Pages

Showing posts with label FUN. Show all posts
Showing posts with label FUN. Show all posts

Saturday, October 4, 2014

[Cabaran 30 Hari] #4 My Favorite TV Shows

For this post, my favorite TV shows. Sebenarnya taste aku on TV shows ni quite simple. Normally, aku suka medic and action/investigation/kepolisian macam tu.


For medic drama series, dah jarang sikit aku tengok for some reasons. Tapi zaman aku layan dulu aku suka tengok Grey's Anatomy, Private Practice, House and A Gifted Man. Medic series ni, pada aku main highlight dia adalah ilmu perubatan yang kau boleh dapat sedikit sebanyak daripada tengok series tu. I don't know about anybody else, but my curiosity sometimes is just too much for me to even handle it. Bila ada medical term yang digunakan, I will end up google-ing for it. Tapi masalah dia, bila baca, tak paham. LOL. Maybe it is just not my thang, you know. Just like if a doctor google about batu or whatnot, he/she'll probably react just like me. "What on Earth is this..that.." Totally clueless but at least, baca la dapat pengetahuan sikit-sikit. Back to the series I mention, of all that, yang paling aku suka is A Gifted Man la kot. Sebab, series tu pendek, ada one season je. Series with too much season require a lots of commitment to even follow the series, I can't even.. Ish.. You see, I'm busy of sleeping. :P Oh ya, Emergency Couple pun best jugak. Cumanya, banyak sangat pasal cinta la when I actually want to see more of medic thingy. Aku nak tengok Doctors Stranger pulak lepas ni. Syakirah kata best.





Kalau siri kepolisian/action/investigation pulak.. Aiyoo. A lot to mention. Hawaii Five-O (Steve is freaking hot, Danno is super anxious and funny), CSI (paling suka yang Las Vegas punya), NCIS, Criminal Minds, Sherlock, Blue Bloods, Brooklyn-99 (this one is hilarious I tell ya!)  and Gerak Khas ehhhhhh to start with. Waktu aku kecik-kecik dulu, sampai to the extend that I actually dreamed of being a secret agent kot. You know, with that all black suit, holding gun and stuff so bengong la I know. And you have no idea how much do I wonder of what does a gunshot feels like till now extra bengong ya I know. Cerita yang konsep macam ni yang best dia is the plot. Macam mana plot dia boleh sangat-sangat neat. Aku sangat wonder macam mana dorang boleh come up with that kind of story. Kadang-kadang yang sangat tak tercapai dek akal la weyh. Saiko betul. 


Ada satu lagi yang aku suka, The Voice. Oh my God! Seriously, what is more hilarious than the coach fighting over the contestant? Adam Levine is such a jerk, that competitive guy. Haha. Tapi bila masuk part yang dorang tak yah gaduh-gaduh dah kurang sikit menarik dia. Lol. 



Ehemm. Tolonglah any producer buat cerita pasal geologist! There's none of it as I google for it for many times already!!! 

Sunday, September 14, 2014

Ipoh Kinda Fun

If you're searching something to do in Ipoh, you might wanna go to KTM Ipoh. Malam-malam kat situ ada main roller skate and few other activities. 

First time aku pergi is on 22nd August dengan housemates and sesat Wafiy, Zamyr and Nabisha. Second time is on 11th Sept dengan Icha, Syakirah and Lobot. 

Actually time first time tu aku dah rasa serik dah nak main roller skate. Tapi pergi second time tu, eyh oke pulak. Takdelah banyak kali sangat jatuh compared to the first one. Jatuh pun sebab orang paut. Ish. Nak paut, paut dekat aku yang sama tak stabil. 

Tapi serius jeles gila tengok orang yang expert siap boleh main pusing-pusing. Aku rasa kalau dorang lalu depan aku macam nak show off je. Tampo nak? Padahal sebab jeles. Dorang tak buat mende pun. Haha.

