Pages

Monday, March 3, 2014

Always a Daddy’s Little Girl.

Dahulu-nya, aku pernah musykil apabila ramai yang berkata, aku mahu suami yang lakunya persis bapa aku. Sungguh aku tak faham.

Sampai suatu tahap aku pelik, why would we want the second dad in our life? Tapi itu sebelum aku keluar dari kepompong rumah dan melihat pelbagai laku manusia bernama lelaki. Yang baik, yang jelik tak kurang juga yang aneh.

Kebanyakan dari mereka menggambarkan yang aku bukan orangnya yang bakal mengangkat kamu kalau kamu jatuh, membetulkan kamu kalau kamu salah. Tidak keterlaluan kalau aku katakan yang kebanyakan daripada lelaki yang aku jumpa masa kini memberi gambaran aku mahu cinta tapi tidak bersedia memegang tanggungjawab. You had no balls, maybe? Maybe I’m just unfortunate not to meet the nice kind of guy but who are you trying to kid? There ain’t many good men nowadays, they’re limited species.

My statement sounded so biased aye?

Yeah, aku mengakui juga.. Perempuan juga sudah jarang kita nampak yang terjaga. Bukan anak dara pingitan yang pastinya. Tapi gadis-gadis bukan pingitan ini tetap menginginkan figura yang berperwatakan a keeper like her daddy.

Istimewa-nya seorang ayah, dia mampu buat kita tertawa dengan lawak-nya yang tak berapa nak lucu. Dia mampu buat kita rasa selamat hanya dengan berdiri di samping kita.

Anehnya cinta seorang ayah, membuatkan anak gadisnya sentiasa rasa terjaga. Rasa ada yang ambil kisah walaupun para ayah tak pernah trang tang tang tunjuk pun kasih sayang dan cinta dia.

Hebatnya aura seorang lelaki bergelar bapa, ketegasannya buat anak gadisnya rasa ada yang kisah untuk tegur bila apa yang dilakukan itu salah.




Pada akhirnya, semua gadis pernah berkata ‘I want to marry you when I’m older, daddy’ sebelum kita tahu apa2. 

Oh Abah, I want to be your little girl FOREVER!

1 comment:

Anonymous said... [Reply]

omg i found you hahahaha (kinah)