Pages

Sunday, September 13, 2015

Asrama: The Good and The Bad

Memandangkan UPSR dah habis, mesti ramai parents dah fikir nak hantar anak masuk asrama mana. SBP ke, MRSM ke, SMKA ke? Aku sendiri produk SBP, duduk asrama 5 tahun. Jadi aku dah rasa pahit manis duduk asrama. Duduk asrama ni, memang best. Aku tak dapat nafikan. Aku waktu nak tinggalkan sekolah lepas habis SPM dulu kemain sendunya. Sedih, sebab banyak kenangan kat situ. Ada je yang memang tak sabar-sabar nak tinggalkan asrama sebab tak tahan dan sebagainya. Itu perkara normal. Haha. Jadi dalam post ni aku nak kongsikan tentang the good and the bad of staying in hostel. 



The Good

1) Independant
This is a given. Tiba-tiba kau tercampak di suatu tempat asing di mana kau kena buat segala benda sendiri. Kena basuh baju sendiri, urus diri sendiri with no parents sedangkan kat rumah semua benda tu mak yang buatkan. Daripada tak reti apa, kau akan belajar sikit-sikit sampai expert la dibuatnya. Aku sampai sekarang kalau lipat baju, saiz kena sama (penangan inspection oii). Lepas tu dorm pun kena jaga sendiri, kebersihan, kekemasan. Kau akan jumpa pelbagai jenis manusia and kau kena handle segala benda yang jadi sendiri. Kalaupun boleh cakap dengan parents through phone and time dorang melawat. That's it. Kau akan melalui fasa hormon change, zaman memberontak remaja tu di kalangan kawan-kawan and kau kena belajar cope dengan semua benda tu sendiri. Semua tu buat kau jadi matang dan independent.

2) Environment study
Kat asrama, semua benda ikut jadual. Masa study kau pun dah ditetapkan. Tinggal nak ikut atau tak je. Waktu study, boleh kata semua bukak buku. Lagi-lagi time nak dekat exam. So kalaupun kau tengah malas macam mana pun, tiba-tiba kau rasa tercabar lantas juga ikut membuka buku. Haha. Lepas tu, cikgu pulak rajin buat extra class no extra payment, mind you. That's just how dedicated they are. So tak payah susah-susah nak kelas tuisyen ke apa. And asrama biasanya kat remote area, so suasana study tu kondusif. 

3) Fokus
Kat asrama takde segala benda seperti internet and whatnot. Less entertainment, more pengisian rohani. Disebabkan takde benda yang buat lari fokus, your life is almost all about studying. So it's good. Study become your primary focus. Dengan bantuan dari cikgu-cikgu lagi. Lepas tu banyak kawan-kawan yang kau boleh refer. Dan satu lagi, memandangkan semua budak jenis yang akan study gak macam mana pun, so kau boleh stay fokus untuk belajar.

4) Rapat dengan cikgu
I dare say this is not something that daily school student can easily get. Cikgu-cikgu la yang jadi parents kau waktu kat asrama. It's good to be close cikgu ni. Kau boleh refer cikgu. Cikgu-cikgu pun selalu ada je kat bilik guru kalau nak one on one punya lesson sekali-sekala.

5) Friendship
Bila kau jauh dari family and yang ada dengan kau adalah kawan-kawan kau, by default kau akan rapat gila dengan kawan. Kongsi cerita dengan kawan. Buat memori dengan kawan-kawan. I dare say kawan-kawan aku yang kat Igop adalah kawan yang aku paling treasure sampai sekarang. Even mak abah aku suka and suruh aku jangan lost contact dengan dorang. Even aku tak selalu contact korang, know that you guys sentiasa kemas dalam ingatan aku. Segala benda best/bengong kita buat selalu je buat aku sengih sorang-sorang bila ingat balik. Kawan kelas, kawan dorm, akak dorm, adik dorm, semua aku treasure. Seriously, rindu tu tak payah cakap lah.

6) Disiplin
Isnin to Jumaat is school during the day (till afternoon) then zohor and lunch; then prep petang; then asar and riadah; then makan malam and maghrib; then prep malam and isya' then you go to basuh baju/iron baju/sambung study or straight to sleep. Jadual dah ada tinggal nak kena ikut. Ini disiplin. Hari Sabtu and Ahad lengang la sikit takde jadual tapi selalu kena settlekan laundry, outing dan sebagainya. Hari Ahad pun ada inspection. Lepas tu banyak peraturan yang kau kena ikut. Ini ajar kau jadi orang yang ikut peraturan.

The Bad

1) Quite distant dengan family
Yang ni bukanlah semua. Tapi boleh kata budak yang duduk asrama lagi-lagi yang daripada Form 1 lagi rapat dengan kawan daripada family. Sebabnya dah biasa berkongsi dengan kawan lagi daripada dengan family so benda tu normal lah. Tapi ada je kawan-kawan aku yang still rapat gila dengan family and hari-hari kol parents update semua benda. Aku pulak jenis jarang kol sebab aku ni kurang reti nak bercerita pasal kehidupan aku. Lepas tu membawak perangai tu sampai ke univerisiti. Lol. 

2) Once going out to real world, kalau tak jaga diri rosak
 Yes kat asrama semua benda terjaga, tapi bila keluar je masuk universiti banyak dugaannya. Segala anasir macam TV and internet ni kalau tak berjaga, hanyut weyh. Lepas tu, sebab kat luar mana ada jadual fix kalau tak pandai bahagi masa payah. Sebenarnya, bila orang kata budak asrama lagi senang adapt bila masuk universiti ni adalah part jauh dari family and hidup sendiri2 je bagi aku. Banyak aspect lain, kelebihan tu boleh kata void. Haha.

3) Psikologikal aspect
No scientific theory intended. Tapi pada aku, dalam stage teenagers, hormon tak stabil, emosi berterabur pada aku parents main peranan penting. Tapi duduk asrama, jauh so payah nak cerita kat parents kalau apa-apa.

4) KUAT TIDUR!  
 Seriously, most of budak asrama kuat tidur, I don't even know why.


No comments: