Pages

Wednesday, December 28, 2011

sedang mencuba,,,

apa yang aku tengah cuba buat ye?kalau nak tahu mesti janji yang korang semua tak gelak bila aku dah bagi tahu tau.sekarang ni, sempena aku tanam anggur lepas spm ni, aku try tulis novel.haha.aku yang gelak sendiri.bajet puitis habis.padahal amatur tahap bayi je.tapi wish me luck okay?at least, terisi jugak cuti yang lama gila ni.nak berblogging susah sikit.as the berukband meragam.ni pun pinjam beruk abang.mana boleh guna lama-lama.harta orang kan.kalau meragam jugak susah aku nanti.kena dengar lecture pulak.ah,sudah-sudahlah merepek.

tadi setelah lama tak berblogwalking,aku melawat beberapa blog.fuhh,,,sekarang ni dahsyat ye dunia blog.blog semua chantek-chantek.terasa blog aku ni simple bebeno.tapi memandangkan aku memang tak berapa nak kreatif hias-menghias blog ni,aku hias dengan entry je lah ye.

p/s:bukan mudah nak tulis novel rupanya.n this has nothing to do with this entry,i don't like fasha sandha in peah gosip.tak jadi labun peghoknye.ingat senang ke yong nak labun peghok.susah wei.

Monday, December 19, 2011

merindui penjara itu!

sewaktu aku di dalam tempat yang kupanggil penjara itu seringkali mulutku ini melafaz kata-kata benci.tempat ni macam tut lahh.itulah.inilah.rules ketat lah.pentadbir kuat berleterlah.pendek kata macam-macam lah mulut tak comel aku ni cakap.tapi kini aku merindui tempat itu.sungguh!aku tak bohong!tempat tu dah banyak mendidik aku.jadi insan yang lebih baik.kat penjara tu jugak lah aku jumpa sahabat-sahabat sejati aku.sahabat-sahabat ini yang sudah mula kurindui.segalanya tentang mereka.hilai tawa dan gurau senda.hanya Allah yang mengerti perasaan aku ni.kat tempat tu jugaklah aku menuntut ilmu dari cikgu yang bagus-bagus semuanya.waktu sekolah dulu selalu mengumpat cikgu itu ini.maklumlah tak puas hati dasar sekolah.kononya aku yang betul.padahal sebaliknya.baru kini aku sedar semua tu.kat sekolah semuanya tak setuju.MAAFKAN SAYA YE CIKGU!banayk gila salah aku ngan cikgu-cikgu.baru sekarang sedar.hehe.hampeh betul diriku ini!

buat guru-guruku yang disayangi,
sesungguhnya saya menyayangi kalian.takkan dilupakan segala jasa dan budi yang ditaburkan.tak mampu saya nak balas.tapi cikgu insya-Allah saya akan balas dengan kesungguhan saya menuntut ilmu di menara gading nanti cikgu.cikgu doakan anak murid cikgu ni berjaya ye.dan tak lupa juga kawan-kawan yang lain.yang paling penting,,,SAYA MINTAK MAAP BANYAK-BANYAK CIKGU!

buat sahabatku yang dirindui,
AKU RINDU KAT KORANG!jumpa bulan 3 waktu amek result nanti.AKU SAYANG KAT KORANG.jangan lupa aku.kalau tak jumpa nanti aku cubit!hehe.maafkan aku jika ada hati yang aku guris selama persahabatn kita.

buat adik-adik,
jaga sekolah baik-baik.jangan buat benda bukan-bukan,jadikan sekolah kita lagi baik daripada apa yang kitorang buat.kitorang akui kitorang bukan senior yang baik.ketahuilah,kitorang tak berpeluang sebenarnya nak kenali korang dengan mendalam.apa-apapun kitorang tetap sayang.buat bakal pemimpin sekolah,jaga imej korang supaya orang respect.jangan korang jadi pengawas rule breaker macam senior korang yang seorang ni.tak de gunanya tunjuk belabg!paling penting,jaga adab dalam surau.nanti akak datang tengok surau kita tu bising lagi ke tidak.hehe.jangan hina makanan walaupun tak sedap macam mana pun makanan kat dm tu.al mulk dengan ma'thurat pastikan on okey adek2.akak sebenarnya rasa bersalah sebab batch kitorang yang gagal teruskan tradisi tu.moga ku n kb jd ketua yang georgous!CHAIYOK!

SATU LAGI,
kalahkan dua sekolah sbp yang berdekatan kita tu tau.rsenye korang taukan sekolah ape.hehe.

Saturday, December 17, 2011

spm is over!!!

happy gila dah habis spm, tp rasa lebih sedih meninggalkan kawan-kawan di sekolah.maklumlah dah 5 thn dok kat asrama.banyak memori yang takkan boleh dilupakan dengan kawan-kawan.rasa macam dah lama gila tak update blog terchenta ni. berkorban demi spm la katakan.rindu dah nak blogwalking.tp masa tak mengizinkan.sebabnya sibuk gi kenduri sana-sini.dah naik gemuk dah badan ni.haha.hari tu waktu gap exam arab ngan exam quran sunnah which is one week byk kot kerja gila kitorang buat.star gazing lah,,,outing lah..waktu outing tak sedar diri tak habis spm lagi,,,gi karok,bowling and main kat archade.gila betul!buat benda lagho,padahal lepas tu nak menghafal facts quran sunnah.betapa hampehnya kitotang.rasanya sampai sini je kot.lain kali saya post lagi ceritera budak sekolah saya.(dah macam tulis surat).until then, enjoy your flight!

Saturday, September 3, 2011

will be back after spm

seriously now i have no time to update the blog and blogwalking.sibuk nak spm la katakan.dan keadaan ni akan berterusan sehingga la saya habis amek spm.lepas spm baru saya nak kembali aktif berterbangan dalam dunia blogging ni.

i'll be back...
doakan spm saya straight A+...

Saturday, August 27, 2011

bakal meninggalkan universiti ramadhan

rasa sedih nak meninggalkan ramadhan yang penuh barakah ni.tahun ni tahun terakhir sambut ramadhan di sekolah.sedar tak sedar dah lima tahun jalani puasa dekat sekolah.walaupun waktu mula-mula dulu sedih sebab jauh dari family dalam bulan puasa lama-lama jadi seronok sebab dapat pengalaman puasa dengan kawan-kawan which bukan semua orang dapat kan?lagi satu yang buat tambah sedih bila fikir tahun ni tahun last buka puasa, terawikh,makan sampai rasa nak terbongkang dengan kawan-kawan.

dekat sekolah rasa senang je nak buat semua benda tu.tadarus,terawikh....senang cakap apa-apa aje yang dapat menghidupkan ramadhan lah.tapi bila kat rumah rasa susah sangat.kalau difikirkan lagi,tahun depan mungkin lah dah masuk u ke matrik ke....(insya Allah) lagi la susah rasanya.bukannya wajib pun turun surau segala.kalau kat sekolah ni,walaupun mula-mula rasa susah,,,lama-lama Allah permudahkan jugak.

tak lama lagi kita bakal meninggalkan universiti ramadhan.semoga kita semua pass dengan kepujian or watsoeva u wanna call it....moga lepas kita tinggalkan universiti penuh barakah ni,kita jadi manusia yang lebih baik.berdoalah di malam-malam akhir yang ibadah kita di bulan mulia ini diterima Allah hendaknya.Amin...




Sunday, July 10, 2011

hari sukan terakhir di bumi gopeng

tahun ni tahun terakhir merasa sukan di sekolah.memang penat gila tahun ni sebab form 5 la kena fikir semua.well,saya in charge bahagian kostum kawad n maskot aje.pasal lain memang saya tak amek peduli punya.

preparation
banyak betul monflik waktu preparation ni.orang ni tak puas hati ngan orang ni.saya pun lebih kurang aje.saya pun bukannya baik sangat.nakal lagi ada.segala prep dilaksanakan dalam bilik operasi iaitu dewan peperiksaan.semua memang bersemangat waja gila ah.malam sebelum sukan stay sampai dekat pukul 1 jugak lah dekat exam hall.kerja kostum kawad done.saya dan team berperang-dengan-benand-dan-jarum saya which is tiga orang berjaya menyiapkan kostum 3 orang utama.budak kawad yang lain kami tak campur.kami kan tailor ekslusif.(ape ke jadah?haha).dengan berbekalkan tangan keras macam kayu dan jarang menjahit ni ada rupa jugaklah kostum tu.at least berjahitlah.balik ke dorm menyiapkan maskot yang tak habis-habis lagi kerjanya tu.akhirnya siap pada pukul 5 pagi.dan aku tak tidur.TAK TIDUR.oops ber'aku' pulak.kepala dah ting-tong macam ape je.tapi gagahkan jugak.nak sukan ma....tahun terakhir pulak tu.


gambar snap...kerja ah tak.tgn saya berurat kan?sebab tulah masuk acara lempar cakera


popo pakai kasut...gambar snap depan dorm...sebelum ciao pergi sekolah....


merempat sekejap...


najwa and syira sedang enjoy buat kerja...kerja pun mesti mau enjoy...



sepol tengah tekun buat kerja...


kepak maskot sedang dibuat....

kepak maskot....


tak masuk acara
saya tak join apa-apa pada hari kejadian.masuk acara pra-sukan je.lempar cakera and i got number 3.jadilah.so pada hari kejadian tu tengok ajelah orang lari macam tak cukup tanah.


KAMILAH CHEERLEADERS NILAM!!!

tarik tali
sedih gila tengok kekalahan nilam time ni.mutiara memang kuat gila.badan besaq-besaq.nilamnye pulak cekeding cam lidi.tapi takpalah...asalkan masuk final.apa-apapun,hero-hero nilam memang hebat.syabas buat mutiara yang tenyata lebih hebat.

majlis penutup
sememangnya saya menanti acara ni.

kawad kaki: nilam nombor dua dengan perbezaan 1 mata sahaja dengan juara.


gambar budak kawad dengan kostum deme




tiga kostum yang kitorang buat tu...walaupun buruk tapi inilah hasil kerja tangan kayu kitorang.

khemah: zamrud juara.nilam memang out sejak mula.
olahragawan: aiman mohd shaheer dari rumah nilam


olahragawati: fahirah dari rumah mutiara
maskot terbaik(kategori yang paling saya tunggu): NILAM JUARA.memang rasa puas gila.terasa hilang ngantuk tak tidur semalaman.rasa nak jerit kuat-kuat.saiful has been a great designer for the maskot.'tak sia-sia tangan ko luka-luka sepol.and aku nampak riak puas ko walaupun kau cuba cover.'


crew maskot....tapi tak lengkap...yang len dah pegi mana entah...


memegang piala pusingan maskot terbaik....puas gila rasa.


dan yang paling ditunggu-tunggu

juara keseluruhan
sekali lagi...
NILAM
masuk tahun ni dah tahun keempat berturut-turut.
cayalah nilam!!!


muka puas dapat cium piala juara keseluruhan
tapi bila memikirkan yang ini piala pusingan dan entah berapa ramai yang cium rasa geli geleman pulak...


nilam f5 girls crew

ptg lepas sukan tu saya pergi hari inovasi polis kat ipoh...
boleh kata best lah jugak...
jom kita usha picca sket...





dah dekat nak trial

trial spm dah dekat sangat dah.tapi study tak habis lagi.sekarang rasa tension sangat.sumpah tension.lagi dok kat kelas yang penuh budak pandai(except saya aje) lagi memeningkan kepala.semua rajin bukak buku(kecuali saya dengan aiman...hehe).entah bila nak bertukar rajin entah la.walaupun cuak nak spm,masih tak terdetik lagi kat hati ni nak sungguh-sungguh buat revision.kalau buat pun sekejap-sekejap.hmm.tidur dalam kelas pun still jugak on.jumaat lepas kena kaw2 ngan cikgu waktu interaksi.haru betul.nasib baik mak je yang datang interaksi,kalau abah lagi teruk saya kena hentam ngan cikgu.abah kan mesra alam lebih daripada mak.huh.tak tahulah apa yang perlu dibuat dengan diri sendiri.bukan tak pernah teringin nak berubah.tapi entahlah...rasa susah sangat.saya bukan jenis 24-jam-dengan-buku or budak-tekun-tak hirau-apa-apa.sebaliknya...saya ni boleh kata budak-nakal + rule-breaker plus budak-suka-hibernate-waktu-cuti.rasanya dah banyak kali sangat saya mengeluh waktu buat entry ni.

okeylah...sudah-sudah mood muram tu tadi.nak masuk mood ceria pulak.hari jumaat hari tu saya dah beli baju raya.okey saya admit,saya memang macam budak-budak bila fikir pasal baju raya even dah dekat nak spm ni.tak sedar diri yang dah 17 dah pun.tapi saya memang happy gila dapat beli baju raya.waktu trial which is bulan puasa nanti,tak boleh balik bermalam.means that i only spent three days fasting at home this year.just imagine.THREE days ONLY.(macam tak bersyukur gila)yang pentingnya,perjuangan trial akan tetap diteruskan.(poyo jer).harap-harapnya akan dapat capai result yang terbaik.doakan saya berjaya plus jadi rajin sikit oh nope, BANYAK ye.

Monday, June 20, 2011

bila masa di dunia semakin singkat...

semakin lama kita dah hidup kat dunia ni,maknanya semakin singkatlah masa yang tinggal untuk kita bernafas di atas bumi Allah ini.saya selalu ingat ceramah seorang ustaz Matrikulasi Gopeng yang dijemput memberi ceramah di sekolah saya.ustaz tu cakap,kita selalu nyayi selamat hari jadi but it should be selamat hari mati.sebab sepatutnya kita sedar hari kita kat dunia ni makin berkurang bukan makin bertambah dengan bertambahnya umur.

jadi,dengan bertambahnya umur,kita perlulah melipatgandakan ibadah kerana masa nyawa kita dicabut malaikat Izrail sudah makin hampir.

i'm 17 today dan saya takut memikirkan hakikat yang masa saya di dunia semakin singkat kerana menyedari hakikat yang ilmu dan amal yang dikutip masih belum cukup untuk menjadi bekalan saya bertemu Allah di akhirat.

Sunday, June 12, 2011

time to return!

sudah tiba masanya untuk kembali ke hostel sesudah 2 minggu bersenang-lenang dekat rumah.tengok tv,on9,blog,makan dan tido memanjang.sekarang tiba masa untuk kembali ke belajar,tidur,belajar,makan and so on.spm dah dekat.so saya sememangnya kena sedar diri.yelah.dah la tak pandai mana,malas nak belajar will make it even worse.'jadi kau perlu rajin keon!'

argh!!!susahnya nak jadi rajin.sebab sifat malas tu dah macam melekat kat diri ni.teruknya ko keon!!!

p/s:
saya tak tahulah bila saya akan kembali meng'update'kan blogku yang terchenta ini dan juga berblogjogging yang sememangnya amat baik untuk kesihatan.

Saturday, June 11, 2011

cita-cita aku waktu dulu-dulu

lecturer
aku pun tak tahu lah kenapa aku pernah nak jadi lecturer.pada aku kerja pensyarah ni lebih ringan kot dari cikgu.selain tu,aku rasa yang kerja kat U tu lagi best kot.haha

penulis novel
sebabnya aku memang suka layan novel.jadi aku pun teringin la nak tulis novel sendiri.aku pernah jugak la try draft novel.tapi mak ai.sumpahh aku tak reti weyh.susah kot nak tulis.mana nak cekau idea.memang lah novelis ni imaginasi diorang luar biasa.

atlet
yang ni memang paling tak boleh blah.tapi memang aku pernah bercita-cita nak jadi atlet dulu.aku dulu nak gila masuk ssbj.kenapa kau nak jadi atlet?sebab aku rasa sportsmen/women sangat hot dan cool.hamek ko.dua perkataan berlawanan aku bagi.paradoks sungguh.kalau aku jadi atlet,aku teringin kot nak jadi gimnas.seronok kot dapat lentik-lentik badan cenggitu.selain tu,badminton.dari dulu lagi aku minat badminton sebenarnya.jadi timbullah rasa teringin nak jadi atlet badminton.

kenapa ada tiga je eh?sebabnya dalam kad 001 tu ada tiga je kolum kerjaya pilihan.

p/s:
sekarang ni aku determined gila nak jadi pilot

Friday, June 10, 2011

aku suka main ni waktu kecik-kecik dulu

roundest
aku pon tak pastilah macam mana gaya eja perkataan ni sebenarnya.tapi main benda alah ni sangatlah seronok.hanya perlukan sebiji bola tenis dan kayu pemukul buatan sendiri.kau cekau je kayu kat mana-mana pon dah boleh main dah.dekat depan rumah aku dulu ada padang.luas kot.padang depan rumah aku tu lah yang jadi port budak taman main.jangankan bebudak,adult pon main.tapi aku tak suka kalau budak-budak besar main dengan kitorang.satu:sebab depa besar.tinggi.kaki panjang.lari laju.jadi markah pun dapat banyak.dua:deme pukul kuat sangat sampai pecah bola.lepas tu blah.kerek siot!kitorang yang masih kecil lagi suci murni mana berani nak marah diorang.huhu.

tuju kasut
siapa tak pernah main permainan yang sangat exciting ni sangatlah rugi.alatan yang diperlukan cumalah selipar.tak kiralah selipar jepun ke,flipper ke.janji namanya SELIPAR.jangan kau guna terompah sudah la ye.mahu pecah kepala anak orang nanti.sia-sia je.seronok tak dapat,dapat penampar pon mau.hehe.

gasing
kau ingat lelaki je tahu main gasing.aku pun tahu la.seronok kot.dapat pangakah gasing orang lain paling best.tapi hati-hatilah waktu korang nak pangkah gasing orang tu.kalau kau pangkah gasing anak mak.sia-sia je nanti mak-mak korang bergaduh

layang-layang
aku tahu buat layang-layang sendiri kot.tapi tak la lawa.asal boleh terbang sudah.aku guna surat khabar je.tak tahulah kalau korang guna kertas warna buat layang-layang.seronoknya main layang-layang ni sebab benda alah tu naik tinggi ke atas.kekadang tu aku teringin nak terbang macam tu.(patutla aku end up dengan ambition nak jadi pilot tu kan?).aku selalu lawan dengan kawan-kawan siapa punya layang-layang paling tinggi.but selalunya aku kalah.ceyt.ada satu time tu,tengah aku syok terbangkan layang-layang aku,benang terputus.mayak sedeyh la.tapi berbekalkan semangat yang kental dan harapan yang tinggi bak(apa sambungan ayat mat luthfi tu eh?)~abaikan~okey now i remember,bak ibu mengandung,,,aku pun masuk rumah buat layang-layang baru.dalam masa sekejap aje layang-layang disiapkan.aku lupakan kesedihan lalu,then sambung aje main.

guli
seronok main guli ni.aku ingat lagi.selalu main depan surau.tak senonoh kan?main guli pun simple je.

kapal terbang kertas
nilah permainan paling jimat kos sedunia.guna kertas dengan skli nak melipat je.tapi kalau takde skil takde guna la jugak.kau memang kena expert la kalau nak kalahkan aku.sebabnya akulah juara kat taman aman mambang diawan tu dulu.ekeke.(hiperbola saja)tapi serious,aku hebat kot main benda ni.

tangkap belalang
aku suka bangat tangkap belalang.seronok tengok dia lompat-lompat.lepas tu simpan dalam satu bekas,buat lubang bagi udara masuk,kalau tak dia mampus.jangan lupa letak daun untuk makanan dia.then kau pergi tangkap satu lagi belalang n letak dalam tu,tengok dia bergaduh ke tak.macam main ikan laga sikit la.

yoyo
aku tak lah expert sangat bab main benda bulat ni.tapi aku tetap suka jugak main.entah berapa ribu entah yoyo pernah aku beli.sebab asal beli,jahanam.beli,jahanam.sampai bapak aku pun fed-up nak beli lagi untuk aku.sedyh.):

kereta dash
yang ni aku tak berapa minat sangat sebenarnya.tapi dah abang aku sibuk sangat main aku join je lah.kawan-kawan aku siap buat track lagi.

batu seremban
walaupun aku tak expert main batu seremban aku lah juara dekat dalam rumah aku.juara taman bukan aku la.

pondok-pondok @ mak-mak
'kau jadi mak.aku jadi anak.ha,kau pulak jadi bapak.'alah macam cerita tentang bulan tu lah.yang ni bila ingat balik memang kelakar benau.rasa nak gelak guling2.mengingatkan betapa merepeknya kitorang.rumput jadi sayur.batu jadi daging.ape ke jadah?

main hujan
yang ni memang top fevret habis.seronok and enjoy sangat kalau dapat mandi hujan.tapi setiap kali main hujan memnag kena bebel punya lah.for sure punya.no doubt at all.waktu main hujan jugaklah aku suka main bot.buat bot dari kertas then lepaskan kat longkang.sadis gila kau.main kat LONGKANG.

pendek kata zaman kanak-kanak aku penuh dengan main,main dan main.tak fikir benda lain.seronok kan jadi kanak-kanak?

Thursday, June 9, 2011

seth tan romantik?

iye ke dia romatik?tak dapat dinafikanlah,dalam cerita nora elena yang tengah hot macam goreng pisang kat tepi jalan tu, seth tan memang romantik.penyabar gila dengan nora elena tu.rasanya semua tahu yang cerita ni based on novel kasih yang suci kan?sampailah ke episod hari ni belum cukup lagi romantiknye.kalau ikut yang saya baca dalam novel tu,lepas nora elena tahu yang seth tu yang rogol dia dulu,lagilah seth tan tu makin penyabar dan romantik tahap dewa dengan dia.jadi peminat setia nora elena bersedialah ye.

kalau nak cakap pasal lelaki romantik ni,banyak lagi novel yang heronye romantis bangat.kalau dibuat cerita tak tahulah berapa orang yang nak cair.serious.contohnya,macam khuzairi dalam novel 7 hari mencintaiku.mak ai,,,yang ni lagi romantik+sabar dsb.perfectlah senang cakap.

tapi kan,hakikatnya wujud lagi ke lelaki macam ni dalam dunia ni?entahlah...saya pun tak tahu kalau masih ada lelaki sebegini romantik dan PENYABAR macam seth tan tu.

p/s:
sedang sedih memikirkan hakikat yang tak boleh tengok nora elena sebab dah nak balik asrama.seih bangat ni!

Tuesday, June 7, 2011

AYAM!

assalamualaikum readers sekalian!saya ada satu soalan untuk korang semua.pernah sembelih ayam tak?well,saya pernah!(bangga ape ke jadahnye tah ko ni keon?!?).tarikh kejadian saya tak ingat la.tapi itu la first time saya sembelih ayam.

rukun sembelihan ialah:
1)penyembelih-islam atau ahli kitab
2)binatang yang disembelih-binatang darat yang HALAL dimakan,masih hidup dan masih kuat bergerak
3)alat sembelihan-alat yang tajam(kalau tumpul terseksa binatang tu ye!) selain kuku,gigi dan tulang
4)bahagian yang disembelih-memutuskan HALKUM dan MARI'(al wadajan sunat ye)

sebelum ni waktu saya kanak-kanak ribena lagi, bapak saya selalu la sembelih ayam 2-3 hari sebelum raya.nak buat rendang oke.tapi saya tengok je lah.jadi bila ada peluang je tahun lepas, saya pun cubalah.selalunya bapak saya sembelih ayam tiga kali lalu je kat tengkuk ayam tu.waktu ustaz salman yang mengajar saya pend. syariah islamiah tu buat demo pun tiga kali lalu je kat tengkuk ayam tu dah putus dah halkum dengan mari' siap dengan wadajan sekali putus.nampak smooth je ustaz tu buat.just like my dad.

before saya sembelih, saya tolong pegang ayam untuk kawan saya sembelih.nasib baik tak putus kepala ayam tu.kalau tahun sebelum tahun lepas tu(2009), saya pegang jugak ayam waktu akak senior saya sembelih.dia putus sampai putus itu ayam punya kapla!fuhh!terkezut banyak besar oke!nasib baik tahun ni tak putus,kalu idak yop2 yong2 sekalian,,,fobia teman!tapi bak kata senior2 lelaki time tu,baik korang putuskan dari was2 urat yang wajib putus tu putus ke tak.(dia cakap kat girls saja oke!sepak kang.tapi betul la apa dia cakap tu).

apabila tiba masa untuk saya potong itu kapla...


saya pon sembelih je la.waktu tu ustaz khairi yang monitor saya potong.dengan lafaz

bismillahirrahmanirrahim,,,

saya pon potong la kepala ayam tu.selama ni saya ingat kena lalukan pisau gitu2 je,,,rupa-rupanya kena tekan sikit pisau tu.kalau tak sampai mampuih ayam tu tak mampuih.(satgi kau yang mampuih keon!)setelah lima kali kulalukan pisau itu ke kepala itu ayam,,,halkum dan mari' pun putus.ada satu benda yang buat saya suka kenangan ni sangat-sangat.ustaz khairi cakap 'kemas jugak kamu sembelih ye, myvi'.(myvi tu gelaran ustaz khairi tu bagi kat saya.dia je pun yang panggil saya cenggitu.)wahh!mahu tak saya kembang on the spot.first time sembelih ayam, dah ustaz kata kemas.bangga siot!(mana kesopananmu keon?haha).

nak tengok tak muka serial killer dekat gopeng?


sempat posing lepas sembelih...tapi saya dah basuh piso tu!qiqi wat muka comel!saya maintain ganas...hehe...


p/s:for women out there,cuba tanya lelaki dalam hidup anda,,,depa reti tak sembelih ayam ke,,,lembu ke,,,or kobau?ehehe...

Sunday, June 5, 2011

kembar zul yahya!

zul yahya ada kembar?yes!kembar dia ada kat sekolah saya.mengajar bahasa arab.


gambar zul yahya dihostkan oleh budiey.com
saya google sje...
gmbr ustaz zul tu di cropkan dr koleksi gmbar mjlh sekolah..

sama kan?tapi mereka berdua ni kembar lain bapak la...takda kena mengena pun sebenarnya...kami suka panggil ustaz zul ni ustaz zul yahya.tapi bukan depan-depan la.firstly,sebab en zulkifli ni bergelar seorang ustaz,perlu dihormati.guru bahasa arab lagi.

p/s:anda dilarang sama sekali mengopy paste gambar ustaz zul tu ye.strictly forbidden.atas sebab-sebab tertentu.terima kasih daun keladi.

Friday, June 3, 2011

baru kusedar

dah lama rupanya saya tak ambil tahu pasal perkembangan sukan.dah rasa oudated sangat dah bab-bab sukan ni.kalau dulu semua sukan saya ambil tahu.semua atlet saya nak kenal.sekarang tak ada masa nak buat semua tu.asyik-asyik kena hadap buku biology,chemistry,physics,add math etc yang menyesakkan kepala otak tu.banyak muka-muka baru yang saya tak kenal.kadang-kadang tu dekat sekolah curi jugak masa nak baca newspaper.tapi bayangkanlah ye,habis sesi persekolahan pada jam 2.25 petang.kena masuk kelas persediaan petang (prep) pada jam 3.10 petang.pada masa senggang yang tak berapa nak lama tu nak kena solat Zohor dan makan tengah hari lagi.mana nak sempat yeop.

so konklusinya di sini memang tak sempat nak baca surat khabar ye readers sekalian.hari minggu pulak sibuk nak tidur,basuh baju and so on.makinlah saya ni menyerupai katak bawah tempurung.hodoh bangat!apa-apapun,,,perkembangan sesetengah atlet tu saya tahu melalui facebook je.terutamanya.......

bryan nickson lomas....
(derek menggatal je ko keon...haha)

p/s:kawan saya yang bernama zulkamal ni telah menukar url blognye.nak ke blog dia sila klik

Thursday, June 2, 2011

acs pasti jaya

saya tak boleh tidur lagi walaupun dah masuk pagi buta ni.malam-malam macam ni teringat pulak lagu sekolah rendah dulu.mari bersama kita hayati liriknya.

sekolahku acs kampar
harapan nusa bangsa
bersih indah amalan kita
majulah sentiasa

sekolahku acs kampar
lahirkan insan mulia
kan kucurah bakti dan jasa 
itulah janji kita

keupayaan kita untuk yang tertinggi
tabahkan hati bersemangat waja
lahirkan generasi yang berguna
menjayakan wawasan

genggam harapan kuatkan semangat
tingkatkan usaha teguhkan cita
harapan kita cemerlang sentiasa
acs pasti jaya

dah besar gajah macam ni barulah saya sedar lagu ni mendalam lah jugak.apa-apapun kenangan di sekolah rendah memang superb.takkan dilupakan.saya sayang   SK METHODIST (ACS) KAMPAR selamanya.insya-Allah.


Wednesday, June 1, 2011

alkisah rokok!

hari ni saya nak share beberapa kisah pasal rokok.

alkisah 1
seorang ayah tengah bawak kereta keliling KL.oleh kerana minyak dah nak habis terpaksa bukak tingkap.takut minyak habis weyh.mati kena tolak kereta tengah-tengah pekan tu nanti.jadi si ayah pun teruskanlah perjalanan ke destinasi yang dituju.jalan punya jalan jumpa stesyen minyak.yes!apa lagi.isi minyak ar.dah isi minyak(full tank lagi) teruslah jalan lagi,ye dak?tapi si ayah kata, tutuplah tingkap tu,banyak karbon monoksida.nak tau si anak jawab hape?yang ayah dok hisap rokok tu lagi lah banyak karbon monoksida.siap hisap direct lagi.


kan dah kena.haha

alkisah 2
di malam pertama seorang perokok,dia berkata pada isteri yang baru dinikahinya.depa berdua ni kena jodoh.jadi si isteri ni tak tau sangat pun perangai si suami.dia kata cenggini 'satu benda je saya nak awak tahu.awak jangan suruh saya stop smoking.saya kenal rokok dulu baru saya kenal awak'.si isteri pun buat muka blur + pasrah je lahh.


nak buat macam mana weyh,,,dah kahwin dah pun.

alkisah 3
seorang ayah dapat tahu anaknya merokok.jadi,dia kurung anaknya di dalam satu bilik kemudian campak rokok banyak-banyak kat dalam bilik tu.then tak bagi makanan.katanya 'kamu makanlah rokok tu'.lepas tu anaknya berhenti merokok.

taubat nasuha weyh...rela tak merokok dari tak makan!

alkisah 4
seorang lelaki tengah  chil sorang2 kat satu tempat yang takde orang.sambil main gitar.otak sesak la weyh.then datang satu girl yang merupakan kawan baik.saja nak sembang-sembang.budak lelaki ni pun terus je lah smoke like 'aku peduli hape.tak kacau kau pun'.then this girl say 'kalau kau tak sayang nyawa kau,aku peduli hape.tapi aku sayang nyawa aku.kau berhenti smoke depan aku boleh tak.passive smoker macam aku lagi berisiko tinggi nak mampos daripada kau.kau tahu tak?'then this guy wonder 'apasal pulak'...this girl jawab, 'sebab ko hisap ada penapis la jugak.aku hisap asap rokok yang ko hembus tu direct kot.sape lagi bahaya sekarang.so better you stop now atau aku yang padamkan rokok tu.kau pilihlah'.lelaki tu pun padamkanlah rokoknya.

karang kena debik kang lagi naya weyh...

tahukah anda?
-passive smoker memang lebih merbahaya daripada perokok real.fakta kat atas tu bukan tipu-tipu punya.saya dah tanya cikgu bio kot.

-karbon monoksida dikeluarkan oleh asap kenderaan dan juga rokok.karbon monoksida lebih mudah bergabung dengan haemoglobin daripada oksigen.

Tuesday, May 31, 2011

gifted ke aku?

crapping one more time.haha.please bear with me.okay?

kawan-kawan kat sekolah selalu cakap kat saya cenggini.'keron,ko senanglah,tido-tido pon result gempak gak'.dalam hati saya cakap 'apa kejadahnya ko cakap result aku gempak, physics derek c je'.gempak ke cenggitu?ada jugak yang cakap saya gifted.'gifted ke aku weyh?'.

dari satu sudut lain,memang saya gifted.Allah bagi saya cukup sempurna semua pancaindera.takda satu pun cacat celanya.Alhamdulillah.saya tak buta ataupun tuli mahupun pekak.i'm also gifted with a very loving family beside me.saya juga diberikan peluang untuk menuntut ilmu di sebuah sekolah yang cukup fasiliti nye.memudahkan lagi nak belajar.suasana pun kondusif la jugak.jauh dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan,senang cakap.'dari sudut itu memang aku gifted la kawan,sama je macam korang'.tapi mesti korang akan cakap,'ko baca sekali dah boleh ingat'.yupp,saya tak nafikan kebolehan untuk scan dan ingat yang saya ada.tapi taklah sehebat imam syafie.saya boleh ingat sikit-sikit aje fakta yang telah saya baca tu.then yang lain tu,waktu under pressure je baru je dia nak teringat terutamanya waktu exam.

dari hati saya,
'korang tahu tak,
aku takut...
aku takut aku jadi riak dengan apa yang aku ada sedangkan segalanya milik Allah.
sebab tu aku tak suka korang cakap pasal hal2 gifted ni.
aku takut...sumpah aku takut.
anugerah ni sesungguhnya milik Allah semuanya.'

sorry la semua.tak pasal-pasal kena baca luahan hati insan bernama KHAIRUNNISA AR ALHAN ni.

Sunday, May 29, 2011

Dear Haffiz:Thousand Follower Bloglist


tengah syok-syok blogwalking tadi terjumpa pulak satu segmen  by bro haffiz ni.macam interesting la pulak nak join.saya pilih kategori blog pelajar pilihan.yela...saya kan masih bergelar pelajar kat i-gop ceruk nun.tapi life as a student ni gempak jugak ape.dalam blog pun,mainly saya tulis pasal student life. 

bagi yang teringin nak join sekaki,,,
klik sini...


harissa husna termizi

tak kenal?mehh saya kenalkan.dalam entry sebelum ni saya dah cakap nak kenalkan kawan saya kan?jadi di sini dengan rendah hatinya saya nak memperkenalkan readers semua dengan kawan saya tu.nama penuh dia harissa husna termizi seperti yang saya nyatakan di atas nun.tahun ni umur 17 tahun.single ke tak tanya sendiri kat dia.saya tak campur hal peribadi orang.kalau nak kenal lebih lanjut...klik kat sini atau header bawah ni...


okey readers sekalian, alang-alang saya dah buat entry ni saya nak buat pengumuman ye.dulu-dulu nama blog ni i.am.someone dan nick yang saya guna ialah phoenix.di sini saya nak bagitau, nama blog dan nick saya telah ditukar kepada khairunnisa ar alhan.kalau saya bw,,,saya tinggal jejak kat blog anda kat chatbox tu dengan nama keon alhan.ok?jumpa lagi di lain entry.



Saturday, May 28, 2011

yupp,,,aku budak choral!

well,,,sebab ni nak crapping je,,,ganti nama diri tukar jadi aku sat.

aku memang terkenal sebagai seorang perempuan yang kasar,kayu n so on yang sewaktu dengannya.nak dijadikan cerita tahun lepas aku masuk choral speaking!ya!i'm in the team.perpsepsi biasa semua orang terhadap budak choral speaking ni sudah semestinya gedix tahap extra and badan lentik liok cam kucing.well,satu pun tak de yang kena dengan perangai aku.tapi sebab seronok tengok orang berchoral speaking,aku gagahkan jugak kaki pergi audition tahun lepas.alhamdulillah,aku berjaya masuk team.setelah masuk team n jalani latihan barulah aku tahu betapa seksanya.mak ai, habis sakit pinggang dok lentok sana sini.mulut ni dah kebas nak senyum.tapi kalo tak senyum karang mati aku kena tegur ngan coach.mana idaknya, asal nama aku kena sebut je.KHAIRUNNISA!SMILE!SHOW UR WHITE TEETH!ape ke jadah?!?tapi lama2 aku dah biasa.kadang tu kalau dah penat sangat, pakat bagi senyum palsu aje.dalam team choral tahun lepas cuma ada 6 orang form 4.well,tahun ni kami sume nak spm.oleh sebab kitorang ada 6 orang je, kitorang memang rapat.walaupun hanya aku dan wani budak form 4 lama time 2,,,aku rasa macam takda beza sangat antara kitorang dengan dak form 4 yang lain walaupun diorang form 4 baru.pendek kata kitorang memang boleh ngam lahh,,,

tahun lepas,kitorang automatik pergi kebangsaan...jadi meh kita usha picca kitorang kat pahang tu,,,,

syara,aku,cha,shu,syak


cha


cha,aku,wani,syak,shu

edited....

yang kat bawah yang kena dush tu dah macam adek kitorang,,,syazwan,,,
one of the  4 boys in the team

sebenarnya pertandingan choral ni dijadualkan bulan 6 tapi tetiba diawalkan pada bulan 5.kitorang hanya sempat berlatih dalam tiga minggu!!!dan persembahan pertama kitorang depan public ialah waktu pertandingan tu.tak ke GILAK namanya?walaupun begitu kitorang manage to do our best.walaupun tak menang, kitorang tetap bersyukur sebab dapat buat yang terbaik.

tahun lepas,kitorang dapat jemputan buat persembahan waktu anugerah nilam.sumpahh enjoy gila persembahan tu sebab kitorang makin matang dalam buat persembahan.tapi sayang,waktu tu aku tak bawak cam untuk capture that moment.

then tahun ni, kitorang banyak buat persembahan kat sekolah pulak.waktu HAC dan waktu orang indon datang baru2 ni.waktu HAC tu segan gila sebab ada guys yang kutuk aku.sapa lagi kalo bukan anak pak cik bahar yang muka mintak sepak tu.aku bagi sebijik karang,lebam bijik mata satgi.mana taknya, tak pernah aku menggediX depan diorang tetiba la aku kena buat gedix-gedix depan diorang.mak SHIIIIGAN!!!yang waktu depan orang indon tu lagi aku segan.pak rajiman ar,,,gelak2 pulak!senang cakap tahun ni memang tahun malu gediX bagi aku.nasib dah form 5.haha.lepas ni aku tak mao dah buat persembahan.form 5 yang len pun sama.sume pakat nak bersara.kami nak spm weyh....apa-apapun aku tetap sayang choral team!

                                               

ni kawan aku,nama dia cha.mesti tertanya tanya sapa dia lah budak comel ni.tunggu entry seterusnya ye...

Friday, May 27, 2011

assalamualaikum semua!!!!

rasa macam dah lama gila tak update blog.dah ada sarang labah2 dah ni.cuak kot.haha.setelah dua minggu dihabiskan dengan penuh sabar dab tekun kat sbpi gopeng kat ceruk nun, akhirnya hari ni balik rumah untuk cuti dua minggu.rasa macam nak lompat tinggi2 je ni.dua minggu ni akan ku habiskan dengan aktiviti 'berfaedah' seperti tidur tak ingat dunia n tengok tv sampai lewat malam.tidur dah banyak burn dah kat sekolah.asek tidur lambat je.kat rumah ni lah masa nak balas dendam nak tidur.berteman bantal yang gebu tu,,,tilam empuk lagi.hua...bestnya.

hari tu lepas exam,hari jumaat buat kerja gila.tengok tv kat bilik rehat dari pukul 9 mlm sampai kol 2-3 pagi(oops kantoi buat jahat) and then tido je dekat bilik tv.gila syok.dahla sejuk.esoknya pulak continue buat kerja gila.tengok crta hindustan pulak.bhoothnath.tengah2 tengok tu pulak senang sangatlah ayor mata nak keluar.cerita tu pun dan2 sedih bebeno.habis kena perli ngan kawan je pasal ngobak.gila segan.senang cerita,2 hari tu muka kitoranglah kat bilik tv 2.dak2 junior pun pelik tengok form 5 tak sedar diri nak exam spm tahun ni macam kitorang.

tapi apa salahnya nak enjoy sekali-sekala kan?lepas tension sebab exam cam hampeh kali ni.bahagian sbpsk memang nak mencabar otak kali ni.gila rasa nak pecah kepala hotak.sebulan exam.soklan tahap apa punya entah.enough crapping.batery lappy dah nak abes.malaslah nak cekau charger.jumpa dalam entry seterusnya...until then...love u all readers.buat blogger yang masih bersekolah macam saya,,,happy holiday!!!

