Saturday, August 27, 2011

bakal meninggalkan universiti ramadhan

rasa sedih nak meninggalkan ramadhan yang penuh barakah ni.tahun ni tahun terakhir sambut ramadhan di sekolah.sedar tak sedar dah lima tahun jalani puasa dekat sekolah.walaupun waktu mula-mula dulu sedih sebab jauh dari family dalam bulan puasa lama-lama jadi seronok sebab dapat pengalaman puasa dengan kawan-kawan which bukan semua orang dapat kan?lagi satu yang buat tambah sedih bila fikir tahun ni tahun last buka puasa, terawikh,makan sampai rasa nak terbongkang dengan kawan-kawan.

dekat sekolah rasa senang je nak buat semua benda tu.tadarus,terawikh....senang cakap apa-apa aje yang dapat menghidupkan ramadhan lah.tapi bila kat rumah rasa susah sangat.kalau difikirkan lagi,tahun depan mungkin lah dah masuk u ke matrik ke....(insya Allah) lagi la susah rasanya.bukannya wajib pun turun surau segala.kalau kat sekolah ni,walaupun mula-mula rasa susah,,,lama-lama Allah permudahkan jugak.

tak lama lagi kita bakal meninggalkan universiti ramadhan.semoga kita semua pass dengan kepujian or watsoeva u wanna call it....moga lepas kita tinggalkan universiti penuh barakah ni,kita jadi manusia yang lebih baik.berdoalah di malam-malam akhir yang ibadah kita di bulan mulia ini diterima Allah hendaknya.Amin...