Monday, November 26, 2012

DUNIA

Bila urusan dunia itu melelahkan,
Aku terasa ingin berehat sebentar.

Dan bila hal dunia itu meresahkan,
Aku terasa ingin lari dari segalanya.

Dan bila kerja dunia itu melemaskan,
Aku terasa ingin menjauh darinya.

Dan bila segalanya terasa begitu serabut.
Aku terasa ingin terbang ke awan, tinggal semua.

Namun hakikatnya,
Aku tak boleh.
Aku tak boleh tinggalkan.
Semua itu tanggungjawab yang aku perlu pikul.
Amanah itu amanah.
Tak kiralah keadaan itu segenting mana.


Saturday, November 24, 2012

Lupa

Kita memang sering lupa. Kita semua memang sering alpa.


Friday, November 23, 2012

CARA

Semua orang tengah kecoh pasal isu boikot memboikot ni sekarang. Dan kini aku berasa terpanggil untuk memberikan pandangan aku pula. *ayat skematik elektronik tak boleh blah tui tui*

Pertamanya, ingin aku nyatakan yang ini pandangan aku, dari sudut pandangan depan belakang tepi kiri kanan aku. So, kalau bercanggah dengan korang tu, tak bermakna aku betul dan tak bermakna korang punya pulak betul. Everybody have their own opinion from their perspective and have a little respect for that. If you don't agree with someone's opinion, janganlah dok bom bam sana berkelahi, the difference is for us to tackle with discussion, a calm one. Bukannya berkelahi macam budak-budak tak cukup umur. Grow up everybody. Bukan setakat badan je kena besar, tapi minda tu minda! cuba jadi matang!

*Okey panjang pulak lah intro aku -.-'*

Masuk kepada parking lot topik perbincangan kita kembali. *Pengerusi Forum Remaja Hal Ehwal Dunia. Ehh*

Pada aku, beza antara kita memberi respon pada isu ini adalah CARA. Cara berfikir, cara bertindak dan cara kita menilai diri kita sendiri sebenarnya.

Cara berfikir
"Apa rasional boikot-boikot ni?" 
"Macam mana pulak boikot ni boleh bantu our brothers and sisters in Gaza?"
"Tak ke boikot ni affect our people jugak? All those yang kerja dekat McDonalds?"
"Apa lagi yang boleh kita buat selain daripada boikot?"

I'm not quite sure what other questions that may come out in our mind. These is what can I list right now. *a littleeeee bit blur hari ni (sebenarnya hari-hari. heh.)*

Oh yeah, people thinking are different. Again. Memanglah difference yang mencorakkan dunia :)

Cara bertindak
Ada yang rasa dia mampu boikot. Maka dia boikot. Dia rasa tak ada dah benda lain yang dia boleh tolong. Jadi dia tolong dengan cara memboikot. Sekurang-kurangnya dia dah usaha betul?

Ada yang rasa, aku mampu sedekah duit untuk orang-orang di sana, maka dia sedekah duit.

Sesetengah yang lainnya pula, menghantar doa kepada saudara-saudara di sana sebagai satu usaha membantu mereka yang mempertahankan bumi anbiya' itu.

Satu je yang aku dapat kata kat sini, bertindak semampu kita, berusaha lebih keras daripada upaya kita untuk membantu mereka.

Dan sebagai seorang manusia yang hidup bermasyarakat, sila sila dan SILA hormati cara orang. tak perlu rasanya nak bash bash orang yang nak boikot. sebab dia rasa dia mampu tolong macam tu. dan yang memboikot tak perlu lah nak kutuk orang yang tak boikot pulak janganlah pandang yang tak boikot tu dengan pandangan keji pulak. Mungkin mereka rasa ada cara lain yang mereka boleh bantu saudara-saudara kita di Gaza itu.

Satu yang kita sama-sama WAJIB buat adalah, DOA DOA dan TERUS BERDOA untuk mereka. untuk keamanan di sana. sudah terlalu lama bumi anbiya' itu dicemari dengan aniaya ZIONIS laknatullah.

Cara kita menilai diri sendiri
Macam mana aku boleh tolong? Apa yang mampu aku buat? Apa yang mampu aku sumbangkan? Apa aku nak jawab depan Allah kalau Allah tanya apa yang aku buat untuk tolong rakyat di sana?

Kalau rasa mampu, kirim lah wang ke sana.
Kalau rasa mampu berjuang di tanah anbiya' itu dan kau punya kepakaran, joinlah misi keamanan. sekarang ni dah ada banyak sangat channel.
Kalau rasa mampu boikot, boikot. Tapi bukan McD je sebenarnya produk yahudi. Ada banyak lagi. Kalau rasa mampu, mujahadahlah diri dengan menghindari produk-produk itu.

Paling last sekali ni, aku tak mau tulis kalau,
KENA berdoa untuk mereka di sana. DOA lah untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Kalau tahu, baca qunut nazilah. Kalau tak tahu belajar. *Aku ni pun tak mula lagi hafal :'( Yukkkk kita sama-sama!)

Aku sendiri sedang mencabar kemampuan aku. Boikot McD is not really a problem for me sebab aku baru je makan McD dalam 7 kali. Yeahhh aku boleh kira okeyyy. Sebab bapak aku memang tak biasakan fast food dari kecik.

Jom kita buat apa yang kita MAMPU. dan ingat. kita BOLEH CABAR kemampuan kita!

#PrayForGaza.




I was like this when i watch this video -----> :O

Tuesday, November 20, 2012

Realiti

Dekat dorm,
Ada lipas. Semua orang jerit. Semua orang lari. Semua orang gelabah. Ada jugak yang sampai nak menangis. Maka aku keliru, macam mana aku nak react ni? Lepas tu, semua pandang aku dengan muka cuak tu then kata 'Nisa, tolong bunuh lipas tu CEPAT!'. Aku apa lagi, capai penyapu katok je lah lipas tu.

Realitinya, aku nak ikut jerit sekali, tapi kalau dah semua buat macam tu lepas tu buat muka mengharap suruh aku bunuhkan lipas tu apa yang aku boleh buat?

Dekat lobi sekolah,
Tengok TV. Time tu tiba-tiba hujan lebat. Dah lama dah ni, masa tu tengah tengok cerita Nur Kasih. Biasalah budak asrama kan. Tengok ramai-ramai kat block academic sebab kat asrama TV rosak. Haduii. Biarpun hujan lebat gagahkan juga pergi sekolah nak tengok. Lepas tu, tengah tengok DUMM. petir. then, TUPP black out satu sekolah. *macam tu ke bunyi black out?*. Girls yang lain dah gelabah. Aku pun sebenarnya. Lepas tu, semua cakap 'Keron aku takutt. Jom lahh balik' .Lepas tu paut lengan aku. Aku pun jalanlah dengan pautan-pautan kat lengan tu tuju balik asrama.

Realitinya, aku takut. Tapi diorang-diorang dah cukup takut untuk 'orang seperti aku' ikut takut sekali. Apa yang mampu aku buat. Teruskan.

Dekat kelas,
Kerja sekolah tak siap. Ada jugak lah yang lain pun tak siap. Tapi yang perempuan aku sorang je. *selalunya*. Dan aku cuak. Gelabah. Takut. Tapi semua orang kata, 'Relaxnya ko Keron'. Woii. Dalam hati aku, cuak dah rasa macam apa kau tahu! *Well, dalam hati je lah aku cakap* Jadi, apa yang aku buat adalah menyelesaikan segalanya dengan tenang *walaupun dalam hati berombak* 

Realitinya, aku rasa nak menjerit, meraung, menangis je macam girls lain buat kalau dah tension sangat. Tapi 'orang seperti aku' bukan begitu. Orang seperti aku bertindak setenang mana yang boleh.

Hakikatnya, aku jadi berani bukan sebab aku memang berani. Tapi aku beranikan diri sebab orang lihat aku sebagai orang yang berani hanya kerana kelakuan aku yang kasar. Kalau aku ikut jadi penakut, siapa yang konon nak jadi saviour? *kekeke*

Hakikatnya, aku tak setenang itu. Tapi aku tenangkan hati aku sebab orang lihat aku sebegitu. Kalau aku ikut gelabah, siapa pulak yang cikgu nak marah sebab kerja tak siap. *Ehh?*

Dan hakikatnya sifat itu bukan sifat semulajadi yang ada dalam diri aku, tapi kerana aku pupuk. 

Aku pupuk sebab aku tahu aku perlu. Dan yang pastinya kali ini bukan kerana orang lihat aku sebegitu tetapi sebab aku tahu aku tak sanggup hidup sebagai seorang yang penakut dan gelabah.

TABAH

Buat sahabatku Izni,

Sahabat,
Kalau aku kata aku faham perasaan kau, maka aku bohong. Sebab aku tak pernah lalui apa yang kau lalui, maka aku tidak tahu persis apa yang kau rasa.

Tapi sahabat,
Aku mampu kata aku rasa tempiasnya. Begitu sekali dugaan yang kau tempuh. Aku tahu kau kuat orangnya, dan aku harap kau terus kuat.

Percayalah sahabat,
Aku dan sahabat-sahabat yang lain semua di belakang kau. Mana yang boleh kami bantu insyaAllah sedaya upaya kami bantu.

Sahabat,
Aku tahu kau mesti sedih sekarang dan aku tahu rasa itu takkan pernah hilang sekalipun namun

La Takhaf Wa La Tahzan, Innallahamaana !!!

Semoga kau dapat lalui saat-saat getir ini dengan penuh ketabahan KAWAN,SAHABAT dan TEMANKU

Ingatlah, kau tak pernah sendiri. :')

Dan aku tujukan lagu ini buatmu sahabatku! Aku sayang kau. Kitorang semua sayang kau.

Nasihat

Pertamanya, jawab soalan-soalan ini.

1) Adakah kau seorang Muslim?
2) Adakah kau seorang Mukmin?
3) Adakah kau seorang yang a'alim?
4) Adakah kau tahu persis segala firman Allah dalam al-Furqan?
5) Adakah engkau seorang yang faham benar hadis Rasulullah?
6) Sudah cukupkah ilmu di dada engkau?
7) Sudah sempurnakan dirimu sebagai seorang Islam?
8) Sudah sempurnakah solatmu? Ibadah-ibadah lain?
9) Sudahkah engkau siap untuk mati?

Jawapan kepada soalan-soalan ini, jawablah dengan hati, jawablah supaya kita tahu siapa kita, supaya kita sedar di mana darjat kita.

Dan aku pasti, setiap daripada kita pernah berasa, 'Layakkah aku memberi nasihat pada orang lain, sedangkan aku sendiri masih lagi tidak sempurna?'

Permasalahannya, adakah manusia biasa seperti kita yang sempurna? Jawabnya, TIDAK! Kita tidak perlu menunggu diri kita ini sudah a'alim barulah kita boleh menegur khilaf orang lain. Kerana hakikatnya manusia itu sifatnya mudah lalai dan kita amat perlu pada nasihat, peringatan. Kadang-kadang orang yang berilmu itu sendiri lebih senang menjauh daripada landasan kerana ketahuilah, godaan pada mereka-mereka ini lebih kuat.

'Kalau orang yang kita nasihat tu balas balik, ingat kau baik sangat?!?'

Well, you have done what you can! You have done what you have to do! You have done your responsibility as a good Muslim. You have done amar ma'ruf nahi mungkar. Isn't it good enough?

Ketahuilah, dimaki dicaci itu memang lumrah kalau kita ni di medan dakwah. Biarlah duri tu menusuk hati sekalipun kat dunia, kat akhirat tu lebih utama. Nak ganjaran dari Allah kan kat akhirat nanti?

Aku tulis ini supaya aku sendiri memotivasikan diri aku untuk menjalankan perintahNya. Jangan pernah takut memberi nasihat, teguran, peringatan pada orang lain.

Dan jangan pernah lupa untuk perbaiki diri sendiri juga. Moga apa yang kita beri pada orang, tempiasnya ada jugak lah pada kita kan. insyaAllah.

"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)

Selalulah ingat ayat ni supaya kita tak lupa apabila kita nasihatkan orang kita sendiri perlu juga berusaha memperbaiki diri sendiri.

Wallahua'lam.

Thursday, November 8, 2012

Harapan

Suatu ketika dahulu, harapan aku adalah ingin menjadi seorang juruterbang *yang berdedikasi*. Aku tidak peduli sama ada juruterbang komersial ataupun juruterbang tentera asalkan aku dapat terbang tinggi menerjah awan di atas sana. Dengan semangat yang setinggi gunung *kinabalu*, berbekalkan harapan yang sebesar gajah *apakah?*, aku selalu membuat kajian tentang kerjaya itu. Tidak lupa juga, aku selalu mencari maklumat di Internet tentang perjalanan untuk menjadi seorang juruterbang supaya aku dapat mencapainya suatu hari nanti. Minat aku semakin bertambah apabila sebuah sekolah penerbangan mengadakan sesi ceramah di sekolah aku. *berkobar-kobar bak hang* Apa yang disampaikan membuatkan segalanya nampak mudah. Perjalanan menjadi seorang juruterbang nampak begitu senang. Namun, hakikatnya bukan semudah yang disangkakan. Kerana minat yang mendalam itu jugalah, aku tidak pernah lupa mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan kerjaya idaman ku ini. Pun begitu, segala-galanya mengecewakan  hati aku. 'Permintaan yang kurang, lambakan kadet juruterbang, industri hanya akan berkembang dalam 10-20 tahun lagi' *berdasarkan apa yang aku bacalah* Lastnya, aku tinggalkan cita-cita aku *dalam arkib hidup aku* dan move on pada cita-cita seterusnya.

Setelah aku tinggalkan cita-cita aku dan bercadang untuk membuka lembaran baru, kerjaya beruniform aka askar menjadi pilihan aku. Sebab yang paling utama adalah aku sukakan uniform. Ketahuilah, lain perasaannya apabila aku menyarung uniform ke tubuhku *yang slim.kbye* Semangat yang disalurkan itu, lain benar rasanya. Lalu, dengan harapan setinggi gunung *everest* sewaktu mengisi borang UPU, aku memilih UPNM sebagai pilihan pertama aku. Dan pada yang sama juga, aku menghantar permohonan untuk kemasukan Januari ke UTP.


aku rindu ini!

Seusai SPM, aku berehat *dengan tidur, makan, tidur, makan, tv, tidur, makan, tv....*selama dua minggu di rumah. Setelah itu, aku mendapat panggilan untuk EduCamp UTP *nama poyo, padahal maksudnya interview, Heh* Dengan berat hati, aku pergi, setelah mendengar nasihat dari pelbagai pihak terutamanya ibu bapa aku. Sejujurnya, aku jalani interview dengan sambil lewa dengan harapan aku tidak akan mendapat tawaran masuk ke UTP *sebab nak cuti lama lagi la huiiii*.

Dua minggu kemudiannya, masa untuk menyemak keputusan permohonan masuk ke UTP untuk kemasukan Januari. Bismillahirrahmanirrahim *dalam hati ni, tolonglah jangan dapat, TOLONGLAH* . Laman UTP Prism aku layari. Semak keputusan. Tahniah. Anda Berjaya. *dalam hati, why oh why???*. Saatnya memberitahu kepada ayahanda dan bonda tercinta. 'Abah, Cha dapat UTP tu'. Terasa mudah pula meluahkan patah-patah kata itu. Namun gelora di hati aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Sekilas, aku tahu, abahku suka jika aku pergi. Begitu juga dengan emak. Saat jiwa berperang dengan logik akal, kepada Allah jua lah aku serahkan segalanya. Solat istikharah aku laksanakan. Berperang hati ini saat menunggu petunjuk dari Ilahi. Sungguhnya, bukan dari mimpi aku diberi jawapan tapu gerak hati yang mengkhabarkan.

Hatiku berat mengatakan, ' Penuhi harapan mak dan abah'.

Setelah mengambil keputusan, aku pun melangkah dengan penuh semangat ke UTP *semangat sangattttt* 

Selesai satu semester yang memakan masa 4 bulan, boleh aku katakan yang aku sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di universiti ini. Maka aku terus tabahkan hati, meski kadangkala, hati merusuh *sebab banyak keje -.-'*. Aku didik hati ini perlahan-lahan menerima cara belajar di sini *yang pace dia laju macam Shikansen. Tak tipuuuuu*


kat dalam lab chemistry


Di pertengahan semester Januari, di mana aku sedang sibuk menjalankan persiapan untuk ujian *test okey test* dan juga temuduga biasiswa Petronas . Aku menyemak keputusan permohonan ke UPNM yang sudah keluar *kan nak masuk situ kena interview, tu pasal lah awal* 

ALLAH. Sekali lagi hati aku yang rapuh *bak biskut* diduga.

TAHNIAH. Aku sesungguhnya gembira kerana inilah harapan aku. inilah cita-cita aku. inilah impian aku. Namun sekali lagi hati ini tersentap, tarikh mula temuduga sama dengan tarikh aku akan menjalani ujian bertulis untuk biasiswa Petronas. Hati sudah mula berbelah bahagi *to thousand parts* semula.

Aku hubungi abah. Menceritakan tentang tawaran ini. Dan juga pertindihan jadual. Di hujung talian dia mengatakan, 'Cha fikirlah sendiri. It's your life. Decision is in your hand'. Saat itu, hatiku jadi semakin lemah kerana di hujung talian, meskipun tidak dizahirkan dengan kata-kata, aku dapat menangkap harapan seorang ayah supaya aku kekal disini.

Maka, aku lupakan UPNM. *babai sweetie*

Setelah habis beberapa ujian *test okey test* dan temuduga itu, aku keluar ke KFC bersama teman-teman. Di saat keriangan, aku mendapat satu SMS yang mengejutkan. UPNM PANGGIL BUAT KALI KEDUA! Terus aku hubungi abah untuk berbincang dengannya. Sekali lagi, aku menangkap nada yang membuahkan harapan yang sama. Aku tabahkan hati.

Esoknya, aku mendapat panggilan pula dari pihak UPNM. Luluh hati ini sekali lagi. Lantas aku capai telefon semula dan mendail nombor abah. Sekali lagi aku meluahkan rasa. Buntu *Tak tahu nak pilih  yang mana*

Akhirnya, sekali lagi aku melepaskan peluang itu. SEKALI LAGI!

Saatnya keputusan biasiswa Petronas dikeluarkan. Dengan penuh harapan laman itu aku buka. 

MAAF.

Melihat perkataan itu sahaja hatiku hancur luluh. Mulalah timbul dalam hatiku, 'Baik aku pergi interview UPNM, masuk sana elaun 1000 sebulan. Tak susahkan mak abah.' Namun aku pantas beristighfar. Perancangan Allah itu maha Sempurna. Tidak lama kemudian pula *adalah sebulan kot*, permohonan UPU pula keluar. Allah. Dapat pula salah satu universiti terkemuka di Malaysia iaitu UM untuk mengambil Asasi Sains. Namun kali ini, tidaklah terasa rapuh benar, kerana hatiku memang bukan untuk bidang itu. Maka aku lepaskan dengan redha.

'MARA bukak permohonan lah weyh' kata kawanku. Maka dengan hati yang mengharap *dan berkecai-kecai into million, might be trillion pieces tu* , aku memohon EduLoan.

Seterusnya, menyelesaikan segala urusan permhonan. Peperiksaan akhir menanti. Aku jawab dengan penuh teliti *ceyhhh..poyo sangat*. Selepas itu, cuti selama 5 hari aku manfaatkan sebaiknya *dengan tidur...tidur... dan tidurr di rumah*. Aku harus pulang awal kerana sudah memilih untuk membantu di dalam Minggu Aluan Siswa. 

Semasa TOT, keputusan MARA pula keluar. Alhamdulillah. Aku berjaya mendapat EduLoan itu. Lalu aku teruskan hidup di UTP sehingga sekarang. 

Alhamdulillah, aku kini di semester akhir untuk Foundation *gaya cakap macam dah final year, ceyhhhhh*.

Aku akan terus berjuang di sini untuk menghidupkan harapan mak abah aku untuk melihat anak-anaknya berjaya. Sehingga aku genggam segulung ijazah *yang ternyata lebih hot daripada Aaron Aziz mahupun Zed Zaidi. tetttt.* 

Tujuan aku berkongsi kisah aku di dalam entry yang serba panjang ini, adalah untuk menyampaikan, apabila kita mengikut pilihan ibu bapa, Allah akan bantu kita. InsyaAllah. Aku di sini untuk menyalakan harapan mak abah yang semakin lama menjadi harapan aku jua.*aku nak cakap, aku dah sayang la kat UTP :P*

Namun, kadangkala, kita perlu untuk menegakkan pilihan kita andainya kita rasa pilihan kita itu baik dan lebih sesuai untuk diri kita.

Pun begitu, untuk menghidupkan harapan aku pula, aku bertekad untuk menyertai kelab menembak dan kelab penerbangan setelah  aku bekerja nanti. Tak lupa juga, aku hendak mengikuti latihan askar Wataniah.*nak pakai uniform, nak kawad, nak fit kan balik badan, sekarang lari sikit je, semput. heh.*

Moga harapan aku dan harapan ibu bapa aku jadi nyata, menyala dan terus menyala.


P/S: aku happy gila ni. sebab budak bukan sebarang budak aka nub dah kembali! jyeahhhh! mai ramai ramai kita pukul beliauuuu!

Wednesday, October 31, 2012

dugaan menyapa diri

pintu kehidupan memang sering diketuk oleh dugaan
kerna itu wahai insan
ketahuilah
yang Allah beri dugaan supaya kita belajar jadi kuat
jadi insan yang lebih 'solid'

dugaan bukan untuk diTEPIS
tapi untuk diTANGANI
tangani dengan BIJAK
jangan cepat MELATAH

insan
dugaan tu tak pernah jemu ketuk pintu hidup kita
siapa yang atur supaya kita di'jenguk' ?
ALLAH SWT
jadi,
siapa kita nak soal "kenapa aku yang ditimpa masalah ni?" dan seumpamanya?

sedarlah
ALLAH SWT atur segalanya bersebab
maka bersabarlah, bertabahlah
di sebalik suratan itu ada hikmah
Dia maha tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hidup kita

sedarilah
dugaan tu sifatnya menguatkan
TAPI
hanya jika kita tahu macam mana hendak berhadapan
dan belajar dari kesilapan dan kekhilafan

coretan ini aku tulis insya-Allah sebagai peringatan untuk diri sendiri. moga bermanfaat juga pada insan yang membacanya juga,

Saturday, September 29, 2012

Takut

Manusia tanpa perasaan macam patung.
Allah kurnia perasaan supaya kita dapat salurkan pada channel yang betul.

Gembira pabila mendapat nikmat.
Sedih pabila terkena musibah.
Marah pabila melihat kemungkaran.
and so on so forth. (masaklah aku kalau nak state satu-satu. :P)

Well, in this entry, apa yang aku nak stress kan ialah rasa takut.

TAKUT!
takut ni akan membuat kita lari dari benda yang ditakuti betul?
sebagai contoh, jika kita terserempak dengan harimau yang ada gigi taring panjang yang garang tu..huuuu..takut angat..(oke gedik overload).apa reaksi kita atas ketakutan tu?
LARI bukan.kalau tak lari memang dah kategori bangang la tu.harimau ganas kot.and atas sebab apa kita lari?kita TAKUT betul?

tetapi kawan-kawan,
bezanya jika kita takutkan ALLAH SWT, pencipta kita yang memiliki sekian alam yang fana ini.
apa yang perlu kita buat kalau kita betul-betul takutkan ALLAH?lari?

TIDAK!

kita akan berusaha mendekatkan diri padaNya benar?
indah tak menjadi hamba kepadaNya?
berbeza kan takut dengan pencipta bukan pada ciptaanNya?

aku bersyukur hari ini, aku masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM.
maka ya ALLAH, kekalkanlah rahmat yang ada padaku ini sementelah aku tak mampu berdiri di dunia ini tanpa rahmat dan kasih sayangMU ya RABBI.

dan ingatlah wahai sahabat sekalian,
takutlah pada pencipta kita.hidup kita di dunia hanya sementara dan tak lain hanyalah tempat mencari bekalan supaya hidup kita di akhirat kelak yang bahagia selamanya.

wallahua'lam.


Wednesday, September 26, 2012

MINAT

ceritanya, aku kini sedang cuba memupuk minat membaca dalam diri aku yang malas tahap petala kelapan ni.

sebenarnya, slogan 'bangsa membaca, bangsa berjaya' yang suatu ketika dulu diuar-uarkan secara gila-gila oleh kerajaan. tapi sejauh mana rakyat mengambil peduli pasal ni.

macam dulu, waktu program ni tengah hot kan ada program NADI ILMU AMALAN MEMBACA aka NILAM tu kan? (aku rasa sampai sekarang pun ada). aku bukannya ambil peduli sangat pun, kalau buat pun sebab nak penuhi requirement yang cikgu letak(scumbag mind), then that's it. lagipun ulasan buku yang aku buat tu, bukannya betul pun(sebab aku tak baca pun.sekian)

kita tengok bangsa-bangsa yang kini berjaya sebagai contoh. bangsa JEPUN. kawan aku cerita waktu dia pergi jepun, dalam train penuh ngan orang yang sedang membaca. waktu tunggu kenderaan awan pun membaca, kat dalam TOILET pun nak baca(ni aku tak berapa berkenan sangat lah -.-') .kat Malaysia, 'hadoii.pening kepala lah baca lam vehicle'. HAHA.

sebenarnya, ada banyak lagi contoh yang aku boleh bagi.

aku tak berniat nak kata semua Malaysian macam tu, aku ada seorang ustaz time sekolah dulu yang aku tabik kerana suka yang amat membaca. ilmu dia tak payah cakap la kan. mindblowing~

jadi, langkah yang aku cuba ambil kini ialah letak buku dalam bag aku yang aku usung kemana-mana itu supaya bila terdetik hati nak membaca boleh ku capai naskhah itu.

faedah membaca banyak kan?jadi kenapa kita tak nak rebut?

nampak tak manusia ni suka mensia-sia kan masa yang ada?

sedangkan waktu senggang yang kononnya tak boleh buat apa tu boleh diisi dengan membaca.ditambah pulak lagi dengan segala teknologi yang ada.

sebenarnya, ruang untuk memberi alasan itu tiada.zero.najwa latif.sifar.

MARILAH KITA JADI BANGSA MEMBACA (gaya rosmah.kbye)

satu kelebihan membaca, bahasa korang takkan jadi tunggang langgang macam aku tulis dalam entry ni(haha).

other than that, of course boleh menambah ilmu di dada.kita mesti ingat, ilmu yang kita tahu ni pun, tak sampai setitis pun air di lautan kalau nak diumpamakan.

rasanya itu je lah kot hujah hamba pada hari ini.mohon mengundur diri.

wallahua'lam

Tuesday, September 25, 2012

Hargai




Hargai hari ini, 
Kerna esok mungkin tak akan tiba.

Hargai insan di sekililing kita selagi mereka masih ada,
Kerna hidup bukan selamanya.

Hargai peluang yang datang,
Kerna mungking peluang kedua takkan menjenguk pintu kehidupan kita.

Hargai nikmat yang diberi,
Kerna ada hari, musibah akan menimpa sebagai ujian kepada diri.

Hargai kasih sayang yang ada,
Kerna mungkin satu hari nanti benci yang akan singgah di hati.

*Lagu sikit punya rancak, sekali ulasan macam tu pulak eyh?
Haha
Apa yang aku ulas, itulah yang aku faham daripada lirik lagu ni.
Apa? Nak lirik? Hadoii Google Search kan ada?
Kbye.

Lastly,

BERIBADAHLAH KAMU SEAKAN-AKAN KAMU AKAN MATI BESOK, DAN BER KERJALAH KAMU SEAKAN-AKAN KAMU HIDUP UNTUK SELAMANYA.




Thursday, September 20, 2012

learning to be better


MAS kali ni banyak mengajar aku, bukan dari segi teknikal tapi dari sisi kehidupan.

pertama,
once you be a leader, you should act like a one. aku ditaklifkan dengan tanggungjawab yang besar pada usia yang bagi aku mudalah kot (aku nak cakap aku muda dan comel lagi okeys? :P) dan aku tak dapat lari dari sifat keanak-anakan aku yang tend to main-main even tengah buat kerja yang serius. until someone tegur aku dan cakap, behave, people are looking at you. by that time je, aku baru realise yang orang tak tengok aku sebagai seorang 'budak' baru yang muda comel lote (jadahnya? bajet comel. kbye :P) but diorang pandang aku sebagai seorang yang punya amanah dalam kelab yang diorang treasure as one of family kat UTP ni. dan aku belajar yang seharusnya aku menunjukkan kematangan bukannya sisi kebudak-budakkan aku di saat aku punya amanah yang perlu dilaksanakan.

secondly,
planning!
aku memang seorang yanhg rigid dan selalu buat planning whenever it comes to work. but what always fail to do is the execution part. sedangkan orang tengok aku as a leader (again). see how important for you not only to plan but also ensure that everything is going on as per planned.

yang ketiga,
PR skill and communication. manusia ni memang takkan lari daripada berinteraksi dengan manusia yang lain. sedangkan manusia yang ditakdirkan Allah tidak dapat mendengar dan bercakap pun mencari wadah untuk menyampaikan maklumat, idea dan sebagainya, inikan manusia yang normal seperti kita. malangnya, PR skill and communication has always been my big problem. aku selalu ada masalah untuk menyampaikan idea aku. dan ia akan berbalik kepada pemimpin balik. how come a leader did bot know how to communicate and have a low PR skil??? tak mungkin kan?

keempat,
kepentingan perbincangan. kita mesti selalu open untuk dengar pendapat orang so that kita boleh fikir untuk langkah pembaik pulihan so that the outcome is far better than the initial. and i like it when i said, 'aku kadang-kadang takut nak spill ideas sebab takut orang kata lame yadaa yadaa' but the reply become like this 'sometimes a lame idea can develop into a big one if we combine a lot of mind.

fifth one,
handling something that we call STRESS.again S.T.R.E.S.S. korang familiar tak ngan word DATELINE???? aku stress gila ngan word dateline ni. muahaha. but as a normal homo sapien, memang boleh kata setiap masa kita akan berdepan dengan stress. but, the thing is the way you handle it. cara aku pulak boleh bagi orang lain stress. muahaha. dah aku gi jerit-jerit dalam HQ tu. so aku nak cari lah cari baru. so aku jumpa. hehe. dan solusinya aku MAKAN! and other one tips yang orang lain bagi is, larikan sekejap perhatian. means that, kalo tengah mengadap lappy, tengoklah something green :)

the last one and the most important,
TO RESPECT! tak kiralah yang muda apatah lagi yang tua, kadang-kadang kita ingat kita just nak joke or sorta but do take note that people impression maybe different. specificly yang lagi tua biasanya. dengar apabila diorang tegur, sebab pengalaman diorang lebih banyak. and satu benda yang kena selalu ingat, do not let your joke go OVERBOARD. nak gurau boleh nak main boleh, tapi ada had nya :)

aku bersyukur aku diberi peluang oleh Allah untuk join MAS kali ni. banyak pengajaran yang aku telah dapat. Alhamdulillah. dan moga segala yang aku belajar ni tak terhenti time MAS ni sahaja.


wallahua'lam

Friday, September 14, 2012

lost my touch

source of image  http://holykaw.alltop.com/100-ways-to-generate-ideas 


dah lama kan aku tak post. kesian nya kat blog aku yang dah umpama rumah usang yang bersawang-sawang, siap ada sarang labah..wuuu aku sendiri takut nak masuk rumah sendiri huiiii.  - hyperbola-

bukan takut apa sebenarnya, aku takut dengan hakikat yang bila aku log in, tekan 'new post' then i get blurred. tak tahu nak proceed apa. idea tak muncul-muncul?

HAVE I LOST MY TOUCH AS A BLOGGER???

wuuuuuuuuuuuuuuuuu

in before, bukak new post jadi perkara yang sangat membahagiakan bagi aku di mana aku boleh tulis apa yang aku fikir, pendapat aku tentang sebesar-besar benda sampailah sekecik-kecik benda. even one qoute boleh jadi idea untuk elaborate panjang-panjang bagi korang baca, even selalunya bosan (yeah, i know :P )

but now, hanya boleh stare lama-lama lepas bukak new post. nak cari topik pun tak reti. arghh tensi.. sampai kadang-kadang tu aku nak cari buku latihan bm time sekolah then amik latihan karangan and buat..ahahaha. punyalah takde idea kan?

penat pulak aku membebel via typing ni kan. roger and out. bila next entry, I DON'T KNOW.

maybe tomorrow
maybe the day after tomorrow
maybe one week more
maybe 3 months more
orrrrr  maybe year year year MORE

scaryyyyy nya jadi blogger yang tetiba kering idea ni...

huuuuuuuuuuuuuuuuu

Monday, June 25, 2012

"DON'T ALWAYS SLEEP LATE !"

Artikel ini adalah ehsan dari seorang telam yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi saya ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)
"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!

-copy paste dari fesbuk page ini-

Sunday, June 24, 2012

dedikasi buat dua insan yang berdedikasi :D

hurmm, macam mana aku nak cerita pasal dua orang ni eyh?cerita one by one lah...

firstly saudara azraii lah, sebab saya kenal dia dulu..(ni dah apa kes aku bahasakan diri 'saya' ni?)
aku kenal araii ni time first meeting siemdi sem lepas lah.aku seperti biasalah,first2 jumpa orang memang mulut macam kena zip(bajet pemalu sangat).time tu kanda araii bertindak sebagai acting exco siemdi..kitorang as the new comers datang awal time tu sebab araii nak brief.kiranya araii lah orang yang bertanggungjawab menceritakan pasal medtech amnya, and siemdi khususnya,pada budak-budak freshie(me lah tu :P).dia la dok cerita pasal budaya kerja medtech amnya, and siemdi khususnya(dah dua kali dah ni).ehh,lupa pula...araii ada blog!gi terjah gi!


ya,kina tiba giliran abam pau comel pula.pau aku jumpa lambat sikit sebab sem lepas dia cuti 4 BULAN(me jelly,,,aku lambat lagi kot!!!)

first time jumpa time TOT-training of trainee untuk MAS-minggu aluan siswa may2012.tahu tak mula-mula aku ingat pau ni garang+serius mula-mula.tapi sebenarnya pau amat comel+baik+friendly+pengemas.pau jugaklah insan yang bertanggungjawab memfofularkan nama 'runi' yang azrul bagi..hew2~..aku terima dengan redha..hehehe...pau is also addicted to neskepe..ya Allah, aku tak pernah jumpa orang macam dia..addiction yang sangat dahsyat..aku pun terikut..tapi time MAS je lah..sekarang dah normal balik..abam pau ni photographer tau!gambar dia amek cantik-cantik..aku suka stail dia..hurm,,macam mana nak cakap eyh?tapi shoot dia semua lawa ah!(me jelly).pau pun ada gak blog..hehehe..


di kesempatan ini, aku nak ucapkan, selamat hari lahir kepada araii and pau.. :D pada tarikh keramat ni lah anda berdua dilahirkan setelah penat lelah ibu kalian mengandung selama 9 bulan 10 hari.

lahirnya kita ke dunia ini, ada matlamat yang penting iaitu untuk cari redha Ilahi.supaya kehidupan kita kat akhirat yang kekal abadi nanti senang..semoga kalian diberkati dan dirahmati Allah dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

BITTAUFIQ WANNAJAH YE SENIYURKU!

ini ialah ARAI
 -gambar ialah hak milik pau-



ini ialah PAU
-gambar adalah hak milik azrul-


Saturday, June 23, 2012

"Yes, We Wear Head Tents"

thumbs up for you ukhti..!this video is nice!



and  this one too :D

kun fayakun

gambar ehsan mr google
kalau Allah kata jadi,maka jadilah, begitu juga sebaliknya.sebaik mana pun perancangan kita, kalau Allah tak izinkan memang takkan jadi jugak benda tu.kata orang,manusia hanya mampu merancang,tapi pada akhirnya Allah yang menentukan segalanya.

sebagai hamba, apabila kita rasa yang perancangan kita semua dah okey, complete, lengkap, semua lah kan, jangan lupa doa moga perancangan kita tu diredhai Allah.moga segalanya berjalan lancar tanpa masalah.

TETAPI!
katakanlah yang apa yang kita rancang tak menjadi, maka ingatlah yang Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.jangan pula kita berasa terlalu kecewa kerana insya-Allah ianya menjadi pengajaran supaya dalam membuat perancangan untuk sesuatu yang lain kita akan jadi lebih berhati-hati.

PENTINGNYA,terima qada' dan qadar Allah.mungkin kalau apa yang kita rancang tu comes true, banyak masalah yang akan timbul.sesungguhnya apa yang Allah dah atur, itulah yang terbaik untuk kemaslahatan manusia.ye dak?

satu lagi,
apabila sesuatu plan tak menjadi, sebenarnya menunjukkan betapa pentingnya plan B yang betul-betul untuk urgent moment punya!tak kiralah plan tu secikai mana pun, asalkan ada.pendek kata,kita kena bersedia untuk sebarang posibiliti yang ada.tak kiralah yang baik, mahupun yang buruk.

gambar ehsan cartoonstock
plan B pon tak jalan? #facepalm kejap.

gambar ehsan mr google

just a song sharing!kalau aku rasa down apabila sesuatu yang aku plan@inginkan tak jadi aku suka layan lagu ni..meleleh air mata aku ni hah kalau betul-betul aku tengah tension memikirkan sesuatu.


p/s: penat aku cari mtv dia yg sebenar kat utube namun tiada lah pula..

#hidup kita ni memang penuh dengan dugaan.nak ketenangan?tak perlu nak ke laut bagai, konon nak menikmati pemandangan.tikar sejadah lah sepatutnya yang kita bentang...

#la takhaf wa la tahzan innallaha maana-jangan takut dan jangan sedih.sesungguhnya Allah bersama kita :)

Thursday, June 21, 2012

bicara kata

manis bicara indah tutur kata
tak seindah rupa pengertiannya
lembutnya lidah mengata nista
lidah yang tiada bertulang mengadu domba 
serta menfitnah sesama saudara
-bicara kata by in-team-

hakikatnya sekarang ni bukan lidah je yang jadi medium untuk mengata, mengumpat, menfitnah etc.social network macam facebook, twitter and even blog pun orang salah gunakan dengan menyebar benda yang tak baik dan sebagainya.

aku sendiri akui yang aku pernah secara tak sengaja memalukan orang guna laman sosial ni.sebenarnya takde niat walau sebesar zarah sekalipun.cuma kadang-kadang benda yang kita anggap gurauan adalah offensive bagi orang lain.yelah, lain orang lain cara dia fikir, lain orang lain tahap defensive nya.kata orang, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata binasa,terlanjur taip haih,,,sendiri dapat padahnya.

sebab tu, apa-apa pun yang kita nak buat tu kena fikir dulu.apa baik dan buruknya.terasa ke orang tu nanti,benda tu memalukan ke tak.banyak benda kena timbang tara sebenarnya,tapi sebab perangai aku yang fikir tak panjang terus buatlah yang menyebabkan aku selalu menyakitkan hati orang tanpa aku sengajakan.

hari ini, aku ingin belajar dari kesilapa.agar takde sesiapa yang perlu rasai torehan kat hati *hiperbola* gara-gara tulisan or kata-kata aku.

sometimes, aku rasa nak jadi pendiam.senang.tak kacau orang.at least boleh mengelakkan diri daripada cakap benda yang tak berfaedah dan bawa dosa pulak pada diri yang memang tak terhitung dah rasanya dosa yang aku buat.

plus, SILENCE IS GOLD kan?

Tuesday, May 29, 2012

ingatlah wahai diri sendiri!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau itu hamba Allah,
tapi suruhanNya masih lagi belum lengkap kau buat!
laranganNya pulak sedap-sedap kau langgar.
al-Quran ada ke kau baca dan fahami hari-hari macam kau mengadap internet bukan main lama?
ada kau bangun qiam?
ada kau buat solat hajat?
ada kau buat solat taubat?
sedangkan kau tu hina!banyak dosa!
sudah cukupkah cinta kau padaNya?
jangan lupa,
setiap gerak kau Dia perhati,
tiap amalan kau akan dihisab kat padang mahsyar nanti.

ingatlah wahai diri sendiri,
kau tu umat Nabi Muhammad,
tapi ada ke kau ingat nak berselawat?
ada ke kau buat sunnah baginda?
ada kau ingat pengorbanan baginda?
ini tak?tengok drama teriak bagai nak rak!baca sirah Rasulullah tak nak!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau tu seorang anak,
cukup sudahkah kasih kau pada mak ayah?
kau rasa kau dah balas ke jasa mereka yang bersusah payah membesarkan kau?
belum?tapi apa yang kau buat?
kau bukannya menolong, tapi menambah pening kepala mak ayah!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau itu ada ada beradik,
tapi kau gagal sayang dan layan mereka selayaknya!
berjaya ke kau tunjuk contoh yang baik pada mereka?

ingatlah wahai diri sendiri,
kau ada saudara sesama islam,
apa yang kau buat untuk bantu diorang yang merana?
kau makan kenyang-kenyang,
kau lupa ada yang kelaparan!
kau duduk senang lenang,
kau lupa mereka kat sana duduk tak tenang!

ingatlah wahai diri sendiri,
kau tu seorang pelajar,
tapi belajar malas nokharom!
masuk kelas kalau boleh nak terbongkang!

ingatlah wahai diri sendiri!

Thursday, April 26, 2012

study week?

whoa!aku dah nak final exam rupanya *good luck cepat!* haha.inilah first time aku hadapi study week kat universiti.kat sekolah mana ada study week bagai.aku kalau nak study memang tak boleh langsung kat bilik.aku boleh study kat library je.duduk kat celah-celah rak buku yang kompem orang tak pegi.melalak pon boleh je, asalkan tak kuat sangat .huhu.jadi,lantaklah sejauh mana pun, aku tak kisah!janji aku dapat study.so memang kena menggagahkan kaki ni untuk melangkah ke library yang jauh gilos tu.aku siap download lagi jadual operasi library@irc tu tau.(semangat ni!).


doakan aku dapat study dengan penuh jayanya.tak sanggup aku nak kecewakan mak ayah aku.berabis duit nak bagi aku belajar kat utp ni hah.thank you so much abah n mak!love you two so much!

BERUSAHA iALLAH BERJAYA
yeah!aku percaya yang Allah akan beri ganjaran pada mereka yang berusaha.so sekarang ni tanggungjawab aku study dengan penuh kesungguhan.I BELIEVE I CAN DO IT!

jangan pulak lupa doa semoga Allah permudah segala urusan.kalau kita dok pulun macam mana pun kalau Allah kata tak masuk kepala otak, tak masuk gak.kun fayakun.maka berdoalah.kan doa tu senjata orang mukmin.

la takhaf wa la tahzan, innalllahamaana!
jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

lepas usaha kita tawakkal pada Allah
doa banyak-banyak, moga Allah bantu segala urusan kita.
jangan pulak, dengan tak study masuk dewan dengan yakinnya cakap 'aku bertawakkal kepada Allah'.
konsepnya kat sini, usaha dulu baru tawakkal tau.

semoga bermanfaat... :)

Wednesday, April 25, 2012

read and ponder

FRIEND - JOB DESCRIPTION

If it had been presented this way, I believe nobody dares to befriend with anybody.

POSITION
Friend, Crying shoulder, Counsellor

JOB DESCRIPTION
 A contract with no ending. Like what people said, “Once we’re friend, we forever are”. You have to own a very good communication skill with welcoming heart whenever you need to be an unpaid counsellor. You also must be ready to lend your shoulder whenever your friend wants to cry.

RESPONBILITIES
1-      Be his/her crying shoulder whenever he/she want to let go of his/her feeling
2-      Be honest when he/she wants your opinion on his/her appearance
3-      Be wise in giving your thought on everything that he/she want you to give opinion on
4-      Be loyal!

POSSIBILTY OF ADVANCEMENT & PROMOTION
If you’re good enough, you might be the best friend. Did I mention ‘might’? Yeah! That’s so true. No kidding. No matter how good are you, sometimes there are people who didn’t appreciate. So do be prepared to get hurt too, okay?

PREVIOUS EXPERIENCE
You did not need experience to be a good friend. You’ll learn to be one by time passed. Plus, to different individual, the way of judging is different. Seem so hard, isn’t it?

WAGES AND COMPENSATION
To be honest, you never get one. But sometimes, maybe he/she will treat you dinner or something like that. Plus, the fact is, sometimes you need to be a bank for a while.

BENEFITS
You’ll be remembered if you’re a good friend. If you’re in massive trouble, you get a place to hold on. Only if you’re a GOOD TRUE FRIEND.

SO DO YOU DARE TO TAKE THE CHALLENGE?


this is actually a part of my english portfolio.just wanna share with guys.mana tahu lepas ni korang pulak kena buat kan?ahaha.


"indahnya persahabatan adalah bila kita saling memerlukan"

Sunday, April 15, 2012

ways to handle your crush!

setelah lama tak post apa-apa entry, hari ini aku kembali.Oh YEAH!entry ni, aku nak tujukan khas untuk kawan aku yang sekarang ni tengah dilanda ke'angau'an melampau.haha.aku tak tau la tajuk entry tu membawa maksud yang betul ke tak.ahh,pedulikan....

dalam hidup ni, kita takkan dapat nafikan yang kita perlukan pasangan.aku yang mak ai, kasar nak mati pun ada gak feeling tau *blushing*.so satu benda yang teenagers takkan dapat elak ialah crush.tipulah kalau korang kata korang tak pernah suka orang kan?*tipu berdosa tau*

memandangkan kita tak boleh nak elak, kita kenalah handle feeling kita supaya tak berlebihan jadinya.kelak diri sendiri yang merana.so here i will share some tips how me myself handle crush.

1)sibukkan diri dengan benda lain.
-oh yeah, i know this one sounds so cliche.tapi memang cara ni sangat berkesan.pergilah sibukkan diri dengan  hadap buku.if the books don't want to tolerate and show the picture of him/her  close the book and go work out ke apa ke.bersukan pun best gak.kalau aku, aku suka sibukkan diri dengan blog.walaupun sekarang ni nokharam malas nak update, when i blog, i seriously focus on it.i don't think about anything else, including all the assignment (i know it's bad :p).haha.

2)talk to your parents
-they are the real love of your life.seriously!luahkan rasa cinta yang korang kononnya nak luahkan kat him/her to to your parents.dosa takde.pahala lagi dapat.kan senang tu?think to make them happy before korang nak fikir bahagiakan orang lain.terutamanya orang yang takde kaitan ngan korang tu.yeah, i know you like him/her and want to make him/her happy.but sometimes it's not worth it as him/her boleh senang-senang je balas perbuatan korang sesuatu yang korang tak nak.macam susu dibalas tuba lahh.

3)set the goal of your life
-macam aku, aku target nak ada 'pasangan' hidup ni at 30(yeah, i know what are you thinking).so sekarang ni walaupun aku adalah suka 'someone' kan...but i'm still able to control sebab that goal.i tell myself that i want to get my degree first, work, balas jasa my parents, support my siblings if they still studying that time, then baru nak fikir pasal cari spouse ni.

DO THE FIRST THING FIRST

4)be professional 
-professionalism ni memang sangat perlu kalau you and 'the one' selalu ada kerja yang dilaksanakan bersama.memang sukar nak kawal perasaan kalau berdepan, but try to be as professional as you can.ingatkan diri sendiri yang kita tengah bekerja and perasaan tu tolak tepi.

*tetibe teringat medtech -ENHANCING PROFESSIONALISM :P

5)kembalikan segalanya padaNya
(i bold and underlined it because of its importance.yeah, i like to write the highlights at the ending!)
-perasaan tu lahir semulajadi.anugerah dariNya.kita tak perlu nak kotorkan perasaan tu dengan ketidaksempurnaan kita.serah kembali segala rasa cinta kepadaNya.berdoalah yang jika seseorang itu jodoh kita, pelihara hati kita dan hatinya dan satukan satu hari nanti dengan ikatan yang halal disisiNya.

lastly, i don't know whether this help you all in handling your crush or not, but it do works with me all the time.peliharalah hati,jangan dinodai!here is one of my favourite song by UNIC that i like to hear when i feel that i can't control the feeling anymore. hew2~




do ignore the first one minute.aku pun pelik kenapa panjang sangat si fitri tu bercakap.haha.

Tuesday, March 20, 2012

Silent Mode:Pleaselah off!

hye oulss!rasanya dah bersawang dah blog aku ni.tak berhupdate.nak kata sibuk,tak.entahlah.konklusinya aku rasa aku ter'silent mode' pulak these few weeks.maklumlah tak berapa nak bergeliga pulak otak aku ni nak keluarkan idea.nevermindlah, silent mode dah off dah pun.

esok result es-pi-em.serius aku cuak.takut.scared.aku harapkan yang terbaik untuk aku dan semua lah yang ambil spm tahun 2011.

andainya,

result bagus
alhamdulillah.aku doa aku tak jadi ujub dan takbur atas kurniaan Allah.dan aku ada task lebih pulak, iaitu strive lebih lagi di menara gading yang ku jejaki ini.

result tak berapa bagus
Allah rencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku pada masa akan datang.dan moga Allah lapangkan hati aku untuk terima apa yang aku dapat.

p/s:buat penerima hadiah contest Happy Faces,segala kesulitan amat dikesali.bukan sengaja nak pos lambat.ada masalah sikit.nanti bila dah pos akan diberitahu.maaf sekali lagi.*baru aku tahu jadi penganjur ni tak mudah tau*

Tuesday, March 6, 2012

segmen:aku ada blog


segmen pertama aku join setelah tamat anjur contest.
hoyeh!
kalau korang nak join sekaki gak klik aje kat banner tu...

1)nama samaran aku sebagai blogger?

as u all can see at the header it's CAPT KEON ALHAN
adakah aku seorang pilot?
of course la ye...pilot kepada kehidupan diri sendiri...
sebenarnya aku dulu cita-cita nak jadi pilot
in real life tak tercapai,
so dalam blog ni la aku nak berangan...

2)nama blog aku

sama dengan nama samaran aku gak
CAPT KEON ALHAN
apasal sama?
memudahkan kerja
SIMPLE IS ALWAYS BETTER
tagline:
dream high.fly high
-mimpi biar sampai ke bintang beb-

3)url blog aku

http://cobaltchloride.blogspot.com/
apakah?
daripada penerbangan tetibe je chemistry...
aku pun tak tahu mana datangnya idea untuk url blog ni
nak kata aku suka chemistry,,,TAK
waktu dia suruh letak url tu idea ni yang terkeluar
so aku go on je lah

4)usia blog?

hmm...susah soalan ni...
sebenarnya aku tak ingat...tapi dalam setahun lebih tu ada lah jugak...

okey!i'm done!

Saturday, March 3, 2012

AWESOME teluk batik outing

i have a very great time with my ohsem n gojes friends on 25-26 of february.well,gathering dengan sahabat tak pernah tak best kan?seronok dapat jumpa member.rindu gila dengan diorang.pengasas gathering ni ialah our miss teya slim.

move to the story la ye...

25 feb 2012
pojie kacau aku pagi-pagi buta tanya aku join ke tak.rasa nak hempuk si pojie(okey,gurau je pojie).bapak teya pick up aku kat utp lebih kurang kol 12++ as planned.thanx pakcik n makcik!aku masuk kereta dah peluh macam mandi kot.dari village ke main gate aku jalan.sumpah rasa macam atlet jalan kaki.haha.then kitorang berhenti kat setiawan(kot) for lunch.bapak teya belanja!haoyeh!thanx pakcik!

sampai kat TELUK BATIK OHSEM dalam kol 3ptg ++.then kitorang bercamwhore dalam bilik.then gi jenjalan kat stall cari baju I LOVE TELUK BATIK(idea wana).lols.


ketibaan
gaya wana seyes tak boleh blah


nadh


cha


manuk


the hot girls at teluk batik...
ahaks
time ni tomm ngan emon belum sampai

let me continue with our activity lah...

shopping!
lepas penat berposing kat bilik,kitorang tukar baju terus sebab daripada shopping terus nak gi mandi.tetapi sebelum itu,solat dulu ye.maklumlah nak mandi sampai lewat petang.penat jugak jalan-jalan kat stall banyak-banyak tu.lastnya bukan beli apa sangat pun.beli bola sebijik and permainan budak-budak nak buat istana pasir tu.serius macam kanak-kanak je kitorang.





mandi n istana pasior...
aku rasa macam teluk batik tu kitorang yang punya.serius mandi tak ingat dunia.gelak sana-sini.paling buat havoc manuk ar.asyik terkapai-kapai.kata kaki tak jejak tanah,padahal kaki dia bengkok.haha.


sebelum masuk ayor!


istana pasir...
ngeh3...


syak kena tanam..


lifeguard teluk batik
haha

banana boat!
serius best gila.hari pertama kitorang try sekali 5 ringgit per head.tapi worth it lah.sekali lagi manuk buat lawak nak mati ar.main banana boat tu,korang boleh mintak untuk diterbalikkan kat tepi pantai.then dia terbalikkanlah kitorang,manuk pun startlah terkapai-kapai dia.macam apa je.aku jafi tukang gelak.abang boat tu pun gelak kat dia.kui3.second day,kitorang ngorat abang tu,dapat la diskaun singgit sorang.haha.for this second time,boys jahat gila,ada ke patut waktu kitorang tunggu bot tu nak jalan,diorang tunjuk kuat lak.terbalikkan kitorang.malu la kitorang u ouls.kami hot kot!and actually sangat lawak tengok budak laki naik banana boat coz kaki diorang panjang!







bbq!
kitorang tak masak langsung!thanx boys!




hang out malam
tak pernah-pernah aku buat keluar minum malam-malam buta.tapi seronok kot.yang tak best tu,ada pulak pakcik gtu melalak.pitching lari la pakcik.oh pleaselah!dah tu tuju lagu kat kitorang.kami tahu kami hot!tak perlu cakap...haha



sunrise
haha,kononnya nak tengok sunrise.kepala hotak serius berjambul.kalau dah sunset kat pantai of cos la terbit kat sebelah lagi satu.so melepaslah.demm.takpe ar.takde rezeki.jeles dengan boys cos diorang dapat tengok sunset.

balik!
bye-bye teluk batik.kami akan datang lagi....insya Allah!

Wednesday, February 29, 2012

PEMENANG HAPPY FACES CONTEST

TAMAT SUDAH!!!!!

pada 1 februari hingga 24 februari yang lalu, capt keon alhan dan rakan blogger merangkap schoolmatenya.oh daus telah mengadakan satu contest yang bernaung di bawah nama HAPPY FACES CONTEST.

okey,stop berita...

kini setelah 24 hari mencari gambar yang HAPPY, aku dan daus telah memilih 5 gambar yang HAPPY! daripada 80 contestants yang layak bertanding sebab ada lagi tiga tu terlambat daripada tarikh tutup...
kitorang pilih pun time kitorang happy tau...kat teluk batik lagi...haha...itu cerita kemudian...

kembali kepada debaran sebentar tadi,
siapakah yang berjaya membawa pulang hadiah untuk contest aku dengan oh daus ni ye?

dengan ini diumumkan...

PEMENANG TEMPAT PERTAMA



PEMENANG TEMPAT KEDUA



PEMENANG TEMPAT KETIGA



PEMENANG TEMPAT KEEMPAT



PEMENANG TEMPAT KELIMA



kenapa kami memilih gambar-gambar ni?
let picture tell the story!

bagi yang tak menang,gambar korang serius semua superb ohsem n gojes...tapi apa nak buat, kami hanya boleh memilih 5 pemenang saja.jadi untuk 5 tu,menurut pandangan mata kami,ini yang kami tengok super osem HAPPY!.bukan yang korang punya tak happy,kami juga cari gambar yang punya story.bak kata kawan aku,moment weyh,moment!

kepada semua winner sila emel kan:
nama penuh
alamat
contact no

ke 
khairunnisa_alhan94@hotmail.com

sebelum 7 mac ini!