Pages

Friday, September 11, 2015

Once You Go In....

...you can never go out? What is it, people? There's many answer to this but one of it is... K-wave. Korean wave. Aku tak refer pada K-Pop sahaja sebab bukan K-Pop je yang ada. 

Pada orang yang dah kenal aku lama mungkin tahu yang before ni aku tak pernah suka malah agak skeptikal when it comes to those K-thing. For K-Drama not quite la sebab memang dah lama ada drama korea tayang kat TV and as TV is my long time bestfriend, I've watched quite a few drama series even before internet goes viral in Malaysia. Tapi aku tak berapa layan K-Drama pun. Kecuali cerita tu tak klise. Contoh Liar Game. Anyway, cerita Korea yang crime related still have a long way to go. Aku tengok You're All Surrounded and I was like; that drama doesn't even come close to Hawaii Five O and what not. I'm an action drama junkie y'know. Drama Korea ni sama je klise dengan drama melayu ko paham tak? Orang tak bising sebab hero hensem heroin cantik je. (-.-)'

Aku allergic betul dengan lagu K-Pop dulu weyh. Tapi roommate aku selalu pasang. Lepas tu dalam rumah tu boleh kata semua layan aku je yang allergic. So, aku selalu buat bodoh je. Cerita dia, aku balik cuti empat bulan kat rumah. Lepas tu, lagu-lagu K-Pop ni dia punya catchy lain macam ko paham. Dia ada hook. Lepas tu balik rumah aku cari lagu dorang selalu pasang. Sebab terngiang kat telinga. Saja la nak dengar. Bermula dari tu, goddamit, aku start dig. Aku ni jenis kalau bukak Youtube selalu je tengok bahagian komen. Lepas tu mula lah cari kemenda dorang bebel kat komen tu. Lekat pulak kat lagu lain. Adeyh.

  
This is the exact video dorang selalu pasang. Tang come back home, come back home tu terngiang kot kat telinga. Ceyt. Aku suka 2NE1 ni. Unik. Vibe lain macam. Sayang dorang tengah hiatus sebab kes Park Bom.

Tapi ada benda yang jadi kriteria group yang aku dengar, STRICTLY NO LIP-SYNCING DURING LIVE PERFORMANCE. And aku tak suka group tergedik-gedik, sexy nak mampus lepas tu suara macam nak terkucil ataupun muka jambu menari kemas tapi suara hampeh. Setakat dance je neat. Aku nak dengar kau nyanyi, bukan nak tengok kau menari ataupun setakat tengok muka kau hahaha. Satu lagi, aku akan cari translation lagu tu. Kalau bukan-bukan tahap kau merapu apa ni setannn memang aku tak dengar dah la lepas tu. Lirik merapu = no good. So yang menepati kriteria aku biasanya group/singer dari YG. Yang paling aku suka of course 2NE1 and BigBang. YG is one of SK entertainment company. They've produced good artist, I tell ya. and they're unique too (tapi dorang ni aku tengok macam illuminati sikit aku tengok haha). Not your typical idol groups punya type lah. Kalau yang selain dari YG, aku suka Ailee, Mamamoo, Spica. Their vocals are no joke. Especially Ailee. Aku suka artist yang ada vibe, ada stage presence/command and suara kenalah sedap. Aku tak kisah muka ko sehensem mana pun kalau suara tak sedap boleh jalan.


 
BigBang ni baru jugak sebenarnya aku start dengar. Selepas 2NE1 la yang pastinya. And waktu MADE promotion dorang ni. Dorang ni punya aura atas stage is no joke man. If other group stick with the damn choreo they just go out there and kill it. They own the stage!

   
Ailee ni vocal dia power baq anggg. Sedap gila woii suara dia. Ko tengok dia naik roller coaster sambil menyanyi pun sedap lagi dah apa cerita? Haha.  
 
Aku beralih pada variety show. Aku mula-mula start tengok variety show Korea ni tajuk dia "Dad, Where Are You Going?". Lepas tu The Return of Superman. Dua-dua cerita apak budak jaga anaknya, tanpa emaknya selama beberapa hari. Sebabnya aku suka tengok budak-budak. Keletah dorang cute nak mampus. Lagi-lagi triplet dalam TROS tu. Aku rasa nak picit-picit hoii pipi si Minguk tu. Dah kenapa tembam nak mampus. Ku tampo satgi. Lepas tu, kalau dah namanya tengok kat Kshowonline tu, ada la cadangan kat tepi-tepi tu. Aku ni curiosity tahap melampau ko paham tak? Mulalah aku try tengok itu ini. Tapi variety show, aku tak layan banyak. Aku ikut TROS, Running Man (kalau best aku tengok) and paling latest 2 Days, 1 Night (yang ni best). Tapi aku baru jumpa Law of Jungle. Hat ni power. Ala-ala Survivor sikit.  So aku suka.

 
Tell me how not to go crazy over these three? Comel sangattttt. 

Lepas tu, aku terjumpa Unpretty Rapstar. Dari situ aku minat K-Hiphop. Dorang punya hiphop industry is quite good. The legends like MFBTY (Tasha, JK, Bizzy) is f*cking dope. Try give their songs a listen. Seriously best. Hiphop ni aku tak explore banyak pun not planning to pun. Aku selalu dengar MFBTY, AOMG artist, Epik High and other YG stuff haha je.

 
 This is their new song by the way :)

  
 

Nak dig dorang ni kena gigih sikit. Kena usha drunken tiger, t (tasha), the movement crew. Their old stuffs is dope. Dorang punya stage presence pun best. They know how to make the crowd go crazy. Their new songs is awesome too! Try listen to Angel.
 
Macam mana aku layan Korea pun, sampai sekarang aku tak faham pasal certain mentality dorang.
Yang paling aku tak faham is, dorang punya definition of beautiful and handsome. Kadang-kadang tu bukan diorang nak sangat plastic surgery tapi sebab persepsi masyarakat dorang kena buat. Kat Malaysia ni at least, kalau kau tak lawa/hensem sekali pun, ko still boleh hidup dengan tenang cari kerja apa semua. Dorang sampai tahap kalau tak nampak presentable kerja pun tak dapat. Dah apa cerita? Dorang punya definisi lawa dah la sama je. Muka bentuk V, mata double eyelid, putih, kaki macam ranting. Kau nak tengok manusia ke patung?Yang lelaki tak payah cakap la. Muka jambu mengalahkan perempuan. Ada yang suka, tapi aku tak. Aku lebih suka rupa yang manly. Ini kadang aku rasa, kalau aku jentik boleh terbang gamaknya.

Lepas tu, aku tak paham. Tak ke girl group dorang tu rasa macam dorang tu sex toy? This may sound harsh but it is what I think. Kadang tu dah macam buat tarian apa je. Dia ada sexy yang classy, ada yang slutty. Yang slutty tu aku macam err. Tak perlu kot sampai macam tu sekali. Focus more on your talent. Not on selling your body. Aku pernah baca satu komen kat Youtube ni. Orang Korea ni asal ko tak dedah upper body ko tak dikira slutty. Your leg suka hatilah nak expose banyak mana pun. And I was like, what theee. For them, that is fan service. Aku tak mengerti tapi itu culture dorang so bio je lah. Peduli pulak aku.

Next is, their entertainment in life. Aku usha ni melalui drama/variety show je lah. Yang aku perasan dorang punya budaya berhibur/berseronok is over the top. Drinking is like their culture. Noraebang (Karok) is normal. Satu je yang terlintas kat fikiran aku, bila tidak hidup dengan panduan, dengan agama, hidup jadi kosong. So dorang isi dengan hiburan dorang semua tu. Sebab tu entertainment industry dorang besar macam tu sekali.

Tapi ada jugak benda yang kau boleh belajar sebenarnya daripada Korea ni. Satu, dorang hormat orang tua. The way the speak, the way they act in front of elder patut lah dicontohi. Hormat. Tapi aku tak paham pasal seniority. Beza setahun pun macam apa je. Kalau kat Msia ni elok je beraku-kau kalau beza setahun. Dengan stranger pun greet formally. So pada aku itu satu benda yang boleh dicontohi.

Second, dilligent. Pada yang tak tengok segala benda Korea ni tak tahu. Kalau yang group K-Pop tu dorang debut bukan macam tu je. Dorang punya training tu lain macam. Selagi tak okey selagi tu training lah kau sampai pengsan. Lagi-lagi kalau duduk bawah YG hahahaha. Lepas debut pun, dorang punya training tu stull kaw-kaw. Mostly sebab dance dorang lah. Kalau macam BigBang apa semua tu sebab lagu. CEO YG tu kemain cerewetnya pasal lagu. Dorang training lak banyak yang dari kecik. So part ni boleh amek. Dari segi usaha tanpa mengenal erti lelah dari usia kecik lagi. Group2 idol ni pulak, jadual dorang tu bukan ada rehat kadang-kadang tu. Perform, naik van, travel, turun, perform... repeat. So bukan senang nak senang. Tapi atas stage senyum sambil perform kena jugak.

Third, dorang appreciate dan bangga dengan culture dorang. Kalau tak macam mana dorang boleh go around the globe sekarang hanya dengan promoting drama/songs/variety shows using their own languange. Dan budaya dorang hormat orang, bow apa semua tu dorang tunjuk dalam apa yang dorang broadcast. Ko tengok la sekarag berapa ramai cuba belajar bahasa Korea, tulisan Korea, nak pergi travel Korea dan sebagainya.

Fourth, family orientism. Dorang ni yang aku perasan macam family oriented. Ini berdasarkan aku observe dalam TROS je lah. Tak tahu lah the country as a whole pulak. But you take what's good from what you watch in the show lah kan? TROS tu kau boleh amek banyak parenting tips. Parents should watch that one. Tapi actually most of Asian country is family oriented more than Western country pun.

Banyaknya aku membebel hooiiii. Aku sebenarnya tengah kurangkan jugak menatang Korea ni. Especially dengar lagu K-Pop. Lol. Lagi-lagi lagu-lagu merapu. Dia walaupun bahasa kita tak paham, dia somehow meresap gak. Sama lah konsepnya bila baca Quran. Kan kadang tak paham, tapi meresap je rasa tenangnya tu. Lirik tah pape lagu K-Pop tu pun walaupun tak paham tapi dengar dia meresap in soul in a bad way. Get what I mean? Sebab tu remember to check the translation kalau ko rasa lagu tu macam errr lain macam. Aku dah start runsing dengan diri sendiri sebab asyik dengar, ko paham? Tapi variety payah kot aku nak kurangkan. Uhuk3. Aku dah ter'hook' pulak dengan 2 Days, 1 Night tu. Haha. Oke sampai disini sahaja bebelan kali ini. Bye-bye!

No comments: