Pages

Saturday, January 28, 2012

ko ingat ko hebat sangat?!?!



marilah kita sama-sama muhasabah diri.kita ni hamba Allah yang banyak dosa.

Tuhanku,bantulah hambaMu
Mogaku tahu,aku milikMu
Dalam setiap amalanku
Banyak ku melupaiMu
Maafkan aku oh Tuhanku

Ku tak punya apa
Segalanya dariMu
Moga Kau mendengar rintihanku
Terimalah taubatku , oh Tuhanku

Ya Allah!

p/s:aku terjah blog miss beeka tadi.alah kawan aku yang cute tu.terjumpa video ni.untuk renungan bersama.moga kita akan jadi hamba yang lebih MANTOPP!insya-Allah...

Tuesday, January 24, 2012

fasa baru dalam kehidupan

tajuk bunyi cam nak kahwin lak kan?

pada 26 januari ni aku dah start lecture.untuk first sem foundation ni aku akan belajar 4 subjek.PHYSICS I,CHEMISTRY I,PRE-CALCULUS and ENGLISH.rasa cuak pulak.maklumlah,cara kat u kan tak sama dengan kat sekolah.dan untuk melalui fasa yang baru ni,aku kena banyak berubah.dulu,kalau kat sekolah,aku selalu sangat tidur dalam kelas tapi masih boleh catch up dengan kawan-kawan.tapi kat u ni kalau asyik tidur dalam lecture,mahu mati aku.satu lagi yang aku risau adalah time management.kalau kat i-gop dulu,segala-galanya diatur.bila nak bangun tidur,nak gi sekolah,homework,study and even waktu makan pun dah diatur.tapi kat u semua kena buat sendiri.hari tu,waktu dapat jadual,nganga aku~hiperbola terlampau~pening aku tengok.padahal 4 subjek je pun.yang tak boleh blah tu,kena susun sendiri la pulak.cari sendiri waktu free,atur bagi tak pack sangat satu hari.fuhh.banyak beno aspek nak kena timbang tara.itu belum aku fikir pasal aktiviti luar kelas.kat utp tu pulak cam banyak gila je aktiviti.huhu.macam mana lah aku nak cope.huhu.makin cuak pulak rasanya bila aku tulis entry ni.dan semakin aku rindu kat i-gop.hua.nak balik sekolah!

satu perkara lagi yang paling aku risau!

KEBEBASAN !

ehsan pak cik google...
dek  non,kat i-gop tu dulu,mak ai...segala benda ada rules.itu tak boleh,ini tak boleh.maklumlah,nak mendidik.tapi kat utp,sangat-sangat lah tak be'rules'.tak macam u lain n sekolah aku dulu yang ada waktu untuk lapor diri and keluar segala.kat utp, ko nak keluar masuk 3 pagi pon boleh.itu belum kira pasal ikhtilat lelaki dengan perempuan.hak ni memang aku risau.aku takut aku terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya.sebab dah banyak yang macam tu kan?doakan aku ye.

p/s:korang semua tunggu first contest aku tau.akan start on this 1st of february ni.

Monday, January 23, 2012

FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA


aku join GA lagi...
GA ni HANA yang buat
kalau korang nak join,klik aje kat banner kat atas tu

kenapa aku nak join GA ni?
sebab hadiahnye menarik.sebagai seorang yang memang tak pakai selendang, aku memang suka gila tengok hadiah tu.sangat cantik tudung bawal tu.dengan ada sulaman atas kepala tu.fuhh.

banyak pulak aku membebel eh?

warna kegemaran?
biru yang cam kat langit tu

Tuesday, January 17, 2012

tanya sama pokok versi i-gop

ni video malam gemilang untuk tahun ni.jeles ni.dah aku keluar masuk pulak budak-budak talented nieyh!
apa-apapun berbangga aku jadi warga nilam!yeah!nilam terbaekkkkkk lah!





ni satu lagi


Monday, January 16, 2012

kisah cinta tok ngan opah aku

arwah opah aku meninggal pada 1 januari 2007.walaupun aku tak rapat dengan arwah, aku tetap terasa kehilangannya.arwah opah aku dulu selalu tegok cerita bawang putih bawang merah.waktu arwah meninggal tu cerita tu tak habis lagi tayang.tiap hari arwah opah ngan atok aku cerita tu sama-sama.pada awal pemergiannya ke rahmatullah, atok aku pernah terpanggil arwah untuk menonton cerita tu bila cerita tu dah on air.menyedari keterlanjurannya, atok aku hanya senyap.dan kembali menonton cerita tu.aku sendiri tak tahu apa yang ada di dalam hati orang tua itu.pastinya dia merindui isterinya yang amat dicintai.

satu lagi yang mnjadi kebiasaan atok aku,dia akan merenung couch tempat arwah opah aku selalu duduk.hanya memandang tanpa suara.

aku ingat lagi,waktu arwah opah aku hidup lagi,mereka berdua selalu berjemaah bersama.selepas solat bertadarus pula.macam tu lah rutin harian atok and arwah opah aku tu.

atok aku amat sihat orangnya,tapi arwah opah ada penyakit tiga serangkai tu.jadi ubat harus makan hari-hari.atok aku sanggup tidur lewat untuk mengejutkan arwah opah untuk makan ubat tepat pada waktunya.pendek kata,pasal ubat-ubatan ni memang atok aku yang jaga.

tahun ni,dah masuk  tahun keenam arwah opah aku pulang ke rahmatullah.aku pasti,atok aku masih merinduinya!

Sunday, January 15, 2012

hati-hati dengan hati

if everybody like you, there must be something wrong
if everybody hate you, you must have done something wrong
if some people love you and there's people who hate you, you must have done something right.

sebagai seorang manusia biasa kita memang tak mampu nak jaga hati semua orang.akan ada orang yang senang dengan kita dan tak kurang juga yang tidak.tapi apa yang mampu kita buat ialah berusaha untuk jaga hati semua orang.berjaya atau tak tu hal lain.sebab adakalanya, apabila kita melakukan sesuatu yang betul, ada hati yang tak puas hati dengan kita.first of all, mari kita tengok anda masuk kategori mana...
  1. orang yang tak peduli langsung pasal apa yang orang fikir atas tindakan dia
  2. orang yang langsung tak fikir pasal diri dia dan buat sesuatu dia fikir dapat puaskan hati semua pihak
  3. orang yang bertindak atas pertimbangan yang rasional dan memikirkan pasal orang lain dan diri dia sendiri
golongan 1
bagi yang memikirkan dirinya memasuki golongan ni, cuba-cubalah untuk berubah kerana sesungguhnya anda sanagt selfish.sekalipun kita tak mampu nak fikirkan hati semua pihak terguris dengan tidakan kita atau tidak, setidak-tidaknya jangan hanya fikir pasal diri sendiri sahaja.orang yang macam ni akan membuatkan orang di sekelilingnya penang kepala dengan perangai dia.

golongan 2
anda memang seorang yang baik kepada orang lain.tapi bukan pada diri anda sendiri.you should think bout urself also.

golongan 3
ni la yang paling bagus pun.sesorang memang perlu bertindak atas rasional tertentu.kita perlukan hati semua pihak tapi kita perlu sedar yang kita takkan pernah boleh puaskan hati semua pihaksebagai contoh seorang leader, klo dya cbe puaskan hati semua pihak, habis mati berdiri ar cm2.'being a leader isn't bout being liked but it is bout doing what right' rasanya kata-kata ni pun dah cukup untuk jelaskan.sometimes,when we do a right thing, somebody will be hurt.but it's the matter of priority.kita perlu jugak letakkan perkara yang perlu dibuat dihadapan.

dah tau ada masuk golongan mana?skrg jom kita layari pulak hati-hati yang perlu kita jaga.
  1. hati mak ayah
  2. hati siblings
  3. hati kengkawan
  4. dan hati emua orang yang ada di sekeliling kita
kesimpulannya tak mudah kan?tapi macam yang dah saya mention put the priority in front.then u'll know what do you have to do.

Friday, January 13, 2012

"HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II "

DAUD tengah gila contest sekarang ni dan aku pulak jadi mangsa tag dia.tapi contest ni interesting la pulak.jadi aku nak join lagi contest.korang jangan marah ye.hehe.


mahal gila senyuman en penganjur ni
boleh bikin orang jatuh cinta
*gatay*
klik aje kat banner tu kalau nak join okey?


ni gambar yang aku pertaruhkan untuk contest ni
ni namanya senyuman CHORAL SPEAKING
kena nampak gigi dan mesti selebar mungkin
haha,berkat masuk team choral i-gop waktu form 4


ha,satu lagi gambar
yang ni pulak namanya senyum plus gelak
gambar aku waktu form 3 ni
penat aku jelajah memori lappy ni


gambar last
ni waktu hari inovasi pdrm kat ipoh


i- Ceritakan kenapa anda rasa gamba senyuman
anda ini adalah senyuman mahal ?

gambar 1


ni gambar aku syok sendiri actually.waktu ni aku kat hostel time spm.ni memang senyuman mahal dari aku untuk cover cuaks sebab spm.berkesan tak?tak nampak stress pun kan.sebab tu bagi aku senyuman ni mahal
.ingat senang ke nak senyum time jantung lup-dup-lup-dup?!?
 
gambar 2


gambar ni memang candid.kawan aku yang snapkan.entah apa yang diorang buat lawak,aku pun lupa.lastnya dari senyum ayu jadi senyum gitu!


gambar 3


kenapa mahal?tengok apa aku pegang tu!duit kot!dolar lagi.tak ke mahal?
lagi satu,ingat senang ke nak tengok polis senyum?
*walaupun kadet polis je*
takdelah,mana boleh nak nilai dengan wang ringgit harga sebuah senyuman kan?
aku saja je letak gambar aku senyum saat penuh kepenatan ni.program ni lepas sports day kat sekolah.dah tu malam sebelum tu aku tak tidur sebab siapkan maskot.

i- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?

aku berminat nak join contest ni sebab aku rasa aku ada gambar yang sesuai nak letak.plus banner tu menarik perhatian kot!

iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?

cute???hisy entahlah.


lastly,untuk contest ni,aku nak tag,

phewwww...done....
*sampai tiga gambar aku letak*

Pictures of the Year 2011 Contest

hari ni aku nak join contest lagi.kali ni dianjurkan oleh pelajar malaysia kat moscow yang tengah study medic iaitu mr khadhari.thanks to daud sebab tag aku.aku pun nak tunjuk jugak kat korang gambar yang jadi picture of the year 2011 bagi aku.penat kot aku godek gambar-gambar aku yang belambak tu.dah tu nak pilih yang terbaik lagi.pheww...mencabar bangat ni.


ni dia hah banner contestnya.
encik penganjur ni tengah ngendap gambar korang!
jaga-jaga!
sesiapa yang nak join klik aje kat banner tu...


setelah penat ku godek dan pilih baik-baik
ni gambar yang aku pertaruhkan untuk contest ni 
siap aku tanya lagi kat mak aku gambar mana paling okey!

taken on 13/12/11

ni moment aku bersama sahabat-sahabat yang amat aku sayangi.selepas habis aje exam spm,kitorang pergi shoot gambar.walaupun hujan,redah aje.background view yang cantik kan?gopenghagen memang indah.

fuhh,tepat-tepat 30 words.

untuk contest ni aku nak tag

Thursday, January 12, 2012

keputusan muktamad!

bagi yang pernah baca pasal entry aku yang ni
mesti tahu yang aku tengah dalam dilema kan
tapi kini,,,
-
-
setelah berfikir habis-habisan
aku mengambil keputusan
ya,,,
memang tak mudah
sebab ini berkaitan masa depan aku
aku harap inilah yang terbaik untuk aku
sebab aku buat keputusan untuk terima tawaran ke UTP!


YEAH!
AKU TERIMA!

aku akan daftar 17 januari ni
wish me luck ye semua
 dan di kesempatan ini
aku nak ucapkan
JUTAAN,TRILLION
terima kasih yang tak terhingga kepada semua blogger yang bagi nasihat kat aku
THANK U VERY MUCH
nasihat kalian memang berharga!

