father that I love him. Amin."

I read this comment on a YouTube video I watch and it touched me. T_T

Monday, September 22, 2014

Cheer Up, Josiah!

Post by Josiah Ng.









I've been a fan of sports since forever (ehemm watching yes, playing sports no) and I've been a fan of Josiah since Doha 2006. Sue me but boy.. was he handsome? He was the flag bearer for Malaysia that time. Sigh, I was so gedik back then. Baru Darjah 6 kot time tu. Bhahaha. But to my defense, man, athletes are sooo attractive. I even have a scrap book of athletes that I loveeee back then. Dah hilang dah pun buku tu.

So when I read this post on his Facebook, I was actually feeling quite angry. But seriously, even though I've had stop doing sports ever since high school, yang mana hanya sampai peringkat daerah je pun tu, I know, coach do have their anak emas. So normal. But then, it still hurt la jugak kan? Take it like this, your parents always side their manja son/daughter and you don't feel really good about that. Sama la lebih kurang rasa bila kena macam tu aku rasa. Tapi takde hal lah semua tu..

People ask me why minat Josiah instead of Azizul? Bhahaha. Blame my 12-yrs-old self wahaha. No lah, he's a great track cyclist and he has great achievements as a track cyclist. Aku minat jugak Azizul.. Who doesn't weyhhh? He's the pocketrocketman after all. That dude have a big spirit locked in such a small body (compared to other track cyclist). Cumanya aku memang lebih minat Josiah. Maybe sebab aku kenal dia dulu before Azizul, kot.

But then, Josiah Ng, know that out there, there's still people cheering for you! Supporting you no matter what happen! Prove that "Proton" is not that bad. Be motivated always! And now that you have your beautiful wife in Incheon cheering for you, I presume, things will get wayyyy better. *wink*

We'll definitely be cheering for you and Azizul for Men's Keirin! Go go go! We Malaysians sure do hope for the victory in Guangzhou to be defended. Gold and silver medalist again please!!! :D

Do not feel down, prove Mr John Beasley wrong!

Cheers for you and other Malaysia's track cyclist yang still ada event. Heeee.

Thursday, September 18, 2014

A Gifted Man

The picture above is not mine. 

I came across this TV series time tengok TV tengah-tengah malam that one day. Aired on TV2. Lepas tu aku pun search la nak tengok the rest of the episodes. Aku suka cerita ni sebab; satu: Michael Holt is cool, dua: lots and lotsa medical term that make me google-d them. Dah lama dah sebenarnya cerita ni, 2011-2012 punya series. Ada 16 episodes and only one season. Then this series was stopped already. I don't get it, though. Cerita ni best kot! 

Basically, cerita ni pasal a great neuro-surgeon, Dr Michael Holt buang the 'l' and you may call him, Dr Michael Hot. Gedikness don't stop on Beto's post. Ish. Ada la jalan cerita dia. Tapi oleh kerana itu bukan motif utama post ni, malas aku nak ulas panjang lebar. 

Ada satu episod dalam series ni, when ada sorang doktor ni, tanya kat Dr Holt, 
You figure out 'em yet? referring to the brain. He's a GREAT neuro-surgeon, remember?

He answered;
You know, every time I think I do, I realize, I'm just a beginner.

Membuatkan aku teringat bahawa sesungguhnya pengetahuan manusia dalam segala hal dalam dunia ni terhad. Banyak lagi yang menjadi rahsia yang mana pemegangnya adalah Allah S.W.T. He and He alone have all the knowledge about everything! Rahsia kejadian. Rahsia alam. Rahsia segalanya. Dan yang sudah lepas; past, yang terjadi sekarang; present dan yang akan terjadi pada saat dan detik seterusnya; future.. semuanya ada dalam pengetahuanNya. Betapa ilmu yang kita ada tak sampai setitik pun nak dibandingkan dengan ilmuNya. Betapa kita ni kerdil. Jadi tang mana yang kita boleh berlagak pandai, berlagak tahu.

Selalu kan, kita dengar orang cakap 'Makin banyak aku belajar, makin aku rasa banyak yang aku tak tahu'. Selalu kan? I feel that, all the time. Apatah lagi, learning geology, bila dibongkar, makin banyak persoalan. Aku rasa setiap profesion macam tu, anyway.

Jangan pernah kita rasa kita dah cukup pandai. We never are! Never stop learning. Belajar memang penat, even I get tired of it. Tapi belajar ada banyak cara apa. Kalau belajar formally semedang memang lah penat.

Jadi, marilah menuntut ilmu. Ada ilmu, jangan jadi manusia bongkak pulak. Remember, we are not that knowledgeable. There's so much thing yet to be discovered!

p/s: Boleh tengok A Gifted Man ni kat sini--> http://primewire.ag/tv-2727983-A-Gifted-Man

Wednesday, September 17, 2014

Beto Kusyairy the Charmer

This post is going to sound/feel/look/be so full of gedikness. So for those who are allergic to gedikness you can always scroll down for post with zero gedikness well at least I think they are.

Beto Kusyairy, he's not that handsome. He's a lil bit cute before my eyes. I don't know about yours. But on top of that, I think he's a charmer. Warned you, gedikness. He has his own way to attract you to keep on watching. But apparently, my mom doesn't agree with me. Mak aku kata dia control macho la siot. Tapi nak buat macam mana, he is macho. Again, gedikness. Sebenarnya, aku suka tengok lakonan dia. Aku start suka lakonan dia dalam Selagi Masih Ada. Lepas tu, dalam Kashaf Imani pulak.




Dia selalu dapat watak yang kenaaaa jeeee dengan dia. Or he is simply berbakat. I think it's the latter one.

And latest, aku suka lakonan dia dalam CEO and P.I. Different characters, different personality, but he nailed both. In CEO, such carefree and kalau bak kata Fazira, setiap kali dia buat muka yang satu tu, he's simply comel. Bhahaha. Gedikness, I told ya already! But really, dia pandai gila bawak character tu boleh tak?

Dalam P.I. yang baru ini, he nailed it again, guys! Come on, siapa tak tengok lagi cerita tu mohon tengok, oke! Seriously best best best!


Tapi yang paling aku suka sebenarnya lakonan Beto dalam Aku, Dia dan Tong Sampah. Maafkan tajuk drama yang seperti novel itu tapi cerita dia best oke.


Dalam each drama/filem, dia bawak karakter dengan bagus, pada aku.. and dia tak pernah fail add dia punya own style. Watch lakonan dia dalam drama/filem yang berbeza, you'll get what I mean. Kudos to you, Mr. Beto! And all the best in your future undertakings! Writing like he's reading. Ngeh.

He's married btw, so girls out there, cry now. Bhahaha. Kiddin'. I don't like him to that extend. Aku memang simply suka lakonan dia je. #deadseriousIswear


Note: All pictures/posters are not mine. I google-d, download (explained the bad quality hehe) and post them here. :)

Tuesday, September 16, 2014

Cuti Empat Bulan

For those yang wonder kenapa lama gila cuti sem sampai empat bulan..  Well, that people, is the doing of UTP trimester system. Kudos to UTP. Dan Tuhan saja yang tahu perasaanku *nyanyi* bila cuti sem aku tak sama dengan orang lain. Ish. Nak ajak berjalan ke hape pun payah. Stress tau mak jah macam ni.

But never mind that. Apa makna cuti empat bulan? Maksud dia aku ada empat bulan untuk dimanfaatkan. Yang mana aku tak tahu lagi nak manfaatkan macam mana. Aku tak nak jadi macam cuti before ni. Empat bulan tu habis dengan makan tido tv internet and other boring stuff. Heh.

Permulaan cuti empat bulan aku kali ni dah aku mulakan dengan berjimba dekat Sunway Lagoon. Lepas tu aku tak tahu nak buat apa dah. Haha. Nak travel memanjang je memang tak lah. Satu; duit takde bro.. Dua; nak berjalan kena melalui mahkamah tinggi maharaja dan maharani dulu. Hehe. Tiga; aku pun takdelah berani mana nak berjalan merayap sana-sini jauh-jauh pun. Dalam Malaysia aku tahan lagi.

So apa yang nak dibuat ni weyh?

Yang ada dalam list aku setakat ni sebenarnya banyak. Tapi yang paling penting aku nak kerja. Sebab, duit la bro. Kalau nak harap duit mara je memang tak hidup aku time 3rd year nanti. Yuran makin lama makin mahal. Mara bukan tambah duit ikut yuran sem. Rate flat kan. Tapi itu salah aku sendiri la. Gatal pergi overspent satu time tu. Habis spoil aku punya financial. Heh. -.-'

Kedua, aku nak setelkan jugak satu projek zine aku yang tertangguh itu. Ish ish ish. Lama betul tertangguh. Dan aku ada hutang puisi dengan Sofia dengan Nizam. Hat ni berat. Aku dah lama betul tak tulis any kind of puisi. Aku tak reti pun sebenarnya weyh. Selalu tu acah-acah deep je. Tapi takpe, itu bisa diusahakan.

Next, aku ada target nak habiskan at least 3 buku geology related yang aku download kat SINI. Nak kata geologist berjaya katanya. -.-' Oke tetiba cuak teringat pasal result final.

Haaa satu lagi yang penting, marilah kita berusaha untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup sihat. <--- maha sosahhhh weyh misi yang ni

And the list goes on. Banyak sebenarnya yang ada dalam list aku. Bercita-cita tinggi memang pandai sungguh. Nak mencapainya pemalas lebih. Tapi takpe, kita cuba sedaya upaya. Selagi termampu. Ecewahh. Masih bercita-cita tinggi. Ko kena paham, Khairunnisa yang sorang ni MEMANG macam ni.

Kita tengok je nanti lepas habis cuti ni aku berjaya ke tidak. Jyeahh.

Sunday, September 14, 2014

Ipoh Kinda Fun

If you're searching something to do in Ipoh, you might wanna go to KTM Ipoh. Malam-malam kat situ ada main roller skate and few other activities. 

First time aku pergi is on 22nd August dengan housemates and sesat Wafiy, Zamyr and Nabisha. Second time is on 11th Sept dengan Icha, Syakirah and Lobot. 

Actually time first time tu aku dah rasa serik dah nak main roller skate. Tapi pergi second time tu, eyh oke pulak. Takdelah banyak kali sangat jatuh compared to the first one. Jatuh pun sebab orang paut. Ish. Nak paut, paut dekat aku yang sama tak stabil. 

Tapi serius jeles gila tengok orang yang expert siap boleh main pusing-pusing. Aku rasa kalau dorang lalu depan aku macam nak show off je. Tampo nak? Padahal sebab jeles. Dorang tak buat mende pun. Haha.

Ada jugak orang busking kat situ. Bolehlah tahan suaranya. Sedap sangat tu tak lah. Bolehlah buat hilang bosan. Ambooii kemain angkuh komen aku gaya suara sendiri sedap sangat. Tuih tuih. 

Best jugak suasana kat situ sebenarnya. Ramai je parents yang bawak anak-anak main roller blade kat sini. Pada aku sesuai je nak jadikan aktiviti dengan family or dengan kawan-kawan. Boleh gelakkan memasing jatuh macam nangka busuk. Miahaha.

Disebabkan aku pemalas nak amek gambar sendiri, nah aku share gambar hasil carian di pakcik google.

Air pancut lampu-lampu. Lawalah tapi tak berapa nak kisah, aku sibuk balance diri tak nak jatuh.  -.-'


Ada Giant Bubble jugak.


 Budak kecik boleh main kereta macam ni. Lepas tu ada skuter kecik tu.

So kalau korang nak have fun dengan bajet yang kecil, pergi lah sini. Sewa roller skate tu RM 5 hengget je sejam. Tapi kalau korang hari-hari nak main, baiklah pergi beli sendiri punya.


Thursday, September 11, 2014

Pasca Final Exam

Masa tengah final exam hari tu, kitorang dah sibuk memikir, nak buat apa lepas final exam before pergi balik rumah for cuti empat bulan. So excited I tell ya. Padahal belum habis final exam lagi time tu. Antara yang ada dalam pilihan aktiviti kitorang is either Sunway Lagoon or ESCAPE, Penang tu. I don't remember how, but we finally decided on going for Sunway Lagoon. Ouh ya, 'we' here were Icha, Syakirah, Yaya and me myself.

Before Sunway

Aku habis final on 6th Sept, tapi yang lain habis on 7th Sept, so kitorang gerak on 8th Sept. Gerak sehari awal. Tiket ETS pagi tu actually pukul 10 lepas tu dengan bangganya kitorang pukul 9.30 baru siap semua. Dah tu mula plan mintak Acap hantar, lepas tu dia pulak stuck dekat Finance sebab ramai sangat orang. So lastnya, Satria hantar kitorang ke KTM Bt Gajah. Sampai sana, sekali ada announcement ada ketapi ke apa tah tergelincir dari landasan kat Kuala Kubu Baru. So kitorang kena naik ETS dari Bt Gajah ke Tanjung Malim. Lepas tu dari Tg Malim tu naik bas yang KTM sediakan pergi KL Sentral. 

