Masa tengah final exam hari tu, kitorang dah sibuk memikir, nak buat apa lepas final exam before pergi balik rumah for cuti empat bulan. So excited I tell ya. Padahal belum habis final exam lagi time tu. Antara yang ada dalam pilihan aktiviti kitorang is either Sunway Lagoon or ESCAPE, Penang tu. I don't remember how, but we finally decided on going for Sunway Lagoon. Ouh ya, 'we' here were Icha, Syakirah, Yaya and me myself.
Before Sunway
Aku habis final on 6th Sept, tapi yang lain habis on 7th Sept, so kitorang gerak on 8th Sept. Gerak sehari awal. Tiket ETS pagi tu actually pukul 10 lepas tu dengan bangganya kitorang pukul 9.30 baru siap semua. Dah tu mula plan mintak Acap hantar, lepas tu dia pulak stuck dekat Finance sebab ramai sangat orang. So lastnya, Satria hantar kitorang ke KTM Bt Gajah. Sampai sana, sekali ada announcement ada ketapi ke apa tah tergelincir dari landasan kat Kuala Kubu Baru. So kitorang kena naik ETS dari Bt Gajah ke Tanjung Malim. Lepas tu dari Tg Malim tu naik bas yang KTM sediakan pergi KL Sentral.
Sampai je KL Sentral, cari makanan dulu. Aku ni dah sikit punya culture shock dengan keadaan kat situ. Mana taknya, time tu dah la lunch hour, ramai siot orang. Aku ni dah biasa duduk tempat yang tak ramai orang, so bersesak-sesak is not really my thing. Makan nasi kerabu dekat kedai kemenda tah aku lupa nama dia. Waiter kedai tu, aku rasa pelakon yang jadi Ceplos tu weyh! Ingat tak cerita Ceplos?
Settle makan, pergi gerak Time Square. Aku ikut je budak-budak ni naik monorel la hape lah nak ke TS dari KL Sentral tu. Tujuan pergi sana sebenar-benarnya adalah nak karok. Jadi karoklah kami selama 5 jam. Dah sampai terlantar ha tak larat nak menyanyi last-last tu. Oh lupa, Nadia join kitorang dari sini. Dah habis karok, sebelum blah dari situ, beli seluar mandi nak pakai esoknya. Lepas tu, kitorang gerak semula ke KL Sentral, makan, lepas tu naik lrt ke monorel tah pegi Kelana Jaya.
Dari Kelana Jaya, naik teksi pergi Sunway. Malam tu kitorang duduk dekat City View Hotel. Bilik 2 orang sumbat 5 orang. Sardin tak sardin? Mampat gila sampai tidur mengiring semua hahaha.
Sunway Thrill
Esok paginya bangun pukul 7. Lepas tu siap-siap pergi sarapan kat mamak sebelah hotel. Nasi lemak dia boleh tahan sedap. Dah setel semua tu, check out, pukul 9.30 terus start gerak ke Sunway Lagoon. Aku ingat jauh la jugak kena berjalan dari hotel tu. Sekali, ehhh, sekangkang kera je pun kena menapak. Jadilah kitorang group pertama sampai situ. Kaunter pun belum bukak lagi time kitorang baru sampai tu. Ko nampak tak sikit punya semangat?
Lepas je entrance bukak kitorang masuk. Simpan beg kat loker. Time ni aku dah suruh Azfar cari kitorang kat Extreme Park. Tapi minah lagi sorang merangkap rumet aku, Husna, masih lagi dalam dilema nak pergi ke tak. Mintak penampo sungguh.
Kitorang decide nak go for Bungee Jumping and G-Force dulu. And oleh kerana G-Force memang kena pasang 2 orang, Icha Yaya, Syakirah Nadia pergi dulu and aku tunggu Azfar. Aku pergi turut Azfar kat entrance lepas tu bawak dia simpan barang kat loker. Daripada entrance aku boleh dengar budak-budak ni menjerit naik G-Force, gila kuat weyh. Satu Sunway tu dengar hiperbola. But really, kuattt siot. Lepas tu turn aku dengan Azfar pulak. Pehh patut budak-budak ni menjerit. Memang scary la siot. Dia main lambung-lambung la weyh kat udara. Tak ke gila? Ko nampak putih je. Rasa gayat nak terjatuh apa semua tu memang tak payah cakap la. Mengucap panjang aku naik mende alah tu.
Ni lah mende alah nya G-Force tu.
Lepas naik G-Force ni, walaupun adrenaline rush tak habis lagi kitorang pergi buat Bungee Jumping. Bungee Jumping kat Sunway ni tinggi dia 21 m bersamaan 8 tingkat.
Ni sebelum kitorang terjun. Jangan tertipu dengan senyuman. Sesungguhnya cuak menguasai diri.
Dah sampai kat atas ni, Icha pulak cuak nak terjun. So aku cakap kat dia, "Takpe Cha, aku terjun dulu" dengan harapan dia nak terjun jugak lah lepas tu. Entah dia dengar ke tak aku cakap tu sebenarnya aku pun tak tau.
So lastnya memang aku lah yang jadi orang first terjun. Followed by Azfar, Yaya, Icha, Nadia and last sekali Syakirah.
Nah belanja video yang ku cilok dari Instagram Icha. Aku ni malas nak edit bagai. Haha.
Perasaan nak terjun tu aku boleh describe satu je. Dah macam ko kena pasrahkan diri terjun walaupun gayat tahap tak hengat. Yang penting jangan tengok bawah. Kalau tengok sumpah ketaq kepala lutut. Macam aku. Muahaha. Dengar je abang tu count '3, 2, 1 .. go' then off you go terjun ke bawah. The feeling is surreal I would say. Sebab dia rasa macam best gilaaaaa tapi at the same time, damn so scary la weyh.
Ini baru 8 tingkat, Syakirah kata yang dekat Macau sampai 80 tingkat. 10 kali ganda weyh!
Lepas habis buat ni, sementara tunggu dorang terjun, aku dengan Azfar pergi naik Swan Ride. Dekat situ jugaklah. Ingatkan lepas tu nak buat Flying Fox, sekali dorang lunch break. So kitorang gerak pergi naik slides. The first one to go is Vuvuzela. Best weyh naik slide ni! Serius best!
Gambar bukan milik aku.
Then kitorang proceed dengan slides yang lain pulak. Dah habis semua slides, kitorang pergi Scream Park. First naik yang macam kapak tu, lepas tu, naik Roller Coaster. Tapi time kitorang naik naik yang kapal pusing 360 degree aka Pirate's Revenge tu, hujan sudahhh.
Kapak. Aku tak tahu apa nama ride ni. -.-'
Roller Coaster.
Lepas naik rides, kitorang pergi makan. Mahal nokharom makanan kat sini. Tapi dek kerana tak tahan lapo bebeno, makan la jugak. Nasi goreng ayam = RM 10. Season Iced Lemon Tea botol = RM 5 harga biasa RM 2.20 kot weyh! Lepas tu, finally Husna sampai. Dah setel melantak, cadangnya nak pergi rumah hantu. Lepas tu, ada abang Wild Life Park kata ada show binatang. Tapi sebab hujan dia takde lah bawak pusing2 Wild Life Park tu, dia buat indoor je. Bawak binatang keluar. Ada 3 jenis semuanya. Satu tu aku dah lupa apa nama menatang tu, tapi dia macam cicak yang besar dan berkulit macam ular. GELI GILA PAHAM TAK? Dua lagi, ground squirrel and ferret. Dua ni sangat COMEL! Esp the ground squirrel. Lepas je habis ni kitorang pergi Rumah Hantu. Aku jalan depan sekali dengan Azfar, budak-budak ni follow belakang. Aku rasa duduk depan sekali lagi tak scary sebab 'hantu-hantu' tu semua attack hat yang tengah. Rasa macam endless gila route rumah hantu ni weyh. Macam, bila rasa dah nak habis, eyh sekali ada lagi. Gila. Satu part ni kena pakai cermin mata 3D, natang dia main pakai illusion la siot.
Habis rumah hantu, kitorang pergi naik cawan pusing-pusing. Naik dengan dorang ni, benda biasa pun boleh jadi gila. Main cawan pusing-pusing pun boleh bantai jerit sebab pusing laju sangat. Haha.
Lepas tu kitorang sambung naik slides. Time tu masih berharap hujan berhenti sebab nak naik Flying Fox. Lepas bosan dengan slides, kitorang pergi dekat pool. Aku dengan Icha ternampak orang main volleyball. Nak lepas gian punya pasal, kitorang pergi join je main walaupun tak kenal pun siapa. -.-'
Habis main volley, aku dengan Icha join budak-budak ni main dekat pool. Lepas tu tak silap kitorang pergi dekat slides balik main beberapa round. Then kitorang siap-siap nak balik.
Begitulah tamatnya seharian di Sunway Lagoon. Seronok? Ya. Puas? Ya jugak. Kira berbaloilah sebab nak naik slide/ride pun tak payah tunggu lama sebab takde lah ramai sangat orang. Kalau pergi hujung minggu confirm ramai.
Dekat Sunway Lagoon habis dalam RM 200 lebih jugak lah.
Admission Ticket: RM 90 (MyKad Promotion)
G-Force/Bungy Combo: RM 95 (MyKad Promotion)
Makan: RM 15
Locker: RM 15
Lebih kurang lah tu. Takde beli souvenir apa pun. Mahal. Jejak kedai souvenir pun tidok. Haha.
Lepas ni, kita try ESCAPE Penang or SkyTrex pulak! Jyeahhh!