Saturday, March 12, 2011

saya pelajar tingkatan 5

kata orang, tingakatan 5 tahun yang paling sibuk, sesak, dan penuh dengan kenangan.pernyataan tu memang betul-betul kenyataan sebab saya sedang melaluinya.tahun terakhir di SBP Integrasi GOPENG@I-Gop@GIBS sememangnya tahun yang sibuk buat saya.Bertugas sebagai pengawas sekolah menambahkan lagi kesibukan sebab badan pengawas pun ada kerja sendiri yang perlu disiapkan termasuklah fail biro.itu belum lagi ditambah dengan kerja sekolah yang sudah setinggi Gunung Everest.


bersama teman-teman sekamar

bersama rakan sekelas
lumrah hidup di asrama, kawan-kawanlah yang menjadi teman di kala suka dan duka sewaktu di sekolah.ikatan yang terjalin sangat indah dan tak bisa diungkap dengan kata-kata.jadi gambar ditangkap sebagai tanda memori tercipta.

sepertimana pelajar lain, saya juga ada subjek kegemaran.sewaktu menengah rendah saya amat suka dengan subjek sains.sewaktu tingkatan 1, saya diajar oleh pn aishah bt kasran.bagi tingakatan 2 & 3, cikgu amirul pula yang mengajar.kenapa saya suka sains?saya sendiri pun tak tahu apa sebab khususnya.yang saya tahu, saya suka sains dari sekolah rendah lagi.meningkat dewasa, saya kini bergelar pelajar menengah atas.bertemu subjek-subjek pelik semacam Add Math memang buat saya pening kepala.tapi ada juga subjek yang saya minat,iaitu....Biology.kenapa saya suka amat dengan Biology, sebab Sir Fazli Dolah yang mengajar amat berdedikasi.itu sebab pertama.sebab kedua, saya suka sebab saya rasa saya tahu tentang badan saya sendiri.saya rasa macam seronok dapat tahu macam mana sistem dalam badan saya berfungsi.

kenangan manis yang tercipta?
terlalu banyak kenangan yang dilalui sepanjang hampir 5 tahun melalui kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama.namun, saat yang paling manis dilakar tahu lepas.bersama ahli-ahli kelas 4.KINDIGADEN'10.crew.saat-saat melaksanakan denda akibat kalah kuiz Sejarah di tangan pelajar lelaki takkan saya lupakan.denda yang sinonim dengan perkataan seksa jadi seronok kerana keterbukaan kawan-kawan.

anda ingin sertai segmen ini juga?
sila klik link ini...sahabat blogger|pelajar sekolah

4 comments:

cik chopu said... [Reply]

jadi budak sbp memang busy oh. penat tak sudah, banyk pulak event. tapi en, dah habis sekolah, serius tak best oh. rasalah nanti.

pRiNCe said... [Reply]

prince dtg mlwat...entry yg bagus..:)...jom join contest kat blog prince..hadiah lumayan...

twinkle twinkle said... [Reply]

hoho iGOP :D

♥phoenix♥ said... [Reply]

cik chopu:tak yah tnggu habes sklh...wk2 cuti pun rasa rindu kat kengkawan...
prince:iAllah
twinkle2:iye saya i-Gopians