Ada jugak orang busking kat situ. Bolehlah tahan suaranya. Sedap sangat tu tak lah. Bolehlah buat hilang bosan. Ambooii kemain angkuh komen aku gaya suara sendiri sedap sangat. Tuih tuih. 

Best jugak suasana kat situ sebenarnya. Ramai je parents yang bawak anak-anak main roller blade kat sini. Pada aku sesuai je nak jadikan aktiviti dengan family or dengan kawan-kawan. Boleh gelakkan memasing jatuh macam nangka busuk. Miahaha.

Disebabkan aku pemalas nak amek gambar sendiri, nah aku share gambar hasil carian di pakcik google.

Air pancut lampu-lampu. Lawalah tapi tak berapa nak kisah, aku sibuk balance diri tak nak jatuh.  -.-'


Ada Giant Bubble jugak.


 Budak kecik boleh main kereta macam ni. Lepas tu ada skuter kecik tu.

So kalau korang nak have fun dengan bajet yang kecil, pergi lah sini. Sewa roller skate tu RM 5 hengget je sejam. Tapi kalau korang hari-hari nak main, baiklah pergi beli sendiri punya.


Thursday, September 11, 2014

Pasca Final Exam

Masa tengah final exam hari tu, kitorang dah sibuk memikir, nak buat apa lepas final exam before pergi balik rumah for cuti empat bulan. So excited I tell ya. Padahal belum habis final exam lagi time tu. Antara yang ada dalam pilihan aktiviti kitorang is either Sunway Lagoon or ESCAPE, Penang tu. I don't remember how, but we finally decided on going for Sunway Lagoon. Ouh ya, 'we' here were Icha, Syakirah, Yaya and me myself.

Before Sunway

Aku habis final on 6th Sept, tapi yang lain habis on 7th Sept, so kitorang gerak on 8th Sept. Gerak sehari awal. Tiket ETS pagi tu actually pukul 10 lepas tu dengan bangganya kitorang pukul 9.30 baru siap semua. Dah tu mula plan mintak Acap hantar, lepas tu dia pulak stuck dekat Finance sebab ramai sangat orang. So lastnya, Satria hantar kitorang ke KTM Bt Gajah. Sampai sana, sekali ada announcement ada ketapi ke apa tah tergelincir dari landasan kat Kuala Kubu Baru. So kitorang kena naik ETS dari Bt Gajah ke Tanjung Malim. Lepas tu dari Tg Malim tu naik bas yang KTM sediakan pergi KL Sentral. 

Sampai je KL Sentral, cari makanan dulu. Aku ni dah sikit punya culture shock dengan keadaan kat situ. Mana taknya, time tu dah la lunch hour, ramai siot orang. Aku ni dah biasa duduk tempat yang tak ramai orang, so bersesak-sesak is not really my thing. Makan nasi kerabu dekat kedai kemenda tah aku lupa nama dia. Waiter kedai tu, aku rasa pelakon yang jadi Ceplos tu weyh! Ingat tak cerita Ceplos?

Settle makan, pergi gerak Time Square. Aku ikut je budak-budak ni naik monorel la hape lah nak ke TS dari KL Sentral tu. Tujuan pergi sana sebenar-benarnya adalah nak karok. Jadi karoklah kami selama 5 jam. Dah sampai terlantar ha tak larat nak menyanyi last-last tu. Oh lupa, Nadia join kitorang dari sini. Dah habis karok, sebelum blah dari situ, beli seluar mandi nak pakai esoknya. Lepas tu, kitorang gerak semula ke KL Sentral, makan, lepas tu naik lrt ke monorel tah pegi Kelana Jaya. 

Dari Kelana Jaya, naik teksi pergi Sunway. Malam tu kitorang duduk dekat City View Hotel. Bilik 2 orang sumbat 5 orang. Sardin tak sardin? Mampat gila sampai tidur mengiring semua hahaha.

