People around me has been bugging me to wear more feminine cloth, behaving more like a lady and such.
This is my honest answer to them, I really want to, guys. I'm just waiting for the right time i.e. gathering courage. Changes are never easy to make. For me at least.
Aku tak nak sebab aku nak penuhi expectation orang aku berubah. Aku nak berubah sebab AKU nak berubah. Only by doing that, aku takkan hidup dalam regret.
Karakter kasar aku ni bukan baru dalam diri aku. Dah sebati. Aku rasa selamat behave macam ni, somehow.
Dah intern ni ramai expect aku pakai and behave more like a lady. Lol. Aku pergi kerja pakai jeans, tshirt, tudung. Balik habis berkecah kena habuk apa semua. There's no chance lah nak pakai ayu-ayu ke apa.
Dalam kereta, aku cerita kat parents yang budak-budak ni dok tanya, "Keon handbag mana" lalu aku reply, "Haha hotak ko". Lepas tu abah cakap, "Tak payah hotak-hotak kan orang. Nanti kamu akan pakai jugak". I was like.. Oke fine. Abah pun.. Cries a river.
Let the time and situation change me. For better. Bila tu tak tahu. Haha.
Assalamualaikum semua! Ecewah, sapa gaya ada orang baca je seorang Khairunnisa ni. Aku sekarang tengah melalui satu fasa dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar iaitu, Internship. Oleh sebab blog ni dah macam dokumentasi hidup aku, aku nak mula dari proses awal-awal lagi.
Flachback... 3rd year 2nd semester...
Next semester is the internship. GPA and CGPA last semester tidak begitu memberansangkan dan aku sudah mula risau, sebenarnya teramat risau sebab sem ni aku dah kena cari tempat intern by hook or by crook. Last semester ingatkan nak start call company, dah kumpul dah pun segala mak nenek contact no. and e-mail apa semua tapi aku tak tahu kenapa lastnya aku tak start contact pun.
Akhir semester lepas dah siap ambil gambar untuk CV thanks Razi! Jasamu dikenang! :) . Sem ni tinggal nak buat CV je. Buat CV adalah susah, sekian terima kasih. Tips-tips buat CV aku tak berani nak bagi, tak layak haha. Sila Google and cari artikel-artikel yang bagus. Ada belambak. Satu yang aku boleh bagi adalah, kau mintak la contoh-contoh dari senior. Boleh buat sebagai rujukan. Cari yang satu course. Senang sikit.
Awal semester, CSIMAL dah panggil untuk briefing. Sebab aku pernah fail satu subjek, aku dah cuak takut credit hour aku tak cukup untuk pergi intern. Turn out aku punya oke je. Alhamdulillah. First briefing ni macam tak ada apa-apa sangat pun bagi aku. Dorang cerita la pasal cover letter apa semua. Kena isi Personal Data Information (PDI) -- yang ni penting. Sila take note ye UTP-ian yang nak intern. Part MoU company tu sila buat research dulu sebelum ko pilih. Jangan buat kesilapan bangang macam aku. Haha.
After 1st briefing, you will be given the cover letter provided kau lepas semua requirement. Kalau kau rasa ada yang kau tak lepas, boleh buat permohonan. Jangan tangguh-tangguh buat benda ni. Karang tak pasal-pasal kau intern lambat. Lepas dah dapat cover letter, kau dah boleh start hantar e-mail/contact companies.
Note: Sebenarnya kau dah boleh start call company dari 3rd year 1st semester or 3rd year 2nd semester before dapat cover letter lagi. Risik-risik dulu time kau nak intern tu ada opening ke tak dan sebagainya. Cerita la kau tak dapat cover letter lagi and call nak tanya-tanya. Pandai-pandai kau la nak susun ayat macam mana. Takkan itu pun nak kena ajar.
Part memohon ni kau kena banyak bersabar dan berdoa. Lepas kau dah hantar e-mail, follow-up la. Call ke apa ke. Kalau tak kadang-kadang dia tak pandang pun. Kena gigih, kena sabar. Cari sebanyak mungkin possible company. Share la dengan kawan-kawan kau jugak company list tu. Sharing is caring. :)
Masuk tengah semester, dah start dah classmates kena call apa semua. Ada yang dah dapat. Jangan cemburu. Be happy for them. Ingat satu benda ni, rezeki masing-masing Allah dah tentukan. Masa kau akan tiba. Percaya dan terus usaha.
Dekat-dekat akhir semester akan ada second briefing. Pada aku yang ni penting. Especially yang tak dapat placement lagi macam aku hari tu. Dia ada terangkan pasal logbook la, report duty apa semua. So pentinglah.
Kalau kena interview mohon prepare elok-elok. Tips interview berlambak kat internet. Tinggal nak atau tak nak usaha cari je. Kalau kena phone interview, hahaha. Good luck! Sebab aku kena hari tu tetiba je nak ready pun tak sempat. Phone interview ni aku ada kena tiga kali. Kali pertama hampeh, yang kedua oke sikit, yang ketiga oke lah jugak. Yang pentingnya kau kena yakin dan tenang je jawab apa dia tanya. Tak payah nervous sangat sebabnya bukannya dia nampak kau pun.
Kalau dah dapat offer, ada step lagi ye yang nak kena ikut. Jangan happy-happy lepas tu offer letter dari company tu pun kau tak amek.
1st: Offer letter from company. Settle agreement (kalau ada)
2nd: Send to CSIMAL, get letter of indemnity.
3rd: Insurance during internship -- contact SSSD
4th: Daftar intern kat prism.
5th: Berambus lah kau pergi intern
Ada setengah orang tak reti nak decide bila offer masuk. Sebab jobscope tak kena dengan course, sebab takde allowance dan sebagainya. Bila masuk hal ni, fikir la baik-baik. Kau sendiri tahu situasi kau macam mana dan kau je yang boleh decide sebenarnya. Satu benda, jangan biar offer letter hanging lama-lama sampai dorang tak tahu kau ni nak accept ke reject sebenarnya. Nanti kau susahkan dorang punya proses pulak. Kang tetiba kau reject last minute lepas tu dorang takde masa nak cari replacement kau. Lepas tu nama kau and universiti buruk. Padan muka. Kalau korang nak reject, satu benda yang boleh korang buat adalah recommend nama classmates korang. Elakkan tarik diri lepas dah accept. Proses dia leceh. Nanti kau kena maki sia-sia je. Sebab tu sebelum buat keputusan nak accept/reject fikir bagi habis dulu.
Rasanya part before ni je lah. Dah settle semua tu dah boleh berambus pergi intern. Oh ya lupa, sila tanya SV ada nak kena lapor diri pakai baju apa pukul berapa. Jangan nanti kau pakai baju kurung tetiba dekat lab. Aku hari tu sipi je nak pakai baju kurung. Padahal tempat kerja style kena pakai safety shoes apa semua siap.
Off you go to The Internship...
Intern UTP ada dua part. Training then project. Each part is 14 weeks. First day intern adalah sangat mendebarkan sebab kau tak tahu apa nak expect. Haha. Lepas tu 1st week is the memisang week. Biasalah tu. Biasakan diri dengan environment kerja dan sebagainya. Untuk bagi tips, macam tak layak lagi. Nantilah tunggu aku sambung cerita di The Intership part seterusnya. Okebye.
Memandangkan UPSR dah habis, mesti ramai parents dah fikir nak hantar anak masuk asrama mana. SBP ke, MRSM ke, SMKA ke? Aku sendiri produk SBP, duduk asrama 5 tahun. Jadi aku dah rasa pahit manis duduk asrama. Duduk asrama ni, memang best. Aku tak dapat nafikan. Aku waktu nak tinggalkan sekolah lepas habis SPM dulu kemain sendunya. Sedih, sebab banyak kenangan kat situ. Ada je yang memang tak sabar-sabar nak tinggalkan asrama sebab tak tahan dan sebagainya. Itu perkara normal. Haha. Jadi dalam post ni aku nak kongsikan tentang the good and the bad of staying in hostel.
The Good
1) Independant
This is a given. Tiba-tiba kau tercampak di suatu tempat asing di mana kau kena buat segala benda sendiri. Kena basuh baju sendiri, urus diri sendiri with no parents sedangkan kat rumah semua benda tu mak yang buatkan. Daripada tak reti apa, kau akan belajar sikit-sikit sampai expert la dibuatnya. Aku sampai sekarang kalau lipat baju, saiz kena sama (penangan inspection oii). Lepas tu dorm pun kena jaga sendiri, kebersihan, kekemasan. Kau akan jumpa pelbagai jenis manusia and kau kena handle segala benda yang jadi sendiri. Kalaupun boleh cakap dengan parents through phone and time dorang melawat. That's it. Kau akan melalui fasa hormon change, zaman memberontak remaja tu di kalangan kawan-kawan and kau kena belajar cope dengan semua benda tu sendiri. Semua tu buat kau jadi matang dan independent.
2) Environment study
Kat asrama, semua benda ikut jadual. Masa study kau pun dah ditetapkan. Tinggal nak ikut atau tak je. Waktu study, boleh kata semua bukak buku. Lagi-lagi time nak dekat exam. So kalaupun kau tengah malas macam mana pun, tiba-tiba kau rasa tercabar lantas juga ikut membuka buku. Haha. Lepas tu, cikgu pulak rajin buat extra class no extra payment, mind you. That's just how dedicated they are. So tak payah susah-susah nak kelas tuisyen ke apa. And asrama biasanya kat remote area, so suasana study tu kondusif.
3) Fokus
Kat asrama takde segala benda seperti internet and whatnot. Less entertainment, more pengisian rohani. Disebabkan takde benda yang buat lari fokus, your life is almost all about studying. So it's good. Study become your primary focus. Dengan bantuan dari cikgu-cikgu lagi. Lepas tu banyak kawan-kawan yang kau boleh refer. Dan satu lagi, memandangkan semua budak jenis yang akan study gak macam mana pun, so kau boleh stay fokus untuk belajar.
4) Rapat dengan cikgu
I dare say this is not something that daily school student can easily get. Cikgu-cikgu la yang jadi parents kau waktu kat asrama. It's good to be close cikgu ni. Kau boleh refer cikgu. Cikgu-cikgu pun selalu ada je kat bilik guru kalau nak one on one punya lesson sekali-sekala.
5) Friendship
Bila kau jauh dari family and yang ada dengan kau adalah kawan-kawan kau, by default kau akan rapat gila dengan kawan. Kongsi cerita dengan kawan. Buat memori dengan kawan-kawan. I dare say kawan-kawan aku yang kat Igop adalah kawan yang aku paling treasure sampai sekarang. Even mak abah aku suka and suruh aku jangan lost contact dengan dorang. Even aku tak selalu contact korang, know that you guys sentiasa kemas dalam ingatan aku. Segala benda best/bengong kita buat selalu je buat aku sengih sorang-sorang bila ingat balik. Kawan kelas, kawan dorm, akak dorm, adik dorm, semua aku treasure. Seriously, rindu tu tak payah cakap lah.
6) Disiplin
Isnin to Jumaat is school during the day (till afternoon) then zohor and lunch; then prep petang; then asar and riadah; then makan malam and maghrib; then prep malam and isya' then you go to basuh baju/iron baju/sambung study or straight to sleep. Jadual dah ada tinggal nak kena ikut. Ini disiplin. Hari Sabtu and Ahad lengang la sikit takde jadual tapi selalu kena settlekan laundry, outing dan sebagainya. Hari Ahad pun ada inspection. Lepas tu banyak peraturan yang kau kena ikut. Ini ajar kau jadi orang yang ikut peraturan.
The Bad
1) Quite distant dengan family
Yang ni bukanlah semua. Tapi boleh kata budak yang duduk asrama lagi-lagi yang daripada Form 1 lagi rapat dengan kawan daripada family. Sebabnya dah biasa berkongsi dengan kawan lagi daripada dengan family so benda tu normal lah. Tapi ada je kawan-kawan aku yang still rapat gila dengan family and hari-hari kol parents update semua benda. Aku pulak jenis jarang kol sebab aku ni kurang reti nak bercerita pasal kehidupan aku. Lepas tu membawak perangai tu sampai ke univerisiti. Lol.
2) Once going out to real world, kalau tak jaga diri rosak Yes kat asrama semua benda terjaga, tapi bila keluar je masuk universiti banyak dugaannya. Segala anasir macam TV and internet ni kalau tak berjaga, hanyut weyh. Lepas tu, sebab kat luar mana ada jadual fix kalau tak pandai bahagi masa payah. Sebenarnya, bila orang kata budak asrama lagi senang adapt bila masuk universiti ni adalah part jauh dari family and hidup sendiri2 je bagi aku. Banyak aspect lain, kelebihan tu boleh kata void. Haha.
3) Psikologikal aspect
No scientific theory intended. Tapi pada aku, dalam stage teenagers, hormon tak stabil, emosi berterabur pada aku parents main peranan penting. Tapi duduk asrama, jauh so payah nak cerita kat parents kalau apa-apa. 4) KUAT TIDUR! Seriously, most of budak asrama kuat tidur, I don't even know why.
...OKAY IF and ONLY IF! You're trying to find alternative of smoking (an effort to stop smoking). Quit smoking is not easy. Aku faham betul. Bapak aku smoker. Banyak kali dia try stop tapi memang bukan senang. Tapi makin lama makin kurang. Jadi aku faham je kalau smoker cari altenatif as rokok is really harmful while vape is less harmful. It is still harmful. Please lah. Wap air tak wap air.
...NOT OKAY IF, You're vaping because of TREND sedangkan rokok pun tak pernah sentuh. Aku tak faham betul orang yang jenis ikut sangat trend ni sampai trend gila babi bodoh pun nak ikut. Ko ngek ke apa? Tak reti beza baik buruk ke macam mana? Kalau pun curious, ko try sekali cukuplah. Yang sampai kat kedai makan nak vape, dalam kereta nak vape, dalam public transport nak vape sampaikan ada orang buat kedai vape. Aku cukup-cukup tak faham. Okay people, know this.. not ALL trend are to be followed. Be wise. Don't you ever venture to something that will bring no good to you. Lagi-lagi yang siap bawak bahana.
You spend too much money on it. Siap ada perisa la, mode la, jenama bukan main banyak. Seriously, just stahpppp it. If you're trying to stop smoking, if you vape, kurangkan la kuantiti. Jangan nak dilayan beli benda bukan-bukan. Yang tak pernah smoke tu tak rasa ke kau buang duit weyh dengan segala benda vape? Membazir. Baik la spend duit tu dengan perkara berfaedah. Guna untuk makan ke, simpan untuk travel ke. Laho berbaloi.
You do it in public. You know what, as much as people hate people who smoke in public, it is the same dengan yang vape in public. For God's sake, if you want to do your thing, don't do it in public. Walaupun kau rasa bau asap vape kau yang berkepul-kepul tu wangi, kau ingat orang lain suka? Kau kata takde effect? Kalau orang asma effect jugak woi! (-.-)' . Kalau kau rasa orang lain tengok kau sebagai cool, oh no no no.. You're not AT ALL! Seriously.
Ni aku tak paham. Ape ke jadahnya time wedding ko nak amek gambor tengah vape. Orang tengok woi! Ko ingat semua orang suka. Apa pandangan orang pada parents ko apa semua.
Call me kolot but a lady shouldn't vape by all means! Unless again, you're trying to stop smoking. Tak manis weyh. Aku yang perangai macam jantan ni pun tak teringin nak vape. Aku tak paham macam mana yang ayu-ayu ni boleh terjebak. Kau dah kenapa. Muka elok manis, lawa, bertudung sekali vape. Potong woi imej awak. Vape is vape, tudung is tudung? Here is my jawapan. Tudung is not only a piece of kain. Patutnya pakai tudung/hijab, laku tu kena jaga sekali. Kena ada sifat malu. Tapi kau dengan tak malunya vape, depan-depan orang ramai? What's that? Aku tak kata laku aku elok. I have a LONGGGG way to go too. So, let's together improve?
Okay ladies.. This is not cool.. at all.
Langkah terbaiknya, hentikanlah woi. Merokok ke, vape ke, semua tak bawak faedah pun. Bawak bala lagi ada. Penyakit, duit melayang. Tinggalkan lah. Usaha lah macam mana pun. Kalau nak quit smoke, pakai nicotine patch, kunyah gula-gula getah, banyak lagi cari. If you need help, seek for help.
...you can never go out? What is it, people? There's many answer to this but one of it is... K-wave. Korean wave. Aku tak refer pada K-Pop sahaja sebab bukan K-Pop je yang ada.
Pada orang yang dah kenal aku lama mungkin tahu yang before ni aku tak pernah suka malah agak skeptikal when it comes to those K-thing. For K-Drama not quite la sebab memang dah lama ada drama korea tayang kat TV and as TV is my long time bestfriend, I've watched quite a few drama series even before internet goes viral in Malaysia. Tapi aku tak berapa layan K-Drama pun. Kecuali cerita tu tak klise. Contoh Liar Game. Anyway, cerita Korea yang crime related still have a long way to go. Aku tengok You're All Surrounded and I was like; that drama doesn't even come close to Hawaii Five O and what not. I'm an action drama junkie y'know. Drama Korea ni sama je klise dengan drama melayu ko paham tak? Orang tak bising sebab hero hensem heroin cantik je. (-.-)'
Aku allergic betul dengan lagu K-Pop dulu weyh. Tapi roommate aku selalu pasang. Lepas tu dalam rumah tu boleh kata semua layan aku je yang allergic. So, aku selalu buat bodoh je. Cerita dia, aku balik cuti empat bulan kat rumah. Lepas tu, lagu-lagu K-Pop ni dia punya catchy lain macam ko paham. Dia ada hook. Lepas tu balik rumah aku cari lagu dorang selalu pasang. Sebab terngiang kat telinga. Saja la nak dengar. Bermula dari tu, goddamit, aku start dig. Aku ni jenis kalau bukak Youtube selalu je tengok bahagian komen. Lepas tu mula lah cari kemenda dorang bebel kat komen tu. Lekat pulak kat lagu lain. Adeyh.
This is the exact video dorang selalu pasang. Tang come back home, come back home tu terngiang kot kat telinga. Ceyt. Aku suka 2NE1 ni. Unik. Vibe lain macam. Sayang dorang tengah hiatus sebab kes Park Bom.
Tapi ada benda yang jadi kriteria group yang aku dengar, STRICTLY NO LIP-SYNCING DURING LIVE PERFORMANCE. And aku tak suka group tergedik-gedik, sexy nak mampus lepas tu suara macam nak terkucil ataupun muka jambu menari kemas tapi suara hampeh. Setakat dance je neat. Aku nak dengar kau nyanyi, bukan nak tengok kau menari ataupun setakat tengok muka kau hahaha. Satu lagi, aku akan cari translation lagu tu. Kalau bukan-bukan tahap kau merapu apa ni setannn memang aku tak dengar dah la lepas tu. Lirik merapu = no good. So yang menepati kriteria aku biasanya group/singer dari YG. Yang paling aku suka of course 2NE1 and BigBang. YG is one of SK entertainment company. They've produced good artist, I tell ya. and they're unique too (tapi dorang ni aku tengok macam illuminati sikit aku tengok haha). Not your typical idol groups punya type lah. Kalau yang selain dari YG, aku suka Ailee, Mamamoo, Spica. Their vocals are no joke. Especially Ailee. Aku suka artist yang ada vibe, ada stage presence/command and suara kenalah sedap. Aku tak kisah muka ko sehensem mana punkalau suara tak sedap boleh jalan.
BigBang ni baru jugak sebenarnya aku start dengar. Selepas 2NE1 la yang pastinya. And waktu MADE promotion dorang ni. Dorang ni punya aura atas stage is no joke man. If other group stick with the damn choreo they just go out there and kill it. They own the stage!
Ailee ni vocal dia power baq anggg. Sedap gila woii suara dia. Ko tengok dia naik roller coaster sambil menyanyi pun sedap lagi dah apa cerita? Haha.
Aku beralih pada variety show. Aku mula-mula start tengok variety show Korea ni tajuk dia "Dad, Where Are You Going?". Lepas tu The Return of Superman. Dua-dua cerita apak budak jaga anaknya, tanpa emaknya selama beberapa hari. Sebabnya aku suka tengok budak-budak. Keletah dorang cute nak mampus. Lagi-lagi triplet dalam TROS tu. Aku rasa nak picit-picit hoii pipi si Minguk tu. Dah kenapa tembam nak mampus. Ku tampo satgi. Lepas tu, kalau dah namanya tengok kat Kshowonline tu, ada la cadangan kat tepi-tepi tu. Aku ni curiosity tahap melampau ko paham tak? Mulalah aku try tengok itu ini. Tapi variety show, aku tak layan banyak. Aku ikut TROS, Running Man (kalau best aku tengok) and paling latest 2 Days, 1 Night (yang ni best). Tapi aku baru jumpa Law of Jungle. Hat ni power. Ala-ala Survivor sikit. So aku suka.
Tell me how not to go crazy over these three? Comel sangattttt.
Lepas tu, aku terjumpa Unpretty Rapstar. Dari situ aku minat K-Hiphop. Dorang punya hiphop industry is quite good. The legends like MFBTY (Tasha, JK, Bizzy) is f*cking dope. Try give their songs a listen. Seriously best. Hiphop ni aku tak explore banyak pun not planning to pun. Aku selalu dengar MFBTY, AOMG artist, Epik High and other YG stuff haha je.
This is their new song by the way :)
Nak dig dorang ni kena gigih sikit. Kena usha drunken tiger, t (tasha), the movement crew. Their old stuffs is dope. Dorang punya stage presence pun best. They know how to make the crowd go crazy. Their new songs is awesome too! Try listen to Angel.
Macam mana aku layan Korea pun, sampai sekarang aku tak faham pasal certain mentality dorang.
Yang paling aku tak faham is, dorang punya definition of beautiful and handsome. Kadang-kadang tu bukan diorang nak sangat plastic surgery tapi sebab persepsi masyarakat dorang kena buat. Kat Malaysia ni at least, kalau kau tak lawa/hensem sekali pun, ko still boleh hidup dengan tenang cari kerja apa semua. Dorang sampai tahap kalau tak nampak presentable kerja pun tak dapat. Dah apa cerita? Dorang punya definisi lawa dah la sama je. Muka bentuk V, mata double eyelid, putih, kaki macam ranting. Kau nak tengok manusia ke patung?Yang lelaki tak payah cakap la. Muka jambu mengalahkan perempuan. Ada yang suka, tapi aku tak. Aku lebih suka rupa yang manly. Ini kadang aku rasa, kalau aku jentik boleh terbang gamaknya.
Lepas tu, aku tak paham. Tak ke girl group dorang tu rasa macam dorang tu sex toy? This may sound harsh but it is what I think. Kadang tu dah macam buat tarian apa je. Dia ada sexy yang classy, ada yang slutty. Yang slutty tu aku macam err. Tak perlu kot sampai macam tu sekali. Focus more on your talent. Not on selling your body. Aku pernah baca satu komen kat Youtube ni. Orang Korea ni asal ko tak dedah upper body ko tak dikira slutty. Your leg suka hatilah nak expose banyak mana pun. And I was like, what theee. For them, that is fan service. Aku tak mengerti tapi itu culture dorang so bio je lah. Peduli pulak aku.
Next is, their entertainment in life. Aku usha ni melalui drama/variety show je lah. Yang aku perasan dorang punya budaya berhibur/berseronok is over the top. Drinking is like their culture. Noraebang (Karok) is normal. Satu je yang terlintas kat fikiran aku, bila tidak hidup dengan panduan, dengan agama, hidup jadi kosong. So dorang isi dengan hiburan dorang semua tu. Sebab tu entertainment industry dorang besar macam tu sekali.
Tapi ada jugak benda yang kau boleh belajar sebenarnya daripada Korea ni. Satu, dorang hormat orang tua. The way the speak, the way they act in front of elder patut lah dicontohi. Hormat. Tapi aku tak paham pasal seniority. Beza setahun pun macam apa je. Kalau kat Msia ni elok je beraku-kau kalau beza setahun. Dengan stranger pun greet formally. So pada aku itu satu benda yang boleh dicontohi.
Second, dilligent. Pada yang tak tengok segala benda Korea ni tak tahu. Kalau yang group K-Pop tu dorang debut bukan macam tu je. Dorang punya training tu lain macam. Selagi tak okey selagi tu training lah kau sampai pengsan. Lagi-lagi kalau duduk bawah YG hahahaha. Lepas debut pun, dorang punya training tu stull kaw-kaw. Mostly sebab dance dorang lah. Kalau macam BigBang apa semua tu sebab lagu. CEO YG tu kemain cerewetnya pasal lagu. Dorang training lak banyak yang dari kecik. So part ni boleh amek. Dari segi usaha tanpa mengenal erti lelah dari usia kecik lagi. Group2 idol ni pulak, jadual dorang tu bukan ada rehat kadang-kadang tu. Perform, naik van, travel, turun, perform... repeat. So bukan senang nak senang. Tapi atas stage senyum sambil perform kena jugak.
Third, dorang appreciate dan bangga dengan culture dorang. Kalau tak macam mana dorang boleh go around the globe sekarang hanya dengan promoting drama/songs/variety shows using their own languange. Dan budaya dorang hormat orang, bow apa semua tu dorang tunjuk dalam apa yang dorang broadcast. Ko tengok la sekarag berapa ramai cuba belajar bahasa Korea, tulisan Korea, nak pergi travel Korea dan sebagainya.
Fourth, family orientism. Dorang ni yang aku perasan macam family oriented. Ini berdasarkan aku observe dalam TROS je lah. Tak tahu lah the country as a whole pulak. But you take what's good from what you watch in the show lah kan? TROS tu kau boleh amek banyak parenting tips. Parents should watch that one. Tapi actually most of Asian country is family oriented more than Western country pun.
Banyaknya aku membebel hooiiii. Aku sebenarnya tengah kurangkan jugak menatang Korea ni. Especially dengar lagu K-Pop. Lol. Lagi-lagi lagu-lagu merapu. Dia walaupun bahasa kita tak paham, dia somehow meresap gak. Sama lah konsepnya bila baca Quran. Kan kadang tak paham, tapi meresap je rasa tenangnya tu. Lirik tah pape lagu K-Pop tu pun walaupun tak paham tapi dengar dia meresap in soul in a bad way. Get what I mean? Sebab tu remember to check the translation kalau ko rasa lagu tu macam errr lain macam. Aku dah start runsing dengan diri sendiri sebab asyik dengar, ko paham? Tapi variety payah kot aku nak kurangkan. Uhuk3. Aku dah ter'hook' pulak dengan 2 Days, 1 Night tu. Haha. Oke sampai disini sahaja bebelan kali ini. Bye-bye!
Amaran: This is going to be a very long post. Well, I know, nobody cares. Haha.
Aku rasa aku tak pernah bercerita panjang lebar tentang MEDTECH kat dalam blog ni. Tapi dalam post ni, aku nak cerita. Tak lah semuanya tapi sebahagian besarnya. Kalau aku cukup rajin. Haha. Aku masuk kelab ni waktu February 2012. Direkrut oleh Arai. (That we later found out yang kitorang satu-satunya batch yang direkrut atas talian bukannya interview. Dalam erti kata lain, recruitment haram. Hahaha.). Aku jatuh minat dengan MEDTECH waktu MAS and of course during Media Briefing. Waktu tu yang jadi presenter Acap dengan Afnan.
Aku start aktif dalam MEDTECH tak lama lepas rekrut. Kot. Tapi time tu takde la tunjuk perangai tak semegah main redah ke apa. Innocent gitu. Tak caya tanya senior-senior time tu. Lol. Aku start dengan join KakiPhoto, Design Class lepas tu buat coverage MTB Jamboree. That was the first event coverage I've ever done. Sports lak tu. Tapi best, pengalaman baru. Time tu aku ikut Kak Nina. Kak Nina sangat baik, sangat penyabar nak ajar. Aku ni bebal sikit ye harap maklum.
Hye Icha, ingat tak masa ni? Cerita bangun pagi buta lepas tu kena naik kereta dengan Amir ngan Celat.
Lepas daripada tu, aku join MAS May 2012. Time tu, malu-malu lagi. Sebab time tu yang paling muda aku, Mia and Syakirah. Aku bukan nak perasan like seriously, tapi sebab kitorang je yang baru, perhatian tu lebih la sikit. Bila perhatian tu lebih, maka banyaklah lagi komen pedas. Time tu aku buat video You Raise Me Up. Aku ingat lagi komen Azrul sampai sekarang "Tak best lah. Buat balik." Nasib baiklah aku ni bangsa tak cepat terasa tapi yang tu menusuk dia sampai ke lubuk hati paling dalam. Peh peh peh. Gitu. Tapi time tu Faiz dengan Raimi ada nearby, dorang acah-acah cool down kan sikit lah. Haha.
My very first IMF shooting.
Hye Mia! Ingat tak ni? This is soooo old already.
Azrul, one of the senior paling aku respect.
Zharif-Usop-Yus. Usop, aku rindu kau, takde ko kitorang takde abang yang nak layan kitorang dah :'( Yus, all the best internship!
Kemudian, aku kena jadi secretary untuk MEDTECH Appreciation Night 2012. Aku buat je keje aku. Time tu Ipin Project Manager. Ya Allah, bekerja dengan mamat tu, kesabaran kena setinggi gunung. Kalau tak memang sama ada ko rasa nak quit ataupun ko rasa nak bagi flying kick sedas kat dia. Alhamdulillah, past through that dengan bantuan committee lain and HICOM time tu. And boleh kata event tu berjaya lah jugak. Kot.
My very first App Night. MEDTECH App Night 2012.
The organizing committee.
Lepas je daripada App Night tu ada AGM. Aku lepak-lepak je lah sebab aku muda lagi mana lah tau mende pape. Baru Foundation 2nd Sem. Sekali ada dapat message, tawaran untuk bertanding jawatan SU 2. I was like, what on earth...... Aku takde apa-apa basic in management. Leadership pun time sekolah ada lah sikit. But it was nothing like this. MEDTECH is an establish club in UTP. Amanah sangat berat, I tell ya. Fikir punya fikir, tanya Kak Aishah itu ini, aku buat decision, okay aku try. Dalam otak aku, takkan adanya yang nak undi aku. Aku baru je lagi dalam MEDTECH ni. Oh boy, I was never so wrong. Haha. Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang undi aku.
HICOM 2012/2013. Tapi tak lengkap. Aku tak jumpa gambar time AGM hahaha.
Masa aku jadi SU 2 lah aku tahu segala inside and out pasal MEDTECH. Rentak MEDTECH macam mana. Apa masalah, apa progress. Dah namanya SU. Kalau tak tahu memang mintak penampar. Aku kerja bawah banyak bos. (Faris, Lobot, Ipin, Azril) dan aku sangat bersyukur sebab aku ada Kak Tirah sebagai partner SU aku. Kak Tirah banyak tolong aku. Dengan bos-bos yang semua kaki buli tu pun aku banyak belajar. Daripada zero sampailah documentation jadi mainan aku. Bukan pasal documentation je, yang penting pasal jadi HICOM ni is ko ada orang-orang bawah yang ko kena jaga. Ko kena plan macam mana nak develop. Macam-macam. Pening kepala weyh buat semua benda ni. Tak tipu. Ada satu tahap yang aku rasa aku nak tinggal semua. Tapi tak boleh sebab aku dah sayang. Aku beruntung dan sangat bersyukur sebab rakan-rakan HICOM time aku dah faham perangai sorang-sorang. Agak-agak stress, tak boleh nak carry, mintak rehat. Nasib baik jugak ada Emzek. We used to have a lot of fruitful discussion
session. Remember? Sorry dah tak buat benda tu dengan ko sekarang. Lepas je aku turun, aku jadi committee biasa. Jadi committee biasa ni syok. Keje boleh enjoy suka-suka. Hahaha. Takde stress jiwa raga apa semua.
Suasana dalam MEDTECH
Nak bercerita tentang suasana MEDTECH yang dah banyak berubah sikit. Aku ni boleh kata batch transition. Cara ajar keras pernah kena, lembut pun ada. Waktu aku mula-mula masuk dulu, cara dia tegas. Ko buat silap, mengaku, kena marah lepas tu belajar dari kesilapan. IMPROVE. Aku suka je cara ni sebab aku memang jenis keras hati batu sikit. Jadi cara ni berkesan kat aku. And aku pun boleh terima je cara ni.Sekarang ni lain dah. Cara marah-marah ni tak boleh nak aplikasi sangat. Adik-adik banyak manja hahaha. Generation gap disitu. Tapi itu satu perubahan yang kita kena live with lah. Start ubah sikit-skit cara nak menegur. Cara nak mengajar. Cara nak manage. Semua lain.
Kenapa aku sayang MEDTECH?
Ada banyak sebab. Tapi sebab paling utama is, dorang family aku kat UTP ni. Aku bukan jenis boleh rapat dengan semua orang. Sampai ke hari ni aku masih awkward dengan sesetengah budak kelas aku. Tapi dengan budak MEDTECH aku boleh jadi diri aku sendiri dan dorang terima je seadanya. Kan kan kan? Lepas tu, time MAS lah paling nampak family sangat hahahaha. Lepak kat bilik jubah edit video sampai Subuh. Kejut budak-budak ni bangun Subuh walaupun ya Tuhan liat sungguh sekor-sekor nak bangun. Sampai aku rasa nak simbah air. Boleh kenal perangai sorang-sorang sebab tak mampu lahai kalau nak cover setiap masa pun. Dah berapa lama ha bertapa kat bilik jubah tu. Keluar sama-sama, makan sama-sama, bersukan sama-sama. Kalau takde dorang, aku memang keje bertapa kat bilik je lah tak buat apa-apa. Banyak lagi moment-moment best dengan dorang ni sampai tak mampu lah aku nak list.
Apa je yang aku belajar dalam MEDTECH?
Banyak. Management, secretarial skill, PR, communication, videography, photography. You name it.
Ucapan untuk senior-senior.
Akak-akak, abam-abam yang banyakkkk sangat mengajar sampai tak terkira ha, terima kasih. Seriously, sangat rindu zaman kitorang ni adik-adik and ada orang yang nak tegur kitorang kalau buat salah, ajar itu ini. Sekarang kitorang pulak yang ada adik-adik.
Ni je yang tinggal paling senior daripada kitorang sekarang ni. Haha.
Pesanan kat adik-adik.
Adik-adik yang disayangi sekalian. Jaga MEDTECH elok-elok. Sayang MEDTECH. Improve MEDTECH. Banyak lagi yang boleh diimprove daripada keadaan sekarang. Mana yang korang rasa tak elok korang nampak pada kitorang, jangan diambil. Yang elok, ambil lah. Mohon maaf kalau ada silap dan salah, buat korang terasa hati apa semua.
Adik-adik 95. Korang, lepas ni korang yang kena jaga adik-adik. Tengok-tengokkan dorang. Tolong dorang. Ajar dorang. Kitorang tahu korang boleh bawak MEDTECH. Yakin dengan diri korang, team korang. Pada masa yang sama, jangan lupa bonding dengan adik-adik kala korang jaga bonding dengan team korang. Sayang korang hoi!
Sebab aku dah janji dengan kau Noks, nah ni ucapan: Ko lah adik paling overly attached ngan kitorang. Lol. Ko jaga diri elok-elok. Jangan nak emosi selalu sangat. Adik-adik tengokkan. Ko mungkin adik kitorang, tapi ko abang pada yang adik-adik. Jangan selalu main left group.. eyhh. Hahaha. Oke gurau. Good luck in your studies. Macam mana susah pun you have God to turn to. You have us, your maks maks kalau ko nak mengadu pun. Jaga diri. Jaga study. Jaga MEDTECH oke.
Adik-adik 96. Hye korang! Korang ni sungguhlah banyak jenis perangai. Tapi korang banyak potential. Kembangkan potential korang tu. Belajar banyak-banyak. Dah boleh dah korang venture masuk management lak sikit-sikit. Korang ni serius adik-adik paling comel yang aku pernah jumpa. Hahahaha. Lepas ni korang pulak akan ada adik-adik, aku harap you guys know what you guys should do by then. Jaga team korang oke. Jangan ada yang main lari-lari.
And lastly, Dear Jojos...
Kita dah banyak hadap pelbagai benda sama-sama. Serius aku bersyukur aku ada korang. Terima kasih untuk segala benda. Aku harap kita semua berjaya. Yang nak intern, happy internship. Yang nak balik dari intern, selamat menempuh final year. Yang final year sorang tu, all the best untuk masa kat UTP yang berbaki.
I LOVE YOU GUYS!!!!
Gaya aku post macam dah nak grad, padahal baru nak pergi intern. Tapi lama gila tu nak tinggal korang. Mesti hakak rindu korang nanti T_T. Jaga diri elok-elok oke. Jaga study elok-elok. Jaga MEDTECH elok-elok. :D
Sem lepas, aku dengan Husna (roommate) got stressed out that we planned an escape plan. Lepas tu time tu pulak aku baru terbaca pasal SEA Games Singapore 2015. Then, 'eureka'! Memandangkan aku ni peminat sukan, aku memang dah lama nak pergi tengok opening any kejohanan sukan yang besar macam tu. And Husna pun layan je nak pergi plus dia technical-freak and boleh lah tengok technical aspect of the opening ceremony. Jadinya kitorang pun beli lah tiket flight and tiket opening ceremony apa semua. Time beli ni, aku tak bagitau pun lagi kat parents aku. Sebabnya aku tahu, kalau bagitau awal-awal sebelum pergi confirm tak lepas ni. Keji betul perangai. Time beli tu tak silap aku sebelum study week. Kira macam this escape plan adalah untuk hilang stress final, stress kerja and jadi pembakar semangat untuk sem baru. Lol. Padahal the opening is during week 3 of the this semester.
Sambung cerita.
Lepas tu, time balik cuti sem, aku pun bercutilah. Husna dah sibuk ingatkan aku bagitau parents aku and buat pasport. Aku punya nervous nak bagitau tu tak payah cakap lah weyh. Sebabnya, memang dari kecik mak abah aku tak biasakan anak-anak dia berjalan dengan kawan merata-rata. Pergi ke mana pun dorang la hantarkan. Cumanya waktu duduk asrama adalah aku pergi outing ke Ipoh macam tu. Tapi tu dorang tak kisah sangatlah. Sebab berjalan ramai-ramai. Pakai pulak baju sekolah. Selamat la sikit. Lagipun time tu, Malaysia tak banyak sangat masalah-masalah jenayah ni.
Masuk uni, aku dah pandai la nak berjalan dengan kawan. Ye lah, ada member yang ada kereta, setakat pergi Ipoh tu dah jadi benda biasa. Cuma sekarang dah jarang lah. Dah tua, banyak kerja nak buat. Banyak hal nak fikir daripada asyik fikir berjimba je. Aku ingat satu time tu aku pergi rumah Micha dengan Husna and Anas. Aku gerak naik train from Ipoh to Seremban lepas tu dorang pickup aku kat situ and gerak ke Johor. Masalah dia is, time tak tally. Aku dah sampai kat train station tu boleh pulak minah ngan mamat sengal dua orang tu sesat entah ke mana. Sepanjang aku tunggu kat train station tu, setiap 10 minutes mak aku call nak check up on me. Walaupun kadang tu rasa macam tak nak angkat hahahaha, tapi faham la mak aku punya risau tu. Sebabnya, aku tak pernah pun berjalan jauh macam tu sekali. Sorang pulak tu. Itu lah kali pertama aku lepas nak berjalan jauh macam tu,
Sebab tu lah bila ada kawan ajak travel ke mana-mana, aku ni payah nak ikut. Satu nak lepas permission parents tu payah ya Rabbi. Another reason, it's hard to admit this one sebab kinda a bitter truth for me hahahah aku sendiri ni bukan berani sangat nak berjalan kat tempat orang. Pada aku traveller ni kena jenis berani kental tak tahu malu sikit. Tapi aku ni berani hal tertentu je. Tapi bila kat tempat asing dengan orang asing, aku akan automatik jadi timid. Self confidence aku bukannya tinggi sangat. Contoh; aku rela lagi bungee jumping daripada nak kena redah tempat penuh dengan stranger, kena cakap dengan stranger. This is a part of me that I wish I can change.
Amboi, lari kemain dah topik aku. Haha.
Jadinya, dah nak dekat habis cuti baru aku gitau bapak aku. Cara aku gitau, Abah.... Cha nak kena buat pasport. Bapak aku jawab Ha, dah kenapa nak buat pasport? Ada aktiviti uni ke? Aku pun berhuhu lah. Mula lah keluar suara gedik mintak penampar dan memberi explanation. Seriously, kalau tak sebab aku dah beli tiket apa semua, takde maknanya aku dapat pergi. Hahahaha. Langkah keji berjaya. Maaf mak abah. Nak merasa jalan tempat orang. Hehehehehe.
Aku buat pasport on 30 May 2015. Nak pergi Singapore nya on 5th June. Ko nampak tak betapa last minutenya. Buat pasport ni aku ingat rumit sangat. Rupanya senang je. Officer yang jaga kaunter time aku buat pasport tu hensem. Sekian. Oke tu selingan. Dah buat pasport, kitorang chill je. Buat macam biasa. Sebabnya, sebelum pergi tu ada dah start sem baru kat UTP. 2 weeks.
Cerita aku kat sana nanti lah lain kali aku sambung. Lain kali tu entahlah bila. Biasalah. Pemalas sikit. Haha. Tapi sebelum aku tutup entry ni, terima lah pesanan penaja:
Pada anak-anak gadis di luar sana yang macam aku susah nak lepas pergi mana-mana,
Percayalah cakap aku, our parents have a solid reason to worry over us. Memang dunia sekarang ni gila. Aku ni je yang terover degil nak jugak pergi. Hehehe.
Tapi tak payah risau la, by the time our parents know that we ARE ready, yakin kita boleh survive dengan selamat, takde sebab untuk dorang tak lepaskan. Macam aku ni, maybe parents aku sendiri tahu yang aku ni takdelah berani mana tapi acah-acah berani, lepas tu tak berapa pandai nak bawa diri then sebab tu lah dorang tak lepaskan.
Anyway, kalau lah korang macam aku yang berjaya jugak terlepas sekali, pandai-pandai la jaga diri. Jaga kepercayaan yang parents dah bagi.
Tadi, dalam bas dalam perjalanan pulang ke rumah aku terfikir. Umur aku dah 21 tahun, but I'm still such a nuisance pada mak abah aku. Masih manja. Masih terlalu bergantung. My parents, at my age now, masing-masing dah keluar dari rumah and berdikari sendiri. Heck, my mom already married to my dad pun time umur 21. Abah aku time 21 entah berapa tempat kerja, jenis kerja dia lalui.
Aku rasa sangat spoilt. Aku umur macam ni, duit tak cukup merengek kat abah lagi. Ma-lu.
And ini buat aku teringat jugak satu tweet yang pernah jadi kontreversi. Kaitan dia aku pun tak tau nak cerita macam mana. Yang pastinya dia ter-interrelated dalam kepala otak aku.
Aku waktu first-first aku baca tweet ni, aku rasa panas berapi semacam je. Amboi sesedap rasa nak bahasakan orang beruk. Lama-lama aku fikir, "Haha. Minah ni tak pernah rasa hidup susah. Lahir-lahir dapat tilam emas kot". Senang cerita belum nampak "dunia". Bukan semua hidup mewah mampu beli kereta. Believe me, that parents pun tak nak la sebenarnya biar anak dia berpanas macam tu. Tapi nak buat macam mana. That's what they have to live with. Bukan semua family terus hidup senang. Banyak yang bertatih-tatih bab-bab kewangan ni.
Aku faham sangat family yang terpaksa bertatih-tatih slow-slow bab kewangan ni. Sebab family aku macam tu. Tapi pada aku parents aku sangat awesome. Abah aku ada daya survival yang sangat tinggi even I wondered till now macam mana abah aku survive. Aku ingat lagi time duduk dekat Mambang Diawan, kat situ banyak lombong, so whenever the money's short, our menus will be ikan talapia yang dijala kat lombong, kangkung, paku pakis, cendawan or whatever sayur yang boleh dapat kat kebun kitorang dulu or tepi parit/sungai. Aku suka gila time tu. Serious best. Mak aku pulak, skill memasak, menjahit even bertukang pun boleh. Haha. Dapat kat aku, habuk pun tada. Sampai la sekarang, nak kata senang tu tidaklah tapi cukuplah apa adanya. Keperluan semua cukup, kemahuan pun ada je yang dapat. Pendek kata, bahagia je. Ngeh ngeh ngeh.
Aku respect mak aku sebab stick to my dad through thick and thin. Susah and senang. To be honest, if I choose to marry one day, aku tak nak orang yang well-established. Sebab part grow together, susah and senang bersama tu takde. Lol. Why am I even writing about this?.
Seriously, lahir dalam family yang bertatih-tatih bab kewangan ni jadikan aku manusia yang bersyukur apa yang ada. Tapi tak bererti tak strive for better. Abah aku tak hantar aku belajar tinggi-tinggi untuk duduk di takuk yang sama. Itu aku sedar. Satu lagi, aku belajar, instead of mendesak parents nak itu ini, kalau agak-agak benda tu kemahuan diri sendiri, kumpul duit beli sendiri. Aku paling pantang kalau anak yang mendesak parents beli itu ini sedangkan tahu parents punya economic state macam mana. Like hello, kau dah kenapa? Anak-anak kena faham yang parents banyak lagi benda nak kena fikir. Lagi-lagi sekarang, dengan kos sara hidup yang makin meningkatnya. Perbelanjaan banyak.
Satu lagi aku nak sentuh is, keberkatan rezeki. Ada je orang yang gaji RM 1000++ boleh hidup selesa. Tapi bukan kat KL la kot. Tempat lain haha. Benda ni berkait dengan keberkatan rezeki. Fikir la balik kenapa kalau ada orang gaji tinggi tapi tak cukup-cukup? Kenapa ada orang gaji tak banyak boleh hidup selesa dan tenang? Aku selalu dengar from ceramah/tazkirah, salah satu cara nak raih keberkatan ni dengan sedekah. And remember to give to parents also.