Bryan Nickson Lomas -- Diving
Walaupun Bryan dah bersara dah pun dari sukan diving ni, aku masih favor dia berbanding divers Malaysia yang lain. Selain Pandelela, aku rasa dia lah divers yang berjaya. Aku still ingat waktu Olympic Athens 2004, he's still 14 back then tapi dia hampir-hampir jadi finalis. Acara favorite dia 10m platform and aku paling suka bila dia buat armstand. Super awesome! Aku terkejut gila waktu mula-mula tahu dia dah retire dulu. But he retire to focus on his study, so understood sebenarnya. Banyak lagi atlet yang buat keputusan nak retire for that reason. Ye lah, secara realitinya, semua orang tahu yang atlet ni career span dia tak lama. Lagi-lagi diving.. 25 macam tu dah kira tua. Bryan tahun ni dah 24 tahun dah. Sekarang ni, he's into coaching pulak. Untuk negeri Selangor kalau tak silap.
Gambar bukan milik aku. Tuan punya nya tu hah seperti tertara kat watermark kat gambar tu. |
Datuk Nicol Ann David -- Squash
Josiah Ng -- Cycling Track
Rasanya wanita besi berusia 31 tahun yang berasal dari Pulau Pinang ni tak perlu diperkenalkan lagi kot. World No 1 ni kalau tak kenal memang mintak sepak. She's the Malaysian sweetheart,come on lah. Achievement tak payah cerita, bersusun-susun. She's consistent. Called the smiling assassin, she's so quick in the court. Seriously kalau Olympic ada squash mesti Malaysia dah ada pingat emas. Haha. Sebenarnya, beliau ni tak based in Malaysia pun tapi kat Amsterdam. Kalau ko baca http://www.nytimes.com/2014/09/19/sports/nicol-david-seeks-5th-asian-games-gold-medal.html?_r= ko paham la kenapa. So far, aku tak pernah dengar pulak lagi ura-ura nak retire ke apa. Cuma realitinya, kalau dah masuk 30 tu, dah menuju ke hujung-hujung karier dah la. Lagi-lagi sukan fast paced macam ni. Harapnya, by the time she retire, Malaysia dah produce more 'Nicol Ann David'. Hat ni website yang Nicol founded http://squashstars.com/
Gambar bukan milik aku. |
Josiah Ng -- Cycling Track
Yang ni tak payah cerita la kenapa aku minat dia kat sini. Mohon tengok ini http://cobaltchloride.blogspot.com/2014/09/congratulations-josiah.html dan ini http://cobaltchloride.blogspot.com/2014/09/cheer-up-josiah.html . Latest aku baca kat fb dia bila orang tanya whether after this dia akan continue ke macam mana, he said that thing kena re-evaluate dengan coach whether he's still relevant untuk membawa cabaran Malaysia ke Olympic Rio de Janeiro 2016. Personally, aku nak sangat dia still go for that Olympic before he settles for good from this sport. Tapi apa nak dibuek, kita tunggu je lah apa keputusan lastnya. Kalau nak ikut perkembangan dia boleh usha https://www.facebook.com/josiahcyclist .
Josiah and his wife, Kim Ong |
Swag sangat. Haha. |
Gambar dari Facebook Josiah Ng
Malaysian Speedy Tigers -- Hoki
Sebab banyak sangat atlet hoki yang aku minat, aku bantai satu team terus. Pada aku, berbanding bola sepak, hoki lebih promising. Melihatkan persembahan di Sukan Asia Incheon 2014, aku boleh kata team play dah makin bagus. Seriously dah lebih baik. Kalau before ni adalah few time yang bila aku tengok aku rasa nak baling kasut dekat TV, sekarang dah oke lah sikit. Hantaran pun kemas. Jarang la jugak kena pintas dek team lawan. Kalau tengok, skuad hoki ni seimbang, ada junior yang berbakat macam Faiz Helmi Jalo, Shahril Saabah, Firhan Ashaari, Fitri Saari. Ada senior yang cukup berpengalaman macam Azlan Misron, Razie Rahim, Jidin, Super Awesome S. Kumar dll. Oke ni tibah sangat, tapi aku rindu kehadiran mendiang Chua Boon Huat atas padang dengan team Msia. That dude, was awesome! Walaupun sekadar menamatkan saingan Asian Games di tangga keempat, aku harap lepas ni takde lah dok tukar-tukar jurulatih lagi ke apa supaya skuad ni lebih mantap and hopefully, dapatlah melayakkan diri ke Olympic 2016 nanti. Go Speedy Tigers!!!
Update selalu aku baca sini https://ms-my.facebook.com/pages/Malaysian-Hockey-Team-Fan-Page/331729040196794
No comments:
Post a Comment