Pages

Monday, October 19, 2015

The Internship #1

Assalamualaikum semua! Ecewah, sapa gaya ada orang baca je seorang Khairunnisa ni. Aku sekarang tengah melalui satu fasa dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar iaitu, Internship. Oleh sebab blog ni dah macam dokumentasi hidup aku, aku nak mula dari proses awal-awal lagi.

Flachback... 3rd year 2nd semester...
Next semester is the internship. GPA and CGPA last semester tidak begitu memberansangkan dan aku sudah mula risau, sebenarnya teramat risau sebab sem ni aku dah kena cari tempat intern by hook or by crook. Last semester ingatkan nak start call company, dah kumpul dah pun segala mak nenek contact no. and e-mail apa semua tapi aku tak tahu kenapa lastnya aku tak start contact pun. 

Akhir semester lepas dah siap ambil gambar untuk CV thanks Razi! Jasamu dikenang! :) . Sem ni tinggal nak buat CV je. Buat CV adalah susah, sekian terima kasih. Tips-tips buat CV aku tak berani nak bagi, tak layak haha. Sila Google and cari artikel-artikel yang bagus. Ada belambak. Satu yang aku boleh bagi adalah, kau mintak la contoh-contoh dari senior. Boleh buat sebagai rujukan. Cari yang satu course. Senang sikit. 

Awal semester, CSIMAL dah panggil untuk briefing. Sebab aku pernah fail satu subjek, aku dah cuak takut credit hour aku tak cukup untuk pergi intern. Turn out aku punya oke je. Alhamdulillah. First briefing ni macam tak ada apa-apa sangat pun bagi aku. Dorang cerita la pasal cover letter apa semua. Kena isi Personal Data Information (PDI) -- yang ni penting. Sila take note ye UTP-ian yang nak intern. Part MoU company tu sila buat research dulu sebelum ko pilih. Jangan buat kesilapan bangang macam aku. Haha. 

After 1st briefing, you will be given the cover letter provided kau lepas semua requirement. Kalau kau rasa ada yang kau tak lepas, boleh buat permohonan. Jangan tangguh-tangguh buat benda ni. Karang tak pasal-pasal kau intern lambat. Lepas dah dapat cover letter, kau dah boleh start hantar e-mail/contact companies. 

Note: Sebenarnya kau dah boleh start call company dari 3rd year 1st semester or 3rd year 2nd semester before dapat cover letter lagi. Risik-risik dulu time kau nak intern tu ada opening ke tak dan sebagainya. Cerita la kau tak dapat cover letter lagi and call nak tanya-tanya. Pandai-pandai kau la nak susun ayat macam mana. Takkan itu pun nak kena ajar. 

Part memohon ni kau kena banyak bersabar dan berdoa. Lepas kau dah hantar e-mail, follow-up la. Call ke apa ke. Kalau tak kadang-kadang dia tak pandang pun. Kena gigih, kena sabar. Cari sebanyak mungkin possible company. Share la dengan kawan-kawan kau jugak company list tu. Sharing is caring. :)

Masuk tengah semester, dah start dah classmates kena call apa semua. Ada yang dah dapat. Jangan cemburu. Be happy for them. Ingat satu benda ni, rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Masa kau akan tiba. Percaya dan terus usaha.

Dekat-dekat akhir semester akan ada second briefing. Pada aku yang ni penting. Especially yang tak dapat placement lagi macam aku hari tu. Dia ada terangkan pasal logbook la, report duty apa semua. So pentinglah. 

Kalau kena interview mohon prepare elok-elok. Tips interview berlambak kat internet. Tinggal nak atau tak nak usaha cari je. Kalau kena phone interview, hahaha. Good luck! Sebab aku kena hari tu tetiba je nak ready pun tak sempat. Phone interview ni aku ada kena tiga kali. Kali pertama hampeh, yang kedua oke sikit, yang ketiga oke lah jugak. Yang pentingnya kau kena yakin dan tenang je jawab apa dia tanya. Tak payah nervous sangat sebabnya bukannya dia nampak kau pun. 

Kalau dah dapat offer, ada step lagi ye yang nak kena ikut. Jangan happy-happy lepas tu offer letter dari company tu pun kau tak amek. 

1st: Offer letter from company. Settle agreement (kalau ada)
2nd: Send to CSIMAL, get letter of indemnity.
3rd: Insurance during internship -- contact SSSD
4th: Daftar intern kat prism. 
5th: Berambus lah kau pergi intern

Ada setengah orang tak reti nak decide bila offer masuk. Sebab jobscope tak kena dengan course, sebab takde allowance dan sebagainya. Bila masuk hal ni, fikir la baik-baik. Kau sendiri tahu situasi kau macam mana dan kau je yang boleh decide sebenarnya. Satu benda, jangan biar offer letter hanging lama-lama sampai dorang tak tahu kau ni nak accept ke reject sebenarnya. Nanti kau susahkan dorang punya proses pulak. Kang tetiba kau reject last minute lepas tu dorang takde masa nak cari replacement kau. Lepas tu nama kau and universiti buruk. Padan muka. Kalau korang nak reject, satu benda yang boleh korang buat adalah recommend nama classmates korang. Elakkan tarik diri lepas dah accept. Proses dia leceh. Nanti kau kena maki sia-sia je. Sebab tu sebelum buat keputusan nak accept/reject fikir bagi habis dulu.

Rasanya part before ni je lah. Dah settle semua tu dah boleh berambus pergi intern. Oh ya lupa, sila tanya SV ada nak kena lapor diri pakai baju apa pukul berapa. Jangan nanti kau pakai baju kurung tetiba dekat lab. Aku hari tu sipi je nak pakai baju kurung. Padahal tempat kerja style kena pakai safety shoes apa semua siap. 


Off you go to The Internship...
Intern UTP ada dua part. Training then project. Each part is 14 weeks. First day intern adalah sangat mendebarkan sebab kau tak tahu apa nak expect. Haha. Lepas tu 1st week is the memisang week. Biasalah tu. Biasakan diri dengan environment kerja dan sebagainya. Untuk bagi tips, macam tak layak lagi. Nantilah tunggu aku sambung cerita di The Intership part seterusnya. Okebye.

No comments: