Thursday, February 21, 2013

Sedang cuba bertabah

Allah.
Kenapa segalanya terasa begitu menyesakkan.
Aku tak tahu sama ada aku mampu atau tidak untuk melalui semua ini.
Dugaan yang Kau hulur ini, rasanya pedih sekali.

Namun aku tahu, Kau tak akan uji aku lebih daripada apa yang mampu aku tanggung.

Allah.
Aku mohon kekuatan.
Supaya pasak aku kekal teguh.
Supaya dugaan ini bisa ku tempuh.

Andai aku rebah, ya Rabbi.
Aku mohon kekuatan agar aku bisa kembali berdiri dan berlari.

Allah.
Pedih hati aku. Parahnya luka di hati aku. Patahnya semangat aku. Longgarnya pasak aku. Biarlah hanya Kau yang tahu.

Sebab aku tahu, Kau lah sebaik-baik pemberi pertolongan.

Janganlah Kau bolak-balikkan hati aku untuk berpaut pada dahan yang reput, ya Allah.

**Catatan ini, daripada seorang hamba kepada Tuhannya.
Catatan yang aku nukilkan untuk aku raih secebis kekuatan.
Di saat hal dunia terasa merasahkan.**

2 comments:

C i k P i p i T e m b a m said... [Reply]

akak rasa apa yang adik rasa.. akak skang ni pun tengah diuji.. sabar ye.. berdoa banyak2.. akak doakan adik dapat tempuh dengan baik.. ameen

capt. keon alhan said... [Reply]

terima kasih akak :') dan moga akak pun dapat lalui semuanya jua :)