Pages

Monday, June 20, 2011

bila masa di dunia semakin singkat...

semakin lama kita dah hidup kat dunia ni,maknanya semakin singkatlah masa yang tinggal untuk kita bernafas di atas bumi Allah ini.saya selalu ingat ceramah seorang ustaz Matrikulasi Gopeng yang dijemput memberi ceramah di sekolah saya.ustaz tu cakap,kita selalu nyayi selamat hari jadi but it should be selamat hari mati.sebab sepatutnya kita sedar hari kita kat dunia ni makin berkurang bukan makin bertambah dengan bertambahnya umur.

jadi,dengan bertambahnya umur,kita perlulah melipatgandakan ibadah kerana masa nyawa kita dicabut malaikat Izrail sudah makin hampir.

i'm 17 today dan saya takut memikirkan hakikat yang masa saya di dunia semakin singkat kerana menyedari hakikat yang ilmu dan amal yang dikutip masih belum cukup untuk menjadi bekalan saya bertemu Allah di akhirat.

Sunday, June 12, 2011

time to return!

sudah tiba masanya untuk kembali ke hostel sesudah 2 minggu bersenang-lenang dekat rumah.tengok tv,on9,blog,makan dan tido memanjang.sekarang tiba masa untuk kembali ke belajar,tidur,belajar,makan and so on.spm dah dekat.so saya sememangnya kena sedar diri.yelah.dah la tak pandai mana,malas nak belajar will make it even worse.'jadi kau perlu rajin keon!'

argh!!!susahnya nak jadi rajin.sebab sifat malas tu dah macam melekat kat diri ni.teruknya ko keon!!!

p/s:
saya tak tahulah bila saya akan kembali meng'update'kan blogku yang terchenta ini dan juga berblogjogging yang sememangnya amat baik untuk kesihatan.

Saturday, June 11, 2011

cita-cita aku waktu dulu-dulu

lecturer
aku pun tak tahu lah kenapa aku pernah nak jadi lecturer.pada aku kerja pensyarah ni lebih ringan kot dari cikgu.selain tu,aku rasa yang kerja kat U tu lagi best kot.haha

penulis novel
sebabnya aku memang suka layan novel.jadi aku pun teringin la nak tulis novel sendiri.aku pernah jugak la try draft novel.tapi mak ai.sumpahh aku tak reti weyh.susah kot nak tulis.mana nak cekau idea.memang lah novelis ni imaginasi diorang luar biasa.

atlet
yang ni memang paling tak boleh blah.tapi memang aku pernah bercita-cita nak jadi atlet dulu.aku dulu nak gila masuk ssbj.kenapa kau nak jadi atlet?sebab aku rasa sportsmen/women sangat hot dan cool.hamek ko.dua perkataan berlawanan aku bagi.paradoks sungguh.kalau aku jadi atlet,aku teringin kot nak jadi gimnas.seronok kot dapat lentik-lentik badan cenggitu.selain tu,badminton.dari dulu lagi aku minat badminton sebenarnya.jadi timbullah rasa teringin nak jadi atlet badminton.

kenapa ada tiga je eh?sebabnya dalam kad 001 tu ada tiga je kolum kerjaya pilihan.

p/s:
sekarang ni aku determined gila nak jadi pilot

Friday, June 10, 2011

aku suka main ni waktu kecik-kecik dulu

roundest
aku pon tak pastilah macam mana gaya eja perkataan ni sebenarnya.tapi main benda alah ni sangatlah seronok.hanya perlukan sebiji bola tenis dan kayu pemukul buatan sendiri.kau cekau je kayu kat mana-mana pon dah boleh main dah.dekat depan rumah aku dulu ada padang.luas kot.padang depan rumah aku tu lah yang jadi port budak taman main.jangankan bebudak,adult pon main.tapi aku tak suka kalau budak-budak besar main dengan kitorang.satu:sebab depa besar.tinggi.kaki panjang.lari laju.jadi markah pun dapat banyak.dua:deme pukul kuat sangat sampai pecah bola.lepas tu blah.kerek siot!kitorang yang masih kecil lagi suci murni mana berani nak marah diorang.huhu.

tuju kasut
siapa tak pernah main permainan yang sangat exciting ni sangatlah rugi.alatan yang diperlukan cumalah selipar.tak kiralah selipar jepun ke,flipper ke.janji namanya SELIPAR.jangan kau guna terompah sudah la ye.mahu pecah kepala anak orang nanti.sia-sia je.seronok tak dapat,dapat penampar pon mau.hehe.

gasing
kau ingat lelaki je tahu main gasing.aku pun tahu la.seronok kot.dapat pangakah gasing orang lain paling best.tapi hati-hatilah waktu korang nak pangkah gasing orang tu.kalau kau pangkah gasing anak mak.sia-sia je nanti mak-mak korang bergaduh

layang-layang
aku tahu buat layang-layang sendiri kot.tapi tak la lawa.asal boleh terbang sudah.aku guna surat khabar je.tak tahulah kalau korang guna kertas warna buat layang-layang.seronoknya main layang-layang ni sebab benda alah tu naik tinggi ke atas.kekadang tu aku teringin nak terbang macam tu.(patutla aku end up dengan ambition nak jadi pilot tu kan?).aku selalu lawan dengan kawan-kawan siapa punya layang-layang paling tinggi.but selalunya aku kalah.ceyt.ada satu time tu,tengah aku syok terbangkan layang-layang aku,benang terputus.mayak sedeyh la.tapi berbekalkan semangat yang kental dan harapan yang tinggi bak(apa sambungan ayat mat luthfi tu eh?)~abaikan~okey now i remember,bak ibu mengandung,,,aku pun masuk rumah buat layang-layang baru.dalam masa sekejap aje layang-layang disiapkan.aku lupakan kesedihan lalu,then sambung aje main.

guli
seronok main guli ni.aku ingat lagi.selalu main depan surau.tak senonoh kan?main guli pun simple je.

kapal terbang kertas
nilah permainan paling jimat kos sedunia.guna kertas dengan skli nak melipat je.tapi kalau takde skil takde guna la jugak.kau memang kena expert la kalau nak kalahkan aku.sebabnya akulah juara kat taman aman mambang diawan tu dulu.ekeke.(hiperbola saja)tapi serious,aku hebat kot main benda ni.

tangkap belalang
aku suka bangat tangkap belalang.seronok tengok dia lompat-lompat.lepas tu simpan dalam satu bekas,buat lubang bagi udara masuk,kalau tak dia mampus.jangan lupa letak daun untuk makanan dia.then kau pergi tangkap satu lagi belalang n letak dalam tu,tengok dia bergaduh ke tak.macam main ikan laga sikit la.

yoyo
aku tak lah expert sangat bab main benda bulat ni.tapi aku tetap suka jugak main.entah berapa ribu entah yoyo pernah aku beli.sebab asal beli,jahanam.beli,jahanam.sampai bapak aku pun fed-up nak beli lagi untuk aku.sedyh.):

kereta dash
yang ni aku tak berapa minat sangat sebenarnya.tapi dah abang aku sibuk sangat main aku join je lah.kawan-kawan aku siap buat track lagi.

batu seremban
walaupun aku tak expert main batu seremban aku lah juara dekat dalam rumah aku.juara taman bukan aku la.

pondok-pondok @ mak-mak
'kau jadi mak.aku jadi anak.ha,kau pulak jadi bapak.'alah macam cerita tentang bulan tu lah.yang ni bila ingat balik memang kelakar benau.rasa nak gelak guling2.mengingatkan betapa merepeknya kitorang.rumput jadi sayur.batu jadi daging.ape ke jadah?

main hujan
yang ni memang top fevret habis.seronok and enjoy sangat kalau dapat mandi hujan.tapi setiap kali main hujan memnag kena bebel punya lah.for sure punya.no doubt at all.waktu main hujan jugaklah aku suka main bot.buat bot dari kertas then lepaskan kat longkang.sadis gila kau.main kat LONGKANG.

pendek kata zaman kanak-kanak aku penuh dengan main,main dan main.tak fikir benda lain.seronok kan jadi kanak-kanak?

Thursday, June 9, 2011

seth tan romantik?

iye ke dia romatik?tak dapat dinafikanlah,dalam cerita nora elena yang tengah hot macam goreng pisang kat tepi jalan tu, seth tan memang romantik.penyabar gila dengan nora elena tu.rasanya semua tahu yang cerita ni based on novel kasih yang suci kan?sampailah ke episod hari ni belum cukup lagi romantiknye.kalau ikut yang saya baca dalam novel tu,lepas nora elena tahu yang seth tu yang rogol dia dulu,lagilah seth tan tu makin penyabar dan romantik tahap dewa dengan dia.jadi peminat setia nora elena bersedialah ye.

kalau nak cakap pasal lelaki romantik ni,banyak lagi novel yang heronye romantis bangat.kalau dibuat cerita tak tahulah berapa orang yang nak cair.serious.contohnya,macam khuzairi dalam novel 7 hari mencintaiku.mak ai,,,yang ni lagi romantik+sabar dsb.perfectlah senang cakap.

tapi kan,hakikatnya wujud lagi ke lelaki macam ni dalam dunia ni?entahlah...saya pun tak tahu kalau masih ada lelaki sebegini romantik dan PENYABAR macam seth tan tu.

p/s:
sedang sedih memikirkan hakikat yang tak boleh tengok nora elena sebab dah nak balik asrama.seih bangat ni!

Tuesday, June 7, 2011

AYAM!

assalamualaikum readers sekalian!saya ada satu soalan untuk korang semua.pernah sembelih ayam tak?well,saya pernah!(bangga ape ke jadahnye tah ko ni keon?!?).tarikh kejadian saya tak ingat la.tapi itu la first time saya sembelih ayam.

rukun sembelihan ialah:
1)penyembelih-islam atau ahli kitab
2)binatang yang disembelih-binatang darat yang HALAL dimakan,masih hidup dan masih kuat bergerak
3)alat sembelihan-alat yang tajam(kalau tumpul terseksa binatang tu ye!) selain kuku,gigi dan tulang
4)bahagian yang disembelih-memutuskan HALKUM dan MARI'(al wadajan sunat ye)

sebelum ni waktu saya kanak-kanak ribena lagi, bapak saya selalu la sembelih ayam 2-3 hari sebelum raya.nak buat rendang oke.tapi saya tengok je lah.jadi bila ada peluang je tahun lepas, saya pun cubalah.selalunya bapak saya sembelih ayam tiga kali lalu je kat tengkuk ayam tu.waktu ustaz salman yang mengajar saya pend. syariah islamiah tu buat demo pun tiga kali lalu je kat tengkuk ayam tu dah putus dah halkum dengan mari' siap dengan wadajan sekali putus.nampak smooth je ustaz tu buat.just like my dad.

before saya sembelih, saya tolong pegang ayam untuk kawan saya sembelih.nasib baik tak putus kepala ayam tu.kalau tahun sebelum tahun lepas tu(2009), saya pegang jugak ayam waktu akak senior saya sembelih.dia putus sampai putus itu ayam punya kapla!fuhh!terkezut banyak besar oke!nasib baik tahun ni tak putus,kalu idak yop2 yong2 sekalian,,,fobia teman!tapi bak kata senior2 lelaki time tu,baik korang putuskan dari was2 urat yang wajib putus tu putus ke tak.(dia cakap kat girls saja oke!sepak kang.tapi betul la apa dia cakap tu).

apabila tiba masa untuk saya potong itu kapla...


saya pon sembelih je la.waktu tu ustaz khairi yang monitor saya potong.dengan lafaz

bismillahirrahmanirrahim,,,

saya pon potong la kepala ayam tu.selama ni saya ingat kena lalukan pisau gitu2 je,,,rupa-rupanya kena tekan sikit pisau tu.kalau tak sampai mampuih ayam tu tak mampuih.(satgi kau yang mampuih keon!)setelah lima kali kulalukan pisau itu ke kepala itu ayam,,,halkum dan mari' pun putus.ada satu benda yang buat saya suka kenangan ni sangat-sangat.ustaz khairi cakap 'kemas jugak kamu sembelih ye, myvi'.(myvi tu gelaran ustaz khairi tu bagi kat saya.dia je pun yang panggil saya cenggitu.)wahh!mahu tak saya kembang on the spot.first time sembelih ayam, dah ustaz kata kemas.bangga siot!(mana kesopananmu keon?haha).

nak tengok tak muka serial killer dekat gopeng?


sempat posing lepas sembelih...tapi saya dah basuh piso tu!qiqi wat muka comel!saya maintain ganas...hehe...


p/s:for women out there,cuba tanya lelaki dalam hidup anda,,,depa reti tak sembelih ayam ke,,,lembu ke,,,or kobau?ehehe...

Sunday, June 5, 2011

kembar zul yahya!

zul yahya ada kembar?yes!kembar dia ada kat sekolah saya.mengajar bahasa arab.


gambar zul yahya dihostkan oleh budiey.com
saya google sje...
gmbr ustaz zul tu di cropkan dr koleksi gmbar mjlh sekolah..

sama kan?tapi mereka berdua ni kembar lain bapak la...takda kena mengena pun sebenarnya...kami suka panggil ustaz zul ni ustaz zul yahya.tapi bukan depan-depan la.firstly,sebab en zulkifli ni bergelar seorang ustaz,perlu dihormati.guru bahasa arab lagi.

p/s:anda dilarang sama sekali mengopy paste gambar ustaz zul tu ye.strictly forbidden.atas sebab-sebab tertentu.terima kasih daun keladi.

Friday, June 3, 2011

baru kusedar

dah lama rupanya saya tak ambil tahu pasal perkembangan sukan.dah rasa oudated sangat dah bab-bab sukan ni.kalau dulu semua sukan saya ambil tahu.semua atlet saya nak kenal.sekarang tak ada masa nak buat semua tu.asyik-asyik kena hadap buku biology,chemistry,physics,add math etc yang menyesakkan kepala otak tu.banyak muka-muka baru yang saya tak kenal.kadang-kadang tu dekat sekolah curi jugak masa nak baca newspaper.tapi bayangkanlah ye,habis sesi persekolahan pada jam 2.25 petang.kena masuk kelas persediaan petang (prep) pada jam 3.10 petang.pada masa senggang yang tak berapa nak lama tu nak kena solat Zohor dan makan tengah hari lagi.mana nak sempat yeop.

so konklusinya di sini memang tak sempat nak baca surat khabar ye readers sekalian.hari minggu pulak sibuk nak tidur,basuh baju and so on.makinlah saya ni menyerupai katak bawah tempurung.hodoh bangat!apa-apapun,,,perkembangan sesetengah atlet tu saya tahu melalui facebook je.terutamanya.......

bryan nickson lomas....
(derek menggatal je ko keon...haha)

p/s:kawan saya yang bernama zulkamal ni telah menukar url blognye.nak ke blog dia sila klik

Thursday, June 2, 2011

acs pasti jaya

saya tak boleh tidur lagi walaupun dah masuk pagi buta ni.malam-malam macam ni teringat pulak lagu sekolah rendah dulu.mari bersama kita hayati liriknya.

sekolahku acs kampar
harapan nusa bangsa
bersih indah amalan kita
majulah sentiasa

sekolahku acs kampar
lahirkan insan mulia
kan kucurah bakti dan jasa 
itulah janji kita

keupayaan kita untuk yang tertinggi
tabahkan hati bersemangat waja
lahirkan generasi yang berguna
menjayakan wawasan

genggam harapan kuatkan semangat
tingkatkan usaha teguhkan cita
harapan kita cemerlang sentiasa
acs pasti jaya

dah besar gajah macam ni barulah saya sedar lagu ni mendalam lah jugak.apa-apapun kenangan di sekolah rendah memang superb.takkan dilupakan.saya sayang   SK METHODIST (ACS) KAMPAR selamanya.insya-Allah.


Wednesday, June 1, 2011

alkisah rokok!

hari ni saya nak share beberapa kisah pasal rokok.

alkisah 1
seorang ayah tengah bawak kereta keliling KL.oleh kerana minyak dah nak habis terpaksa bukak tingkap.takut minyak habis weyh.mati kena tolak kereta tengah-tengah pekan tu nanti.jadi si ayah pun teruskanlah perjalanan ke destinasi yang dituju.jalan punya jalan jumpa stesyen minyak.yes!apa lagi.isi minyak ar.dah isi minyak(full tank lagi) teruslah jalan lagi,ye dak?tapi si ayah kata, tutuplah tingkap tu,banyak karbon monoksida.nak tau si anak jawab hape?yang ayah dok hisap rokok tu lagi lah banyak karbon monoksida.siap hisap direct lagi.


kan dah kena.haha

alkisah 2
di malam pertama seorang perokok,dia berkata pada isteri yang baru dinikahinya.depa berdua ni kena jodoh.jadi si isteri ni tak tau sangat pun perangai si suami.dia kata cenggini 'satu benda je saya nak awak tahu.awak jangan suruh saya stop smoking.saya kenal rokok dulu baru saya kenal awak'.si isteri pun buat muka blur + pasrah je lahh.


nak buat macam mana weyh,,,dah kahwin dah pun.

alkisah 3
seorang ayah dapat tahu anaknya merokok.jadi,dia kurung anaknya di dalam satu bilik kemudian campak rokok banyak-banyak kat dalam bilik tu.then tak bagi makanan.katanya 'kamu makanlah rokok tu'.lepas tu anaknya berhenti merokok.

taubat nasuha weyh...rela tak merokok dari tak makan!

alkisah 4
seorang lelaki tengah  chil sorang2 kat satu tempat yang takde orang.sambil main gitar.otak sesak la weyh.then datang satu girl yang merupakan kawan baik.saja nak sembang-sembang.budak lelaki ni pun terus je lah smoke like 'aku peduli hape.tak kacau kau pun'.then this girl say 'kalau kau tak sayang nyawa kau,aku peduli hape.tapi aku sayang nyawa aku.kau berhenti smoke depan aku boleh tak.passive smoker macam aku lagi berisiko tinggi nak mampos daripada kau.kau tahu tak?'then this guy wonder 'apasal pulak'...this girl jawab, 'sebab ko hisap ada penapis la jugak.aku hisap asap rokok yang ko hembus tu direct kot.sape lagi bahaya sekarang.so better you stop now atau aku yang padamkan rokok tu.kau pilihlah'.lelaki tu pun padamkanlah rokoknya.

karang kena debik kang lagi naya weyh...

tahukah anda?
-passive smoker memang lebih merbahaya daripada perokok real.fakta kat atas tu bukan tipu-tipu punya.saya dah tanya cikgu bio kot.

-karbon monoksida dikeluarkan oleh asap kenderaan dan juga rokok.karbon monoksida lebih mudah bergabung dengan haemoglobin daripada oksigen.