First time aku pergi is on 22nd August dengan housemates and sesat Wafiy, Zamyr and Nabisha. Second time is on 11th Sept dengan Icha, Syakirah and Lobot.
Actually time first time tu aku dah rasa serik dah nak main roller skate. Tapi pergi second time tu, eyh oke pulak. Takdelah banyak kali sangat jatuh compared to the first one. Jatuh pun sebab orang paut. Ish. Nak paut, paut dekat aku yang sama tak stabil.
Tapi serius jeles gila tengok orang yang expert siap boleh main pusing-pusing. Aku rasa kalau dorang lalu depan aku macam nak show off je. Tampo nak? Padahal sebab jeles. Dorang tak buat mende pun. Haha.
Ada jugak orang busking kat situ. Bolehlah tahan suaranya. Sedap sangat tu tak lah. Bolehlah buat hilang bosan. Ambooii kemain angkuh komen aku gaya suara sendiri sedap sangat. Tuih tuih.
Best jugak suasana kat situ sebenarnya. Ramai je parents yang bawak anak-anak main roller blade kat sini. Pada aku sesuai je nak jadikan aktiviti dengan family or dengan kawan-kawan. Boleh gelakkan memasing jatuh macam nangka busuk. Miahaha.
Disebabkan aku pemalas nak amek gambar sendiri, nah aku share gambar hasil carian di pakcik google.
Air pancut lampu-lampu. Lawalah tapi tak berapa nak kisah, aku sibuk balance diri tak nak jatuh. -.-'
Ada Giant Bubble jugak.
Budak kecik boleh main kereta macam ni. Lepas tu ada skuter kecik tu.
So kalau korang nak have fun dengan bajet yang kecil, pergi lah sini. Sewa roller skate tu RM 5 hengget je sejam. Tapi kalau korang hari-hari nak main, baiklah pergi beli sendiri punya.
No comments:
Post a Comment