Wednesday, January 11, 2012

BLOG,LEARN AND GROW TOGETHER

hari ni aku join segmen pulak
kali ni sis arra ahmad ni yang anjurkan
nak join sekali?sila klik kat banner cute tu!
sebab sis arra yang ajak sendiri tak sedap pulak rasanya tak join kan
aku kan penuh budi bahasa orangnya(cett..sila jangan percaya)

actually,aku agak takde idea ni.tajuknya mencabar sangat bagi minda aku yang dah banyak sangat berehat ni.tapi takpe,aku cuba perah kepala otak aku yang dah lama sangat rehat lepas spm n kan.

dulu kala,aku ni buta IT korang tahu?aku mana tahu nak men'design' blog ni.lagi-lagi main koding.akhirnya lahirlah blog yang super duper simple ni.header pun kawanku double A^^ yang tolong buat.THANKS ye.tapi sekarng ni kalau nak edit sikit-sikit tu aku retilah,tapi kalau yang rumit tu,mau padam terus blog aku aku edit!haha.ah,sudah-sudahlah cerita pasal look blog aku ni.waktu mula-mula blogging dulu,mana aku tahu pasal AWARD,GA,SEGMEN n CONTEST ni.tapi still mudah faham lagilah.Tapi bab tag tu,memang aku tak faham langsung.jadi aku tanyalah dekat sorang akak ni, TERATAI dia pun dengan baik hatinya cerita kat aku mende ke jadahnya lah tag tu...thanks akak!

memandangkan aku ni duduk asrama jauh di pedalaman gopeng,aku tak bolehlah nak selalu update.
jadi walaupun dah dekat 2 tahun dah aku blogging, entry aku tak banyak mana pun.huhu.maklumlah,update bila cuti aje.adalah sekali aku update kat sekolah.kat library pulak tu.macam apa je!sambil tu usha-usha akak library tu,cuak kot!langgar peraturan la katakan.dah la prefect.tapi nak buat camne,gian nak blogging kot!

hmm,pasal follower yek,
firstly,thanks kepada semua follower blog ni,
kalian sungguh berharga!
aku sayang lah kat korang!
*eyt,jiwang karat lak aku*

sekarang ni follower aku 308
tapi aku tak meletakkan apa-apa target pun
sebabnya yang nak follownye bukan aku
tapi readers
lagipun,tujuan utama aku blogging bukan nak kumpul follower
tapi nak berkongsi
*padahal hari tu happy dapat 300 follower...haha...*
follower kan bonus dalam blogging
jadi siapa tak happy dapat bonus kan?

aku happy blogging ni
sebab aku boleh belajar
BELAJAR IT!
haha
takdelah
aku belajar berkongsi
berkongsi pengalaman dan berkongsi ilmu....

Tuesday, January 10, 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

Aku join GA lagi(bila masa entah aku join GA..haha).thnx tu TL sbb tag saya ye...


yang ni interesting tau.kalau korang nak join sekaki,klik kat banner atas nun.macam jauh sangat je nun tu kan.padahal atas ni je...haha...memang meriah kot penyertaan GA ni.sebab hadiah dia menarik ye iaitu handbag n sebab apa MEGA?sebab ada 10 pilihan hadiah semuanya.betapa meganya!aku tak pernah ada handbag seumur hidup aku kot!hopenye,aku dapatlah handbag pertama dalam hidup aku kan?korang pun apa lagi,silalah join!syarat dia pon simple aje.tak payah nak buat slogan-slogan ye makcik2 in the house.tak ke simple.kalau tak percaya jugak,meh sini aku bagi tengok syarat yang aku copy paste daripada blog cik nemo...

Syarat-syarat :

1. Sila buat satu entri mengenai giveaway ini dan tampal banner kat atas dalam entri uols. (Nak copy paste pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)
2. Jangan lupa link kan sekali banner di atas ke belog Nemomimosh. 
3. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang yang diorang dah di tag.
4. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen kat entri ini dan sila isi maklumat yang diperlukan :
URL Link : ________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

See? Sama je macam giveaway lepas cuma hadiah pilihan dia kite kasi up skett kann. Tak payah slogan-slogan sebab ini bukan peraduan gores dan menang pong. Ngeee. Giveaway ini berdasarkan hasil UNDIAN. So, sesiapa yang bertuah layak memilih SATU daripada 10 hadiah pilihan. Ingat. Besttt kannnn? Sibuk kepochi-kepochi nak bagi pilihan untuk 10 hadiah tapi mana hadiahnya kannn? Okay let's check it out!


credit:cik nemo!


tak cukup hot lagi...ni ha,tengok hadiah dia pulak

dr blog cik nemo

mana tak teruja aku!
yang no 9 tu macam menarik je kan?
haha...

banyak betul aku membebel.padahal GA kot!haha.
lastly,
aku nak tag


tarikh tutp 16 jan ni...cepat!


datuk lee chong wei @ LCW

sebelum ni aku buat entry pasal MR BRYAN NICKSON LOMAS as i'm a big fan of him la kan.lepas tu sahabat saya tanya 'apasal tak tulis pasal pakwe aku?'.well, actually she meant LCW.biasalah waktu sekolah dulu, aku dengan dialah girls yang rapat dengan aku dan berkongsi minat yang sama iaitu sports.walaupun kami tak berapa nak aktif, we girls sangat suka tengok atlet beraksi.sebab korang tak rasa ke atlet tu nampak attractive in their own way?memandangkan LCW bukanlah atlet favourite aku dalam badminton(i prefer Koo Kien Keat) terpaksalah aku buat research pasal atlet kebanggaan MALAYSIA terchenta ni.first of all,kita tengok dulu background dia


credit to:YONEX


NAME:LEE CHONG WEI
DOB:21/10/1982
ORIGIN:BUKIT MERTAJAM,PENANG
WORLD NO 1!
RIGHT HANDED

sudah-sudah la tu,maklumat kat atas tu dapat daripada Wikipedia.yang aku tahu tentang dia ialah dia ranking pertama dalam dunia.HEBAT tak?sangat COOL.pada asalnya dia under COACH MISBUN tapi dah tukar dengan TEY SEU BOCK.LCW ni dulu kering aje.macam tak cukup zat.tak macam LIN DAN yang ada body yang sangat HOT itu.tapi sekarang ni LCW pon dah berotot tau!game dia yang paling aku ingat ialah waktu final terbuka MALAYSIA kat sarawak tu.memang super duper superb dia main.tak silap tu tahun 2006 punya MALAYSIA open.cayalah LCW.pada aku kelebihan LCW ni ialah JUMPING SMASH(dia lompat sangat tinggi kot!) dia.memang kencang gila.espeacially bila cross court.memang mengelirukan pihak lawan.tapi of course tak boleh lawan TAN BOON HEONG dengan rekod dunia 400++ km/h tu kan.itu mmg macam,,,,fuhhhhh...hebadddddd.....tapi dulu-dulu aku tak suka tengok LCW gelabah bila LIN DAN main taktik psikologi.tapi sekarang ni jangan main-main,LIN DAN pon boleh gelabah dengan permainan psikologi oleh LCW kita ni.walau apapun LCW memang HEBAT.and trully from my heart, aku nak wish GOOD LUCK kat datuk LCW kita ni untuk OLYMPIC LONDON 2012.

p/s:LCW baru je menang terbuka korea.pakwe aku, KOO KIEN KEAT terkandas da...TAHNIAH LCW!

MALAYSIA BOLEH!!!

Sunday, January 8, 2012

aku tak tahu!

klik untuk tumbesaran mengejut!


sumpah aku tak tahu nak buat keputusan kali ni.jantung aku dah rasa macam apa je.nampak kan kat atas tu.actually aku tak submit lagi keputusan aku.nak terima ke reject.otak aku ni dah tepu+tak boleh nak fikir.

truly,,,,
speechless

ya ALLAH,
Kau berikanlah aku petunjuk yang mana jalan yang terbaik untukku...

Saturday, January 7, 2012

renungilah wahai puteri,,,

sebuah lagu nasyid berjudul puteri solehah,

wahai puteri lihat nun di sana
islam mu kini ketandusan pembela
bersama sendu mengalir lesu
tertunggu-tunggu mujahid baru
kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi mujahidah sejati


namun ingat puteri
ilmu perlu dicari
buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
pemimpin diri dari toghut dibenci
tuntulah seikhlas hati


wahai puteri kau muslimah sejati
teguhkan iman taqwamu dihati
perjuanganmu syariat diburui
amalmu menjadi bukti
sabarmu dikagumi -Allah
pasrah pada Ilahi-Allah
redha menghadapi bina Rabbul Izzati
usah ditangisi takdir yang telah pergi
perjuanganmu kan disanjungi

puteri solehah mujahidah ansarullah
berbekal iman taqwa amal dan ihsan
berilmu beramal beriman berjuang
berkorban akan
islam kan gemilang
bersama puteri islam takkan sepi
subur disirami harum mewangi
wahai puteri kau muslimah sejati

lagu ini menjadi nasyid tema bagi liqa' ilmi di sekolah aku dulu.liqa' ilim ni majlis ilmu yang dilaksanakan di surau waktu guys pergi solat jumaat.hayati dan renungilah dirimu wahai puteri...

Friday, January 6, 2012

definisi kecantikan bagi saya

saya telah di'tag' oleh cik lyana untuk contest yang dianjurkan oleh naturactor collections.thanks ye lyana.big grin for you.


contest ni khas untuk blogger saja okey
kalau berminat klik aje kat banner yg cun tu
straight away anda akan melalui flight yang cosy ke blog penganjur

macam yang korang tengok kat atas nun, tajuk entry ni 'definisi kecantikan bagi saya'

macam mana aku definisikan kecantikan ye?bagi aku, ada dua jenis cantik.cantik luar dan cantik dalam.kalau ada dua-dua,okey,THUMBS UP for you.tapi susahkan nak cari yang cun luar dan cun dalam ni.bab cun luar,surelah kulit kena halus mulus.tak kira cerah atau tanned cam aku.jadi memang kena guna product yang bagus la kan untuk jaga kulit muka.satu lagi yang menyerlah kecantikan ialah keyakinan.for me, a woman with confidence is beatiful.sekarang ni cantik dalam pulak.ni tak lain tak bukan pasal attitude.seseorang yang cantik luar tapi ada attitude teruk, orang tetap tak suka kan?sebab hilanglah seri dia kalau orang asyik kutuk aje.jadi cantik luar and cantik dalam mesti seiring.dan percayalah wanita-wanita di luar sana ANDA SEMUA CHANTEK.terpulang bagaimana anda menyerlahkannya.

sudahlah tu, tak reti dah nak cerita,bak kata matluthfi bukan semua cantik subjektif kan?satu lagi, cuba baca entry kawan saya yang seorang ni.


saya nak tag:




Thursday, January 5, 2012

good luck to BRYAN NICKSON LOMAS

i wanna wish a very good luck to BRYAN NICKSON LOMAS.buat sesiapa yang tak mengenali,beliau adalah seorang atlet terjun bagi negara malaysia yang kini berumur 22 tahun dan melanjutkan pelajaran di UM dalam sports science.beliau sangat superb.thumbs up untuk bryan.tahun ni, bryan akan compete dalam OLYMPIC LONDON 2012 dalam 2 acara kalau tak silap.that is, 3m springboard n his favourite event, 10 m platform.semoga bryan dapat tempah kejayaan yang gemilang walaupun saingan sangat kuat.saya sangat suka bila bryan buat armstand sebab bryan dapat execute dive tu dengan sangat baik.bryan memang diver yang hebat!ingat lagi waktu OLYMPIC ATHENS 2004.sangat superb performance bryan waktu u walaupun baru form 2.i'll always support you.

ucapan khas untuk bryan,
*entah bryan baca ke idak*
  • training baik-baik ye bryan!
  • harumkan nama malaysia ya!
  • kalahkan tom daley(dia masuk tak eh?)
  • do the best in upcoming world championship n most importantly, OLYMPIC LONDON 2012.i hope you can bring any medal shine.doesn't matter it's gold,silver or bronze.because for me, u're the best diver malaysia ever have.
google

pretty cool, huh?
ni rasanya waktu nak buat twist...


lagi tentang bryan:


ayu raudhah dan aaron aziz jadi pilihan!

well, dua artis yang aku sebut di atas selalu jadi pilihan jayakan cerita yang diadaptasi dari novel kan?

kalau yang perempuan, ayu raudhah.masuk cerita gemersik kalbu yang baru bermula semalam dalam slot akasia kat tv3 tu, dah 3 cerita la dia jayakan.
  • dari mata arissa-daripada novel kau sayangku.
  • kau laksana bulan-daripada novel kau laksana bulan juga
  • gemersik kalbu-juga daripada novel gemersik kalbu
usha picca sikit,

dari mata arisa


kau laksana bulan


gemersik kalbu

apa yang ada eh pada ayu raudhah ni?sampaikan 3 cerita based on novel watak dapat kat dia.tapi pada aku, dia sesuai sebab wajah gadis melayu dia tu.iye lah, sedia al-maklum kan, dalam novel, heroin selalu dibayangkan sebagai gadis melayu terakhir yang lemah lembut dan bersuara lunak.sesuailah dengan dia ni kan.jadi tak dapat dinafikanlah yang dia memang layak bawak watak-watak ni.

on the other hand, aaron aziz jadi pilihan jadi hero.dia ni memang aku tak tau nak describe apa.serius lelaki idaman malaya.dengan badan cenggitu.memang hot lah kan?macam mana lah isteri dia boleh tahan eh?tengok laki berlakon cenggitu?ahh,lantaklah,rumahtangga orang tak payah kacau.betul tak?

well, abang ajiz(as said by bocil in maharaja lawak mega final.haha.) dah berlakon 1 drama bersiri n 1 filem adaptasi novel which is:
  • nora elena-from the novel kasih yang suci
  • ombak rindu-from ombak rindu

dua-dua nya hit.yang filem memang pecah panggung, yang drama best rating.cayalah abang ajiz.n cayalah bocil,tak pernah rasanya aku dengar orang panggil aaron gitu.kau buat.mmg cute lah bocil.okey, lari topik sudah.

kita usha sikit picca.


ombak rindu scene
teringat lagi MLM
suka tengok muka dia bila diusik
haha
kelakar kot


nora elena
this drama is really a hit
mak cik-mak cik semua jatuh cinta ngan seth
nasib baik aku kat sekolah
tak boleh tengok selalu

gambar2 di atas
aku google aje!
bukan hak aku!

actually, bila baca novel aku selalu bayangkan ashraf muslim jadi heronye(ape ke jadah?),but seriously, he has the look.kalau yang perempuan, macam bertukar-tukar je bayangan aku ni.tapi aku tak lah sampai tahap kemaruk bayangkan diri sendiri.(okey, ada la jugak kadang-kadang) tapi selalunya watak perempuan ni ubah ikut karakter,kalau pan asia aku suka bygkan juliana evans kalau perempuan melayu terakhir sari yanti.apasal?aku pun tak tahu ma.satu lagi pelakon lelaki yang aku rasa sesuai sangat untuk dibayangkan, yang berlakon cerita roda2 KL tu.entah apa nama dia pun aku tak ingat.tp yang paling muda belia dalam tu pun dia lah.

p/s:bicara hati didramakan?cerita tu, best gila.tapi ada satu part tu dalam bab 40 something tu aku boleh kategorikan 18 SG kot.tapi tak tahulah dia buat real ke tak kan?baru je start tayang kan?satu lagi, teringin tengok cerita andai itu takdirnya n cinta kau dan aku di'drama' or filemkan.mesti best gila.novel siti rosmizah memang superb!



