Pages

Sunday, August 10, 2014

Random Thoughts on Sunday Morning

Aku tiba-tiba rasa macam nak menaip. Sebab aku dah tak tahu nak ekspresikan apa yang aku rasa macam mana sebenarnya.

Aku rasa macam banyak sangat benda yang bermain dalam kepala hotak aku sekarang ni. Tapi aku tak tahu apa dia yang buat aku rasa berat sampai macam ni sekali. Dengan final yang tinggal kurang daripada sebulan je lagi, dengan kerja-kerja sebagai seorang student yang serius tak nampak penghujung dia, dengan kerja-kerja event yang patut boleh settle awal tapi tak tahu apa sebenarnya yang jadi pada produktiviti kerja aku sekarang ni. Macam ke tahap zero.

Sampai satu tahap, aku berfikir, kenapa aku memilih jalan ni? Adakah lagi passion dan keikhlasan hati aku melalui tahun-tahun yang berbaki kat UTP? Aku tahu rasa ni temporary. Sebab aku pernah je rasa macam ni before. Exactly time macam ni jugak. Time dah nak dekat cuti empat bulan. Mungkin terlalu penat bergelumang dengan dunia sebagai student uni mungkin. Mungkin.

Ada jugak aku fikir, cuti empat bulan nanti aku nak buat apa. Yang pasti aku tak nak cuti empat bulan aku kali ni sia-sia macam cuti empat bulan yang lepas. SANGAT SIA-SIA. Paling tidak pun, kalau ditakdirkan aku tak kerja jugak kali ni, aku nak jadikan paling kurang jadi cuti yang produktif dan refreshing.

Tak lupa jugak aku dok fikir, ke mana hala tuju aku lepas ni? I know it seem to early. I have 2 more years to complete my degree. But it scare the hell out of me bila even dah nak habis 2nd year ni pun aku masih blur dengan hala tuju aku lepas ni. Ke mana? Aku jadi macam ni bila zaman sekolah dulu, aku seorang manusia yang penuh dengan motivasi, passion dan goal. Walaupun tak seberapa pun yang tercapainya. Tapi at least bukan macam sekarang yang dah macam manusia hilang arah tujuan. Aku dok terfikir, lepas degree nak kerja ke? Second degree pulak ke? Or master ke? Tapi bila fikir balik, malasnya nak belajar formally macam tu. Aku nak cari pengalaman. Ada jugak bisik-bisik hati aku untuk teruskan kejar cita-cita as askar. Well, setakat ni itulah yang paling kuat.

Pada akhirnya, hidup aku yang masih kabur hala tuju ni, insyaAllah kalau dipanjangkan umur, panjanglah lagi perjalanannya. Kalau dah ditentukan Allah umur pendek, mati awal la jugak? Tak gitu? Tapi aku tak nak lah mati dalam keadaan sia-sia. Dah punya lama Allah bagi pinjam nyawa. Aku harap husnul khatimah lah. Tapi bila memikirkan yang dosa aku yang lebih banyak dari pepasir kat tepi pantai tu, takut lah aku. Macam mana nak menghadap sang Pencipta?

Oleh kerana yang tahu  perancangan untuk aku hanyalah Allah, aku rasa aku patut follow the flow je. Merancang tetap merancang. Cita-cita tetap cita-cita. Impian tetap impian. Usaha tetap usaha. Tetapi pada akhirnya, semuanya Allah yang tentukan sebab Dia lah yang maha tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Dah dia yang cipta kan? Kita ni sebagai yang diciptakan tak patut menyoal itu ini pun. Apa hak kita?

Yang aku tahu, aku kena sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Moga Allah terus beri aku kekuatan.

Anyway, wish me luck for my final exam. And then of me go for cutiempatbulan! Yeeeehaaa.

Sunday, 10/8/14, 2.55 a.m.. *what's sleep? pffftttt*

No comments: