Izinkan aku bercakap soal hati.
Jarang ni aku nak bercakap soal hati yang selama ini memang
jadi rahsia hati aku semata.
Aku ada satu persepsi tentang gossip, yang pada aku
maknanya; berita yang tidak ada benarnya.
Oke aku bagi spesifik la lagi, gossip tentang lelaki dan
wanita, atau mungkin bahasa lainnya bagi kita-kita ini, skandal.
Satu, hati itu bukan untuk disua-sua pada sesiapa sahaja.
Dua, hati itu bukan untuk disepak merata-rata.
Tiga, hati untuk bukan untuk disua-sepak sesedap rasa.
Maksud aku, apabila hati seseorang itu bukan pada seseorang
yang disebar disua-sepak sesedap rasa tu, kenapa kau nak sua hati dia pada
orang tu?
Sedangkan memang pada awal dasarnya, hati dia memang bukan
untuk orang tu?
Sebab pada aku, perasaan yang hadir dalam hati itu betapa
indah dan sucinya.
Dan apabila disua-sepak pada hati yang bukan tempat
jatuhnya, macam.. errr.. out of place nya, awkwardnya, bangangnya.. sebab hati
memang sudah ternyata memang bukan jatuh pada dia.
Sebab hati itu pada aku, biarlah disua dengan senang hatinya
pada tempat ia jatuh dengan indahnya.
Faham tak aku cuba cakap apa? Hahahaha.
No comments:
Post a Comment