Sunday, May 1, 2011

ciri-ciri lelaki idaman saya

1.beriman dan beramal soleh


rasanya semua orang nak seseorang yang soleh untuk jadi pasangan hidup, right?begitu juga dengan saya.dalam ayat 26 surah an-Nur telah dinyatakan bahawa "...vile women are for vile men and vile men are for vile women.Good women are for good men;such are innocent of that which people say:For them is pardon and a bountiful provision..."saya sebenarnya rasa tak cukup layak untuk mendapatkan seorang lelaki yang soleh sebagai teman hidup sedangkan diri ni tak cukup baik untuk itu.i just don't deserve it.but we must always remember that the only constant is change so what do i learn is,,,it is never late for me to change towards a better woman.

2.muka macam ashraf muslim



gila demand!actually saya tak kisah sangat pasal look.hensem ke tak hensem.even waktu sekolah ni drpd 4-5 guy yang saya admire, hanya sorang je yang masuk kategori hensem.yang len yang saya minat tu bese2 je.(gatal gak sya ek).tak de lah demand sangat sampai muka pun nak macam ahraf muslim yang over hensem tu.saya tak cantik untuk lelaki yang kategori hensem cenggitu.bagi saya asal kemas cukup.tak serabai.tapi yang pasti saya sangat suka dengan lelaki yang ada innocent look.

*kadang saya wonder,,,kalau kita dah rasa yang ashraf muslim tu hensem gila...nabi yusof tu hensem mcm mne la ye?

3.own a Ferrari or Lamborghini


tak de maknanya saya nak jatuh hati dengan lelaki macam ni.haha.bagi saya, orang yang pakai kete terlebih mewah ni nak show off je(not all oke).selain tu, buat rugi duit je pakai kete macam tu...muat masuk dua orang je.tak convenient langsung.bagi saya cukuplah kalau dia own kete bese2 je.asal boleh jalan sudah, dan yang penting boleh bawak lebih daripada dua orang.

4.understanding


bagi saya, amat penting untuk dapat seseorang yang memahami kita untuk jadi pasangan hidup supaya nanti periuk belanga dalam rumah tak jadi kapal terbang kawalan jauh.melayang sana sini atau takdelah mortar meletup sana sini sesaja.jika pasangan tu memahami kalau ada masalah boleh la dibawak berbincang,,,selesai elok2...kalau tak,,,asal bergaduh aje,,,"i nak merajuk, i nak balik rumah mak i...u nak hantar ke tak?kalau tak i jalan kaki" cliche sungguh.

5.tak banyak cakap sangat but not pendiam


oleh kerana saya ni dah cukup banyak cakap, i prefer a guy who are lot more quiet from me.tapi seriously, saya tak suka sangat dengan lelaki yang pendiam gila-gila.macam sorang budak laki kelas saya tu, kalau dia tak de dalam kelas tu rasa tak de effect langsung.sebab?if he's there sekalipun, rasa macam takde.pendek kata, i want a guy who has his on effect on me.biar kalau dia takde, i feel it.kalau banyak cakap sangat pulak rasa macam nak bagi pelempang,,,bcoz bagi saya la,,,lelaki yang banyak cakap ni lagi teruk daripada perempuan yang memang originally banyak mulut.orang lelaki yang banyak cakap ni mulutnya lagi laser daripada perempuan.

6.atheletics


i don't know why but for me sportsmen are hot.(amek,,,kan dah klua ayat gatai merenyam).oleh kerana dah minat sangat tengok sports inilah padahnya.sebagai contoh, bryan nickson lomas.he is just HOT.sebab lain saya suka sportsmen...dulu2 saya teringin nak jadi sportsgirl, tapi nak buat macam mana, tak cukup berbakat.huhu.sedeyh betul.

7. ...


i don't know what is the exact word for this.but i want a guy who make me feel that i'm special.the one that make me go dup-dap-dup-dap or lup-dup-lup-dup in biology.the one that turn my leg to jelly.the one that make me feel awkward when he look at me...so do you all have the exact for this?if u do...please.......tell me...

8.bertanggungjawab


sifat ni langsung tak boleh dinafikan kepentingannya.jikalau seseorang lelaki yang menjadi ketua keluarga tu tak bertanggungjawab, memang hancur berderailah rumahtangga.dia mestilah bukan saja bertanggungjawab kepada saya(err...yucks???) but also to his parents, his job and also himself for sure.

9.loving


seorang lelaki yang penuh kasih sayang tak semestinya hari2 bagi bunga or whatsoever.cukuplah kalau dia pandai ekpresi kasih sayang dengan cara dia sendiri.bcoz seriously, saya lemah betul bab2 expressi perasaan ni.

10.supportive


pasangan hidup mestilah seorang yang supportive so that kita akan dapat kind of motivation untuk buat sesuatu.saya bercita-cita nak jadi seorang pilot and if i'm able to achieve that i seriously need a man that understand my career and support me for what i'm doing.kalau dia tak paham dan support kerja saya, seriously saya akan rasa kecewa and down gila.

okay, enough crapping.i'm only 17 and now i'm writing bout all these???(can't understand myself).but for me, it i not wrong to dream but it is wrong if we didn't strive to achieve it.apa salahnya kan?kadang2 je pun.bukan selalu.tapi sian readers yang terpaksa layan saya merepek meraban bout my dream guy.apa yang saya harapkan, satu hari nanti saya akan jumpa the guy that have all these qualities.kekadang saya tertanya-tanya, sempat ke saya nak sambung belajar,capai cita2, kahwin dan bina keluarga sendiri sedangkan dunia ni daj terlalu tua.sempat ke saya nak alami alam itu sedangkan tanda2 kiamat tu dah banyak terlihat.SEMPAT KE???

Saturday, April 30, 2011

hello there readers!!!

rasa macam dah lama gila tak update blog.hakikatnya memeng dah lama pun.duduk dkt asrama memang tak sempat langsung nak surf internet.sibuk sangat!tambah lagilah dengan penilaian macam-macam kat sekolah tu.penat!!!tak habis2 etos...dah rasa nak muntah hijau dengar perkataan tu...dan pada hr khamis yang lalu,dengan rasminya mid yr exam dah mula.setakat ni dah jawab bm and sejarah.masa jawab paper bm tu,soalan buat ayat perkataannya ialah:
  • angkut & angkut-angkut
  • kuda & kuda-kuda
  • siku & siku-siku
okay readers sekalian,
dalam 6 perkataan ni, saya pasti 3 yang dihadapan tu anda semua tahu...tapi berdasarkan survey yang telah dibuat di kalangan kengkawan saya,,,dapatlah dikonklusikan,,,ramai yang tak tahu maksud angkut-angkut tu ape...tak kurang juga dengan siku-siku dan kuda-kuda.

mari kita lihat ayat-ayat yang telah dibuat sepanjang exam bm tu ye,,,(org yg menulis dirahsiakan...haha...)
  1. Angkut-angkut itu cantik
  2. Ibu membeli angkut-angkut di pasar untuk dibuat makan malam
  3. Ibu meletakkan angkut-angkut itu di bawah pokok
  4. Saya menaiki angkut-angkut ke KL
lebih kurang beginilah ayat yang keluar.maksud sebenar angkut-angkut ialah sejenis serangga bersengat yang buat sarang dia guna batu.jadi bayangkanlah betapa larinya maksud daripada ayat2 di atas nun.kompem cikgu bm bakal tergelak guling2 plus tension sampai nak hempuk kepala kat dinding baca ayat2 sadis ni.

macam kelakarkan macam manalah ayat2 cenggini boley keluar dari students melayu....hakikatnya,,,kita rasa kita dah hebat sangat dalam bahasa ibunda kita ni sedangkan banyak lagi benda yang perlu diperbaiki sebenarnya.tapi sebab rasa diri dah bagus sangat dalam bahasa sendiri,,,latihan bm lah yang paling malas nak buat.sebenarnya,,,tak kiralah betapa kita rasa kita hebat sangat dalam sesuatu perkara kita tak boleh berhenti berusaha untuk memperbaiki diri dalam perkara itu supaya kita akan jadi lebih mahir dalam that particular field.

sebelum menutup entri pada kali ni,,,

success isn't final
failure isn't fatal
courage is what count

dalam usaha mencapai cita-cita kita tak kiralah dalam apa sekalipun, ada dugaan yang perlu kita tempuh,,,
jadi ingatlah,,,keberanian tu amatlah penting untuk lalui segalanya...

Sunday, April 3, 2011

KESUMA

kursus kepimpinan ketua rumah dan penolong ketua rumah sbp(KESUMA) peringkat kebangsaan di i-gop.
pada 26-29 mac yang lalu sbp integrasi gopeng telah menjadi tuan rumah program KESUMA.dan saya bersama lebih kurang 49 orang lagi rakan saya telah bertindak sebagai URUSETIA kesuma.

23 mac 2011(rabu)
takde prep class malam untuk semua pljr kerana semua dikehendaki membuat clearance.segala benda yang ada dekat dorm perlulah dihangkut pulang ke rumah.taklah semua sebenarnya,,,sebab dorm M5 telah ditransform menjadi stor barang2 pelajar.tapi kalo semua humban situ mana nak muat,,,ye dak???jadi yang boleh dibawak balik kenalah bawak balik.pada malam yang indah itu,,,mood saya telah di'spoil' oleh sorang budak form 4 baru.kerana apa?jangan tanya.kerana itu akan mengingatkan kembali peristiwa menyakitkan hati tu.

24 mac 2011(khamis)
~mood nak ber'poem'~
di saat semua pelajar bergembira kerana boleh balik pada hari ini,,,,
aku hanya memandang sepi ke arah jalan itu
mengharap agar dapat ku lihat wajah itu
yang menyambut gembira saat aku masuk kete...
tapi tu semua angan2 belaka,,,
sebab aku harus berbakti menjadi seorang URUSETIA KESUMA...
hua!!!!

*malam kami ada buat keje sikit,,,last touch kata orang putih(entah betoi ke idak?)

25 mac 2011(jumaat)
menyambut kedatangan kontijan dari pantai timur dan johor pada jam 5.00 ptg hinggalah pukul 2.00 pg.petang tu ada fogging di asrama.dah mula menghadap kerenah yang berbagai.sumpahh.penat.

26 mac 2011(sabtu)
pada hari ini,KESUMA bermula secara rasmi.mari kita sama2 tengok wajah2 pemimpin dari sbp2 terpilih.(saya tak mampu nak upload semua gambar)

ketibaan disambut dengan senyuman
peserta sedang memunggah barang
sila daftar ye....




kontijen sekolah saya...nampak berkaliber tak?
mckk...
perempuan,dua dari kiri,kawan saya,diyana zakuan.
antara sekolah yang menyerlah waktu kesuma...SDAR.
ssp
 
starian...

selepas pendaftaran seperti biasa,,,ada taklimat.urusetia ada taklimat dengan en zairos.lepas tu ada lah aktiviti di bilik2 yang telah ditetapkan.sebagai petugas di salah satu bilik iaitu bilik pengurusan diri,saya juga bertindak sebagai penilai.kumpulan yang saya jaga,ISMAIL.nasib korank lah dapat penilai kedeku markah macam aku...haha.hari ni saya telah mendemerit mereka atas kesalahan lambat ke perjumpaan dan tidak mengemas semula bilik setelah digunakan.hambik kao.

masalah pada hari ni,,,radio buat pasal!!!

konklusinya,balik dorm jumpa tilam landing sampai pagi.


27 mac 2011(ahad)

hari ni banyak sangat aktiviti nya.semput teman kalo nak naip satu2.tapi nak crta satu bnda yang amat menyakitkan hati.

perbincangan leadership outreach.
untuk program ni saya dan 5 orang lagi rakan URUSETIA akan pergi ke SK GOPENG,JALAN ILMU.nak dijadikan cerita,malam tu saya mintak la senarai barang yang diperlukan untuk keesokan harinya.mak ai...segala benda nak dimintaknya.laptop lah,radio lah,speker lah, sampaikan gula2 pun nak mintak kat urusetia.ingat kitorank ni doraemon ke ape?nasib baiklah malam tu ada budi bahasa lagi,maklumlah tetamu,kenalah layan baik2.tapi yang stail buat muka kerek tak puas hati tu,,,memang rasa nak lempang je...tapi lastnya,,,semua barang dapat dicari(yang relevan je lah...yang len kami tak layan)

28 mac 2011(isnin)
 leadership outreach.
~gila hati kering ko ni keron~
kenapa saya cakap diri sendiri cenggini?waktu group yang saya pantau that is abd 5 n mahathir 5 buat lawak guling2 pun,,,saya takkan tunjuk saya gelak depan depa...kenapa?nanti kantoilah saya enjoy dengan depe punya aktiviti dengan budak2 sekolah rendah tu.jadinya,,,buat muka serius memanjang.kalo nak gelak,tukar bilik pulak.begitulah seterusnya....

pada malamnya,bertugas untuk persiapan dewan sehingga 2.00 pg.waktu nak balik asrama hujan pulak.nasib baik ada cikgu hayati.TERIMA KASIH CIKGU tumpangkan kami.ha!!!lupa pulak,,,ada ceramah memperkasa pemimpin global di sbp by dato' hafsah,ceo of sme corp. yang bermula pada 9.00 mlm dan berakhir pada 12.00 malam.

29 mac2011(selasa)
 kesuma berakhir hari ini.kontijen berangkat pulang ke sekolah masing2.harapnya mereka akan berjaya memajukan sekolah masing2.

*event yang berlaku tak semuanya ditulis.phoenix tak mampu nak taip semua.ketidakpuasan hati phoenix dan teman urusetia yang lain,,,simpan sendiri je dalam hati.sebab kami tahu,,,peserta dan guru2 sekolah luar pun ada yang tak puas hati dengan prestasi dan khidmat kami.jadi 0-0 je lah ye semua....sebabnye,,,manusia kan tak sempurna...banyak kekurangannya...selaku urusetia tuan rumah,,,saya mewakili teman2 lain memohon maaf jika ada berlaku sebarang kesulitan atas kesilapan pihak kami...

Sunday, March 20, 2011

hari ni dah nak balik hostel

hua!!!rasa nak jerit kuat-kuat bagi satu dunia dengar.tak puas lagi rasanya menikmati cuti sekolah yang sungguh best ni.baru je tadi saya pulun siapkan semua homework dan kerja-kerja biro sukan.hasilnya?homework tinggal sikit je lagi yang tak c-ap dan akan dibuat kat sekolah waktu prep nanti.hehe.bout kerja biro sukan yang memang memeningkan kepala pun dah siap semuannya.SEMUANYA oke.ingat senang ke si pemalas ni nak kasi siap kerja tu.dahla buat dalam masa 2 jam setengah approximately.huh.penat gila ouh.nasib baik jumpa contoh minit mesyuarat abah.kalau tak masak teman.

di kesempatan ini, ingin saya menasihati readers sekalian agar jangan buat kerja last minute macam saya.pening kepala dibuatnya.sekarang dah pukul 4.40 pagi pun tak tidur lagi.kan menyusahkan diri sendirik tu namanya.

akhir kata,,,
jangan bertangguh ye....

Saturday, March 19, 2011

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

image

  1. Sila pilih SATU BLOG  yang palingggg korang suka dan kagumi ! Yearghhh ... Ok... ada dah ? Cun ... nanti dulu ... Sila jawab soalan soalan ini ..

    blog yang paling saya sayang  ialah blog isteri kepada the pocket rocket man@jijoe iaitu pn athiah ilyana.dulunya blog ni namanya the lovely tya.tapi sekarang ni dah tukar kepada asisul dan asthiah.

    1. Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG  dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !!

      saya suka sangat @ kagum gila dengan blog ni sebab kak tya amatlah tak lokek berkongsi cerita.tak kiralah cerita kehidupannya sebagai student atau wifey serta kisah nya dengan hubby terchenta.pendek kata kak tya ni amatlah sporting orangnya.dan kisah2 kak tya dengan dunia studinya encourage saya untuk study hard dan ikut jejak langkah kak tya study oversea.

      selain tu,dalam blog ni banyak gila gambar yang sumenye chantek2.tak lupa juga gambar kak tya and abg pocket rocket man yang sangatlah sweeeet.sangat2 sweet.dan gaya penulisan kak tya pun sempoi je.seronok bace.

      other than that(dah macam essay),siapa yang nak tengok tempat2 menarik kat australia wajib tengok blog ni.WAJIB!!!sebab dalam blog ni kak tya banyak kongsi gambar vacation dia around australia which is sangat best dan exciting.

      lagi satu,bagi yang gila sukan and suka bebenau dengan abg jijoe,,,blog kak tya memang tempat nak land and tahu update terkini hero m'sia itu sebab kak tya suka update pasal 'hubby'nya itu.dan cerita mereka semunya sangat sweet.

      the last one is,kak tya orangnya sangat gorgeous and kak tya juga pandai.architect tu.dan kak tya juga wifey yang sangat baik.

    2. Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut ! Jeng jeng jeng !!

      bukti macam manalah saya nak bagi ehh.tapi yang pasti kalau saya nampak blog ni ada en3 terbaru melalui bloglist,,,saya memang akan terus surf.yang paling tak boleh blah,,,saya akan rindu gila nak baca blog ni kalau kat hostel and bila dah balik feel like nak terus ambik lappy and surf this blog.SWEAR!

    3. Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut ??

      selama 5 bulan blogging ni lah saya ikut blog gorgeous ni.entry yang dulu2 pun saya terjah jugak sebab semuanya sangat besh.

    4. Sila ceritakan tentang blogger tersebut ..

      athiah ilyana abd samat @ tya.isteri kepada azizulhasni awang.pemegang degree architecture.pada tahun akhir kak tya ni buat projek pasal graveyard for muslim.lupa pulak,,,kak tya ni asal dari perak.ada butik kat meru point,,,butik TYAAZ.wifey yang sangat gorgeous.

    5. Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya ?

      rasanya idak.

    6. Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng ..

      -macam mana kak tya boleh kenal dengan abg jijoe.
      -macam mana kak tya boleh end up with the graveyard project idea
      -best tak duduk negara orang
      -cabaran duduk negara orang
      -apa rasanya jadi wifey kepada atlet terkenal

Friday, March 18, 2011

Raja Lawak 5

habis sudah raja lawak 5 kan.gelanggang raja lawak tahun ini menyaksikan MAN menjadi juara.tahniah kepada MAN.actually ni baru first time tengok raja lawak live.kan dok kat asrama,,,so tak berkesempatan tengok raja lawak.sebenarnya tak minat sangat pon tengok raja lawak ni,tapi sebab satu family minat tengoklah sekali.

starting with karpet lawak...
karpet lawak ni tak de la se'glam' red carpet ABPBH tapi best la jugak tengok sharifah shahira yang begitu produktif(raja lawak 5,dia pon mengandung anak ke-5) temuramah otai lawak.ramai ooo yang datang...then masuk pulak intro oleh semua peserta musim ini.best tgk intro ni...tp bila mata ternampak ada dua peserta perempuan yang pakai sexy mexy rasa ralat pulak...

then johan and zizan @ JOZAN masuk...memang bikin havoc arr diorang nieyh...memang lawaX bangat.ditambah pulak dengan JAMAL,JOE FLIZZOW and ALTIMET...lagi tambah havoc.one more thing,,,suka tengok entrance judges yang sungguh sporting belaka...kelakaw...terutamanya DAVID TEO @ RAJA PANTUN.

pasal persembahan finalis...memang lawaX...dah namanya pun raja lawak kan...mestilah lawak...yang lebih lawaX my family members argue bout who will win.siap suruh undi2 lagi...tak pernah dibuat my family member nak main undi2 nieyh...at last,,,MAN jugak yang menang.kedua R2,my dad fevret.~congrats dad~haha...and the third goes to,,,BALAS...mom sorry,,,ur team is the third...kih2.

memang layaklah pun MAN ni menang.dia mmg kelakar pun.and rasanya sume posmen dalam malaysia di undi MAN.kiddin'.

secara keseluruhannya,,,raja lawak 5 final ni best la...(jugak).

sekadar renungan,,,
mak kawan saya pernah bermadah,,,
jangan jadi pelawak sebab bila kita melawak dan buat org gelak,,,
kita buat orang lupa Allah,,,
yelah,,,siapa yang di hatinya mengingati Allah ketika gelak tak sedar diri which saya baru je buat tadi.
gelak tak ingat dunia.
kan orang selalu cakap,jangan banyak sangat gelak,kelak nanti nangis.

Thursday, March 17, 2011

erti sebuah persahabatan...

hari ni saya bukan nak cerita or what so ever.tapi saya nak share satu benda yang tetiba je muncul dalam kepala hotak yang tak berapa nak bergeliga nieyh...tadi saya tengok cerita Aloy kat tv2.Aloy ni cerita kanak-kanak.yelah sempena cuti sekolah,,,banyak lah cerita kanak-kanak.cerita Aloy ni ada lah jugak pasal frenship.semalam pulak saya tengok Budak KL,,,juga di tv2.cerita ni memang berkisar pasal frenship.

cerita kanak-kanak selalunya berkisar frenship takpun fantasi.kenapa eh?saya rasa sebab nak mengajar anak-anak kecil ni erti sebuah persahabatan.hmm...mengajar budak-budak ni nilai persahabatan.budak-budak memang menghargai persahabatan lebih daripada orang dewasa.diorang jugak lebih jujur dan tak berdusta dalam berkawan.tak macam orang besaq yang kebanyakannya tak tahu menghargai persahabatan.ada yang berkawan kerana nak kena tempias popular.ada juga nak tumpang senang and what so ever.

jadi,,,
tak ke anda rasa yang kita yang lagi tua ni yang patut diajar erti sebuah persahabatan.

p/s:ini sekadar pandangan saya.tiada maksud nak menyindir mana-mana pihak.dan saya jugak tak kata tiada persahabatan yang sejati di alam kedewasaan.cuma kurang aje...

where's the boys???

nak tengok tak rupa kelas saya tahun ni???sebelum tu saya nak kasi warning...warnanya mungkin menyilaukan mata anda okey...


where's the boys???
macam tader lelaki kan???
kelas pinky habes...
even saya yang perempuan pun dah terasa macam geli geleman at first...
lama-lama dah lali ohh...


bersama che gu mardiana yg amatlah sporting
love u che gu...
sila fokus pada lapik meja...
huhu...
betapa 'pinky'nya


sila fokus ke bhgian kanan gmbr
terlihat seorang pelajar lelaki dc2...
namanya mustaien fathurrahim


akhirnya...
nmpk jugak boys...
sbnrnya boys ade 10 org...
lagi 5 orang tu aktif sket...
gi keluar ade game ragbi...
yang 5 orang ni...
~no comment~

sekadar gambar selingan...
gambar cik phoenix(sayalah tu)
berlatar belakangkan ke'pinky'an soft board
dan juga ustaz zaki...
kih3...
~tudung sangatlah trojan...standard bagi Geng Tudung Herot(GTH)~

kelas ni best sebenarnya...sebab girls yang conquer...tapi sebab dibayangi 4KINDIGADEN'10.crew yang tersangat teramat besh itu,,,i'm still adjusting with the new classmates.tak kata kelas ni tak best oke.best ape.sonok je buli boys yang seciput itu.maklumlah 'ratio'nye kan 19:10.macam exciting kan?memang kalau kitorang mula jumpa camera,boys hanya bisa diam aje.nak bising???cepuk kang!!!macam tu je kena...haha...gambar boys tu pun setelah QiQi bermurah hati nak menyemakkan memori kameranya dengan geng kudaro itu.kudaro tu sebenarnya nama gelaran ketua kelas kami,Syazwan Baharudin@weng kudaro...sebenarnya salah satu faktor yang menyesakkan kepala duduk dalam kelas ni ialah,,,expectation cikgu yang terlalu tinggi atas kami...kami semua ni TAK PANDAI MANALAH!!!actually not kami but ME!!!tu yang buat TENSION tu...cuba kalau cikgu tak dok cakap,,,kamu kan kelas budak CHOSEN...~banyakla punya chosen...ingat lagu THE CHOSEN ONE by MAHER ZAIN ke???~mesti syok dok kelas ni...apa-apapun...AKU SAYANG KAMU SEMUA...5 KINDI'11

GIRLS POWER!!!
ooo yeah!!!

credit to:QiQi for the pic