Thursday, August 28, 2014

#backtoigop reminiscing the old days :)

So hari tu (23082014) ada Majlis Sambutan Hari Raya kat Igop. Kali ni, alumni pun dijemput. So dengan bersemangatnya aku dengan budak-budak ni berbincang nak ke sekolah dalam Whatsapp group. Setelah drama yang pelbagai, akhirnya, pergi jugaklah kitorang.

Aku naik bas daripada UTP. Popo naik bas daripada Taiping. Popo gigih gila boleh tak? A day before dia baru lepas cross country kot kat UPNM tu. Ajlaa dari KL naik ETS. Semua pakat jumpa dekat Ipoh. Aku sampai je jumpa Popo dekat Medan Kidd. Dari Medan Kidd kitorang gerak ke KTM Ipoh cari Ajlaa. Then Teya datang dengan ayah dia amek kitorang dekat KTM Ipoh hantar sampai Igop. Thank you very much Pak Cik Samsudin!

Sampai je kat Igop, jumpa yang lain-lain. Lepas tu dah sampai semuanya baru kitorang gerak ke Dewan Makan sekarang panggil Dewan Ibnu Khaldun ecehhh. Sampai je dekat situ, belum sempat masuk pun lagi terserempak dengan Miss Emma. Sembang-sembang jap, jumpa pulak dengan Cikgu Santhiyah. Rindu gila boleh tak dengan Cikgu Santhiyah???



Habis amek gambar apa semua, kitorang masuk dalam DM. Lepas tu, bukan cari makanan dulu pun. Kitorang dok jumpa cikgu-cikgu. Dah macam sesi meet and greet. Bhahaha. Tapi serius sangat rindu. Dulu time sekolah punyalah dok menyampah bila cikgu membebel ke apa. Dah besar-besar ni reti pulak nak rindu. Menyampah tau. Dah la old girls group macam kitorang je yang ada. Yang lain banyaknya old boys je. Tak kisahlah yang tu. Yang penting aku ternampak crush time sekolah. Terkaku kejap.



With Cikgu Gan yang maintain awet muda. Apa rahsia Cikgu???


Dengan wanita-wanita besi I-Gop yang tak pernah jemu mendidik.

Ini Ustazah Faizah

Cikgu Azril yang maintain hensem dan perut flat setelah menahan napas. Gurau je cikgu.. Hehe.

Ini Ustaz Sukri. Beliau ajar saya Arab.

Ini Cikgu Anisah yang rawkkk.

Ini cikgu yang menjadi igauan pelajar lelaki yang nakal, ish. Cikgu Wanzu.

Lepas tu kitorang gerak masuk asrama jap. Saja.. Mengenang masa lalu ecewahh. Time ni, sian anak Cikgu Azril. Dia nak ikut aku tapi nanti Cikgu Azril cari dia sosah la pulak. Dah la comel. Geram aihh aku.


Ladies Nilam. Tabik hormat untuk Popo yang menang 1st place cross country. That girl is no joke mannn.


Amek gambar dekat tangga, because we can. Dan oh ya, yang tudung oren belakang sekali tu Sensei Nafisah. Dia cikgu yee. Nampak tak awet muda? Jeles.


Hye! Ini depan DM. 

Sepesen tak sepesan muka Pyia dengan siblings dia? Pondok ni dulu tempat study petang-petang ni.

Sofia, one of my very favorite person! 



Padang belakang surau.


 Dah habis kat asrama, kitorang pergi surau solat apa semua dulu. Dah tu, kitorang pergi Blok Akademik pulak melawat kelas. Ya Allah rindu gila boleh tak???




Dataran Ilmu

5 Kindi ladies :D Ko nampak tak muka aku struggle kemain nak masuk frame. Burok nau tau rupanya.


Habis je pusing satu sekolah, wajiblah menamatkan sesi lawatan dengan mengambil gambar di tangga merah. Hehe.






Lepas tu kitorang gerak ke Aeon Station 18, nak makan kat Pancake House. Sedap pancake kat sini! Lagi-lagi sebab Teya belanja hehe. Thank you so much Teya!


Dengan Popo yang hebat!!

Dengan Nadh Zack.



Balik tu Nadh Zack hantar aku sampai UTP kot. Thank you so much Nadh!

Seriously lepas sikit rindu dekat korang, rindu dekat cikgu, rindu suasana sekolah. Nanti bila-bila kita kumpul lagi ramai di mana misi ini hanya akan berjaya jika salah seorang batchmate kawen. Kawen la cepat korang oiii! .


No comments: