Pages

Sunday, March 20, 2011

hari ni dah nak balik hostel

hua!!!rasa nak jerit kuat-kuat bagi satu dunia dengar.tak puas lagi rasanya menikmati cuti sekolah yang sungguh best ni.baru je tadi saya pulun siapkan semua homework dan kerja-kerja biro sukan.hasilnya?homework tinggal sikit je lagi yang tak c-ap dan akan dibuat kat sekolah waktu prep nanti.hehe.bout kerja biro sukan yang memang memeningkan kepala pun dah siap semuannya.SEMUANYA oke.ingat senang ke si pemalas ni nak kasi siap kerja tu.dahla buat dalam masa 2 jam setengah approximately.huh.penat gila ouh.nasib baik jumpa contoh minit mesyuarat abah.kalau tak masak teman.

di kesempatan ini, ingin saya menasihati readers sekalian agar jangan buat kerja last minute macam saya.pening kepala dibuatnya.sekarang dah pukul 4.40 pagi pun tak tidur lagi.kan menyusahkan diri sendirik tu namanya.

akhir kata,,,
jangan bertangguh ye....

Saturday, March 19, 2011

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

image

  1. Sila pilih SATU BLOG  yang palingggg korang suka dan kagumi ! Yearghhh ... Ok... ada dah ? Cun ... nanti dulu ... Sila jawab soalan soalan ini ..

    blog yang paling saya sayang  ialah blog isteri kepada the pocket rocket man@jijoe iaitu pn athiah ilyana.dulunya blog ni namanya the lovely tya.tapi sekarang ni dah tukar kepada asisul dan asthiah.

    1. Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG  dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !!

      saya suka sangat @ kagum gila dengan blog ni sebab kak tya amatlah tak lokek berkongsi cerita.tak kiralah cerita kehidupannya sebagai student atau wifey serta kisah nya dengan hubby terchenta.pendek kata kak tya ni amatlah sporting orangnya.dan kisah2 kak tya dengan dunia studinya encourage saya untuk study hard dan ikut jejak langkah kak tya study oversea.

      selain tu,dalam blog ni banyak gila gambar yang sumenye chantek2.tak lupa juga gambar kak tya and abg pocket rocket man yang sangatlah sweeeet.sangat2 sweet.dan gaya penulisan kak tya pun sempoi je.seronok bace.

      other than that(dah macam essay),siapa yang nak tengok tempat2 menarik kat australia wajib tengok blog ni.WAJIB!!!sebab dalam blog ni kak tya banyak kongsi gambar vacation dia around australia which is sangat best dan exciting.

      lagi satu,bagi yang gila sukan and suka bebenau dengan abg jijoe,,,blog kak tya memang tempat nak land and tahu update terkini hero m'sia itu sebab kak tya suka update pasal 'hubby'nya itu.dan cerita mereka semunya sangat sweet.

      the last one is,kak tya orangnya sangat gorgeous and kak tya juga pandai.architect tu.dan kak tya juga wifey yang sangat baik.

    2. Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut ! Jeng jeng jeng !!

      bukti macam manalah saya nak bagi ehh.tapi yang pasti kalau saya nampak blog ni ada en3 terbaru melalui bloglist,,,saya memang akan terus surf.yang paling tak boleh blah,,,saya akan rindu gila nak baca blog ni kalau kat hostel and bila dah balik feel like nak terus ambik lappy and surf this blog.SWEAR!

    3. Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut ??

      selama 5 bulan blogging ni lah saya ikut blog gorgeous ni.entry yang dulu2 pun saya terjah jugak sebab semuanya sangat besh.

    4. Sila ceritakan tentang blogger tersebut ..

      athiah ilyana abd samat @ tya.isteri kepada azizulhasni awang.pemegang degree architecture.pada tahun akhir kak tya ni buat projek pasal graveyard for muslim.lupa pulak,,,kak tya ni asal dari perak.ada butik kat meru point,,,butik TYAAZ.wifey yang sangat gorgeous.

    5. Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya ?

      rasanya idak.

    6. Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng ..

      -macam mana kak tya boleh kenal dengan abg jijoe.
      -macam mana kak tya boleh end up with the graveyard project idea
      -best tak duduk negara orang
      -cabaran duduk negara orang
      -apa rasanya jadi wifey kepada atlet terkenal

Friday, March 18, 2011

Raja Lawak 5

habis sudah raja lawak 5 kan.gelanggang raja lawak tahun ini menyaksikan MAN menjadi juara.tahniah kepada MAN.actually ni baru first time tengok raja lawak live.kan dok kat asrama,,,so tak berkesempatan tengok raja lawak.sebenarnya tak minat sangat pon tengok raja lawak ni,tapi sebab satu family minat tengoklah sekali.

starting with karpet lawak...
karpet lawak ni tak de la se'glam' red carpet ABPBH tapi best la jugak tengok sharifah shahira yang begitu produktif(raja lawak 5,dia pon mengandung anak ke-5) temuramah otai lawak.ramai ooo yang datang...then masuk pulak intro oleh semua peserta musim ini.best tgk intro ni...tp bila mata ternampak ada dua peserta perempuan yang pakai sexy mexy rasa ralat pulak...

then johan and zizan @ JOZAN masuk...memang bikin havoc arr diorang nieyh...memang lawaX bangat.ditambah pulak dengan JAMAL,JOE FLIZZOW and ALTIMET...lagi tambah havoc.one more thing,,,suka tengok entrance judges yang sungguh sporting belaka...kelakaw...terutamanya DAVID TEO @ RAJA PANTUN.

pasal persembahan finalis...memang lawaX...dah namanya pun raja lawak kan...mestilah lawak...yang lebih lawaX my family members argue bout who will win.siap suruh undi2 lagi...tak pernah dibuat my family member nak main undi2 nieyh...at last,,,MAN jugak yang menang.kedua R2,my dad fevret.~congrats dad~haha...and the third goes to,,,BALAS...mom sorry,,,ur team is the third...kih2.

memang layaklah pun MAN ni menang.dia mmg kelakar pun.and rasanya sume posmen dalam malaysia di undi MAN.kiddin'.

secara keseluruhannya,,,raja lawak 5 final ni best la...(jugak).

sekadar renungan,,,
mak kawan saya pernah bermadah,,,
jangan jadi pelawak sebab bila kita melawak dan buat org gelak,,,
kita buat orang lupa Allah,,,
yelah,,,siapa yang di hatinya mengingati Allah ketika gelak tak sedar diri which saya baru je buat tadi.
gelak tak ingat dunia.
kan orang selalu cakap,jangan banyak sangat gelak,kelak nanti nangis.

Thursday, March 17, 2011

erti sebuah persahabatan...

hari ni saya bukan nak cerita or what so ever.tapi saya nak share satu benda yang tetiba je muncul dalam kepala hotak yang tak berapa nak bergeliga nieyh...tadi saya tengok cerita Aloy kat tv2.Aloy ni cerita kanak-kanak.yelah sempena cuti sekolah,,,banyak lah cerita kanak-kanak.cerita Aloy ni ada lah jugak pasal frenship.semalam pulak saya tengok Budak KL,,,juga di tv2.cerita ni memang berkisar pasal frenship.

cerita kanak-kanak selalunya berkisar frenship takpun fantasi.kenapa eh?saya rasa sebab nak mengajar anak-anak kecil ni erti sebuah persahabatan.hmm...mengajar budak-budak ni nilai persahabatan.budak-budak memang menghargai persahabatan lebih daripada orang dewasa.diorang jugak lebih jujur dan tak berdusta dalam berkawan.tak macam orang besaq yang kebanyakannya tak tahu menghargai persahabatan.ada yang berkawan kerana nak kena tempias popular.ada juga nak tumpang senang and what so ever.

jadi,,,
tak ke anda rasa yang kita yang lagi tua ni yang patut diajar erti sebuah persahabatan.

p/s:ini sekadar pandangan saya.tiada maksud nak menyindir mana-mana pihak.dan saya jugak tak kata tiada persahabatan yang sejati di alam kedewasaan.cuma kurang aje...

where's the boys???

nak tengok tak rupa kelas saya tahun ni???sebelum tu saya nak kasi warning...warnanya mungkin menyilaukan mata anda okey...


where's the boys???
macam tader lelaki kan???
kelas pinky habes...
even saya yang perempuan pun dah terasa macam geli geleman at first...
lama-lama dah lali ohh...


bersama che gu mardiana yg amatlah sporting
love u che gu...
sila fokus pada lapik meja...
huhu...
betapa 'pinky'nya


sila fokus ke bhgian kanan gmbr
terlihat seorang pelajar lelaki dc2...
namanya mustaien fathurrahim


akhirnya...
nmpk jugak boys...
sbnrnya boys ade 10 org...
lagi 5 orang tu aktif sket...
gi keluar ade game ragbi...
yang 5 orang ni...
~no comment~

sekadar gambar selingan...
gambar cik phoenix(sayalah tu)
berlatar belakangkan ke'pinky'an soft board
dan juga ustaz zaki...
kih3...
~tudung sangatlah trojan...standard bagi Geng Tudung Herot(GTH)~

kelas ni best sebenarnya...sebab girls yang conquer...tapi sebab dibayangi 4KINDIGADEN'10.crew yang tersangat teramat besh itu,,,i'm still adjusting with the new classmates.tak kata kelas ni tak best oke.best ape.sonok je buli boys yang seciput itu.maklumlah 'ratio'nye kan 19:10.macam exciting kan?memang kalau kitorang mula jumpa camera,boys hanya bisa diam aje.nak bising???cepuk kang!!!macam tu je kena...haha...gambar boys tu pun setelah QiQi bermurah hati nak menyemakkan memori kameranya dengan geng kudaro itu.kudaro tu sebenarnya nama gelaran ketua kelas kami,Syazwan Baharudin@weng kudaro...sebenarnya salah satu faktor yang menyesakkan kepala duduk dalam kelas ni ialah,,,expectation cikgu yang terlalu tinggi atas kami...kami semua ni TAK PANDAI MANALAH!!!actually not kami but ME!!!tu yang buat TENSION tu...cuba kalau cikgu tak dok cakap,,,kamu kan kelas budak CHOSEN...~banyakla punya chosen...ingat lagu THE CHOSEN ONE by MAHER ZAIN ke???~mesti syok dok kelas ni...apa-apapun...AKU SAYANG KAMU SEMUA...5 KINDI'11

GIRLS POWER!!!
ooo yeah!!!

credit to:QiQi for the pic

Sunday, March 13, 2011

do we have try to live up to others expectation???

sebagai seorang manusia biasa kita memang tak mugkin akan dapat penuhi kehendaj semua orang(even we want to that so badly)...sebab apa???kita manusia biasa...kita bukan malaikat yang kerjanya beribadah sokmo.kita juga bukan nabi yang ma'thum sifatnya.sekuat mana kita berusaha menjadi yang terbaik, tetap akan ada orang yang tak puas hati dengan kita.even sometimes, kita sendiri tak puas hati dengan diri sendiri...betul tak?


kadang-kadang sikap tak puas hati dengan diri sendiri ni datang sebab kita terlalu memikirkan expectation orang ke atas kita.sebagai contoh, semua orang hoping that i will get straight A's for this year SPM.yes, it is my own hope too.tapi sebagai seorang manusia, kita ada rasa stress, betul?jadi jika kita hidup untuk memenuhi semua expectation orang kepada kita,,,mahu pecah kepala dibuatnya.jadi sebagai langkah penyelesaiannya, hidup biar ada aim sendiri, expectation orang tu nombor dua baru fikir, sebab, ini hidup kita.kitalah pengemudinya.



source:mr google

Saturday, March 12, 2011

saya pelajar tingkatan 5

kata orang, tingakatan 5 tahun yang paling sibuk, sesak, dan penuh dengan kenangan.pernyataan tu memang betul-betul kenyataan sebab saya sedang melaluinya.tahun terakhir di SBP Integrasi GOPENG@I-Gop@GIBS sememangnya tahun yang sibuk buat saya.Bertugas sebagai pengawas sekolah menambahkan lagi kesibukan sebab badan pengawas pun ada kerja sendiri yang perlu disiapkan termasuklah fail biro.itu belum lagi ditambah dengan kerja sekolah yang sudah setinggi Gunung Everest.


bersama teman-teman sekamar

bersama rakan sekelas
lumrah hidup di asrama, kawan-kawanlah yang menjadi teman di kala suka dan duka sewaktu di sekolah.ikatan yang terjalin sangat indah dan tak bisa diungkap dengan kata-kata.jadi gambar ditangkap sebagai tanda memori tercipta.

sepertimana pelajar lain, saya juga ada subjek kegemaran.sewaktu menengah rendah saya amat suka dengan subjek sains.sewaktu tingkatan 1, saya diajar oleh pn aishah bt kasran.bagi tingakatan 2 & 3, cikgu amirul pula yang mengajar.kenapa saya suka sains?saya sendiri pun tak tahu apa sebab khususnya.yang saya tahu, saya suka sains dari sekolah rendah lagi.meningkat dewasa, saya kini bergelar pelajar menengah atas.bertemu subjek-subjek pelik semacam Add Math memang buat saya pening kepala.tapi ada juga subjek yang saya minat,iaitu....Biology.kenapa saya suka amat dengan Biology, sebab Sir Fazli Dolah yang mengajar amat berdedikasi.itu sebab pertama.sebab kedua, saya suka sebab saya rasa saya tahu tentang badan saya sendiri.saya rasa macam seronok dapat tahu macam mana sistem dalam badan saya berfungsi.

kenangan manis yang tercipta?
terlalu banyak kenangan yang dilalui sepanjang hampir 5 tahun melalui kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah berasrama.namun, saat yang paling manis dilakar tahu lepas.bersama ahli-ahli kelas 4.KINDIGADEN'10.crew.saat-saat melaksanakan denda akibat kalah kuiz Sejarah di tangan pelajar lelaki takkan saya lupakan.denda yang sinonim dengan perkataan seksa jadi seronok kerana keterbukaan kawan-kawan.

anda ingin sertai segmen ini juga?
sila klik link ini...sahabat blogger|pelajar sekolah

Friday, March 11, 2011

akhirnya balik jugak ke rumah

alhamdulillah...sampai jugak ke rumah setelah 5 MINGGU terperuk di SBPI Gopeng.berbekalkan HOMEWORK yang menimbun setelah menunggu sampai pukul 4.00 petang mak pun sampai.tapi hari ni takkan pergi balik ringlet terus...nak balik ipoh dulu sebab ada buat kenduri tahlil.mungkin hari isnin baru balik ringlet.hari ni sebenarnya ada interaksi...tapi sebab abah tak datang,jadi AJK lah.seronok la gak...at least dapat makan free...huhu...lepas habis interaksi,tolong cikgu kemas dewan...maklumlah,rijal semua pergi solat Jumaat...jadi lady-lady tough la kena buat kerja angkat kerusi segala...tapi tak kisah pun...daripada meroloh dekat dorm tunggu mak abah datang baiklah buat amal jariah.tak pasal-pasal naik pulak muscle kang...sumpah tak mau nampak muscle...buruk....laki takpe la...nampak smart la jugak...kalau perempuan...cam seram jek...cuti ni banyak betul kerja yang kena buat...paperwork lawatan...laporan biro sukan yang nak surat panggilan mesyuarat lah,,,minit mesyuaratlah...mak ai...macam dah kerja rasanya...belum kira homework yang bapak menimbun macam Everest dah...nasiblah tahun ni fikir nak spm...result selaras 1 pun dah teruk sikit jadi kena usaha lebih sikit lah...pray for me...:)