Wednesday, December 28, 2011

sedang mencuba,,,

apa yang aku tengah cuba buat ye?kalau nak tahu mesti janji yang korang semua tak gelak bila aku dah bagi tahu tau.sekarang ni, sempena aku tanam anggur lepas spm ni, aku try tulis novel.haha.aku yang gelak sendiri.bajet puitis habis.padahal amatur tahap bayi je.tapi wish me luck okay?at least, terisi jugak cuti yang lama gila ni.nak berblogging susah sikit.as the berukband meragam.ni pun pinjam beruk abang.mana boleh guna lama-lama.harta orang kan.kalau meragam jugak susah aku nanti.kena dengar lecture pulak.ah,sudah-sudahlah merepek.

tadi setelah lama tak berblogwalking,aku melawat beberapa blog.fuhh,,,sekarang ni dahsyat ye dunia blog.blog semua chantek-chantek.terasa blog aku ni simple bebeno.tapi memandangkan aku memang tak berapa nak kreatif hias-menghias blog ni,aku hias dengan entry je lah ye.

p/s:bukan mudah nak tulis novel rupanya.n this has nothing to do with this entry,i don't like fasha sandha in peah gosip.tak jadi labun peghoknye.ingat senang ke yong nak labun peghok.susah wei.

Monday, December 19, 2011

merindui penjara itu!

sewaktu aku di dalam tempat yang kupanggil penjara itu seringkali mulutku ini melafaz kata-kata benci.tempat ni macam tut lahh.itulah.inilah.rules ketat lah.pentadbir kuat berleterlah.pendek kata macam-macam lah mulut tak comel aku ni cakap.tapi kini aku merindui tempat itu.sungguh!aku tak bohong!tempat tu dah banyak mendidik aku.jadi insan yang lebih baik.kat penjara tu jugak lah aku jumpa sahabat-sahabat sejati aku.sahabat-sahabat ini yang sudah mula kurindui.segalanya tentang mereka.hilai tawa dan gurau senda.hanya Allah yang mengerti perasaan aku ni.kat tempat tu jugaklah aku menuntut ilmu dari cikgu yang bagus-bagus semuanya.waktu sekolah dulu selalu mengumpat cikgu itu ini.maklumlah tak puas hati dasar sekolah.kononya aku yang betul.padahal sebaliknya.baru kini aku sedar semua tu.kat sekolah semuanya tak setuju.MAAFKAN SAYA YE CIKGU!banayk gila salah aku ngan cikgu-cikgu.baru sekarang sedar.hehe.hampeh betul diriku ini!

buat guru-guruku yang disayangi,
sesungguhnya saya menyayangi kalian.takkan dilupakan segala jasa dan budi yang ditaburkan.tak mampu saya nak balas.tapi cikgu insya-Allah saya akan balas dengan kesungguhan saya menuntut ilmu di menara gading nanti cikgu.cikgu doakan anak murid cikgu ni berjaya ye.dan tak lupa juga kawan-kawan yang lain.yang paling penting,,,SAYA MINTAK MAAP BANYAK-BANYAK CIKGU!

buat sahabatku yang dirindui,
AKU RINDU KAT KORANG!jumpa bulan 3 waktu amek result nanti.AKU SAYANG KAT KORANG.jangan lupa aku.kalau tak jumpa nanti aku cubit!hehe.maafkan aku jika ada hati yang aku guris selama persahabatn kita.

buat adik-adik,
jaga sekolah baik-baik.jangan buat benda bukan-bukan,jadikan sekolah kita lagi baik daripada apa yang kitorang buat.kitorang akui kitorang bukan senior yang baik.ketahuilah,kitorang tak berpeluang sebenarnya nak kenali korang dengan mendalam.apa-apapun kitorang tetap sayang.buat bakal pemimpin sekolah,jaga imej korang supaya orang respect.jangan korang jadi pengawas rule breaker macam senior korang yang seorang ni.tak de gunanya tunjuk belabg!paling penting,jaga adab dalam surau.nanti akak datang tengok surau kita tu bising lagi ke tidak.hehe.jangan hina makanan walaupun tak sedap macam mana pun makanan kat dm tu.al mulk dengan ma'thurat pastikan on okey adek2.akak sebenarnya rasa bersalah sebab batch kitorang yang gagal teruskan tradisi tu.moga ku n kb jd ketua yang georgous!CHAIYOK!

SATU LAGI,
kalahkan dua sekolah sbp yang berdekatan kita tu tau.rsenye korang taukan sekolah ape.hehe.

Saturday, December 17, 2011

spm is over!!!

happy gila dah habis spm, tp rasa lebih sedih meninggalkan kawan-kawan di sekolah.maklumlah dah 5 thn dok kat asrama.banyak memori yang takkan boleh dilupakan dengan kawan-kawan.rasa macam dah lama gila tak update blog terchenta ni. berkorban demi spm la katakan.rindu dah nak blogwalking.tp masa tak mengizinkan.sebabnya sibuk gi kenduri sana-sini.dah naik gemuk dah badan ni.haha.hari tu waktu gap exam arab ngan exam quran sunnah which is one week byk kot kerja gila kitorang buat.star gazing lah,,,outing lah..waktu outing tak sedar diri tak habis spm lagi,,,gi karok,bowling and main kat archade.gila betul!buat benda lagho,padahal lepas tu nak menghafal facts quran sunnah.betapa hampehnya kitotang.rasanya sampai sini je kot.lain kali saya post lagi ceritera budak sekolah saya.(dah macam tulis surat).until then, enjoy your flight!