Sunway Thrill

Esok paginya bangun pukul 7. Lepas tu siap-siap pergi sarapan kat mamak sebelah hotel. Nasi lemak dia boleh tahan sedap. Dah setel semua tu, check out, pukul 9.30 terus start gerak ke Sunway Lagoon. Aku ingat jauh la jugak kena berjalan dari hotel tu. Sekali, ehhh, sekangkang kera je pun kena menapak. Jadilah kitorang group pertama sampai situ. Kaunter pun belum bukak lagi time kitorang baru sampai tu. Ko nampak tak sikit punya semangat? 

Lepas je entrance bukak kitorang masuk. Simpan beg kat loker. Time ni aku dah suruh Azfar cari kitorang kat Extreme Park. Tapi minah lagi sorang merangkap rumet aku, Husna, masih lagi dalam dilema nak pergi ke tak. Mintak penampo sungguh. 

Kitorang decide nak go for Bungee Jumping and G-Force dulu. And oleh kerana G-Force memang kena pasang 2 orang, Icha Yaya, Syakirah Nadia pergi dulu and aku tunggu Azfar. Aku pergi turut Azfar kat entrance lepas tu bawak dia simpan barang kat loker. Daripada entrance aku boleh dengar budak-budak ni menjerit naik G-Force, gila kuat weyh. Satu Sunway tu dengar hiperbola. But really, kuattt siot. Lepas tu turn aku dengan Azfar pulak. Pehh patut budak-budak ni menjerit. Memang scary la siot. Dia main lambung-lambung la weyh kat udara. Tak ke gila? Ko nampak putih je. Rasa gayat nak terjatuh apa semua tu memang tak payah cakap la. Mengucap panjang aku naik mende alah tu. 

Ni lah mende alah nya G-Force tu. 

Lepas naik G-Force ni, walaupun adrenaline rush tak habis lagi kitorang pergi buat Bungee Jumping. Bungee Jumping kat Sunway ni tinggi dia 21 m bersamaan 8 tingkat. 


Ni sebelum kitorang terjun. Jangan tertipu dengan senyuman. Sesungguhnya cuak menguasai diri.

Dah sampai kat atas ni, Icha pulak cuak nak terjun. So aku cakap kat dia, "Takpe Cha, aku terjun dulu" dengan harapan dia nak terjun jugak lah lepas tu. Entah dia dengar ke tak aku cakap tu sebenarnya aku pun tak tau. 

So lastnya memang aku lah yang jadi orang first terjun. Followed by Azfar, Yaya, Icha, Nadia and last sekali Syakirah.

Nah belanja video yang ku cilok dari Instagram Icha. Aku ni malas nak edit bagai. Haha.



Perasaan nak terjun tu aku boleh describe satu je. Dah macam ko kena pasrahkan diri terjun walaupun gayat tahap tak hengat. Yang penting jangan tengok bawah. Kalau tengok sumpah ketaq kepala lutut. Macam aku. Muahaha. Dengar je abang tu count '3, 2, 1 .. go' then off you go terjun ke bawah. The feeling is surreal I would say. Sebab dia rasa macam best gilaaaaa tapi at the same time, damn so scary la weyh.

Ini baru 8 tingkat, Syakirah kata yang dekat Macau sampai 80 tingkat. 10 kali ganda weyh! 

Lepas habis buat ni, sementara tunggu dorang terjun, aku dengan Azfar pergi naik Swan Ride. Dekat situ jugaklah. Ingatkan lepas tu nak buat Flying Fox, sekali dorang lunch break. So kitorang gerak pergi naik slides. The first one to go is Vuvuzela. Best weyh naik slide ni! Serius best! 

Gambar bukan milik aku. 


Then kitorang proceed dengan slides yang lain pulak. Dah habis semua slides, kitorang pergi Scream Park. First naik yang macam kapak tu, lepas tu, naik Roller Coaster. Tapi time kitorang naik naik yang kapal pusing 360 degree aka Pirate's Revenge tu, hujan sudahhh. 


Kapak. Aku tak tahu apa nama ride ni. -.-'


Roller Coaster.

Lepas naik rides, kitorang pergi makan. Mahal nokharom makanan kat sini. Tapi dek kerana tak tahan lapo bebeno, makan la jugak. Nasi goreng ayam = RM 10. Season Iced Lemon Tea botol = RM 5 harga biasa RM 2.20 kot weyh! Lepas tu, finally Husna sampai. Dah setel melantak, cadangnya nak pergi rumah hantu. Lepas tu, ada abang Wild Life Park kata ada show binatang. Tapi sebab hujan dia takde lah bawak pusing2 Wild Life Park tu, dia buat indoor je. Bawak binatang keluar. Ada 3 jenis semuanya. Satu tu aku dah lupa apa nama menatang tu, tapi dia macam cicak yang besar dan berkulit macam ular. GELI GILA PAHAM TAK? Dua lagi, ground squirrel and ferret. Dua ni sangat COMEL! Esp the ground squirrel. Lepas je habis ni kitorang pergi Rumah Hantu. Aku jalan depan sekali dengan Azfar, budak-budak ni follow belakang. Aku rasa duduk depan sekali lagi tak scary sebab 'hantu-hantu' tu semua attack hat yang tengah. Rasa macam endless gila route rumah hantu ni weyh. Macam, bila rasa dah nak habis, eyh sekali ada lagi. Gila. Satu part ni kena pakai cermin mata 3D, natang dia main pakai illusion la siot. 

Habis rumah hantu, kitorang pergi naik cawan pusing-pusing. Naik dengan dorang ni, benda biasa pun boleh jadi gila. Main cawan pusing-pusing pun boleh bantai jerit sebab pusing laju sangat. Haha. 

Lepas tu kitorang sambung naik slides. Time tu masih berharap hujan berhenti sebab nak naik Flying Fox. Lepas bosan dengan slides, kitorang pergi dekat pool. Aku dengan Icha ternampak orang main volleyball. Nak lepas gian punya pasal, kitorang pergi join je main walaupun tak kenal pun siapa. -.-' 

Habis main volley, aku dengan Icha join budak-budak ni main dekat pool. Lepas tu tak silap kitorang pergi dekat slides balik main beberapa round. Then kitorang siap-siap nak balik. 

Begitulah tamatnya seharian di Sunway Lagoon. Seronok? Ya. Puas? Ya jugak. Kira berbaloilah sebab nak naik slide/ride pun tak payah tunggu lama sebab takde lah ramai sangat orang. Kalau pergi hujung minggu confirm ramai. 


Dekat Sunway Lagoon habis dalam RM 200 lebih jugak lah.

Admission Ticket: RM 90 (MyKad Promotion)
G-Force/Bungy Combo: RM 95 (MyKad Promotion)
Makan: RM 15
Locker: RM 15

Lebih kurang lah tu. Takde beli souvenir apa pun. Mahal. Jejak kedai souvenir pun tidok. Haha. 

Lepas ni, kita try ESCAPE Penang or SkyTrex pulak! Jyeahhh! 


Thursday, August 28, 2014

#backtoigop reminiscing the old days :)

So hari tu (23082014) ada Majlis Sambutan Hari Raya kat Igop. Kali ni, alumni pun dijemput. So dengan bersemangatnya aku dengan budak-budak ni berbincang nak ke sekolah dalam Whatsapp group. Setelah drama yang pelbagai, akhirnya, pergi jugaklah kitorang.

Aku naik bas daripada UTP. Popo naik bas daripada Taiping. Popo gigih gila boleh tak? A day before dia baru lepas cross country kot kat UPNM tu. Ajlaa dari KL naik ETS. Semua pakat jumpa dekat Ipoh. Aku sampai je jumpa Popo dekat Medan Kidd. Dari Medan Kidd kitorang gerak ke KTM Ipoh cari Ajlaa. Then Teya datang dengan ayah dia amek kitorang dekat KTM Ipoh hantar sampai Igop. Thank you very much Pak Cik Samsudin!

Sampai je kat Igop, jumpa yang lain-lain. Lepas tu dah sampai semuanya baru kitorang gerak ke Dewan Makan sekarang panggil Dewan Ibnu Khaldun ecehhh. Sampai je dekat situ, belum sempat masuk pun lagi terserempak dengan Miss Emma. Sembang-sembang jap, jumpa pulak dengan Cikgu Santhiyah. Rindu gila boleh tak dengan Cikgu Santhiyah???



Habis amek gambar apa semua, kitorang masuk dalam DM. Lepas tu, bukan cari makanan dulu pun. Kitorang dok jumpa cikgu-cikgu. Dah macam sesi meet and greet. Bhahaha. Tapi serius sangat rindu. Dulu time sekolah punyalah dok menyampah bila cikgu membebel ke apa. Dah besar-besar ni reti pulak nak rindu. Menyampah tau. Dah la old girls group macam kitorang je yang ada. Yang lain banyaknya old boys je. Tak kisahlah yang tu. Yang penting aku ternampak crush time sekolah. Terkaku kejap.



With Cikgu Gan yang maintain awet muda. Apa rahsia Cikgu???


Dengan wanita-wanita besi I-Gop yang tak pernah jemu mendidik.

Ini Ustazah Faizah

Cikgu Azril yang maintain hensem dan perut flat setelah menahan napas. Gurau je cikgu.. Hehe.

Ini Ustaz Sukri. Beliau ajar saya Arab.

Ini Cikgu Anisah yang rawkkk.

Ini cikgu yang menjadi igauan pelajar lelaki yang nakal, ish. Cikgu Wanzu.

Lepas tu kitorang gerak masuk asrama jap. Saja.. Mengenang masa lalu ecewahh. Time ni, sian anak Cikgu Azril. Dia nak ikut aku tapi nanti Cikgu Azril cari dia sosah la pulak. Dah la comel. Geram aihh aku.


Ladies Nilam. Tabik hormat untuk Popo yang menang 1st place cross country. That girl is no joke mannn.


Amek gambar dekat tangga, because we can. Dan oh ya, yang tudung oren belakang sekali tu Sensei Nafisah. Dia cikgu yee. Nampak tak awet muda? Jeles.


Hye! Ini depan DM. 

Sepesen tak sepesan muka Pyia dengan siblings dia? Pondok ni dulu tempat study petang-petang ni.

Sofia, one of my very favorite person! 



Padang belakang surau.


 Dah habis kat asrama, kitorang pergi surau solat apa semua dulu. Dah tu, kitorang pergi Blok Akademik pulak melawat kelas. Ya Allah rindu gila boleh tak???




Dataran Ilmu

5 Kindi ladies :D Ko nampak tak muka aku struggle kemain nak masuk frame. Burok nau tau rupanya.


Habis je pusing satu sekolah, wajiblah menamatkan sesi lawatan dengan mengambil gambar di tangga merah. Hehe.






Lepas tu kitorang gerak ke Aeon Station 18, nak makan kat Pancake House. Sedap pancake kat sini! Lagi-lagi sebab Teya belanja hehe. Thank you so much Teya!


Dengan Popo yang hebat!!

Dengan Nadh Zack.



Balik tu Nadh Zack hantar aku sampai UTP kot. Thank you so much Nadh!

Seriously lepas sikit rindu dekat korang, rindu dekat cikgu, rindu suasana sekolah. Nanti bila-bila kita kumpul lagi ramai di mana misi ini hanya akan berjaya jika salah seorang batchmate kawen. Kawen la cepat korang oiii! .