Pages

Thursday, October 23, 2014

Hari Jubah UTP

Tahun ni, ramai di antara senior Medtech aku convo. Perasaan tu bercampur baur lah. Happy sebab tengok diorang happy dah berjaya. Sedih jugak sebab lepas ni konfem payah nak jumpa diorang. Makanya, Convocation UTP memang satu event yang aku tak boleh nak miss walaupun tengah cuti sem sekarang ni. So, aku pun turun lah on 18th Oct sebab Convo is on the next day.

Malam 18th Oct tu of course la pergi keluar makan sama-sama dengan Medtechians. Mula-mula plan nak lepak dekat ConvoFest je tapi sebab Raimi mengada-ngada haha gerak makan kat Medan S.I. tu. Oleh kerana memang nak jumpa Raimi pun sebab dah lama tak jumpa senior sorang tu sebab dia tak rajin macam Amir datang melawat adik-adik kat UTP haha. Sebelum gerak pergi makan, pergi beli wrapper bunga dulu untuk bunga yang telah dibeli di Tanah Tinggi Cameron. Bhaha.

Sampai Medan, tengok abam-abam akak-akak dah makan. Kitorang order lepas tu menyembang.

Meja 1

Meja 2

Meja 3

Fast forward. Dinner habis. Lepas balik dari dinner, aku gerak ConvoFest sebab nak beli kura-kura lampu. Haha. Gigih gila boleh tak. Dah lepak kejap dekat ConvoFest, sesi mapley pulak kat Farouk. Oleh kerana tak sempat nak gosip lama dengan Faris time dinner, haruslah menyambung gosip dengan bos ku itu dekat mapley. Boleh tahan lama mapley sampai dorang dah masuk topik yang aku tak boleh nak brain lalu terus mengantuk. Balik UTP, sesi menggubah bunga pula dilaksanakan.

Pada Hari Jubah
Malam sebelum tu, Raimi dah rekrut aku jadi PA dia aka flower girl tak bertauliah dengan Ipin. So dah set nak turun pukul 7.15 a.m.. Walaupun tak cukup tido, nasib la bangun jugak. Bangun-bangun, siap-siap, aku ingat aku dah lambat dah. Sekali aku turun, ceyt, Raimi baru nak turun, Ipin baru bangun. Geraklah dulu dengan Raimi pergi tengok the grads beratur sebab nak pergi jumpa sorang-sorang Medtechian yang grad. Sampai dekat blok 19, jumpa Amir. First jumpa Kak Iman, Kak Dayah, Kak Anis, Kak Aishah and Kak Iqah. Lepas tu gerak from course to course. Tak ingat dah urutan sebab ramai kot yang convo. Lebih 10. Semput mak nak mengingatinya.


Kak Aishah-Raimi-Kak Anis-Kak Iman

Aku-Kak Aishah-Amir-Raimi-Kak Anis-Kak Iman-Kak Iqah

Arif-Kak Aishah-Kak Anis

Kak Dayah (ex-housemate)-Kak Chaol

Aku-Kak Chaol-Amir-Raimi-Ipin

Kak Diera (ex-housemate)-Kak Nina

Amir-Raimi-Herman-Ipin

Lobot

Dah dorang masuk Chancellor Hall tu, kitorang dah kebuluran macam apa je. Jadinya pergi makan dulu dekat RTM. Ikut Raimi, Amir dengan Ipin dah macam Amazing Race ko paham tak? Aku dah la lapar tak makan. Dorang pulak jalan macam tak reti bahasa penat je.

Dah habis sarapan gerak balik bilik dulu. Aku, Husna, Micha dengan Ida gerak pergi beli barang kejap. Sampai tengah hari jugak la lastnya. Balik UTP, wrap hadiah, lepas tu kelam-kabut aku nak gerak CH. Sampai je CH, tengok Raimi tengah beli bunga dengan Kak Shahirah and Amir. Lepas tu, aku, Husna, Kak Shahirah, Amir and Raimi bergeraklah ke hulu ke hilir cari the grads nak bagi bunga.

Usop-Ajun

Kak Chaol

Kak Shahirah-Husna-Aku-Usop-Kak Anis-Kak Aishah-Raimi-Amir-Olel-Wafiy-Satria

Amir-Raimi-Kak Anis-Kak Iman-Kak Aishah-Aku-Husna-Micha

Micha-Husna-Aku-Kak Aishah-Azrul-Lobot-Kak Anis-Raimi-Amir-Pisyek

Husna-Kak Shahirah-Aku-Kak Salwa-Kak Iman-Raimi-Amir-Satria-Olel-Wafiy

Tun M nak balik dah.

Lastnya berjaya jugak mencari semua orang walaupun onak berliku kemain tau. Berpeluh-peluh aku. Dah macam mandi peluh katekoo. Dah la aku pakai thin knit sweater warna hitam. Boleh tahan bangang sebenarnya pilihan baju aku. Lol.

Dah setel bagi hadiah tu, kitorang lepak tunggu convo sesi petang sebab nak greet Acap, Kak Nadiah and Ayin. Sesi petang tak ramai pun.

Acap #teamfanclubacap

Kak Nadiah

Dah dorang masuk dalam CH, kitorang blah cari makanan. Lepas makan, Raimi, Kak Salwa and Pisyek berangkat pulang. Tinggallah aku, Husna, Amir dan Micha meneruskan misi bagi hadiah untuk sesi petang. Dah habis makan, Amir belanja Tutti Frutti. Ngehhh. :D Tengah kitorang nak membeli kat Tutti Frutti tu, Micha kol kata dorang dah nak keluar. Tak ke sikit punya gelabah kitorang dibuatnya? Jadinya, kitorang beli laju-laju lepas tu gerak balik UTP. Sekali sampai UTP tak habis pun lagi. Bhahaha. Sesi petang tak semencabar sesi pagi. Kitorang jumpa Ayin and Acap dalam CH je. Lepas tu macam biasa la amek gambar apa semua.

Gambar dalam CH takde sape pulak upload jadinya tak dapat mencilok. Haha. Btw, gambar semua ni diambil dari Yusuf Iskandar Wahyu Salam aka Usop dan Kak Anis. :)

Tahun depan tak tahu siapa yang nak buat macam ni ie cari sorang-sorang. Walaupun macam benda remeh je, tapi bak kata Raimi and Amir, nanti ko dah Convo ko tahu lah. Bila fikir balik, ye jugak. Baru rasa dorang dihargai. Gittew. Aku rasa macam kena turun sebab ramai insan-insan yang banyak ajar aku convo tahun depan. Rasa macam tak best lak kalau tak pergi.

Kepada akak-akak abam-abam yang dah grad sekalian, 
Thank you for all the ilmu that you guys have shared with us juniors. Kami akan rindu kalian. Datanglah jenguk kami di UTP tau! Mohon open table sekali. Ngeh. Serius sayang kat korang! Kehadiran kalian dalam hidup ini membawa seribu makna ecewah. All the best for your future undertaking. Moga Allah permudahkan segala urusan korang. Semoga rajin berusaha! Semoga berjaya dalam apa jua yang korang akan buat lepas ni. Jangan mudah putus asa. Doakan kitorang adik-adik ni berjaya jugak tau! And jangan lupa datang Convo kitorang nanti oke! Haha. Hat ni gurau, sebab bak kata Ajun "Kitorang dah ada life memasing dah time korang convo". Kenanglah kami adik-adik yang comel ini dalam doa kalian! 

Yang benar, 
Keon @ Nisa @ Runi :D

No comments: