Saturday, June 11, 2011

cita-cita aku waktu dulu-dulu

lecturer
aku pun tak tahu lah kenapa aku pernah nak jadi lecturer.pada aku kerja pensyarah ni lebih ringan kot dari cikgu.selain tu,aku rasa yang kerja kat U tu lagi best kot.haha

penulis novel
sebabnya aku memang suka layan novel.jadi aku pun teringin la nak tulis novel sendiri.aku pernah jugak la try draft novel.tapi mak ai.sumpahh aku tak reti weyh.susah kot nak tulis.mana nak cekau idea.memang lah novelis ni imaginasi diorang luar biasa.

atlet
yang ni memang paling tak boleh blah.tapi memang aku pernah bercita-cita nak jadi atlet dulu.aku dulu nak gila masuk ssbj.kenapa kau nak jadi atlet?sebab aku rasa sportsmen/women sangat hot dan cool.hamek ko.dua perkataan berlawanan aku bagi.paradoks sungguh.kalau aku jadi atlet,aku teringin kot nak jadi gimnas.seronok kot dapat lentik-lentik badan cenggitu.selain tu,badminton.dari dulu lagi aku minat badminton sebenarnya.jadi timbullah rasa teringin nak jadi atlet badminton.

kenapa ada tiga je eh?sebabnya dalam kad 001 tu ada tiga je kolum kerjaya pilihan.

p/s:
sekarang ni aku determined gila nak jadi pilot

1 comment:

afiqazizan said... [Reply]

wahhh nak jadi pilot...semoga tercapai cita2 awak ya.