Selalu
kita leka. Dibawa arus kehidupan. Kadang-kadang jalan yang kita tempuh enak
lurusnya. Namun kebiasaannya pedih seksanya.
Ahh.
Tapi
itu yang namanya hidup.
Ada
pahit dan ada manisnya.
Kita
masih juga bertahan. Dan terus bertahan. Dalam pada masa yang sama berharap
belas dari Tuhan. Meminta dan terus meminta. Sampai kadang-kadang terlupa.
Terlupa mengungkap SYUKUR padanya. Terlupa melaksana perintah Dia.
Dan
semuanya kerana dunia yang Dia cipta semata-mata sebagai tempat memberatkan
timbangan pada sebelah kananya. Umpama petani, menyemai tanamannya. Sampai masa
dia akan merasai manisnya bila menuai hasilnya.
Begitu
juga manusia. Pahala yang kita tidak nampak, yang kita tidak tahu banyak mana..
balasannya di sana. Dosa yang menimbun di catitan Atid juga balasnya di sana.
Adil.
Buat
baik, balasnya baik. Kalau tak di dunia, di sana nanti. Buat jahat, dibalas
jahat. Tidak hari ini, balas pada hari kemudian nanti jauh lebih perit.
Rahmat.
Tuhan
sentiasa beri rahmat. Kalau tiada rahmat Dia, manusia sendiri takkan wujud. Tapi
sesuatu yang sering terlupakan, oleh kita manusia ciptaan Dia,
SYUKUR.
Kita
terlalu bongkak. Berjalan angkuh di atas bumi yang nyata-nyata punya Dia.
Nyata-nyata Dia yang cipta. Tetap, sesuatu yang kita terlupakan,
SYUKUR
atas
kesempatan untuk hidup, atas rahmat, yang nyata-nyata dari Dia yang punya
segala.
Ya.
Sesuatu yang terlupakan itu
SYUKUR
pada Dia.
No comments:
Post a Comment