Wednesday, January 4, 2012

yeay!!!!

yeay yang pertama,
aku sangat seronok.kerana blog aku dah ber'header'tapi bukan aku yang buat sendiri.dan aku sangat-sangat berterima kasih kepada yang membuatnya.

cik 'DOUBLE A' yang sangat cute!(bodek)
she ask for keeping her real identity a secret.however,she has a blog and it is so interesting.she love to give her opinion.bukan merepek macam aku.haha.just click here for a very cosy flight to her station.buckle up okey?

yeay yang kedua,
hari ni adik-adik aku semua pergi ke sekolah.AYUH KEMBALI KE SEKOLAH!jadi akulah ratu di rumah ini.hahahaha*gelak jahat*suka-suki hati aku nak blogging ke, fb ke, tengok tv ke.diorang kan jauh nun di sekolah.pendek kata, segala peralatan elektronik kat rumah ni akulah yang conquer.

tapi yang tak berapa nak yeay nye,
aku takde sesiapa nak buli.sedihnyewwwww*gaya anwar hadi*kalau tak suka-suki je aku suruh mintak tolong diorang amek itu ini.(aku kakak yang jahat kan?)

satu lagi yang tak berapa nak yeay,
diorang balik sekolah mesti nak tengok cerita nada cinta tu.menyampah betul!aku nak tengok gemersik kalbu.hua!clash waktu setengah jam.mau tak terlepas adegan romantik nanti.sedihnyewwww *sekali lagi*

rasanya dah puas aku membebel.cuba korang semua nasihatkan diri aku ni jadi kakak yang baik sikit.mana tahu boleh terkesan di hati aku ni.hehe*gelak mengharap*

p/s:orang kata apa?wordless wednesday?nampaknya tidak bagiku hari ni.banyak pulak idea aku nak membebel hari ni.


Tuesday, January 3, 2012

aku rindu!

aku rindu dengan sahabat-sahabatku.aku rindu dengan guru-guruku.aku rindu dengan sekolah.haha.i have so many picture.tak taw nak masukkan yang mana.jadi enjoylah gambar-gambar yang aku pilih ni eh?


di dataran ilmu
baring tengok langit la konon
takde sesiapa pun kat blok akademik waktu ni
melainkan kitorang aje.

lagi picca kami


dengan salah seorang kawan baik aku
teya,,,
sayang la kat ko.
yang ni kat surau.


star gazing jadi moon gazing je.
takde bintang waktu ni.
haha
di dataran ilmu jugak.

di dataran ilmu ini
kami berjanji
sahabat selamanya!

outing kat jusco ipoh
bowling, game, karok
haha
seronok!


belum selesai spm.
tapi dah selamat enjoy outing


pengambaran selepas spm paper last
pada tanggal 13/12/11
Quran Sunnah 2-4.30 ptg

tanah rebak pun jadi,

my favret pic of all
chantek kan view gopeng


di court volley


di dataran ilmu
lps hntr buku teks


it's not goodbye after all actually
aku tak sanggup nak cakap goodbye
jumpa korang lagi nanti
kalau panjang umur dimurahkan rezeki.

ada lagi,,,


goodbye school life
takde dah countdown es-pi-em

bergambar depan aspura
bangga habis!

kami no longer terkurung kat i-gop
tapi rindu la pulak


sangat bajet cute!
sekali lagi


haha
lenggok kami serupa
sebab kami satu dorm
walaupun bukan semua satu kepala
kami tetap ceria sentiasa

kami gadis-gadis hot!
aha!
picca with ilyia!
aku dah macam kat uk!

credit to:beeka,teya n ilyia for the picca!

terima kasih korang,untuk semua memori indah yang aku ada ni.selagi Allah tak tarik ingatan aku, aku akan ingat segalanya.gelak tawa, tangis hiba kita sebagai sahabat.indah kan persahabatan kita?jangan lupakan aku ye sahabat?nanti kalau kita jumpa kat mana-mana tegurlah.kalaulah korang tengok aku ni dah lain macam, korang tegur aku eh.ingatkan aku apa yang aku lupa.aku dah biasa ada korang untuk ingatkan aku tentang segalanya.aku takut aku tersasar jalan dalam dunia yang mencabar ni.aku takut!sekuat mana pun aku mencuba jadi seorang yang tabah, takkan aku mampu berjalan atas dunia ni tanpa nasihat korang.