Thursday, October 23, 2014

[Cabaran 30 Hari] #23 Things That I Miss

I miss being the old me. Old me means aku zaman sekolah dulu. Because that 'me' is way better than who I am right now.

Sepatutnya, manusia ni makin lama dia jadi makin baik, tapi aku lain pulak jadinya. Aku rindu tarbiah zaman sekolah. Tapi aku yang sekarang usahanya tak jugak ke arah tu. Sebab aku sendiri tahu, kita mana boleh tunggu je benda datang pada kita, kita kena usaha jugak ke arah tu. Bukan aku tak nak, malah aku rindu semua tu. Tapi aku sendiri tak tahu apa benda yang hold aku. Bila aku tengok sahabat-sahabat sekolah aku yang makin lama makin sejuk mata memandang, makin solehah makin baik, you don't have any idea how sayu I feel. Aku rasa macam tertinggal. Aku rasa macam rendah diri dengan diorang. Kadang-kadang aku ada je rasa nak whatsapp diorang, nak bercerita, nak spill how I feel, tapi entahlah. Mungkin sebab aku ni memang jenis bukan bercerita dengan orang pasal benda-benda berkenaan feeling aku tiba-tiba macam tu. Aku sangat rindu bi'ah yang penuh ilmu macam tu. Aku tak rasa aku ada tu sekarang. Mungkin sebab tu dada aku rasa kosong tapi berat. Sarat dengan emosi yang entah apa-apa. Sebab tak ada pengisian. Aku sedar semua ni. Tapi aku sendiri tak tahu macam mana nak cari will power nak ubah semua ni dan menuju ke arah yang baik.

Aku rindu jugak aku yang penuh impian dan passion dulu. Aku memang jenis yang passionate dengan impian aku. Aku bukan jenis yang impian pasang main-main je. Aku akan buat research tentang apa yang aku nak. Aku akan buat perancangan dan aku akan berusaha ke arah itu. Tapi lepas je apa yang aku rancang time sekolah menengah terkubur di tengah jalan, aku jadi manusia yang lebih suka follow the  flow. To be honest, aku tak suka macam tu. Sebab aku perlu goal supaya aku lebih rasa driven. Aku memang jenis yang kena ada goal. Sebab tu lah aku rasa aku jadi clueless dengan apa yang aku nak sekarang. Bila dah meningkat dewasa ni, banyak benda yang nak kena fikir before aku set goal. Jadi aku macam fed-up sikit. Nevertheless, aku berjaya sort that thing out benda tu not long time ago. Sekarang aku ada goal. Cumanya, kali ni banyak onak duri sikit lah. Haha. Tapi aku fikir satu je. Dalam hidup ni, memang lah penuh cabaran. You cannot expect the world to be indah je sentiasa.

I know, I shouldn't write something like this publicly, but hey, ada pulak lah yang baca blog ni kan? That's why dekat sini aku lebih terbuka. Dan aku memang lebih senang bercerita dengan menulis macam ni daripada nak bercakap ke apa.

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

Aq faham perasaan tu

Anonymous said... [Reply]

Feel u bro