Sampai je KL Sentral, cari makanan dulu. Aku ni dah sikit punya culture shock dengan keadaan kat situ. Mana taknya, time tu dah la lunch hour, ramai siot orang. Aku ni dah biasa duduk tempat yang tak ramai orang, so bersesak-sesak is not really my thing. Makan nasi kerabu dekat kedai kemenda tah aku lupa nama dia. Waiter kedai tu, aku rasa pelakon yang jadi Ceplos tu weyh! Ingat tak cerita Ceplos?

Settle makan, pergi gerak Time Square. Aku ikut je budak-budak ni naik monorel la hape lah nak ke TS dari KL Sentral tu. Tujuan pergi sana sebenar-benarnya adalah nak karok. Jadi karoklah kami selama 5 jam. Dah sampai terlantar ha tak larat nak menyanyi last-last tu. Oh lupa, Nadia join kitorang dari sini. Dah habis karok, sebelum blah dari situ, beli seluar mandi nak pakai esoknya. Lepas tu, kitorang gerak semula ke KL Sentral, makan, lepas tu naik lrt ke monorel tah pegi Kelana Jaya. 

Dari Kelana Jaya, naik teksi pergi Sunway. Malam tu kitorang duduk dekat City View Hotel. Bilik 2 orang sumbat 5 orang. Sardin tak sardin? Mampat gila sampai tidur mengiring semua hahaha.

Sunway Thrill

Esok paginya bangun pukul 7. Lepas tu siap-siap pergi sarapan kat mamak sebelah hotel. Nasi lemak dia boleh tahan sedap. Dah setel semua tu, check out, pukul 9.30 terus start gerak ke Sunway Lagoon. Aku ingat jauh la jugak kena berjalan dari hotel tu. Sekali, ehhh, sekangkang kera je pun kena menapak. Jadilah kitorang group pertama sampai situ. Kaunter pun belum bukak lagi time kitorang baru sampai tu. Ko nampak tak sikit punya semangat? 

Lepas je entrance bukak kitorang masuk. Simpan beg kat loker. Time ni aku dah suruh Azfar cari kitorang kat Extreme Park. Tapi minah lagi sorang merangkap rumet aku, Husna, masih lagi dalam dilema nak pergi ke tak. Mintak penampo sungguh. 

Kitorang decide nak go for Bungee Jumping and G-Force dulu. And oleh kerana G-Force memang kena pasang 2 orang, Icha Yaya, Syakirah Nadia pergi dulu and aku tunggu Azfar. Aku pergi turut Azfar kat entrance lepas tu bawak dia simpan barang kat loker. Daripada entrance aku boleh dengar budak-budak ni menjerit naik G-Force, gila kuat weyh. Satu Sunway tu dengar hiperbola. But really, kuattt siot. Lepas tu turn aku dengan Azfar pulak. Pehh patut budak-budak ni menjerit. Memang scary la siot. Dia main lambung-lambung la weyh kat udara. Tak ke gila? Ko nampak putih je. Rasa gayat nak terjatuh apa semua tu memang tak payah cakap la. Mengucap panjang aku naik mende alah tu. 

Ni lah mende alah nya G-Force tu. 

Lepas naik G-Force ni, walaupun adrenaline rush tak habis lagi kitorang pergi buat Bungee Jumping. Bungee Jumping kat Sunway ni tinggi dia 21 m bersamaan 8 tingkat. 


Ni sebelum kitorang terjun. Jangan tertipu dengan senyuman. Sesungguhnya cuak menguasai diri.

Dah sampai kat atas ni, Icha pulak cuak nak terjun. So aku cakap kat dia, "Takpe Cha, aku terjun dulu" dengan harapan dia nak terjun jugak lah lepas tu. Entah dia dengar ke tak aku cakap tu sebenarnya aku pun tak tau. 

So lastnya memang aku lah yang jadi orang first terjun. Followed by Azfar, Yaya, Icha, Nadia and last sekali Syakirah.

Nah belanja video yang ku cilok dari Instagram Icha. Aku ni malas nak edit bagai. Haha.



Perasaan nak terjun tu aku boleh describe satu je. Dah macam ko kena pasrahkan diri terjun walaupun gayat tahap tak hengat. Yang penting jangan tengok bawah. Kalau tengok sumpah ketaq kepala lutut. Macam aku. Muahaha. Dengar je abang tu count '3, 2, 1 .. go' then off you go terjun ke bawah. The feeling is surreal I would say. Sebab dia rasa macam best gilaaaaa tapi at the same time, damn so scary la weyh.

Ini baru 8 tingkat, Syakirah kata yang dekat Macau sampai 80 tingkat. 10 kali ganda weyh! 

Lepas habis buat ni, sementara tunggu dorang terjun, aku dengan Azfar pergi naik Swan Ride. Dekat situ jugaklah. Ingatkan lepas tu nak buat Flying Fox, sekali dorang lunch break. So kitorang gerak pergi naik slides. The first one to go is Vuvuzela. Best weyh naik slide ni! Serius best! 

Gambar bukan milik aku. 


Then kitorang proceed dengan slides yang lain pulak. Dah habis semua slides, kitorang pergi Scream Park. First naik yang macam kapak tu, lepas tu, naik Roller Coaster. Tapi time kitorang naik naik yang kapal pusing 360 degree aka Pirate's Revenge tu, hujan sudahhh. 


Kapak. Aku tak tahu apa nama ride ni. -.-'


Roller Coaster.

Lepas naik rides, kitorang pergi makan. Mahal nokharom makanan kat sini. Tapi dek kerana tak tahan lapo bebeno, makan la jugak. Nasi goreng ayam = RM 10. Season Iced Lemon Tea botol = RM 5 harga biasa RM 2.20 kot weyh! Lepas tu, finally Husna sampai. Dah setel melantak, cadangnya nak pergi rumah hantu. Lepas tu, ada abang Wild Life Park kata ada show binatang. Tapi sebab hujan dia takde lah bawak pusing2 Wild Life Park tu, dia buat indoor je. Bawak binatang keluar. Ada 3 jenis semuanya. Satu tu aku dah lupa apa nama menatang tu, tapi dia macam cicak yang besar dan berkulit macam ular. GELI GILA PAHAM TAK? Dua lagi, ground squirrel and ferret. Dua ni sangat COMEL! Esp the ground squirrel. Lepas je habis ni kitorang pergi Rumah Hantu. Aku jalan depan sekali dengan Azfar, budak-budak ni follow belakang. Aku rasa duduk depan sekali lagi tak scary sebab 'hantu-hantu' tu semua attack hat yang tengah. Rasa macam endless gila route rumah hantu ni weyh. Macam, bila rasa dah nak habis, eyh sekali ada lagi. Gila. Satu part ni kena pakai cermin mata 3D, natang dia main pakai illusion la siot. 

Habis rumah hantu, kitorang pergi naik cawan pusing-pusing. Naik dengan dorang ni, benda biasa pun boleh jadi gila. Main cawan pusing-pusing pun boleh bantai jerit sebab pusing laju sangat. Haha. 

Lepas tu kitorang sambung naik slides. Time tu masih berharap hujan berhenti sebab nak naik Flying Fox. Lepas bosan dengan slides, kitorang pergi dekat pool. Aku dengan Icha ternampak orang main volleyball. Nak lepas gian punya pasal, kitorang pergi join je main walaupun tak kenal pun siapa. -.-' 

Habis main volley, aku dengan Icha join budak-budak ni main dekat pool. Lepas tu tak silap kitorang pergi dekat slides balik main beberapa round. Then kitorang siap-siap nak balik. 

Begitulah tamatnya seharian di Sunway Lagoon. Seronok? Ya. Puas? Ya jugak. Kira berbaloilah sebab nak naik slide/ride pun tak payah tunggu lama sebab takde lah ramai sangat orang. Kalau pergi hujung minggu confirm ramai. 


Dekat Sunway Lagoon habis dalam RM 200 lebih jugak lah.

Admission Ticket: RM 90 (MyKad Promotion)
G-Force/Bungy Combo: RM 95 (MyKad Promotion)
Makan: RM 15
Locker: RM 15

Lebih kurang lah tu. Takde beli souvenir apa pun. Mahal. Jejak kedai souvenir pun tidok. Haha. 

Lepas ni, kita try ESCAPE Penang or SkyTrex pulak! Jyeahhh!