Pages

Monday, January 16, 2012

kisah cinta tok ngan opah aku

arwah opah aku meninggal pada 1 januari 2007.walaupun aku tak rapat dengan arwah, aku tetap terasa kehilangannya.arwah opah aku dulu selalu tegok cerita bawang putih bawang merah.waktu arwah meninggal tu cerita tu tak habis lagi tayang.tiap hari arwah opah ngan atok aku cerita tu sama-sama.pada awal pemergiannya ke rahmatullah, atok aku pernah terpanggil arwah untuk menonton cerita tu bila cerita tu dah on air.menyedari keterlanjurannya, atok aku hanya senyap.dan kembali menonton cerita tu.aku sendiri tak tahu apa yang ada di dalam hati orang tua itu.pastinya dia merindui isterinya yang amat dicintai.

satu lagi yang mnjadi kebiasaan atok aku,dia akan merenung couch tempat arwah opah aku selalu duduk.hanya memandang tanpa suara.

aku ingat lagi,waktu arwah opah aku hidup lagi,mereka berdua selalu berjemaah bersama.selepas solat bertadarus pula.macam tu lah rutin harian atok and arwah opah aku tu.

atok aku amat sihat orangnya,tapi arwah opah ada penyakit tiga serangkai tu.jadi ubat harus makan hari-hari.atok aku sanggup tidur lewat untuk mengejutkan arwah opah untuk makan ubat tepat pada waktunya.pendek kata,pasal ubat-ubatan ni memang atok aku yang jaga.

tahun ni,dah masuk  tahun keenam arwah opah aku pulang ke rahmatullah.aku pasti,atok aku masih merinduinya!

3 comments: