Saturday, March 16, 2013

Cerita Sepasang Mata Itu

Ceritanya...

Mata itu umpama bercerita
Membuka lembaran jerih pedihnya
Saat bibir terkatup rapat daripada berbicara
Matanya jujur membongkar segalanya
Tulus

Dalam jerih itu juga
Aku temui sinar bahagia.
Ahh apakah gila?
Matanya masih bisa tersenyum kala jerih pedih menyiat hati, lara.

Namun tetap
Mata itu tampak bahagia dalam jerihnya
Melihat orang yang bergelar anak itu berjaya menongkat dunia
Mata dia senyum
Namun mulutnya tetap lancar bicara
Ingat akhirat sana jua, anakku!

Buta. Kalau tak nampak.
Atau mungkin kebodohan yang nyata
Kalau kau tak nampak harapan apa yang mata itu cuba sampaikan

Dia cuma mahu insan bergelar anak itu berjaya menongkat dunia, menjunjung akhirat
Dia tak pinta balasan.
Sikit pun tidak.
Kerana aku tahu--
Matanya kata,
Aku tak mahu apa-apa anakku, cukuplah engkau jadi insan yang berguna dan berjaya. Dunia dan AKHIRAT!

2 comments:

puteri kasih said... [Reply]

kasih ibu sampai ke syurga...nice entry :)

keron said... [Reply]

@puteri kasih buat semua ibu2 dan bapa2 sedunia :) terima kasih puteri :)