Pages

Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Monday, July 21, 2014

Sentap Berkilo-kilo

At-Taubah, Ayat 38

Mafhumnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

Sentap. Berkilo-kilo. Enough said.

Tuesday, July 15, 2014

#PrayForGaza



#PrayForGaza
Goosebump all the way dengar lagu ni. Goosebump all the way when reading about Briged Al-Qassam.
Palestine will be FREE one day!

Atas setiap darah yang Zionis laknatullah tumpahkan, atas setiap nyawa orang yang tidak berdosa yang mereka korbankan, they'll PAY one day.


Pada yang masih kurang jelas pasal Briged Al Qassam ni boleh baca kat sini
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2014/07/briged-al-qassam-untuk-dummies.html

Aku pun dulu mana tahu, baca kat blog APG ni lah.

Saturday, June 28, 2014

ahlan wasahlan ya ramadhan kareem



Jom! Ihya' ramadhan kita! Menghidupkan ramadhan kita dengan amal-amal baik. Lipat gandakan semuanya. :)

Saturday, June 21, 2014

Birthday: A Reflection

Dah 20 tahun. :O
Dah masuk dua-puluh-an.
Dah dewasa. Eh yeke?

Berapa jauh lagi dari mencapai kejayaan di dunia?
Berapa jauh lagi nak gapai cita-cita?
Berapa jauh lagi nak menapak?

Kalau aku mati, husnul khatimah kah?
Dah 20 tahun kot hidup. Dah 20 tahun Allah bagi peluang untuk abdikan diri beribadat pada Dia, berbakti pada agama, berbakti pada ibu apa. Takat mana aku lunaskan tanggungjawab aku sebagai hamba Dia, umat Nabi Muhammad, anak, kakak, adik, kawan dan seorang Muslim? 

Apa yang aku dah buat selama dua-puluh-tahun?

Berapa banyak yang sia-sia. Berapa banyak yang dihitung sebagai pahala dan berapa pulak ditakrifkan sebagai dosa?

Kau tahu kenapa aku tak sanggup berlebihan sambut hari lahir?

Sebab sepatutnya, hari lahir mengingatkan kita kepada mati. 

Ustaz matrik waktu bagi ceramah kat sekolah dulu, dia kata, makin tua, maknanya apa? makin kuranglah masa kita di atas muka bumi. 

Maka, manakah layaknya kita terlalu bergembira di hari yang sepatutnya kita mengingati mati. Hari yang patutnya kita duduk refleksi diri.

Ini sekadar pandangan aku. Aku tak kata sambut birthday salah. LANGSUNG tak. 

Cumanya bukankah elok kalau kita dapat reflek sikit diri. Aite?

The best birthday present selama aku hidup, adalah satu keratan akhbar, artikel tentang 10 Muharram dari abah. Sebab kalau ikutkan tarikh Islam, birthday aku 10 Muharram. 


Tuesday, July 9, 2013

ahlan wasahlan ya ramadhan kareem.

target ramadhan kali ini:

harus diingatkan, target tu letak biar yang kita boleh capai. hangpa tengok list aku ni yang aku rasa aku boleh capai. karang aku letak yang tak boleh aku capai aku yang frust tertonggeng nanti. 

1) solat 5 waktu jangan tinggal. 
dan laksanakan tanpa bertangguh. kalau ada kelas lain cerita dia.

2) al-Quran 5 paling kurang muka satu hari. 
jangan nak kejar muka surat sangat sampai bacaan haru biru. target utama nak perbetul balik bacaan, tajwid makhraj apa semua. jangan kejar muka, kejar kualiti. kuantiti tu kalau sempat boleh.

3) al-ma'thurat pagi and petang paling kurang sekali seminggu.
yang ni dah tinggal lama sangat. sapa suruh jadi manusia leka. dulu kat sekolah dah elok dah belajar apa semua lepas tu habis, tinggal. bagus sangat perangai.

4) al-waqiah/as-sajadah lepas subuh, ad-dukhaan lepas asar, al-mulk lepas terawih.
yang ni pun dah tinggal lama. sapa suruh jadi manusia leka. ayat seperti skema item no 3.

5) hafal balik juz amma.
manusia mudah lupa. tapi hang ni lupa tahap kronik wahai khairunnisa. juz amma pun hafalan hancur berderai. makanya, kena perelok hafalan untuk yang dah hafal, dan hafal balik yang dah lupa.

