roundest
aku pon tak pastilah macam mana gaya eja perkataan ni sebenarnya.tapi main benda alah ni sangatlah seronok.hanya perlukan sebiji bola tenis dan kayu pemukul buatan sendiri.kau cekau je kayu kat mana-mana pon dah boleh main dah.dekat depan rumah aku dulu ada padang.luas kot.padang depan rumah aku tu lah yang jadi port budak taman main.jangankan bebudak,adult pon main.tapi aku tak suka kalau budak-budak besar main dengan kitorang.satu:sebab depa besar.tinggi.kaki panjang.lari laju.jadi markah pun dapat banyak.dua:deme pukul kuat sangat sampai pecah bola.lepas tu blah.kerek siot!kitorang yang masih kecil lagi suci murni mana berani nak marah diorang.huhu.
tuju kasut
siapa tak pernah main permainan yang sangat exciting ni sangatlah rugi.alatan yang diperlukan cumalah selipar.tak kiralah selipar jepun ke,flipper ke.janji namanya SELIPAR.jangan kau guna terompah sudah la ye.mahu pecah kepala anak orang nanti.sia-sia je.seronok tak dapat,dapat penampar pon mau.hehe.
gasing
kau ingat lelaki je tahu main gasing.aku pun tahu la.seronok kot.dapat pangakah gasing orang lain paling best.tapi hati-hatilah waktu korang nak pangkah gasing orang tu.kalau kau pangkah gasing anak mak.sia-sia je nanti mak-mak korang bergaduh
layang-layang
aku tahu buat layang-layang sendiri kot.tapi tak la lawa.asal boleh terbang sudah.aku guna surat khabar je.tak tahulah kalau korang guna kertas warna buat layang-layang.seronoknya main layang-layang ni sebab benda alah tu naik tinggi ke atas.kekadang tu aku teringin nak terbang macam tu.(patutla aku end up dengan ambition nak jadi pilot tu kan?).aku selalu lawan dengan kawan-kawan siapa punya layang-layang paling tinggi.but selalunya aku kalah.ceyt.ada satu time tu,tengah aku syok terbangkan layang-layang aku,benang terputus.mayak sedeyh la.tapi berbekalkan semangat yang kental dan harapan yang tinggi bak(apa sambungan ayat mat luthfi tu eh?)~abaikan~okey now i remember,bak ibu mengandung,,,aku pun masuk rumah buat layang-layang baru.dalam masa sekejap aje layang-layang disiapkan.aku lupakan kesedihan lalu,then sambung aje main.
guli
seronok main guli ni.aku ingat lagi.selalu main depan surau.tak senonoh kan?main guli pun simple je.
kapal terbang kertas
nilah permainan paling jimat kos sedunia.guna kertas dengan skli nak melipat je.tapi kalau takde skil takde guna la jugak.kau memang kena expert la kalau nak kalahkan aku.sebabnya akulah juara kat taman aman mambang diawan tu dulu.ekeke.(hiperbola saja)tapi serious,aku hebat kot main benda ni.
tangkap belalang
aku suka bangat tangkap belalang.seronok tengok dia lompat-lompat.lepas tu simpan dalam satu bekas,buat lubang bagi udara masuk,kalau tak dia mampus.jangan lupa letak daun untuk makanan dia.then kau pergi tangkap satu lagi belalang n letak dalam tu,tengok dia bergaduh ke tak.macam main ikan laga sikit la.
yoyo
aku tak lah expert sangat bab main benda bulat ni.tapi aku tetap suka jugak main.entah berapa ribu entah yoyo pernah aku beli.sebab asal beli,jahanam.beli,jahanam.sampai bapak aku pun fed-up nak beli lagi untuk aku.sedyh.):
kereta dash
yang ni aku tak berapa minat sangat sebenarnya.tapi dah abang aku sibuk sangat main aku join je lah.kawan-kawan aku siap buat track lagi.
batu seremban
walaupun aku tak expert main batu seremban aku lah juara dekat dalam rumah aku.juara taman bukan aku la.
pondok-pondok @ mak-mak
'kau jadi mak.aku jadi anak.ha,kau pulak jadi bapak.'alah macam cerita tentang bulan tu lah.yang ni bila ingat balik memang kelakar benau.rasa nak gelak guling2.mengingatkan betapa merepeknya kitorang.rumput jadi sayur.batu jadi daging.ape ke jadah?
main hujan
yang ni memang top fevret habis.seronok and enjoy sangat kalau dapat mandi hujan.tapi setiap kali main hujan memnag kena bebel punya lah.for sure punya.no doubt at all.waktu main hujan jugaklah aku suka main bot.buat bot dari kertas then lepaskan kat longkang.sadis gila kau.main kat LONGKANG.
pendek kata zaman kanak-kanak aku penuh dengan main,main dan main.tak fikir benda lain.seronok kan jadi kanak-kanak?
3 comments:
aiyh..kawen2 takkan tak main kot??
taknak ngaku la tu laki dah banyak.. ehehe
saya suka main roundest,guli dengan yo-yo masa kecik..hihi.
nub:ehehe...mne taw ni nub....shiigan la mcm ni...hhaa
afiqazizan:seronok kan?
Post a Comment