Pages

Saturday, August 2, 2014

Raya 2014

Tahun ni raya tak lah semeriah mana. Tapi as long as dapat berkumpul satu family bersama saudara-mara oke lah tu. Kalau ikutkan nak balik Ipoh dua hari sebelum raya, tetapi oleh kerana mak tak habis jahit baju lagi, balik sehari sebelum raya. Boleh tahan lambat turun dari bukit ni hah. Dekat-dekat petang jugaklah. Lepas tu, sampai je Ipoh beli barang sedikit sebanyak yang tak cukup lagi. Especially baju si Ayip. 

Hari raya first, bermula di Ipoh. Makan laksa dulu dua round. Lepas tu pergi gerak ke Karai. Boleh tahan lambat jugak gerak, sampai Achik bising jugak lah. Haha. Sampai Karai, pergi raya rumah arwah Pah Ah yang dipenuhi anak cucunya yang sangat havoc. Mak aku dengan Mak Nyah jumpa sepupu sepapat dia, riuh habis. -.-' Aku macam biasa lah, socially awkward penguin. Bhahaha. Lepas tu pergi rumah Pah Wan. Rumah Pah Wan pun macam biasa, penuh dengan anak cucunya. Cicit je belum ada. Haha. *Ok hambar di situ*. Lepas tu, gerak ke kubur lawat kubur Pah. Lepas tu nak gerak ke Kg Padang Changkat, Chandan pulak. 

Tapi sebelum itu, singgah kat Victoria Bridge Karai bergambar dulu la weyh! 



Mak Abah den.







Drama tak drama nak amek gambar family? -.-'
Riuh.




2nd background.


Aku yang ketaq kepala lutut takut jatuh.


Nyatin yang acah-acah puteri rom. haha.


Nyatin and Ayip


Ayip and Nina. Ini budak berdua, gaduh saja kije.



Nyatin ngan Mak


Munzir


Nina

Banyak tak banyak gambar? Terima kasih kepad tukang amek gambar iaitu Wan, sepupu den.

Selepas dah puas sesi bergambar yang diakhiri dengan hujan wahahaha, bergeraklah ke Chandan. Kat Chandan pergi beraya rumah Mak Mah dengan rumah Tok Su je. Makan, pehh banyak. Lepas tu balik Ipoh balik. Malamnya tu balik ke Kampar pulak.

Habis la 1st raya. 

2nd raya dekat Kampar tak pergi mana-mana pun. Makan kat rumah je. Laksa lagi hahahaha. Cik Epi datang rumah. Anak dia, Indah tu awww cute gila boleh tak. Dah tu jenis tak takut orang. Lagi seronok aku nak melayan. Lepas tu ada sedara mara belah tok datang. Aku ni tak berapa kenal sedara mara belah tok. Jadi lepas salam, pergi duduk terperosok kat dapur. Jangan salah faham, bukan nak kata rajin menolong di dapur, oh tidak sama sekali. Aku ni pemalas ya Rabbi. Time Nyatin masuk dapur, tiba-tiba ada sorang budak comel ngekor dia. Kasih nama dia. Terkebil-kebil tengok kitorang kat dapur tu. Haha. Comel. 

Dah malam, kitorang gerak nak raya rumah Kak Ain, wife Abg Ijan, sepupu den. Cek Nab, macam biasa, laksa. Aku dah kenyang sebenarnya time tu, tapi rasa sikit laksa dekat Ayip, oh no, cannot resist so sedappp so makan satu pinggan. Lepas rumah Kak Ain, ke rumah Cik Amah. Ada laksa lagi T_T tapi aku tak larat dah. Rasa nak pecah perut aku aih makan sesaje. Makan kuih saja. Sedap weyh satu kuih tu tak tahu apa nama dia tapi Cik Aishah cakap Snow Almond. Lepas raya situ, maka bergeraklah ke Taman Meru 3C terchenta semula untuk beradu. 

Raya Ketiga. 
Ahh sudah aku lupa buat apa. Yang aku ingat, pergi menghabiskan baucer buku aku yang berbaki rm 150. Grab 6 new books. Soo happy. Then, pergi rumah Opah Chu. Ya Rabbi, ada ikan talapia la weyh! Sedap gila baq ang makan panas-panas cecah air asam. Sedap sedap. Lepas tu melantak spaghetti pulak. Dari rumah Opah Chu, pergi rumah Opah Nah. Tak makan. Sebab dah kenyang melantak kat rumah Opah Chu. Yang pasti, seronok tengok anak-anak Cik Pae dengan Cik Saba main like a TRUE kid. haha. #iykwim . Dari rumah Opah Nah, balik kejap rumah Tok. Pom pam pom pam jap, balik ke Cameron. 

Nothing much pun kat atas ni, so that's it. The raya story. :)



2 comments:

anonymous said... [Reply]

alhamdulillah rajin anak dara g dapur.hehe

Keon Alhan said... [Reply]

@Nadzirah hahaha. mana ada nad.. dah cakap dah tu bukannya tolong pun T_T . malas nak bersembang ke apa punya pasal. haha.