6) kurangkan bercakap tentang orang.
mengurangkan pahala. dapat dosa. orang yang dicakapkan tu elok je hidup bahagia. ingat tu!

7) mengurangkan masa dengan internet.
ni paling utama. dengan mengurangkan masa dengan internet (by saying that, i mean, mengurangkan masa dengan social networks, ie: burung berkicau, buku biru, instakilo. nokharom kalau buat esemen tak refer internet masak aku) maka masa untuk benda-benda lain yang lebih berfaedah lagi membuahkan pahala dapat dibuat.

8) infaq
jangan kedekut. orang yang kedekut ni rezeki dia tara tu je lah. tak berkembang. lebih kita memberi, lagi banyak kita akan terima in return. ingat tu!

okey. dah-dah tu. karang letak banyak-banyak tak tercapai aku yang frust.

yang penting, aku harap, saat aku keluar dari ramadhan kali ini nanti, aku jadi insan yang lebih baik. sebab orang yang masuk dan keluar dari ramadhan tapi masih sama, sesungguhnya rugi.

moga lepas tu aku dapat istiqamah. 

Allah, beri aku kekuatan. 

nahh. layan lagu ramadhan paling feeling bagi aku!


Monday, April 29, 2013

refleksinya atas diri.

kalau suruhan Tuhan pun kita lengahkan
apa lagi kalau disuruh manusia

kalau 'date' dengan Tuhan pun kita lambat
apatah lagi kalau berjanji dengan manusia

kalau hubungan kita dengan sang Khaliq pun renggang
macam mana kita nak jaga hubungan dengan manusia

aku jadi terfikir.
macam mana kita jaga hubungan kita dengan Allah
macam mana attitude kita dalam menjalankan perintah dia
akan reflek pada diri kita balik

buruk hubungan kita dengan Dia
buruklah hubungan kita dengan manusia dan seisi alam ini

sebab Allah lindung hamba Dia yang sentiasa mendekatkan diri padaNya.

Allah.
banyak sudah aku leka
bila urusan hidup selalu saja tak kena
mesti ada silap kat mana-mana

silap aku
banyak
di mana-mana sahaja

Tuhan,
beri aku kekuatan
untuk tampal mana yang kurang.
untuk betul mana yang salah

Sunday, April 21, 2013

atas segalanya, ya Rabb.

sayu menjengah hati.
siapa diri ini dari pandangan Ilahi?

atas segala apa yang aku kerjakan.
dengan segala khilaf yang aku buat.
sepanjang aku meminjam udara Dia untuk bernafas.

atas segala nikmat yang Dia beri.
tapi aku sering lupa mengucap kembali rasa syukur.
sepanjang aku berjalan di bumi Dia ini.

atas segala bicara celaka dan sia-sia yang aku ungkap.
yang Dia kata jangan, aku cabar dengan perbuatan aku.
sepanjang aku menikmati indah bumi ciptaanNya.

Allah. 
aku sering salah langkah.
aku sering lupa dan alpa.

wahai Tuhan yang maha membolak-balikkan hati.
selagi mana aku bernafas dengan udaraMu, melangkah di atas bumi ciptaanMu, menikmati indah di alam yang fana ni, ya Rabb.
aku mohon Kau tetapkan hati aku di jalanMu.

jangan kau jadikan aku hamba yang alpa.
hamba yang Kau murka.
kerna murkaMu terlalu pedih untuk digambar, apa lagi untuk aku lalui.

Friday, March 15, 2013

Palit-palit dosa

Apa yang kau banggakan
Saat kau kotorkan apa yang suci

Apa yang kau mahukan?
Kebanggaan?
Banggakah bila orang lihat kekotoran yang engkau tunjukkan.
?

Hairan aku dibuatnya.
Melihat karenah manusia yang pelik-pelik semuanya.

Hendak aku biarkan, terasa macam hipokrit.
Hendak aku tegur pula, iman sendiri belum kuat rasanya.

Akhirnya, aku doa sahaja.
Moga Allah tunjuk pada engkau-engkau semua.

Anugerah Allah yang satu itu suci. Jangan kau cemari dengan kekotoran yang didorong hawa nafsu serakah engkau.

P/S: aku bukan sempurna. Aku juga pendosa. Peringatan ini peringatan untuk aku dan kamu-kamu yang befikir jua.

Wednesday, March 6, 2013

Makanan Jiwa

Jiwa kita reti juga bahasa lapar dan dahaga.
Jiwa kita tak kenyang dengan nasi ayam, laksa, tomyam dan sebagainya.
Jiwa ni halus, makanan dia pun halus jua.
Solat (yang wajib dan sunat), baca al-Quran, qiamullail, zikir, ingat mati, berukhuwwah.
InsyaAllah jiwa kenyang dan bahagia :D

p/s: peringatan pendek untuk diri sendiri yang lately sibuk sangat hal dunia, sampai akhirat aku tak tertakcle. haish.

Monday, February 11, 2013

Ujian

Allah bagi ujian supaya kita tak leka.
Allah bagi ujian supaya kita sedar apa yang kita punya.
Allah bagi ujian supaya kita tahu yang di dunia ni sifatnya sementara.
Ujian takkan berhenti kunjung hidup kita. Mohon pada Allah, beri kekuatan untuk melepasi. Mohon juga diberi kesabaran untuk kekal berdiri.
Andai jatuh, bangkit.
Biarpun perit, cuba.
Andai tak mampu, rehat sebentar dan cuba kembali.
Bila dah berdiri, jangan lupa diri.
Ingat apa yang pernah dilalui.

Saturday, November 24, 2012

Lupa

Kita memang sering lupa. Kita semua memang sering alpa.


Tuesday, November 20, 2012

Nasihat

Pertamanya, jawab soalan-soalan ini.

1) Adakah kau seorang Muslim?
2) Adakah kau seorang Mukmin?
3) Adakah kau seorang yang a'alim?
4) Adakah kau tahu persis segala firman Allah dalam al-Furqan?
5) Adakah engkau seorang yang faham benar hadis Rasulullah?
6) Sudah cukupkah ilmu di dada engkau?
7) Sudah sempurnakan dirimu sebagai seorang Islam?
8) Sudah sempurnakah solatmu? Ibadah-ibadah lain?
9) Sudahkah engkau siap untuk mati?

Jawapan kepada soalan-soalan ini, jawablah dengan hati, jawablah supaya kita tahu siapa kita, supaya kita sedar di mana darjat kita.

Dan aku pasti, setiap daripada kita pernah berasa, 'Layakkah aku memberi nasihat pada orang lain, sedangkan aku sendiri masih lagi tidak sempurna?'

Permasalahannya, adakah manusia biasa seperti kita yang sempurna? Jawabnya, TIDAK! Kita tidak perlu menunggu diri kita ini sudah a'alim barulah kita boleh menegur khilaf orang lain. Kerana hakikatnya manusia itu sifatnya mudah lalai dan kita amat perlu pada nasihat, peringatan. Kadang-kadang orang yang berilmu itu sendiri lebih senang menjauh daripada landasan kerana ketahuilah, godaan pada mereka-mereka ini lebih kuat.

'Kalau orang yang kita nasihat tu balas balik, ingat kau baik sangat?!?'

Well, you have done what you can! You have done what you have to do! You have done your responsibility as a good Muslim. You have done amar ma'ruf nahi mungkar. Isn't it good enough?

Ketahuilah, dimaki dicaci itu memang lumrah kalau kita ni di medan dakwah. Biarlah duri tu menusuk hati sekalipun kat dunia, kat akhirat tu lebih utama. Nak ganjaran dari Allah kan kat akhirat nanti?

Aku tulis ini supaya aku sendiri memotivasikan diri aku untuk menjalankan perintahNya. Jangan pernah takut memberi nasihat, teguran, peringatan pada orang lain.

Dan jangan pernah lupa untuk perbaiki diri sendiri juga. Moga apa yang kita beri pada orang, tempiasnya ada jugak lah pada kita kan. insyaAllah.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Selalulah ingat ayat ni supaya kita tak lupa apabila kita nasihatkan orang kita sendiri perlu juga berusaha memperbaiki diri sendiri.

Wallahua'lam.

Saturday, June 23, 2012

"Yes, We Wear Head Tents"

thumbs up for you ukhti..!this video is nice!



and  this one too :D

kun fayakun

gambar ehsan mr google
kalau Allah kata jadi,maka jadilah, begitu juga sebaliknya.sebaik mana pun perancangan kita, kalau Allah tak izinkan memang takkan jadi jugak benda tu.kata orang,manusia hanya mampu merancang,tapi pada akhirnya Allah yang menentukan segalanya.

sebagai hamba, apabila kita rasa yang perancangan kita semua dah okey, complete, lengkap, semua lah kan, jangan lupa doa moga perancangan kita tu diredhai Allah.moga segalanya berjalan lancar tanpa masalah.

TETAPI!
katakanlah yang apa yang kita rancang tak menjadi, maka ingatlah yang Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.jangan pula kita berasa terlalu kecewa kerana insya-Allah ianya menjadi pengajaran supaya dalam membuat perancangan untuk sesuatu yang lain kita akan jadi lebih berhati-hati.

PENTINGNYA,terima qada' dan qadar Allah.mungkin kalau apa yang kita rancang tu comes true, banyak masalah yang akan timbul.sesungguhnya apa yang Allah dah atur, itulah yang terbaik untuk kemaslahatan manusia.ye dak?

satu lagi,
apabila sesuatu plan tak menjadi, sebenarnya menunjukkan betapa pentingnya plan B yang betul-betul untuk urgent moment punya!tak kiralah plan tu secikai mana pun, asalkan ada.pendek kata,kita kena bersedia untuk sebarang posibiliti yang ada.tak kiralah yang baik, mahupun yang buruk.

gambar ehsan cartoonstock
plan B pon tak jalan? #facepalm kejap.

gambar ehsan mr google

just a song sharing!kalau aku rasa down apabila sesuatu yang aku plan@inginkan tak jadi aku suka layan lagu ni..meleleh air mata aku ni hah kalau betul-betul aku tengah tension memikirkan sesuatu.


p/s: penat aku cari mtv dia yg sebenar kat utube namun tiada lah pula..

#hidup kita ni memang penuh dengan dugaan.nak ketenangan?tak perlu nak ke laut bagai, konon nak menikmati pemandangan.tikar sejadah lah sepatutnya yang kita bentang...

#la takhaf wa la tahzan innallaha maana-jangan takut dan jangan sedih.sesungguhnya Allah bersama kita :)

Thursday, June 21, 2012

bicara kata

manis bicara indah tutur kata
tak seindah rupa pengertiannya
lembutnya lidah mengata nista
lidah yang tiada bertulang mengadu domba 
serta menfitnah sesama saudara
-bicara kata by in-team-

hakikatnya sekarang ni bukan lidah je yang jadi medium untuk mengata, mengumpat, menfitnah etc.social network macam facebook, twitter and even blog pun orang salah gunakan dengan menyebar benda yang tak baik dan sebagainya.

aku sendiri akui yang aku pernah secara tak sengaja memalukan orang guna laman sosial ni.sebenarnya takde niat walau sebesar zarah sekalipun.cuma kadang-kadang benda yang kita anggap gurauan adalah offensive bagi orang lain.yelah, lain orang lain cara dia fikir, lain orang lain tahap defensive nya.kata orang, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasa,terlanjur taip haih,,,sendiri dapat padahnya.

sebab tu, apa-apa pun yang kita nak buat tu kena fikir dulu.apa baik dan buruknya.terasa ke orang tu nanti,benda tu memalukan ke tak.banyak benda kena timbang tara sebenarnya,tapi sebab perangai aku yang fikir tak panjang terus buatlah yang menyebabkan aku selalu menyakitkan hati orang tanpa aku sengajakan.

hari ini, aku ingin belajar dari kesilapa.agar takde sesiapa yang perlu rasai torehan kat hati *hiperbola* gara-gara tulisan or kata-kata aku.

sometimes, aku rasa nak jadi pendiam.senang.tak kacau orang.at least boleh mengelakkan diri daripada cakap benda yang tak berfaedah dan bawa dosa pulak pada diri yang memang tak terhitung dah rasanya dosa yang aku buat.

plus, SILENCE IS GOLD kan?

Tuesday, May 29, 2012

ingatlah wahai diri sendiri!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau itu hamba Allah,
tapi suruhanNya masih lagi belum lengkap kau buat!
laranganNya pulak sedap-sedap kau langgar.
al-Quran ada ke kau baca dan fahami hari-hari macam kau mengadap internet bukan main lama?
ada kau bangun qiam?
ada kau buat solat hajat?
ada kau buat solat taubat?
sedangkan kau tu hina!banyak dosa!
sudah cukupkah cinta kau padaNya?
jangan lupa,
setiap gerak kau Dia perhati,
tiap amalan kau akan dihisab kat padang mahsyar nanti.

ingatlah wahai diri sendiri,
kau tu umat Nabi Muhammad,
tapi ada ke kau ingat nak berselawat?
ada ke kau buat sunnah baginda?
ada kau ingat pengorbanan baginda?
ini tak?tengok drama teriak bagai nak rak!baca sirah Rasulullah tak nak!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau tu seorang anak,
cukup sudahkah kasih kau pada mak ayah?
kau rasa kau dah balas ke jasa mereka yang bersusah payah membesarkan kau?
belum?tapi apa yang kau buat?
kau bukannya menolong, tapi menambah pening kepala mak ayah!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau itu ada ada beradik,
tapi kau gagal sayang dan layan mereka selayaknya!
berjaya ke kau tunjuk contoh yang baik pada mereka?

ingatlah wahai diri sendiri,
kau ada saudara sesama islam,
apa yang kau buat untuk bantu diorang yang merana?
kau makan kenyang-kenyang,
kau lupa ada yang kelaparan!
kau duduk senang lenang,
kau lupa mereka kat sana duduk tak tenang!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau tu seorang pelajar,
tapi belajar malas nokharom!
masuk kelas kalau boleh nak terbongkang!

ingatlah wahai diri sendiri!

Saturday, February 4, 2012

carilah!

tidak kiralah sejahat mana kita atau sejahil mana kita dalam kehidupan,jangan pernah kita nafikan yang ada satu sudut hati kita yang inginkan perubahan menuju kebaikan.jujurnya telah ku temui ruang itu di hati ini,namun aku tiada kekuatan untuk melakukan perubahan.aku masih belum cukup kuat.aku sendiri buntu.bagaimana caranya untuk aku raih secebis kekuatan.

p/s:entry ini sekadar luahan hati untuk ku raih sedikit kelegaan...

Saturday, January 28, 2012

ko ingat ko hebat sangat?!?!



marilah kita sama-sama muhasabah diri.kita ni hamba Allah yang banyak dosa.

Tuhanku,bantulah hambaMu
Mogaku tahu,aku milikMu
Dalam setiap amalanku
Banyak ku melupaiMu
Maafkan aku oh Tuhanku

Ku tak punya apa
Segalanya dariMu
Moga Kau mendengar rintihanku
Terimalah taubatku , oh Tuhanku

Ya Allah!

p/s:aku terjah blog miss beeka tadi.alah kawan aku yang cute tu.terjumpa video ni.untuk renungan bersama.moga kita akan jadi hamba yang lebih MANTOPP!insya-Allah...

Saturday, January 7, 2012

renungilah wahai puteri,,,

sebuah lagu nasyid berjudul puteri solehah,

wahai puteri lihat nun di sana
islam mu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu
tertunggu-tunggu mujahid baru
kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi mujahidah sejati


namun ingat puteri
ilmu perlu dicari
buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
pemimpin diri dari toghut dibenci
tuntulah seikhlas hati


wahai puteri kau muslimah sejati
teguhkan iman taqwamu dihati
perjuanganmu syariat diburui
amalmu menjadi bukti
sabarmu dikagumi -Allah
pasrah pada Ilahi-Allah
redha menghadapi bina Rabbul Izzati
usah ditangisi takdir yang telah pergi
perjuanganmu kan disanjungi

puteri solehah mujahidah ansarullah
berbekal iman taqwa amal dan ihsan
berilmu beramal beriman berjuang
berkorban akan
islam kan gemilang
bersama puteri islam takkan sepi
subur disirami harum mewangi
wahai puteri kau muslimah sejati

lagu ini menjadi nasyid tema bagi liqa' ilmi di sekolah aku dulu.liqa' ilim ni majlis ilmu yang dilaksanakan di surau waktu guys pergi solat jumaat.hayati dan renungilah dirimu wahai puteri...

Monday, June 20, 2011

bila masa di dunia semakin singkat...

semakin lama kita dah hidup kat dunia ni,maknanya semakin singkatlah masa yang tinggal untuk kita bernafas di atas bumi Allah ini.saya selalu ingat ceramah seorang ustaz Matrikulasi Gopeng yang dijemput memberi ceramah di sekolah saya.ustaz tu cakap,kita selalu nyayi selamat hari jadi but it should be selamat hari mati.sebab sepatutnya kita sedar hari kita kat dunia ni makin berkurang bukan makin bertambah dengan bertambahnya umur.

jadi,dengan bertambahnya umur,kita perlulah melipatgandakan ibadah kerana masa nyawa kita dicabut malaikat Izrail sudah makin hampir.

i'm 17 today dan saya takut memikirkan hakikat yang masa saya di dunia semakin singkat kerana menyedari hakikat yang ilmu dan amal yang dikutip masih belum cukup untuk menjadi bekalan saya bertemu Allah di akhirat.